Semasa kuliah pengurusan emosi yang ke 3 pada 3 Ogos 2011 yang lalu, saya telah didedahkan dengan pengajaran struktur dan ekspresi emosi. Saya dapati banyak teori yang menerangkan tentang emosi. Teori ini dikembangkan lagi oleh generasi yang seterusnya dan kebanyakan teori teori ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Ini secara tidak langsung membuktikan pelajaran emosi dan juga perkembangannya telah diberi perhatiaan oleh ramai saintis terutamanya di Eropah. Namun, di sini saya lebih berminat untuk menjelaskan tentang idea Plutchik mengenai emosi.
Ilmu baru yang menarik perhatian saya mengenai Plutchik ini adalah mengenai dimensi emosi. Menurutnya, dimensi emosi terbahagi kepada tiga iaitu intensiti, keserupaan dan polariti. Intensiti ini pengertiannya dari segi bahasa ialah kekuatan ekspresi emosi yang tergambar pada seseorang. Lebih mudah sekiranya saya menjelaskan tentang intensiti emosi ini dalam bentuk pengalaman. Ketika sebelum menduduki peperiksaan contohnya, dimensi intensiti sangat mudah diaplikasikan. Saya teringat ketika sebelum peperiksaan, ramai rakan rakan sekuliah saya menunjukkan emosi takut. Tetapi apa yang membezakan mereka adalah intensiti ketakutan mereka. Sebahagiaan takut cukup sekadar cakap, sebahagian yang lain takut sampai mengalami penyakit tidak boleh tidur, sebahagian lagi takut sehingga marah marah. Apabila saya menganalisis pengalaman yang saya perhatikan ini melalui teori Plutchik, hipotesis yang saya boleh buat adalah semakin nyata dan jelas emosi yang diungkapkan oleh seseorang itu semakin kuatlah peringkat intensitinya. Apa yang saya maksudkan dengan nyata dan jelas di sini adalah pengaruh tingkah laku akibat tekanan emosi yang dialami. Dalam hal ini, mereka yang berasa takut sebelum peperiksaan cukup sebagai kata kata sahaja menunjukan intensiti emosi yang sangat lemah. Kelemahan intensiti inilah yang menimbulkan konfrontasi yang menentang teori Plutchik ini dan juga sebahagian teori emosi yang lain. Sebab itu mereka yang menentang bolehlah mempersoalkan persoalan sebagai contoh "senyum tidak semestinya menunjukan seseorang itu gembira". Ya, ini kerana intensitinya bersifat lemah dan dikuatkan pada emosi asas lain yang lebih tinggi intensitinya. Bagi mereka yang berasa takut sebelum peperiksaan sehingga tingkah lakunya juga dikuasai oleh emosi yang menghantui, maka peringkat intensitinya sangat kuat sehingga mampu mengetepikan kebarangkalian emosi lain yang menyerupai sifat takut ini.
Berkenaan dengan dimensi keserupaan, dari segi bahasa ia bermaksud hubungan antara dua atau lebih emosi yang dekat dekat sifatnya. Melalui kuliah Dr Zamri, contoh untuk penjelasan dimensi keserupaan ini adalah takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Menurut Rolls (1990), kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi emosi primari. Ini bermakna persamaan atau kerserupaan dua atau lebih emosi ini adalah dikelaskan melalui emosi emosi primari atau asas. Hipotesis yang boleh dibuat ialah semakin banyak persamaan emosi primari, maka semakin dekatlah persamaan dua atau lebih kombinasi emosi. Sebagai contoh, emosi takut dan sedih ini mempunyai banyak persamaan dari segi emosi primarinya iaitu menangis, mengigil, ekspresi wajah yang susah dan suara yang bergetar getar. Sebagai tambahan, menurut kuliah mengenai komponen emosi iaitu pada kuliah yang kedua, ini adalah komponen emosi yang bersifat fisiologi. Maka apabila digabungkan emosi primari ini bersama sama dengan emosi primari yang berbeza, masing masing akan membentuk satu kombinasi emosi yang berbeza iaitu takut dan sedih. Inferens yang boleh dibuat ialah perbezaan kombinasi emosi adalah disebabkan oleh perbezaan emosi primari.
