A131805,SALBIAH BINTI AWANG
BAHAGIA,GEMBIRA DAN KASIH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kuliah minggu ini iaitu pada 3/8/2011 telah memberi pengetahuan baru kepada saya.Dalam kuliah ini saya belajar tentang teori 'Izard innate Facial expression',teori pembelajaran dan pengalaman dan emosi positif (gembira,bahagia dan kasih).
Teori 'Izard innate facial expression' menarik perhatian saya kerana ia agak berbeza berbanding teori yang lain.Teori Izard menekankan bahawa emosi adalah semula jadi tetapi pembelajaran tidak memberikan kesan yang besar di dalam proses mengekspresikan emosi.Kajian telah dijalankan untuk membuktikan teori ini dan antara kajian yang dijalankan ialah kajian 'Born to smile'.Kajian ini mengkaji tentang kehadiran emosi yang ditunjukkan bayi sejak mereka lahir.Namun,kajian ini mendapat kritikan kerana ekspresi muka yang ditnjukkan seorang bayi tidak semestinya menggambarkan emosi bayi itu.Sebagai contoh,bayi yang senyum tidak semestinya gembira.Selan itu kajian yang dijalankan oleh Ekman juga menunjukkan bahawa emosi bukan semula jadi sepenuhnya tetapi boleh diubahsuai oleh budaya yang berbeza.Berdasarkan kajian Ekman ini saya dapati budaya juga mempengaruhi emosi seseorang.Sebagai contoh,orang melayu yang mempunyai budaya berbeza berbanding orang barat sentiasa mengambil beral soal pergaulan dan mereka tidak membenarkan pergaulan bebas.Bagi saya apabila saya melihat pasangan yang belum berkahwin berpengangan tangan saya rasa benci dan meluat,tetapi mungkin emosi ini tidak ditunjukkan oleh orang barat yang sudah biasa dengan pergaulan bebas.
Teori pembelajaran dan pengalaman dibahagikan kepada dari sudut pandangan biologi dan pandangan pembelajaran.Pandangan biologi menekankan bahawa pembelajaran tidak memainkan peranan penting terhadap emosi seseorang.Ransangan(situasi) akan meransang emosi untuk diekspresikan oleh seseorang.Tetapi tidak semua orang mempunyai ransangan yang sama yang menyebabkan mereka mempamerkan emosi tersebut.Saya mempunyai seorang kawan yang sangat takut kepada lipas dan setiap kali dia terjumpa lipas(rangsangan) dia akn menjerit jerana takut(emosi) tetapi lipas (rangsangan) tidak membuat saya merasa takut sehingga menjerit-jerit.Dalam teori ini juga saya dapati kognitif proses berbeza untuk seseorang.Adik saya akan melakukan kerja rumah tanpa rungutan apabila dia ingin mendapat ganjaran daripada ibu saya.Saya pula merasa agak terbeban dengan kerja rumah tetapi saya melakukannya kerana tanggungjawab saya sebagai seorang anak.Teori pembelajaran pula menyatakan bahawa semua emosi dipelajari.Kajian yang dijalankan oleh Miller 'Miller's study' menunjukkan bahawa ketakutan tiada asas biologi. Kajian Miller telah dilakukan ke atas tikus menggunakan kejutan elektrik dan menunjukkan bahawa tikus belajar untuk merasa takut.Albert telah melakukan kajian dan mengesahkan bahawa ketakutan juga boleh dipelajari.Pada pandangan,ketika ketika kecil mungkin kita diajar untuk mengenali dan mengalami sendiri emosi yang ditunjukkan oleh orang dewasa.Kanak-kanak akan tersenyum apabila melihat ibu mereka tersenyum dan kadang-kadang mereka menangis apabila melihat ibu mereka bersedih dan menangis.Apabila kita dewasa,kita sudah mengenali emosi jadi emosi yang ditunjukkan adalah secara semula jadi disebabkan ransangan .Dalam kuliah kali ini saya dapat membandingkan teori-teori tentang emosi.
