Kek Xin Yi (A131551) J02- emosi positif dan kebahagian
Selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal kedua saya dalam kursus ZT2253, pengurusan emosi. Pada 3 Ogos 2011, saya telah didedahkan kepada kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh DR Ahmad Zamri Mansor. Beberapa teori yang menarik telah disampaikan dalam kuliah ini yang membantu saya lebih memahami subjek pengurusan emosi ini. Hari ini, saya dikejutkan lagi dengan pengetahuan emosi kerana saya tidak sangka emosi itu boleh dilihat dan dikaji daripada banyak aspek yang berbeza. Perasaan ingin tahu muncul dalam diri saya kerana saya ingin tahu berapa banyak teori banyak yang boleh dikait dengan emosi. Tajuk utama kami pada hari tersebut ialah emosi dan kebahagian.
Semasa kuliah pengurusan emosi, Dr Azman telah menerangkan mengenai Izarrd's innate Facial Expreesion. Teori ini mengatakan bahawa kita semua dilahirkan dengan emosi dan pembelajaran hanya yang sedikit memberi impak kepada pengalaman emosi. Hal ini dapat dibuktikan apabila bayi yang dilahir boleh bersemyum tanpa diajar. Bayi akan senyum tanpa diajar. Namum begintu, ada yang berpendapat bahawa senyuman tersebut merupakan alat komunikasi mereka dengan ibubapa mereka. Pada pandangan saya, emosi adalah sesuatu yang dilahir secara semula jadi dan pembelajaran serta pengalaman dapat menyumbang kepada perubahan emosi tersebut.
Di samping itu, saya juga tertarik dengan kajian ' cross-culture' yang dijalankan kerana kajian membuktikan bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Kajian menunjukan emosi adalah kosisten dan sekata bagi merentas budaya dan corak tindak balas seseorang adalah sama. Yang menjadi berbezaan ialah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal. Hal ini kerana setiap orang mengawal emosi dengan cara yang berbeza. Oleh itu, saya berpendapatan bahawa pengurusan emosi yang baik adalah penting untuk memaparkan emosi yang bersesuaian dengan situasi dan perasaan individu tersebut. Walaubagaimanapun, emosi yang dilahir semulajadi ini boleh dipengaruh oleh kebudayaan yang berbeza. Oleh itu, saya dapat melihat berbeza-beza perasaan yang dipaparkan dengan cara yang sedikit berbezaan di kalangan golongan yang berbeza agama dan kebudayaan. Sebagai contoh, ada yang lebih gemar menyampaikan perasaan sedihnya daripada menunjukkan perasaan mereka kerana meraka takut mereka akan dianggap sebagai orang yang tidak kuat semangat dan lemah jika mereka menunjukkan perasaan sedih itu.
Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan teori " Learning and Experience". Terdapat 2 cara yang berbeza iaitu pengalaman melalui sudut pandangan biologi dan pengalaman dari sudut pandangan pembelajaran. Dalam kaedah pengalaman melalui sudut pandangan biologi, pembelajaran tidak menyumbang secara banyak. Hal ini disebabkan perkara yang sama ditafsir secara berbeza bagi individu yang berbeza. Hal ini demikian kerana proses kognitif adalah berbeza untuk setiap individu. Contohnya, sesetengah individu yang fobia terhadap ketinggian. Sebaliknya, bagi pengalaman dari sudut pandangan pembelajaran, pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada emosi. Sebagai contoh, seseorang yang pernah dipatuk ular mungkin dia akan takut kepada ular. Ini telah membuktikan bahawa pengalaman itu dapat mempengaruhi emosi seseorang itu.
Seterusnya, beberapa gambar ekspresi muka telah ditayangkan dan kuiz meneka ekspresi muka diadakan. Kami semua dikehendaki untuk meneka perasaan melalui expresi muka mereka. Soalan itu adalah mudah bagi saya kerana secara tidak langsung dan tanpa disedari, saya telah menjalankan kuiz yang sama setiap hari. Kami sering meneka perasaan seseorang itu dengan hanya melihat kepada espresi seseorang kerana ini adalah jalan yang paling mudah dan cepat untuk mengenali seseorang. Langkah ini memberi maklumat yang paling asas mengenai diri seseorang itu.
