Monday, August 8, 2011

A131735 Gabriel Tang Pei Yung LJ02 kebahagiaan

Selamat sejahtera kepada Dr Zamri dan rakan-rakan sekalian. Journal ini merupakan journal kedua yang saya tulis untuk khusus pengurusan emosi. Pada hari 3-8-2011, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi. Sebelum Dr Zamri mulakan kuliah, dia memberitahu kami tentang strategi-strategi menulis sebuah journal yang baik. Saya berharap saya dapat menggunakan teknik-teknik tersebut dalam journal ini supaya journal saya lebih berkualiti dan menarik. Selain itu, Dr Zamri juga menunjukkan sebuah lagu (yang mempunyai mtv) kepada kami. Lagu itu bernama "You Come To Me". Walaupun saya seorang Kristian, tetapi saya juga tertarik dengan lagu itu. Hal ini demikian kerana penyanyi itu menunjukkan rasa cinta akan Tuhan. Saya percaya lagu ini merupakan lagu yang amat baik untuk memulakan kuliah hari itu kerana kuliah hari itu mengenai tajuk kebahagian. Hal ini demikian kerana bagi saya, mempunyai agama dan mencintai Tuhan merupakan basic kebahagian saya. Jika saya tidak mempercayai Tuhan, mungkin hari ini saya tidak akan menjadi seorang pelajar medic. Saya mungkin akan menjadi seorang samseng jika saya tidak mempunyai agama kerana saya tidak ada inisiatif untuk menjadi orang yang lebih baik.

Dalam kuliah itu, Dr Zamri mengajar tentang Izard's & Innate facial expression. Menurut Izard's & Innate facial expression, emosi merupakan sesuatu yang semula jadi. Pembelajaran hanya memberi kesan yang kecil bagi emosi. Untuk membuktikan ini, dua kajian telah diadakan iaitu, Newborn's 'born to smile' studies dan Cross-cultural studies.

Newborn's 'born to smile' studies

Melalui kajian ini, Izzad kata emosi wujub masa kita lahir. Dalam bulan 3 atau 4, bayi akan mempunyai emosi marah dan kejutan. Seterusnya, bayi akan mempunyai perasaan malu dan takut semasa meraka berusia 5 atau 6 bulan, perasaan berpuas hati semasa mereka berusia 1tahun dan emosi bersalah semasa mereka berusia dua tahun.

Pada pendapat saya, emosi itu hanya akan lahir sewaktu sesuatu perkara telah berlaku dan bukan dapat dikira mengikut bulan bayi. Misalnya, jika bayi itu melakukan sesuatu yang salah dan telah diteguh oleh ibunya (walaupun bayi itu tidak faham), dia akan berasa salah. Saya percaya bahawa, emosi ini dilahirkan semasa perkara yang spesifik berlaku dan bukan dalam tempoh yang spesifik.

Cross- cultural studies

Kajian ini dijalankan oleh Ekman di US, Chile, Argentina dan Japan. Dia telah menunjukkan gambar-gambar kepada orang ramai dan tanya mereka tentang emosi yang ditunjuk dalam gambar itu. Dia mendapati bahawa, mereka mempunyai jawapan yang hampir sama walaupun mereka mempunyai kebudayaan yang masing-masing. Selepas itu, Ekman menjalankan kajiannya di Borneo dan New Guinea. Akhirnya, keputusan dia disahkan betul. Menurut Ekman, emosi bukan hanya datang secara semulajadi, emosi juga dapat diubah melalui kebudayaan. De Zamri telah member satu contoh yang amat baik. Beliau kata, bagi orang Cina, cakap perlahan merupakan satu tanda sopan tetapi bagi orang Europe, cakap perlahan melambangkan orang itu kurang keyakinan diri. Sebelum itu, saya fikir cakap perlahan merupakan satu perkara yang sopan (mungkin dipengaruhi oleh budaya kaum saya). Tetapi bagi orang lain, mereka mungkin fikir cakap perlahan merupakan sesuatu yang tidak sopan, tidak yakin atau menunjuk kewanitaan. Teori ini banyak membantu saya. Saya akan mengubah cara saya bertindak dan bercakap semasa saya di negara lain atau berinteraksi dengan orang yang mempunyai latar budaya yang berbeza dengan saya.

Di samping itu,  Scherer & Wallbott (1994) juga mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Emosi dizahirkan dengan cara yang sama tapi cara mengalami dan dikawal berbeza.

Selepas itu, Dr Zamri mengajar kami tentang teori pembelajaran dan pengalaman. Teori ini mempunyai dua pandang iaitu dari pandangan biologi dan dari pandangan pengalaman. Menurut pandangan biologi, pembelajaran hanya memberi kesan yang sedikit kepada emosi. Menurut Izard, emosi dilahirkan secara semulajadi tetapi emosi dapat diubah oleh tingkah laku bayi itu. Selain itu, Izard juga berkata bahawa, sesuatu emosi akan diekspresi oleh activator. Contohnya, ketakutan mungkin akan dilahirkan semasa seorang berjumpa dengan benda yang dia takut seperti anjing dan hantu. Dari pandangan pengalaman, mereka percaya bahawa semua emosi dilahirkan melalui pengalaman.  Menurut kajian Albert, manusia dapat melahirkan perasaan takut semasa mereka menjalankan proses pembelajaran. Bagi saya, saya amat bersetuju dengan kajian Albert. Semasa saya berumur kecil, saya telah dikejar anjing. Selepas itu, saya berasa takut semasa saya menjumpai anjing yang besar. Hal ini membuktikan saya telah melahirkan emosi takut kepada anjing selepas saya mengalami "proses pembelajaran" tersebut.

Tambahan pula, kuliah ini juga membincangkan tajuk kegembiraan dan kebahagiaan. Dr Zamri telah memberi satu contoh yang amat bagus. Beliau tanya kami, jika kita mempunyai wang yang banyak, tetapi kita tidak ada kawan, kesihatan atau keluarga, adakah kita akan berasa gembira. Bagi saya, saya berasa wang bukan unsur terutama yang dapat menjadikan kita gembira dan bahagia. Jika saya kehilangan kawan dan keluarga saya, walaupun saya mempunyai jutaan duit, saya masih tidak akan berasa gembira.

Kebahagiaan ialah keadaan emosi yang dapat dicirikan oleh perasaan kesoronokan dan kepuasan. Menurut Pluto, kehidupan yang mengejar nilai moral yang tinggi merupakan sumber kebahagiaan. Contohnya, jika saya menderma duit kepada orang yang memerlukan, saya akan berasa gembira kerana saya telah membantu orang yang amat memerlukan bantuan. Pada pandangan saya, kebahagiaan hanya dapat disampaikan semasa saya dapat mengkongsi kegembiraan dengan orang ramai. Misalnya, jika saya mempunyai duit yang banyak tetapi saya sering dipulaukan oleh orang ramai, saya masih tidak berasa gembira.

Tambahan pula, Dr Zamri juga mengajar kami tentang kolerasi antara agama dan keagamaan. Banyak ahli sains percaya bahawa rasa keselamatan dan penerimaan masyarakat merupakan faktor utama yang menyumbangkan korelasi ini. Penyataan ini dapat dibuktikan oleh kajian Gallup, the National Opinion Research Centre and the Pew Organisation. Dalam kajiannya, dia telah mendapati bahawa orang yang banyak melibatkan diri dalam activiti agama adalah dua kali lebih gembira jika berbanding dengan orang yang kurang aktif dalam agama.

Selain itu, kita mempunyai dua faktor kebahagiaan iaitu faktor jangka panjang dan faktor jangka pendek. Faktor jangka panjang merupakan faktor yang stable dan telah wujud dalam masa yang panjang. Faktor jangka pendek pula merupakan perkara yang baru wujub, misalnya perkahwinan dan kelahiran bayi.

Kesimpulannya, kegembiraan merupakan satu emosi yang banyak kita alami dalam kehidupan kita. Setiap orang mempunyai tahap kegembiraan dan kebahagiaan sendiri. Bagi sesetengah orang, mempunyai wang yang banyak merupakan unsur terpenting dalam kegembiraan dan kebahagiaan. Walaubagaimanapun, bukan semua orang mempunyai fikiran yang sama. Untuk mencapai kebahagiaan, kita mempunyai matlamat yang tersendiri. Oleh sebab itu, kita harus berusaha mencapai matlamat kita supaya kita dapat mencapai tahap kegembiraan dan kebahagiaan kita.  

No comments:

Post a Comment