Seterusnya,saya belajar tentang emosii positif iaitu gembira,bahagia dan kasih.Apa itu bahagia,gembira dan kasih?Menurut apa yang telah saya pelajari dalam kuliah ini gembira adalah emosi yang terdiri daripada keseronokan dan kepuasan.Manusia amat mementingkan kebahagiaan mereka.Jika difikir definisi bahagia itu sangat luas.Seseorang itu merasa bahagia apabila dia tidak sedih atau runsing dengan masalah.Jadi orang yang tidak tertekan dengan masalah hidup akan sentiasa bahagia.Tetapi setiap orang mempunyai masalah masing-masing.Oleh itu agak mustahil untuk seseorang itu merasa bahagia sepanjang masa.Adakalanya kita akan bersedih dan apabila awan mendung beredar ,matahari kembali menyinari kebahagiaan akan kita kecapi. Apa yang memebuat kan kita bahagia dan gembira?Bagi saya kebahagiaan untuk sesetiap orang berbeza,tidak semua perkara yang membuat saya bahagia akan beri kebahagiaan dan kegembiraan kepada orang lain.Kebahagiaan itu milik semua orang.Sebagai seorang muslim,kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal abadi hanya akan dikecapi apabila kita melakukan setiap perkara kerana ALLAH.Maka tujuan hidup kita juga adalah kerana ALLAH.Apabila seorang muslim itu gigih mencari keredhaan ALLAH maka kebahagiaan mutlak milik dia di dunia dan di akhirat.Saya pernah membaca novel tentang seorang budak remaja yang hidupnya jauh dari agama.Dia hidup hanya untuk berhibur bersama rakan-rakan dan bagi dia sudah kecapi kebahagiaan dan gembira dengan hidupnya,sehingga dia menemui seorang gadis yang menyedarkan dia kebahagiaan yan dia miliki sekarang bukanlah kebahagiaan yang sebenar dan bahagia yang dia miliki itu tidak akan kekal.Melalui novel ini saya sedar bahawa kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya sementara dan hanya apabila kita hidup dalam islam sepenuhnya,itulah kebahagiaan mutlak yang telah kita kecapi.
Menurut kajian yang telah dilakukan bahagia/gembira itu berbeza bagi setiap Negara (Veenvohen,1995).Ini mungkin kerana setiap Negara mempunyai budaya yang berbeza yang jelas mempengaruhi kebahagiaan dan kegembiraan seseorang.Kajian yang telah dilakukan oleh Diener et al, 1995, menunjukkan bahawa orang asia mempunyai kebahagiaan yang rendah berbanding orang lain. Seseorang yang senang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mampu untuk membahagiakan diri mereka(Rim, 1993).Bagi saya seseorang yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mampu untuk menghadapi setiap masalah dengan baik.Jadi mereka yang tergolong dalam kalangan ini sangat mudah merasa bahagia dan gembira berbanding orang lain.Terdapat dua komponen kebahagiaan (Kozma et al, 1992):Jangka pangjang keadaan afektif (emosi dari semasa ke semasa)dan jangka pendek keadaan afektif (emosi yang hadir pada ketika itu).Freud mengatakan bahawa hubungan seseorang dengan ibu bapanya sewaktu kecil menentukan kebahagiaan seseorang itu kelak.Bagi saya pendapat Freud benar kerana seseorang yang mempunyai hubungan baik dan rapat dengan ibu bapanya akan merasa bahagia dan gembira kerana ibu bapa adalah insan yang sangat penting dalam hidup seseorang.
Apakah faktor yang membuat kita gembira dan bahagia?Setiap orang didorong oleh faktor yang berbeza.Kajian menunjukkan bahawa jatuh cinta adalah faktor yang mendorongkan hampir setiap orang untuk bahagia.Perkahwinan juga membuatkan seseorang itu bahagia,Tetapi adakah perkahwinan itu yang membahagiakan seseorang atau kebahagian dalam diri seseorang yang meembuat perkahwinan bahagia?Bagi saya orang yang bahagia yang memberikan kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.Terdapat juga faktor lain yang mendorong seseorang untuk merasa bahagia antaranya ialah persahabatan,kesihatan,hiburan dan keluarga.Apa pula kaitan antara agama dan bahagia?Adakah orang yang berpegung teguh dengan agama mereka akan merasa bahagia?Menurut kajian oleh Keith Ward menunjukkan bahawa agama memberi kesan positif kepada kesihatan mental.Kajian yang dilakukan oleh Gallup, the 'National Opinion Research Centre and the Pew Organisation' menunujukkan bahawa orang yang mempunyai tahap spritualiti yang tinggi dua kali ganda lebih bahagia berbanding orang yang kurang mendalami agama.Ini menunjukkan bahawa kerohanian juga memberi kesan terhadap kebahagiaan seseorang.Seseorang yang beragama akan hidup tenang dan bahagia.Sebagai contoh,seorang muslim yang sememangnya menganuti agama islam tidak semestinya mempunyai spritualiti melainkan dia benar-benar beramal dan hidup dalam agama islam.Menurut sumber Wikipedia,spritualiti adalah berkaitan dengan jiwa seseorang dan bagaimana seseorang itu mencari makna sebenar kehidupan.Jadi orang yang beragama ialah orang yang percaya akan kewujudan tuhan dan menjadikan ini satu sebab kewujudan dia di dunia.Apabila seseorang itu mengenal erti sebenar kehidupan dan tujuan hidupnya dia akan hidup bahagia dan gembira.
Sekian….
No comments:
Post a Comment