Monday, August 8, 2011

A131887 Nor Hidayah Binti Borhan - Kebahagiaan Itu Milik Setiap Insan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya dan memberi peluang untuk saya menulis jurnal yang kedua untuk kursus pengurusan . Pada hari rabu lepas saya 3/8/2011 saya telah menghadiri kuliah oleh Dr Zamri . Kuliah tersebut adalah sambungan dari kuliah yang pertama tentang struktur dan ekpresi muka dan juga emosi positif dan negatif. Tetapi sebelum saya mengulas tentang apa yang saya telah belajar , saya sangat tertarik dengan video yang ditunjukkan oleh Dr Zamri pada awal sesi pembelajaran iaitu lagu " You came to me" oleh sami yusuf . Lagu ini berkaitan dengan lagi kecintaan terhadap PenciptaNya . Sungguh menusuk kalbu apabila seseorang itu menyerahkan segala hidupnya dan kasih sayang hanya untuk Allah . Antara lirik-lirik nya ialah

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

Berharap lagu-lagu seperti ini menjadi kegemaran anak muda remaja yang berkonsep ketuhanan. Semoga saya dan juga rakan-rakan lain juga begitu . Semoga kami sentiasa mengingatiNya dan sabar dalam setiap apa pun dugaan yang di berikan oleh Nya.

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun Ingat kepadamu, bersyukurlah kepada-Ku,dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Sungguh ,Allah beserta orang-orng yang sabar" (Al-Baqarah ayat 152-153)

Berbalik kepada pengurusan emosi, Dr Zamri telah pun menyentuh tentang Izard's & Innate facial expression. Melalui apa yang saya faham , Izard's teori mengatakan bahawa expresi muka adalah satu yang semula jadi . Hal ini telah dibuktikan dengan kajian iaitu kajian silang budaya dan kajian tentang bayi (Newborn's 'born to smile' studies ). Melalui kajian ini bayi pada tiga hingga empat bulan melahirkan perasaan marah dan terkejut , takut dan malu pada lima dan enam bulan, kepuasan pada umur satu tahun dan perasaan bersalah pada umur dua tahun. Tetapi ada juga mengatakan bahawa tidak semestinya bayi yang tersenyum itu gembira. Pada pendapat saya jika seseorang itu senyum tak semestinya dia gembira. Contohnya saya sendiri, walaupun saya sedih dan menghadapi masalah, saya akan cuba member senyuman pada rakan-rakan saya untuk menyembunyikan dan juga dapat menghilangkan perasaan sedih itu. Bagi kajian silang budaya yang telah dilakukan oleh Ekman's di US, Brazil ,Chile ,Argentina dan Japan. Cara kajian ini dilakukan dengan menunjukkan gambar dan menyuruh subjek untuk meneka emosi yang digambarkan di dalam gambar tersebut.  Untuk mengesahkan lagi kajian Ekman telah di Borneo dan New Guinae. Scherer dan Walbott telah pun mengadakan kajian di 37 negara dan 5 benua. Mereka juga telah membuat kesimpulan bahawa bukti tentang kajian itu adalah bentuk tindakbalas emosi yang stabil. Selain daripada itu juga Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi  dan analysis emosi melalui computer telah dilakukan oleh Pilowsky & Katsikitis, 1994 digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea)
 
Seterusnya teori 'learning dan experiences' . Terdapat dua komponen iaitu biologikal dan pembelajaran yang berbeza pendapat. Dari segi biologikal bermaksud didalam komponen itu emosi juga memainkan peranan manakal pembelajaran yang berbeza pendapat pula menyatakan dari emosi kita memperoleh pembelajaran . Pada pendapat saya kita belajar melalui pengalaman, didalam pengalaman terselitnya beberapa emosi contohnya gembira,sedih dan lain-lain. Dulu, semasa saya di sekolah rendah dan menengah , saya menyertai pelbagai aktiviti sukan terutamanya olahraga ,bola jaring dan lain-lain. Pada mulanya saya agak takut untuk menyertai aktiviti seperti ini kerana tidak ada keyakinan diri. Saya mula menceburi bidang ini sejak saya berumur 9 tahun. Dari sini saya dapat belajar pelbagai teknik dalam sukan dan juga ragam manusia. Saya memperoleh pengalaman selama lapan tahun dalam sukan. Terdapat pelbagai emosi yang saya dapat dalam bidang ini. Contohnya perasaan berdebar semasa perlawanan ingin bermula dan juga perasaan gembira apabila berjaya merangkul pingat emas.
Seterusnya Dr Zamri juga telah mengajar apa itu kebahagian , cinta , gembira dan kasih sayang. Ini berkaitan tajuk Emosi Positif.
Bahagia. Apa itu bahagia? Bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan? Pada saya bahagia ialah satu perasaan yang lahir dalam seseorang insan apabila dia terlalu gembira tentang sesuatu ataupun seseorang yang membuat dirinya sangat bahagia. Tidak dinafikan setiap insan didunia ini mempunyai perasaan bahagia walaupun orang itu pernah mengalami kesedihan ataupun pernah rasa tidak bahagia. Bukankah hidup kita bagaikan roda. Sekejap kita akan rasa bahagia dan kemudian kita akan sedih .

Allah berfirman

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar ." (Surah Hud ayat 9 hingga 11).

Jadi seharusnya kita sentiasa bersyukur atas segala kegembiraan dan kebahagiaan yang Allah telah berikan kepada kita dan juga bersyukur atas dugaan yang Allah telah berikan kepada kita kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Perasaan bahagia juga untuk seseorang mempunyai definisi yang berbeza. Sesetengah orang akan berasa sangat bahagia kerana agamanya dan dia juga begitu mencintai agamanya. Pegangan agama juga boleh membantu seseorang itu gembira dan boleh menghilangkan segala tekanan. Ini juga berlaku pada diri saya semasa peperiksaan sem satu sebagai seorang pelajar perubatan . Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat lakukan yang terbaik akibatnya saya menangis dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap peperiksaan seterusnya. Alhamdulillah nasihat dari seseorang telah pun menyedarkan saya bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih dan kepadaNyalah tempat kita meminta pertolongan dan bantuan. Saya meluahkan segala rintihan hati saya kepadaNya membuatkan saya lebih tenang dan mula fokus terhadap peperiksaan selanjutnya.

Selain itu ,perasaan bahagia juga lahir apabila seseorang itu jatuh cinta terhadap seseorang. Fitrah manusia yang mempunyai perasaan untuk jatuh cinta dan manusia memang diciptakan berpasang-pasangan tetapi perlulah kita ingat bahawa kita sepatutnya mencintai Allah terlebih dahulu dan juga keluarga. Allamdulillah saya mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibu dan ayah saya memandangkan saya seorang anak tunggal . Saya sangat sangat ibu dan ayah saya dan mereka jugalah yang sentiasa memberi kebahagian kepada saya tak kira sama ada susah ataupun senang.
Akhir kata , saya ingin menyentuh tentang kebahagian. Sesungguhnya kebahagian itu tidak dapat bergolek , kerana hidup ini penuh dengan dugaan dan pancaroba. Sebagai manusia kita haruslah sentiasa bersyukur atas segala pemberianNya dan dugaanNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang sesuatu. Disini saya selitkan sebuah lirik lagu yang diberi tajuk keluarga bahagia oleh saujana.

Keluarga bahagia : Saujana
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

No comments:

Post a Comment