Assalamualaikum, akhirnya dapat juga saya menjengah kembali ke blog untuk mengarang jurnal buat kali kedua. Alhamdulillah, dapat juga saya membiasakan diri untuk menulis jurnal.
Pada tanggal 3 Ogos yang lalu, kuliah ketiga dapat saya ikuti dengan baik dan buat pertama kalinya saya duduk di barisan paling hadapan. Ini semua gara-gara saya dan kawan-kawan lewat 10 minit (kalau tak silap) datang ke kuliah. Semasa mengambil tempat, tiba-tiba saya terdengar Dr berkata "kalau orang yang gempal nak nampak kurus,pakailah baju jalur ke bawah"(kalau tak silap lagi la). Saya ketawa kecil kerana kawan saya yang sedikit 'comel' ketika itu memakai baju berjalur ke bawah. Dia dan rakan- rakan yang lain turut ketawa dek kerana terkena sindiran itu.
Kemudian, kuliah yang sebenar bermula. Izard's innate facial expression meniti di bibir setiap pelajar tatkala slide ditayangkan. Izard menyatakan bahawa emosi adalah semulajadi dan pembelajaran mempunyai sedikit kesan dalam pengalaman beremosi. Pembelajaran boleh berlaku dalam keadaan formal, tidak formal ataupun secara tidak sengaja. Bukti yang diutarakan dalam teori Izard ini adalah Newborn's 'born to smile' studies dan Cross-cultural studies. Di dalam kajian 'Born to smile', emosi wujud semasa kelahiran. Turut juga dinyatakan bahawa bayi pada usia tiga atau empat bulan, mereka sudah pandai menunjukkan perasaan marah dan terkejut. Pada usia lima atau enam bulan, perasaan takut dan malu mula wujud dalam diri mereka dan akhir sekali, bayi yang berusia satu tahun bijak menunjukkan rasa puas hati dan rasa bersalah pada umur dua tahun. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa senyuman seorang bayi tidak bermakna bayi itu gembira. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan kritikan tersebut kerana seorang bayi tidak pandai bermuka-muka dalam menunjukkan emosi yang dialami olehnya. Sebagai contoh, apabila bayi diberi imunisasi, dia akan menangis sekuat-kuatnya kerana dia sedang mengalami kesakitan. Begitu juga dalam keadaan gembira, apabila seseorang mengacah-ngacah atau bermain dengannya, bayi itu akan tersenyum dan ketawa menandakan dia dalam keadaan gembira.
Dalam kajian rentas budaya ataupun 'Cross cultural studies' yang telah dijalankan oleh Ekman di negara-negara luar seperti Amerika, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun menunjukkan bahawa tahap persetujuan yang sama dalam lima budaya yang berbeza apabila mereka ditunjukkan gambar dan diarahkan untuk meneka emosi yang terdapat dalam gambar tersebut. Sama seperti yang lain, Ekman juga mendapat kritikan yang mengatakan bahawa tidak semua orang mempunyai pengetahuan yang sama. Kerana rasa tidak puas hati itu, Izard menyambung lagi kajiannya dan kali ini Borneo dan New Guinea menjadi negara pilihannya. Analisis berkomputer gambar muka (Pilowsky & Katsikitis 1994) digunakan dalam kajian Ekman (1971) di Borneo dan New Guinea. Keputusan yang sama Berjaya diperolehi dan ini menguatkan lagi kesahihan kajian yang dilakukan oleh Ekman. Wajah gembira lebih banyak dikenakpasti dari wajah takut. Menurut Ekman lagi, emosi bukanlah sepenuhnya terhasil secara semulajadi, pengalaman budaya turut memainkan peranan dalam emosi dan beliau menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Selain Ekman, Scherer dan Walbott (1994) meneliti kajian meliputi 37 negara dan lima benua dan membuat konklusi bahawa terdapat bukti yang konsisten untuk kestabilan rentas budaya dalam corak respons emosi. Selain itu, mereka juga mendapati konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang menjadi perbezaan antara setiap individu ialah bukan bagaimana emosi itu dizahirkan sebaliknya bagaiman emosi itu dialami dan dikawal.