Dalam kuliah ini, Dr Ahmad Zamri telah memberi kami beberapa soalan kuiz untuk menguji tahap pemahanan kami kepada konsep-konsep yang telah diajar di kuliah. Akibatnya, saya terperanjat dengan soalan-soalan yang dikemukakan kerana banyak yang tidak dapat dijawab dengan baik. Walaupun saya rasa bahawa saya telah faham apa yang telah diajar, namum aplikasi pengetahuan tersebut dalam kuiz-kuiz adalah tidak mudah. Ini menunjukan bahawa saya perlu membaca lebih banyak lagi mengenai tajuk-tajuk yang diajarkan itu.
Selain itu, kuliah kali ini banyak menekankan menceritakan emosi positif seperti gembira, bahagia dan kasih sayang. Banyak teori telah dikemukakan untuk cuba mentaksirkan makna kebahagian. Antara Aristotle yang mengatakan bahawa kebahgian merupakan hasil kepada pencarian kea rah keseronokan dan Plato yang mengtakan bahwa kebahagian yang dating daripada kehidupan yang mulia. Menurut kajian, tahap kegembiraan Asia adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain. Individu yang menetap di Amerika, Australia dan Eropah adalah orang yang paling bahagia. Menurut sumber Argyle, perkara yang paling menyumbang kepada kebahagian adalah jatuh cinta yang diikuti dengan balik pulih daripada penyakit yang serius.
Saya amat setuju dengan kenyataan: orang yang dapat sesuaikan diri adalah lebih bahagia. Hal ini demikian kerana saya percayai seseorang itu dapat menguasai dan mengawal perasaan gembiranya dengan menyesuaikan diri dalam keadaan yang sedia ada. Jika seseorang itu, dapat mengawal perasaan gembira dan bahagianya, dia akan gembira sepanjang masa tidak kira mana dia pergi. Tambahan pula, orang yang pandai menyesuaikan diri, lebih pandai mengatasi masalah, jika masalah berkurangan, tahap kebahagian seseorang itu akan meningkat. Saya yakin bahawa jika seseorang itu bersyukur terhadap apa yang telah dimiliki, dia akan berasa amat bahagia walaupun apa yang dimiliki itu adalah sedikit. Jangan mudah cemburu dan dengki kepada apa yang dimiliki oleh orang lain sebaliknya, kami perlu berterima kasih kerana dapat hidup dan wujud dalam dunia ini. Ini adalah memandai untuk saya untuk saya berasa bahagia. Sebab utama perasaan tidak puas hati atau berasa tidak gembira adalah kerana seseorang itu akan ingin memiliki apa yang tidak ada padanya.
Perasaan gembira boleh dikekalkan untuk masa yang panjang ataupun hanya dapat dirasai dapat untuk masa yang pendek menjadi persoalan saya dalam kuliah ini. Sesetengah perkara yang gembira boleh menyebabkan saya untuk gembira selama seminggu tetapi sesetangah perkara, saya hanya dapat merasai kegembiraan untuk 5 minit. Selepas memperlajari tentang "long term affective state" dan "short term effective state" barulah saya faham tentang konsep tersebut. Ini telah memberi banyak faedah kepada saya.
Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini membangkitkan keingin-tahuan saya tentang emosi positif dan kebahagian. Oleh itu, saya berhasrat untuk menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai topic ini. Jika kami dapat mengawal emosi kami dengan baik, secara tidak langsungnya akan mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Emosi positif penting dalam memelihara sifat yang baik seseorang. Kami perlu menuahkan perasaan dan fikiran kami dan mengurusnya dengan baik dan bukan membiarkan emosi menguruskan saya agar tidak mendatangkan sebarang keburukan yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment