Monday, August 8, 2011

ANIS MOHD YATIM,A131325,LJ02,POSITIF EMOSI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jurnal pada minggu ini diteruskan lagi untuk kali keduanya. Alhamdullilah, pertama sekali saya tertarik dengan  teknik pengajaran yang dilaksanakan sewaktu kuliah yang ketiga oleh Dr Zamri pada hari Rabu bersamaan 3/8/2011. Dua kuiz yang dilakukan pada hari tersebut yang mengandungi sebanyak dua puluh soalan sedikit sebanyak membantu saya mengulangkaji topik  yang telah diajar pada minggu  yang sebelumnya. Antara kuiz yang dijalankan ialah  kami ditayangkan dengan klip-klip yang mempunyai pelbagai jenis mimik muka, dan kemudiannya kami perlu memastikan sama ada mimik muka itu menggambarkan emosi marah, sedih, gembira dan sebagainya. Agak sukar bagi saya untumengenal pasti beberapa jenis mimik muka kerana terdapat beberapa klip yang tidak dapat dipastikan sama ada riak wajahnya marah atau sedih. Tapi apabila diperhatikan betul betul saya dapat mengenal pasti dengan baik dan semua jawapan yang saya berikan bertepatan dengan jawapan yang diberikan. Selain itu, penglibatan sewaktu menjawab kuiz tersebut telah membantu saya untuk memberi perhatian dalam kuliah  dan menghilangkan daripada rasa mengantuk sewaktu di dalam kuliah.
            Sebelum kuiz diadakan  Dr Zamri telah menyambung kembali kuliah pengurusan emosi tajuk ke 2 yang  mana berkait dengan konsep 'Izard's Innate Facial Expression' dan 'Learning & Experience Theories'. Selepas itu,diteruskan dengan kuliah yang ketiga yang berkisar tentang Teori Izard yang mengaitkan ekspresi muka dengan emosi manusia secara langsung. Melalui catatan saya seperti di dalam jurnal sebelum ini, Izard's Innate Facial Expression telah melakukan dua jenis kajian seperti 'born to smile studies' dan  kajian silang budaya. Melalui "born to smile studies"  kritikan mengatakan emosi adalah suatu yang semulajadi (innate) , contohnya  melalui bukti senyuman bayi apabila mereka boleh tersenyum walaupun mereka baru lahir ke dunia. Emosi dipelajari secara tidak langsung  apabila kita membesar. Perasaan marah dan terperanjat wujud ketika usia 3-4 bulan, malu dan takut pada usia 5-6 bulan, ekspresi kepuasan pada usia 1 tahun dan perasaan bersalah pada usia 2 tahun. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu mengenai emosi yang muncul dengan peningkatan usia bayi. Walau bagaimanapun, terdapat kritikan bahawa senyuman bayi tidak melambangkan bayi itu gembira, tetapi senyuman bayi merupakan satu alat komunikasi. Manakala kajian silang budaya telah dilakukan oleh Paul Ekman. Namun, terdapat juga kritikan bagi kajian ini di mana kritikan menyatakan bahawa kajian ini bertumpu kepada masyarakat yang terpelajar. Oleh sebab itu, Ekman telah menjalankan kajian yang sama bagi penduduk Borneo dan Papua New Guinea. Diakhirnya, beliau mengkonklusikan bahawa ekspressi emosi tidak bersifat semulajadi keseluruhannya. Ia melalui proses modifikasi oleh pengalaman budaya.
            Teori Izard mempunyai dua sudut pandangan iaitu dari segi biologi dan dari segi pembelajaran. Berkenaan teori ini melalui pandangan biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik menyatakan emosi merupakan ekspresi genetik seseorang secara langsung dan dimodifikasi oleh pembelajaran. Izard pula menyatakan emosi muncul pada bulan-bulan pertama kelahiran untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi timbul melalui rangsangan yang berbeza dalm individu yang berbeza. Sebagai contoh, perasaan takut. Antara perkara takut yang saya pernah alami ialah apabila saya telah tersesat dalam hutan bersama-sama rakan-rakan yang lain,tetapi kami masih lagi berjaya mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Matsumoto telah membuat kajian eksperasi dan keamatan emosi di Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanics dan telah mendapati bahawa asas emosi adalah sama tetapi eksperasi yang dilakukan adalah berlainan. Emosi seperti takut adalah disebabkan oleh pengaktif (activators) yang berlainan di dalam setiap individu, sebagai contoh; hantu, anjing, ketinggian dan juga lipas. Dari segi pembelajaran dan pengalaman pula, teori mengatakan semua emosi adalah dipelajari. Masih mengambil perasaan takut sebagai contoh, saya sangat takut melihat binatang yang berkulit licin dan lembik seperti lintah, belut, pacat dan cacing, saya berasa sangat geli dan sampai membuatkan saya nak muntah.
            Kuliah kedua pula berkisar tentang emosi positif. Dalam tajuk ini, Dr. Zamri telah memberi penekanan mengenai kebahagiaan, kasih sayang dan kegembiraan. Mengikut pembacaan saya kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif. Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak. Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seora Ada yang berasa bahagia kalau dia  mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.
 Happiness ini terdapat banyak "philosophy". Ini merangkumi Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills. Kita sebagai manusia akan senyum atau bergelak ketawa sekiranya kita berasa gembira. Terdapat beberapa penyelidikan seperti 'cross cultural studies' dan 'asian cultures'. Penyelidikan ini menunjukkan orang yang paling gembira tinggal di Amerika Utara, Australia dan Europe. Kaedah penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang senang menyesuaikan diri terhadap sesuatu situasi adalah orang yang lebih gembira dan bahagia. Menurut kozma, gembira mempunyai 2 komponen iaitu "long term affective states" dan "short term affective states".  "Long term affective states" mempunyai latar belakang diri yang sentiasa mempunyai emosi yang agak stabil dari bulan ke bulan atau dari tahun ke tahun manakala "short term affective states" menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa terbaru yang berlaku dalam hidup seperti mendapat anak baru atau Berjaya dalam sesuatu peperiksaan. Dengan itu, untuk kita benar-benar gembira, "long term happiness harus bergabung dengan "short term happiness".Selain itu,senyuman juga merupakan salah satu komponen bagi emosi positif. Senyuman merupakan satu alat komunikasi. Apabila kita berjumpa dengan seseorang, jika kita tiada kesempatan untuk menegurnya kerana kesuntukan masa atau segan kerana dia mungkin orang kita tidak kenali, senyum sudah mencukupi sebagai isyarat kita menghormati kehadiran dia di sisi hidup kita.
Di dalam kuliah tersebut , Dr. Ramzi ada menyatakan Costa Rica merupakan negara yang paling gembira. Negara asia merupakan negara yang mempunyai kadar orang gembira yang rendah. Mungkin kerana orang asia suka bersedih dan mempunyai konflik di dalam diri. Sebenarnya semua orang juga tidak boleh lari daripada konflik yang membelenggu. Manusia di Costa Rica juga pasti mempunyai masalah yang sama namun walaubagaimanapun yang membezakan kita semua adalah bagaimana cara kita menhadapi masalah tersebut. Kasih sayang juga adalah salah satu daripada 3 emosi positif yang diperkatakan dalam tajuk ini.Ia adalah perasaan yang lebih daripada suka.Ia adalah suatu perasaan suka yang kuat diiring dengan 3 kualiti iaitu: perasaan seperti terikat,perasaan ambil berat serta kepercayaan.2 orang yang mempunyai perasaan kasih sayang akan ditarik antara satu sama lain oleh tarikan ini. Sebagai contoh yang jelas dapat kita lihat adalah sesebuah pasangan kekasih ataupun suami isteri yang sangat bahagia kerana mereka dilengkapi dengan tiga kualiti kasih sayang ini. Faktor ini tidak mengira agama dan budaya yang berbeza.Tetapi,untuk menghasilkan tarikan ini,terdapat 3 keperluan yang perlu ada iaitu,  seseorang untuk memulakan perhubungan ini,dalam jarak yang dekat mempunyai kemahiran social yang sesuai untuk meneruskan hubungan ini.Tarikan ini + 3 keperluan boleh dicapai melalui proses 'social penetration'.Ini pula dibahagi kepada dua panjang dan lebar.Lebar adalah sebenarnya jarak tempat tinggal antara mereka berdua serta orang lain yang terlibat dalam hubungan mereka.Panjang pula adalah tahap di mana mereka kenal antara satu sama lain dan berkongsi perasaan masing-masing.  
              Akhir sekali, saya telah mempelajari banyak pengajaran. Pada mulanya, saya amat cenderung terhadap kursus ini. Saya selalu berfikir mengapa saya perlu ambil kursus ini dan apa yang boleh saya dapat daripada kursus ini. Selepas hanya dua kuliah dalam pengurusan emosi ini, saya berasa banyak yang saya tidak tahu dalam tajuk emosi ini. Saya amat terkejut terhadap betapa banyaknya penyelidikan, teori terhadap subjek emosi ini. Saya amat menyukai kuliah gembira, bahagia dan kasih ini kerana bagi saya, gembira, bahagia dan kasih sayang amat penting dalam hidup saya dan bagi hidup orang lain.
           
 

No comments:

Post a Comment