Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga buat pensyarah yang mengajar bagi subjek pengurusan emosi ini. Pada minggu ni iaitu 3 ogos 2011,kami telah mempelajari 2 tajuk utama dalam subjek ni. Pertamanya, kami belajar mengenai sambungan tajuk yang lepas mengenai struktur emosi. Antara teori yang kami pelajari pada minggu ini adalah mengenai Izard Innate teori. Selepas itu kami telah diberikan beberapa minut rehat dan kemudiannya bersambung kepada sedikit kuiz yang telah diberikan oleh pensyarah berkenaan. Antara kuiz atau soalan yang ditanyakan adalah kebanyakannya mengenai pengenalan emosi dan juga struktur emosi yang telah kami pelajari pada minggu sebelumnya.
Selain dari itu, pada minggu ini juga kami telah mempelajari serba sedikit mengenai kebahagiaan dan juga contoh-contohnya. Sebelum saya memberikan beberapa pendapat mengenai tajuk yang telah saya pelajari pada minggu ini, wajar sekali jika saya memberikan sedikit bingkisan mengenai apa yang telah saya pelajari agar dapat kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita dan juga dapat lebih memahami dengan apa yang kita pelajari. Pada awalnya kami telah diberikan penerangan mengenai Izard Innate teori. Mengenai apa yang saya faham mengenai teori ini adalah emosi didefinisikan sebagai sifat semulajadi yang telah sedia ada dalam diri manusia itu sendiri. Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, ada yang menyatakan bahawa bayi yang dilahirkan adalah dilahirkan dengan senyuman.
Menurut mereka lagi, setelah lanjutnya usia bayi berkenaan terdapat lebih banyak ekspresi muka atau perasaan yang dapat kita lihat dalam diri mereka. Antaranya adalah sifat malu akan ditunjukkan pada usia 3 – 4 bulan pada usianya dan juga pada 5 – 6 bulan pula sifat takut akan ditunjukkan. Justeru itu, sering dikatakan bahawa bayi sememangnya dilahirkan dengan senyuman pada awalnya. Selain itu, setiap manusia mempunyai emosi yang masing – masing dan ini dinyatakan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Matsumato. Dalam kajian beliau,beliau telah menyatakan bahawa emosi asas yang ada dalam diri setiap orang adalah sama cuma yang berbezanya adalah bagaimana mereka mengekspresikan emosi tersebut.
Dalam teori Izard ini ekspresi muka juga dapat mengambarkan emosi seseorang itu pada waktu tersebut. Emosi takut juga dapat digambarkan melalui ekspresi muka. Selain itu, dalam emosi ini kita dapat lihat terdapatnya 'activator' atau pemangkin yang kadang kala menjerus kea rah bagaimana terdapatnya perasaan takut itu. Antaranya adalah takut kepada tempat tinggi, kepada serangga kecil atau banyak lagi. Activator ini menyumbang kepada terbentuknya perasaan takut yang ditunjukkan oleh setiap orang. Ini mungkin jaga kerana fobia atau masa silam yang dialami oleh seseorang yang menyebabkan trauma dalam diri masing-masing.
Ianya juga merupakan salah satu kerja otak yang dilakukan dalam melabel sesuatu perasaan itu. Ini kerana system otak kita telah dahulu membaca apa yang dirasakan oleh kita melalui hormon – hormon yang dirembeskan lalu dapat dikesan oleh sistem otak dan seterusnya otak akan menghantar signal kepada otot untuk menunjukkan ekspresi tersebut. Oleh itu dapat kita lihat disini bahawa otak merupakan system yang dapat melabel atau mengenal pasti perasaan atau emosi kita pada masa tersebut dan juga adalah kerana rangsangan daripada beberapa faktor – faktor.