Seterusnya ialah 'Learning and Experience theories'. Terdapat dua kaedah yang berbeza iaitu pengalaman daripada pandangan biologikal dan pengalaman daripada pandangan teori pembelajaran. Dari segi pandangan biological, pembelajaran memainkan peranan kecil dalam emosi. Menurut Plutchik, emosi adalah ekspresi potensi genetik seseorang secara terus. Matsumo menjalankan kajian ekspresi emosi ke atas masyarakat Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanics dan beliau menemui bahawa emosi adalah sama tetapi ada perbezaan yang dipengaruhi oleh budaya. Pada pandangan Izard, setiap emosi akan merangsang bayi kepada cirri-ciri persekitaran dan ini akan memudahkan pembelajaran mereka. Di samping itu, emosi yang wujud dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan bayi akan sedikit sebanyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku bayi berkenaan. Proses kognitif adalah berbeza bagi setiap individu. Contohnya seperti mengikuti 'Jungle Trekking'. Bagi sesetengah pihak, aktiviti ini tidak berfaedah dan hanya memenatkan badan serta ada kemungkinan untuk sesat di dalam hutan yang penuh dengan bahaya tetapi mungkin bagi anda ianya adalah satu pengalaman yang bermakna dan berharga kerana dapat melihat keindahan tumbuh-tumbuhan liar yang hanya terdapat di dalam hutan serta meningkatkan stamina badan dengan mengikuti aktiviti seumpama ini. Semua emosi dipelajari menurut Miller dan Albert.
Satu kuiz telah diadakan pada hari itu berkenaan Pengenalan dan Teori Darwin. Saya, Hafizah dan Abidah berada dalam satu kumpulan. Kuiz yang diadakan begtu menarik sekali dan formatnya begitu berbeza dengan kuiz-kuiz yang pernah saya hadapi sebelum ini. Kami bersama-sama memerah otak otak untuk mencari jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan yang dikemukakan. Sebelum memeriksa jawapan kuiz, kami disajikan dengan tayangan muzik video nyanyian Outlandish yang bertajuk 'Look into My Eyes'. Lagu mereka enak didengar dan mengandungi mesej-mesejnya yang tersendiri. Apabila mendengar kembali lagu itu dan melihat serta menghayati kembali liriknya, saya mengandaikan bahawa rakyat Amerika secara tidak lansung membantu barisan tentera mereka memusnahkan negara- negara lain dengan bayaran cukai yang dikutip oleh kerajaan. Sebak hati saya membaca lirik berkenaan:
See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
But am I the terrorist?
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
But am I the terrorist?
Saya amat bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia yang aman dan makmur. Walaupun pelbagai bangsa, kita tetap bersatu hati demi keamanan sejagat.
Kuliah pada hari itu juga memasukkan pembelajaran' Emosi Positif : Gembira, Bahagia dan Kasih ' sebagai salah satu agenda pembelajaran. Daripada http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/, bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. Aristotle berkata bahawa kebahagiaan ialah hasil pencarian ke arah keseronokan. Bagi Plato pula, kehidupan yang mulia menjadi punca kebahagiaan dan Epicurean menyatakan kebahagiaan adalah memaksimakan kegembiraan dan meminimumkan penderitaan. Mengikut Kozma et al (1992), terdapat dua komponen dalam kebahagiaan iaitu 'long term affective states' dan 'short term affective states'.
Happiness = Short term + Long term happiness
Freud menyatakan hubungan seseorang dengan ibu bapa sangat penting untuk menentukan kebahagiaan pada masa akan datang. Mengikut statistik 'Positive Life Events' yang dikeluarkan oleh Argyle (1987),jatuh cinta mempunyai peratus yang paling tinggi menunjukkan majoriti amat bahagia ketika jatuh cinta dan peratusan orang bahagia paling sedikit ketika mendapat pekerjaan baru. Menurut Vanfossen (1981), orang yang berkahwin lebih gembira daripada orang yang tidak berkahwin.
Bagi saya, kebahagiaan saya terletak pada kebahagiaan keluarga saya. Keluarga menjadi tonggak dalam kehidupan seseorang dan tanpa keluarga pasti kita akan merasa sunyi. Seperti saya, walaupun ramai kawan-kawan di kolej tetapi saya tetap merasa sunyi kerana keluarga menjadi nadi kepada kehidupan saya dan tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini. Di sini saya selitkan beberapa mutiara kata untuk dihayati bersama yang diambil dari http://permatakata.wordpress.com/2008/04/17/mutiara-kata-keluarga-bahagia/.
· Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
· Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
· Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
· Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
· Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
No comments:
Post a Comment