Monday, August 8, 2011

A131550 Esther Ling Huey Ring LJ02



     Saya tidak dapat hadir lecture minggu lepas kerana sebab-sebab tertentu. Dari nota-nota yang didapati dalam blog, saya dapat mengetahui sedikit tentang apa yang disampaikan oleh pensyarah minggu yang lepas.

      Daripada nota-nota tersebut, saya dapat mengenali satu teori yang mengenai Izard's Innate Facial Expression Theory dan juga kaitannya terhadap kehidupan masyarakat setempat. Menurut teori Izard, mekanisma untuk menzahirkan sesuatu ekspresi atau mimik muka adalah suatu yang semula jadi dan seperti sedia maklum emosi juga datang secara semula jadi kerana setiap orang jika kita lihat mengekspresi wajah atau mimik muka yang agak sama apabila ingin menunjukkan emosi masing-masing. Saya amat menyetujuhinya, pada pendapat saya, kita semua mempunyai emosi secara semula jadi. Bayi-bayi merupakan contoh yang paling baik. Mereka tahu mennunjukkan emosi mereka melalui tangisan, seyuman dan lain-lain tanpa diajar oleh ibu bapa mereka bahawa apabila mereka sedih mereka patutlah menangis atau senyum apabila mereka gembira. Sebernanya tidak perlu berbuat demikian kerana mereka akan bertindak balas secara automatic mengikuti hati mereka.  Tetapi, berdasarkan teori ini juga, Izard menyatakan bahawa pembelajaran juga mempunyai kaitan serta impak terhadap seseorang dalam menzahirkan emosinya.

    Terdapat teori yang lain dimana ia mengatakan bahawa pembelajaran dan pengalaman seseorang akan melahirkan emosi. Contohnya,  ' Learning & Experience Theories'. Terdapat dua cara yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman dari pandangan pembelajaran. Dalam kaedah pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minima dalam emosi iaitu teori  Izard, emosi adalah berlainan dari individu ke individu yang lain. Hal ini disebabkan oleh  aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Sebenarnya emosi itu bergantung pada seseorang  individu itu dan proses kognitif akan berlaku dengan berbeza untuk setiap individu yang berlainan. Manakala bagi pengalaman dari pandangan pembelajaran pula, kaedah ini sangat ini amat berbeza dengan kaedah yang pertama itu di mana, pembelajaraan merupakan kunci kepada emosi seseorang individu.

    Nota-nota yang seterusnya mengenai emosi positif yang berkaitan dengan perasaan gembira, bahagia dan kasih sayang. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan, kegembiraan serta kepuasan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebahagiaan itu adalah suatu perasaan yang sangat menyenangkan dan memenuhi kepuasan seseorang individu. Seterusnya, menurut Kozma, kegembiraan mempunyai  dua komponen iaitu "long term affective states" dan Short term effective states". Kegembiraan yang berpanjangan ialah latar belakang diri yang selalunya mempunyai emosi yang stabil dalam satu jangka masa yang panjang(bulan atau tahun manakala kegembiraan dalam jangka masa pendek  pula menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa yang kebelakangan dalam hidup. Kewujudan kegembiraan berhasil daripada gabungan kedua-dua jenis kegembiraan ini dalam kehidupan kita.

   Emosi positif tersebut memainkan peranan yang sangat penting and amat menpengaruhi seseorang. Boleh dikatakan, manusia yang terdapat di dunia ini hidup untuk mencari gembira, bahagia dan kasih sayang. Emosi tersebut mamberi makna hidup kepada manusia. Tanpa emosi tersebut, manusia tidak akan mempunyai ransangan untuk hidup. Hidup manusia juga akan susah jika kehidupan mereka kekurangan emosi positif. Kebanyakan mereka yang membunuh diri merasa mereka hidup dengan tidak gembira dan tidak orang menyayangi mereka.  

                         

           Terdapat pelbagai sudut pandangan dari ahli-ahli falsafah berkenaan dengan makna bahagia ini. Beberapa ahli falsafah seperti Aristottle, Plato, Argyle dan Mills telah mengemukakan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil satu kepuasan. Pertama sekali, Aristolte mengatakan bahagia adalah hasil kepada pencarian ke arah kebahagiaan. Bagi Plato pula, bahagia mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan yang baik. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap negara adalah berlainan. Menurut Freud pula, hubungan kekeluargaan yang kukuh sejak kecil lagi adalah penting untuk menentukan kebahagiaan pada masa akan datang (sumber dari Argyle).Peristiwa jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Berbincang tentang kebahagiaan dan perkahwinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkahwin adalah lebih bahagia dari orang yang tidak berkahwin. Selain itu. individu yang beribadat adalah orang yang lebih bahagia dan kurang mengalami depresi berbanding orng lain. Perkara ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.

        Sebenarnya, emosi positif tersebut tidak ada definasi yang tertentu. Bagi saya pandangan kita terhadap Kebahagian, gembira dan kasih sayang akan menpengaruhi kita tentang definasi emosi positif tersebut. Kita yang memberi makna KEBAHAGIAAN, GEMBIRA dan KASIH SAYANG. Contohnya, bagi seseorang pengemis, jika ada orang sudi memberi makanan tidak kisah makanan tersebut itu hanya lauk yang sangat biasa dan menemani dia, pengemis tersubut akan berasa sangat bahagia kerana ada orang yang ingin tolong dia dan tidak memandang rendah padanya. Sebaliknya, bagi kanak-kanak sekarang, tidak tahu untuk menghargai apa yang dimiliki oleh mereka dan sentiasa menjerit bahawa mereka tidak bahagia. Kalau berbanding dengan pengemis, kanak-kanak sekarang jauh lebih bahagia daripada pengemis tetapi mereka tidak merasa begitu. Pendek kata, kalau kita ingin merasai kebagiaan, gembira dan kasih sayang menghargailah apa yang kita miliki dan sentiasa bersyukur kepada tuhan. Sebernanya, kita semua hidup dengan bahagia tetapi kita tidak dapat merasainya.  Saya memang berharap manusia dalam dunia ini dapat hidup dengan gembira dan tidak ada sengsaraan. Oleh itu, step yang boleh kita buat sekarang ialah mengubah pemikiran kita dan mencari kebahagiaan kita. Sekian terima kasih.

 


No comments:

Post a Comment