Salam sejahtera, jurnal ini merupakan serba sikit pengalaman dan pengenalan saya kepada kuliah ketiga pada tiga ogos yang lalu. Dalam kuliah ketiga, banyak yang telah saya pelajari dan antara teori yang dipelajari ialah "Izard's innate facial expression". Teori ini menjelaskan bahawa emosi seseorang adalah hasil semula jadi manakala pengalam merupakan proses pembelajaran sahaja. Teori ini dapat dibuktikan dengan bayi. Bayi telah dilahirkan dengan emosi sendiri, ini dapat ditunjukkan melalui senyuman mereka untuk meluahkan perasaan. Senyuman adalah hasil emosi bayi tersebut secara semula jadi tanpa diajari. Terdapat juga pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, menyatakan bahawa senyuman tersebut tidak dapat membuktikan bayi tersebut benar-benar gembira dan hanya merupakan alat komunikasi antara bayi dan ibu bapa mereka. Dalam pandangan saya, saya berasa senyuman dalam bayi dapat menunjukkan bayi tersebut gembira. Ini dapat ditunjukkan dalam orang dewasa juga kerana semasa seseorang berasa amat selesa, ekspresi muka seseorang dapat menunjukkan dia amat selesa. Senyuman merupakan salah satu ekspresi muka yang amat dikenali semasa seseorang berasa selesa atau gembira. Bayi juga tidak perlu belajar untuk senyum kerana ini dapat dijelaskan sebagai reaksi dalam sesuatu stimulasi. Manakala, orang dewasa dapat mengawal perasaan dan ekspresi muka mereka selepas pengalaman mereka dalam hidup.
Selain itu, dalam teori Izard terdapat juga teori ekspresi muka yang menggambarkan emosi seseorang dalam stimulasi atau keadaan tertentu. Emosi seperti gembira, sedih, gementar dan marah dapat digambarkan melalui ekspresi muka. Dalam teori emosi, emosi terdapat asal-usul tersendirinya. Sebagai contoh, seseorang yang takut kepada sesuatu haiwan, benda atau ketinggian. Kesemua ini dapat menyumbang kepada terbentuknya perasaan takut dalam seseorang secara tidak langsung. Kesemua faktor yang menyebabkan perasaan takut tersebut dihasilkan oleh sesuatu pengalaman terdahulu dan perasaan yang sama akan kembali jika situasi yang sama berlaku. Ini juga dikenali sebagai phobia. Dalam pengalaman saya, saya amat phobia terhadap ketinggian. Ini disebabkan oleh kejadian semasa saya seorang budak. Pada masa tersebut, saya sedang memanjat tangga ke atas pokok dan terjatuh dari tangga. Saya tercedera tangan dan kaki kiri saya dan terlantar di hospital selama satu minggu. Sejak kejadian tersebut, saya telah takut akan ketinggian dan akan cuba mengelak daripada memandang dari tempat yang tinggi ke bawah.
Tambahan pula, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa emosi merupakan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran seseorang. Sebagai contoh iaitu " Learning & Experience Theories". Terdapat dua cara yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman dari pandangan pembelajaran. Dalam pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran hanya merangkumi sesuatu yang minima dalam emosi, iaitu teori Izard, emosi berlainan dari satu individu kepada satu individu yang lain. Ini adalah disebabkan oleh perangsang yang berbeza bagi setiap individu. Contohnya, terdapat individu yang takut akan serangga manakala terdapat yang takut akan ketinggian. Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang takut akan serangga dan takut akan ketinggian pada waktu yang sama. Di sebaliknya, pengalaman dari pandangan pembelajaran pula amat menekankan kepada pengalaman dan pembelajaran seseorang. Sebenarnya, pengalaman setiap individu amat berbeza dan bergantung kepada proses kognitif yang berlaku kepada setiap individu yang berlainan. Sebagai contoh, dalam pengalaman saya yang telah saya ceritakan tadi. Pengalaman dan pembelajaran saya akan mempengaruhi tindakan saya pada masa akan datang. Saya mungkin tidak berani untuk memanjat tangga lagi atau akan berasa gementar semasa memanjat tangga. Dalam contoh lain, seseorang yang mempunyai pengalaman lemas mungkin akan phobia akan air dan mungkin tidak akan cuba untuk berenang lagi.