Dimensi yang terakhir ialah polariti. Merujuk kepada nota kuliah struktur dan ekspresi emosi, ia merujuk kepada kekutuban emosi. Dimensi ini agak sukar sedikit untuk difahami, maka saya melakukan initiatif sendiri untuk mencari rujukan lebih mudah dan padat mengenai dimensi polariti ini. Menurut ajaran Hermetic kuno yang dinyatakan dalam The Kybalion, Undang-undang Kekutuban adalah salah satu daripada Tujuh Undang-Undang Universal. Ia juga dikenali sebagai Undang-undang Berlawanan dan menegaskan bahawa "segala galanya adalah dua, segala galanya tiang; semua yang mempunyai pasangan yang bertentangan adalah sama dalam alam semula jadi, tetapi berbeza dalam peringkat". Dalam erti kata lain, perkara perkara yang muncul yang akan bertentangan pada hakikatnya adalah dua ekstrim perkara yang sama. Sebagai contoh haba panas dan haba sejuk pelbagai peringkat dari apa yang kita panggil suhu. Menurutnya lagi, walaupun mereka kelihatan bertentangan, kita tidak boleh memberitahu di mana permulaan dan penghujung bagi haba panas dan sejuk tanpa menggunakan kaedah lain sebagai kayu pengukur. Oleh yang demikian, begitu juga untuk semua emosi. Kebahagiaan dan kesedihan adalah perkara yang sama berbeza-beza darjah. Seperti kasih sayang dan kebencian, keyakinan dan rasa tidak selamat, tenang dan kerengsaan, keberanian dan pengecut, baik dan buruk, positif dan negatif. Pilih emosi mana mana saja kita akan dapati bahawa apa yang kita miliki sehingga kini dipercayai akan bertentangan. Sebenarnya emosi yang sama dengan muka yang berbeza. Ini adalah asas kepada emosi pemahaman. Maka perbezaan utama dimensi ini dengan dimensi intensiti adalah dari segi kutubnya. Dimensi polariti pada kutub yang berbeza dan dimensi intensiti pada kutub yang sama. Dimensi polariti juga hanya menerangkan sifat lawan bagi sesuatu emosi, padahal dimensi intensiti menerangkan dengan lebih tepat mengenai tahap kekuatan sesuatu sifat emosi.
Apa yang paling ketara saya dengar pada kuliah pengurusan emosi yang ketiga ini ialah tentang kebahagiaan. Penyentuhan tentang kebahagiaan ini semakin rancak apabila persoalan daripada seorang sahabat muslimah yang tertanya tanya perihal adakah suasana yang menjadikan seseorang itu bahagia atau seseorang itu yang menjadikan suasana yang bahagia. Seperti yang saya jelaskan dalam jurnal saya yang bertajuk Komponen Emosi, emosi berkembang sesuai dengan peringkat kematangan seseorang. Maka dengan itu saya tidak menafikan minat terhadap kekeluargaan semakin memuncak di sekitar umur dua puluhan. Manakala kebahagian adalah komponen primari bagi sesebuah keluarga sesuai untuk memenuhi keinginan semula jadi. Sebelum saya menyentuh hal ini, lebih tepat sekiranya saya terangkan dahulu kesimpulan pengajaran Bahasa Plutchik. Melalui kuliah pada minggu lepas, Bahasa Plutchik emosi menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis bahasa emosi iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Sekiranya saya mengaplikasikan ilmu ini untuk menghuraikan tentang kebahagiaan ini, apa apa yang tergambar melalui tingkah laku seseorang sama ada melalui penceritaan ataupun pemerhatian akan lahirlah bahasa subjektif dan tingkah laku. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu senyum, ketawa, melompat lompat dan apa apa emosi atau tingkah laku yang merujuk kepada keriangan akan dihuraikan sebagai gembira. Kegembiraan ini bersifat menyeluruh melingkungi emosi emosi asas dan ini apabila ditafsir menurut bahasa fungsian, kegembiraan yang digambarkan adalah berfungsi sebagai imej kebahagiaan seseorang. Sekiranya dianalisikan penjelasan yang bersumberkan teori Plutchik ini, seseorang yang gembira menjadikan suasana kelihatan bahagia. Sekiranya berhenti penjelasan di sini, maka apakah yang menjadikan seseorang itu gembira sekiranya bukan disebabkan oleh orang lain. Sesungguhnya persekitaran bermaksud suasana atau kondisi yang terkandung benda benda yang hidup dan yang tidak hidup dan berinteraksi bersama. Pembelajaran tentang persekitaran serta isi kandungannya adalah diistilahkan dalam ilmu biologi sebagai ekologi. Justeru, bagaimana boleh manusia sebagai benda hidup tidak dikira sebagai komponen utama persekitaran. Maka dengan itu seseorang yang bahagia boleh menjadikan orang lain bahagia dan yang dibahagiakan itu boleh menjadikan orang yang seterusnya bahagia. Ini samalah maksudnya dengan kebahagiaan sesuatu suasana boleh menjadikan suasana yang lain bahagia. Kesimpulannya suasana atau seseorang yang bahagia, kedua duanya mempunyai struktur yang sama kerana ia merupakan medium interaksi di dalam persekitaran. Bezanya cumalah subjek yang dipilih iaitu sama ada isi kandungan persekitaran atau apa yang mengandunginya.
Kesimpulannya, kuliah kali ini menerangkan tentang dimensi emosi sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk emosi. Objektif dimensi ini adalah untuk menunjukkan wujudnya persamaan antara emosi yang diistilahkan sebagai dimensi keserupaan; emosi yang sama tetapi bebeza tahap dan kutub dan diistilahkan sebagai dimensi polariti; dan juga peringkat emosi pada kutub yang sama serta dimuatkan sebagai dimensi intensiti.
No comments:
Post a Comment