Monday, August 8, 2011

Chieng Zhin Liang A131506 LJ02 Kebahagiaan

Selamat sejahtera.  Pada hari 3 Ogos 2011, saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi seperti minggu lepas. Minggu ini kami berpeluang belajar sambungan tajuk lepas, iaitu struktur emosi yang mengenai Izard Innate teori. Dalam teori tersebut, kami didedahkan tentang emosi itu ialah semula jadi dan pembelajarannya hanya mempunyai kesan yang sedikit kepada pengalaman emosi. Pensyarah juga menerangkan 'Born to Smile studies',  iaitu satu pembelajaran yang mengenai penunjukkan emosi sebenarnya telah dipaparkan  semasa kami masih bayi. Sebagai contoh, perasaan marah dan terperanjat telah ditunjukan semasa kami masih berumur tiga atau empat bulan, perasaan takut dan malu pula ditunjukkan waktu kami berumur lima hingga enam bulan. Seterusnya, kami akan mempunyai perasaan puas hati pada umur satu tahun dan perasaan bersalah pada umur 2 tahun setelah melakukan kesalahan. Daripada pembelajaran ini, saya belajar tentang emosi sememangnya ialah semula jadi dan adalah sama bagi setiap individu masa kecil dan emosi Sini akan berubah mengikut proses pembesaran dan pembangunan dalam diri individu bergandung kepada suasana sekelilingnya.

 

Namun, terdapat kritikan daripada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa bayi senyum bukannya bermaksud dia berasa gembira. Sebagai contoh, apabila seseorang bayi ditakutkan, dia mungkin akan tersenyum. Hal in I menunjukkan bahawa bayi masih belum dapat mengenal pasti keadaan yang dialaminya. Menurut Ekman yang telah membuat satu kajian di New Guinea dan di Bornea, dia mengatakan bahawa sesetengah emosi itu bukannya semula jadi, di mana ia akan dipengaruhi oleh pengalaman yang dialami. Selain itu, Ekman turut menyokong kesejagatan mimic muka  dengan emosi. Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti berbanding dengan wakah takut (54-85%). Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Di samping itu, kami juga belajar tentang ' learning dan experience theories', dimana ia telah dibahagikan kepada 'biological view' dan ' learning theory view'.

 

Selain itu, pada hari itu, pensyarah juga menyediakan kuiz untuk kami yang merangkumi pengenalan emosi dan struktur emosi. Daripada kuiz tersebut, kami berpeluang mengingat balik apa yang telah diajar oleh pansyarah pada minggu lepas. Saya sendiri berasa ini merupakan salah satu cara yang baik untuk kami mengulang kaji. Selain itu, kami telah diajar sebanyak sedikit tentang emosi yang positif dan negatif. Dalam emosi positif, kami belajar bahawa kegembiraan dan kebahagiaan. Kebahagiaan ini dapat dirasai melalui pelbagai cara berdasarkan kepada diri seseorang individu. Bagi sesetengah orang, kabahagiaan mungkin ialah perasaan yang dialami olehnya selepas dia memperolehi apa yang dia minati. Bagi sesetengah orang pula, perasaan kebahagiaan ini pula ialah kerohanian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga di mana hubungan erat antara suami isteri, adik beradik dan ibu bapa dan anak-anak. Kabahagian kadang-kadangnya boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Antaranya termasuklah secara 'long-term' ataupun 'short-term'. Dalam pembaharuan model yang terkini, ia merangkumi kedua-duanya.