Dalam kuliah tersebut, kuiz juga telah dijalankan. Saya berasa kuiz ini membolehkan kami lebih memahami bahan yang diajar pensyarah dan juga meningkatkan pemahaman kami dalam topik tersebut. Kuiz ini secara tidak langsung juga mendorong kami untuk menumpukan perhatian semasa kuliah. Kuiz tersebut merangkumi soalan yang menunjukkan ekspresi muka yang berlainan yang amat menarik serta soalan-soalan yang dikeluarkan daripada kuliah sebelum ini. Kumpulan saya dapat menjawab 15 daripada 20 soalan yang telah diberi dan saya berasa saya perlu menggunakan lebih banyak masa untuk memahami tentang kuliah sebelum ini.
Seterusnya, kuliah diteruskan dengan tajuk Emosi Positif yang merangkumi emosi gembira, kasih dan bahagia. Kebahagian dapat dijelaskan dengan perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Pelbagai teori mengenai topik ini telah dipaparkan oleh Aristotle dan Plato yang menjelaskan maksud sebenar kebahagiaan. Dalam setiap individu, tanpa mengira bangsa dan agama, seseorang akan senyum semasa gembira. Untuk mendalami teori ini, banyak penyelidikan telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kegembiraan dan manusia. Contoh penyelidikan yang dilakukan adalah penyelidikan "cross-culture studies" dan "Asian cultures" yang dilakukan adalah untuk menunjukkan statistik bahawa mana orang yang paling gembira di dunia berada. Hasil daripada kajian tersebut, keputusan menunjukkan mereka yang paling gembira berasal dari Amerika Utara, Europe dan Australia.
Selain daripada itu, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa individu yang dapat menyesuaikan diri dengan efektif kepada persekitaran yang baru atau kepada situasi yang berbeza merupakan individu yang lebih bahagia dan gembira berbanding kepada mereka yang sebaliknya. Perkara ini juga telah dipamerkan oleh rakan saya semasa saya belajar di matrikulasi. Pada masa tersebut, saya terdapat tiga rakan sebilik dan satu bilik. Disebabkan kami mempunyai latar belakang yang berbeza, cara hidup kita juga tidak sekata. Antara satu rakan sebilik saya yang berasal dari sekolah berasrama penuh. Dia amat berpuas hati dengan bilik serta persekitaran bilik kita. Oleh itu, dia dapat menyesuaikan diri dengan amat baik serta hidup dengan gembira. Manakala terdapat satu rakan sebilik yang asal dari keluarga yang berkemampuan. Dia selalu menegur betapa susah kehidupannya di matrikulasi kepada keluarganya melalui telefon serta tidak dapat bergaul baik dengan rakan lain. Dia juga tidak pernah ingin menyesuaikan diri kepada keadaannya sekarang dan akhirnya hidup tanpa kebahagiaan.
Di samping itu, menurut Kozma kegembiraan mempunyai dua komponen iaitu "long term affective states" dan "short term affective states". Maksud "long term affective states" ialah latar belakang diri seseorang dalam sesatu jangka masa yang penjang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai emosi yang stabil. Manakala untuk "short term affective states", maksudnya adalah kegembiraan berdasarkan pengalamaan yang telah dialami dalam kehidupan. Sebagai contoh, perkara yang dapat menyebabkan saya gembira ialah semasa saya berjaya mendapat tempat di Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk kursus perubatan.
Selain itu, teori yang diajar ialah teori "Tomkin's Facial Feedback". Dalam teori ini, Tomkin menerangkan "what cause what" yang bermaksud sesuatu yang akan menyebabkan kepada sesuatu yang lain. Sebagai contoh, apabila seseorang berasa takut atau semasa seseorang berasa sedih, apakah yang merangsang mereka mempunyai emosi tersebut. Terdapat banyak persoalan yang timbul daripada "Tomkin's Facial Feedback" dan antara satu persoalan yang timbul daripada teori ini ialah teori yang menyatakan bahawa ekspresi muka hanya merupakan alat sahaja dan langsung tidak mengambarkan emosi sebenar diri seseorang. Seseorang dapat mengubah ekspresi muka dan berpura-pura sesuatu emosi atau perasan. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat individu yang amat ketara berpura-pura dengan perasaan mereka. Saya terdapat seorang rakan yang amat terkenal dikenali sebagai pelakon. Gelaran yang dia mendapat adalah kerana dia amat suka berpura-pura. Dalam mata pensyarah, dia merupakan seorang yang amat bersungguh-sungguh untuk belajar dan sering bertanya soalan semasa kuliah. Tetapi, apabila berada di bilik dia tidak pernah ingin belajar dan selalu bergaduh dengan rakan yang lain.
Kesimpulannya, saya amat bersyukur dapat belajar tentang emosi positif dan saya akan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan seharian saya.
No comments:
Post a Comment