Tajuk kedua yang kami pelajari pada minggu ini adalah mengenai emosi positif dan negative. Terdapat banyak emosi positif dan negative yang dapat kita lihat pada sekeliling kita. Namun begitu, antaranya saya pelajari adalah mengenai kebahagian. Terdapat pelbagai cara untuk kita merasaikan kebahagiaan. Mungkin sesetengah nya mencapai kebahagiaan bila mendapat sesuatu yang berharga atau lain – lain. Terdapat beberapa kajian yang telah memperkatakan mengenai kebahagiaan. Antaranya adalah kajian yang dilakukan oleh Vonfossen dan juga Veroff . Dalam kajian Vonfossen, beliau telah menyatakan bahawa lelaki dan wanita mendapat kebahagiaan daripada perkahwinan. Kajian Veroff juga memberikan bukti bahawa perkahwinan dapat memberikan kebahagiaan. Ini dapat dilihat daripada kajian yang dijalankan oleh beliau iaitu peratusan kebahagiaan bagi orang yang sudah adalah tinggi jika dibandingkan dengan peratusan yang tidak berkahwin.
Ianya dapat dilihat daripada tiga perkara yang dinyatakan ini iaitu 'commitment,intimacy and passion'. Kebahagiaan juga dapat dicapai melalui ikatan yang erat prihatin anatara satu sama lain dan juga kepercayaan yang harus ada dalam diri masing-masing. Semua yang kita pelajari ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Pada pendapat saya, setiap orang berhak merasai kebahagiaan cumanya adalah bagaimana caranya untuk mendapat kebahagiaan itu. Mungkin terdapat pelbagai cara bagaimana untuk mendapat kebahgiaan antaranya mendapat keputusan yang baik, perkahwinan, mendapat hadiah dan lain – lain lagi. Pada saya kebahagiaan yang dapat saya capai adalah ketika berada bersama – sama dengan keluarga saya. Ini adalah kerana mereka sentiasa ada disisi saya tidak kira keadaan susah atau senang. Mereka juga lebih memahami saya dan juga dapat memberikan nasihat jika ingin membuat sesuatu.
Selain dari itu, ini juga adalah kerana sebagai seorang pelajar yang duduk jauh dari keluarga, jika mempunyai masa yang terluang dan dapat bercuti bersama – sama keluarga juga merupakan kebahagian bagi saya. Disini juga saya ingin berkongsi sedikit pendapat mengenai kebahagiaan yang dapat kita capai apabila kita berkahwin nanti. Ini adalah kerana apabila seseorang itu melangkah kea lam perkahwinan, terdapat pelbagai perkara yang terjadi. Ini adalah mereka mempunyai pasangan untuk berkongsi susah dan senang. Dapat meluahkan masalah masing – masing dan juga lebih memahami diri pasangan masing – masing dari diri sendiri. Oleh itu segala bebanan atau masalah yang dihadapi dapat diringankan jika ditanggung oleh ramai orang. Namun begitu berbeza pula bagi yang tidak berkahwinan. Ini adalah kerana mereka akan menanggung beban sendirian dan juga kadang kala dapat menyebabkan tekanan. Ianya dapat dibuktikan dari kajian yang dilakukan iaitu orangnyang masih bujang lebih mudah untuk membunuh diri berbanding dengan yang sudah berkahwin.
Kebahagiaan juga dapat dicapai apabila kita ikhlas dengan diri kita. Ini keran apabila kita bertindak sedemikian kita dapat merasai manisnya kebahagiaan itu. Ikhlas mempunyai maksud yang luas antaranya adalah dengan melakukan setiap kerja dengan seikhlas hati tidak kira susah atau senang. Sentiasa melakukan suruhan – NYA dengan ikhlas juga dapat memberikan kita kebahagiaan kerana kita akan dapat merasai bahawasanya kita amat dekat dengan pencipta. Selain itu, ikhlas sesame manusia juga dapat memberikan kebahagiaan kepada kita. Ini adalah apabila kita berlaku jujur dan juga sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Apabila kita dapat memaafkan orang lain ianya bukan sahaja dapat mengambarkan kebahgiaan masalah ketenangan yang dapat kita rasai.
Justeru itu, sebagai kesimpulannya semua orang berhak dan juga mempunyai hak untuk mencapai kebahagiaan masing – masing. Mereka jugalah yang dapat mencorakkan kebahagiaan yang ingin mereka capai kelak.
No comments:
Post a Comment