 

Menurut Vanfossen (1981), kebahagaian pula dijana daripada perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, dia juga menyatakan bahawa kebahagiaan lebih senang dan biasanya ditunjukkan oleh orang yang telah berkahwin berbanding dengan golongan yang bujang ataupun belum berkahwin. Pada pandangan saya, hal ini disebabkan oleh kebahagiaan yang boleh dijana dalam sesebuah keluarga. Seseorang yang tidak berkahwin mereka tidak senang merasai perasaan kebahagiaan itu kerana kebanyakkan masa kehidupannya hanya diri sendiri selain daripada waktu belajar dan bekerja. Menurut Veroff el al(1981) pula, kajian yang dia lakukan menunjukkan terdapat 25.5%  lelaki dan 18.5% perempuan yang tidak berkahwin menyatakan mereka berasa bahagia. Berbanding dengan 35% lelaki dan 41.5% perempuan menyatakan mereka merasai kebahagiaan itu. Dengan stastik ini, jelasnya bahawa golongan yang telah berkahwin lebih senag merasai kebahagiaan berebanding dengan golongan yang belum berkahwin. Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang boleh menpengaruhi perasaan bahagia ini. Antarannya termasuklah kerja, kesihatan, persahabatan dan rekreasi.

 

Dalam kuliah, kami juga diterangkan tentang hubungan antara penghayatan agama dan kebahagiaan. Terdapat satu penyataan yang menerangkan bahawa orang yang beragama lebih mudah berasa bahagia berbanding dengan  yang tidak beragama. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kajian yang dijalankan oleh Gollup, National Opinion Research Centre and The Pew organization di mana telah mendapat kesimpulan bahawa dua kali ganda gologan yang beragama lebih gembira dan bahagia berbanding dengan  mereka yang tidak beragama. Satu lagi fakta yang boleh menbuktikannya ialah melalui analisis yang dilakukan bagi 200 pembelajaran social. Analisisnya ialah orang yang beragama kurang melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah dan kes bunuh diri, tetapi mereka ialah gologan yang sentiasa berasa ceria dan berpuas dengan apa yang mereka ada dan merupakan golongan yang bermotivasi untuk hidup.

 

Tiga komponen yang penting yang sentiasa berkaitan dengan kasih saying ialah 'commitment, intimacy and passion'. Pada pandangan saya, kasih saying ini bukan sahaja ditunjukkan antara pasangan kekasih tetapi juga dalam sesebuah keluarga. Perasaan ini dapat dirasai oleh saya kerana saya berasal jauh dari kawasan yang saya belajar ini. Situasi ini lebih senang digambarkan apabila musim perayaan ataupun semasa waktu cuti. Sebagai seorang pelajar dari seberang, kebanyakkan masa saya tidak dapat balik pada waktu itu kerana masalah kewangan. Ini menyebabkan saya amat menghargai waktu apabila saya berpeluang bersama keluarga. Ini juga merupakan salah satu makna apa itu kebahagian kepada saya. Mungkin perasaan ini memang tidak dapat dirasai oleh orang lain yang tinggal dekat dengan wilayah Kuala Lumpur ini.

 

Dalam satu cerita yang dipaparkan oleh pensyarah iaitu mengenai seorang anak yang sanggup 'membeli' masa daripada ayahnya yang sibuk sehingga jarang bersama keluargannya. Dalam cerita ini, ia turut menceritakan kebahagian dalam sesebuah keluarga. kebahagiaan ini senang dicapai melalui kesanggupan seseorang ahli keluarga yang sanggup meluangkan masa bersama keluarganya. Pengorbanan tidak harus sentiasa menekan apa yang kami hilang, tetapi harusnya sentiasa memikirkan apa kebaikan yang orang lain akan dapat selepas kami membuat pengorbanan ini.

 

Konklusinya, saya belajar banyak dalam kursus ini. Melalui kursus ini, saya dapat merasai apa itu definisi bagi kebahagiaan yang sebelum ini memang tigak pernah saya fikikan disebabkan kehidupan yang sibuk. Saya juga menyedari bahawa konsep kebahagiaan tidak sama bagi setiap individu, bergantung kepada apa yang dia inginkan dan rasai serta faktor sekelilingnya. Dengan itu, saya berpendapat bahawa kita harus menghormati orang lain yang mungkin mempunyai konsep kebahagiaan yang tidak sama dengan diri kita. Saya berharap selepas ini saya akan lebih menghargai masa saya bersama keluarga saya kerana bagi saya itu maksudnya kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment