Monday, August 8, 2011

Yeoh Min Hui A131818 Kegembiraan, Asas Kehidupan Harmoni

Salam sejahtera dan juga salam satu Malaysia. Di sini saya sertakan pembentangan saya mengenai kuliah kedua ZT 2253 Pengurusan Emosi. Sebelum kuliah dimulakan, kami telah ditunjukkan satu video mengenai sebuah lagu yang bertajuk " You Came To Me"  oleh Sami Yusuf. Antara lirik-lirik lagu tersebut ialah :

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

Lagu ini mengajar kita agar menyerahkan diri kepada agama masing-masing apabila kita sedang merintangi lumrah kehidupan dan member galakan kepada kita agar mengharungi semua rintangan dengan emosi yang positif agar tidak terfikir tentang arah hidup yang buruk.

Balik kepada isi kuliah, ianya berterusan dengan tajuk kuliah pertama, maka ia bermula dengan Izard's Innate Facial Expression. Teori beliau mengatakan bahawa ekspressi muka datangnya dengan semula jadi  berkaitan dengan sisem saraf manusia. Kajian "Born to Smile" menyatakan bahawa ekspressi emosi bermula dengan kelahiran seseorang bayi, dia akan mula berasa marah dan kejut pada bulan 3-4, malu dan takut pada bulan 5-6, berpuasan pada tahun pertama serta bersalah pada tahun kedua hidupnya. Banyak ahli sains telah membuat kajian tentang teori Izard termasuklah Ekman serta Scherer & Wallbott. Ekman menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi manakala Scherer & Wallbott meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang berbeze adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukannya pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Pada pendapat saya, emosi itu bukanlah hanya datang secara semula jadi tetapi dengan interaksi personaliti sesorang itu, faktor persekitaran serta cara pengawalan emosi seseorang itu.

Dalam teori pembelajaran dan pengalaman, terdapat dua kaedah yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan melalui pengalaman dari pandangan pembelajaran. Dalam pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan minor dalam emosi. Menurut Izard, emosi dapat dirasakan melalui aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat sesetengah manusia yang takut pada kegelapan tetapi ada juga orang yang tidak gentar terhadap kegelapan. Emosi itu sebenarnya bergantung pada setiap individu dan proses kognitif yang berlaku juga adalah tidak sama untuk setiap individu. Dengan erti yang lain, setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza bagi isu dan perkara yang berbeza. Selain daripada itu, emosi dalam kaedah ini juga digambarkan sebagai sesuatu yang semulajadi dan emosi yang dirasai adalah berdasarkan persekitaran seseorang. Kaedah kedua pula menekankan emosi berdasarkan pengalaman dari pandangan pembelajaran, Kaedah ini amat berbeza sekali dengan kaedah pertama di mana melalui kaedah ini, semua emosi didapati melalui kaedah pembelajaran. Contohnya kanak-kanak telah belajar daripada filem karton bahawa kegelepan itu merupakamn sesuatu yang sangat menakutkan dan dengan itu, mereka secara automatic akan gentar terhadap berada dalam kegelapan. Lebih daripada itu, contoh yang seterusnya ialah sejak kanak-kanak masih kecil lagi, mereka diajar agar bergaduh itu kelakuan yang tidak baik, maka mereka akan mengawal emosi mereka apabila berinteraksi dengan orang lain agar tidak menimbulkan pergaduhan agar mereka dianggap sebagai budak yang baik.

Seterusnya, kuliah diteruskan dengan Tajuk 4 iaitu Emosi Positif. Apakah itu kegembiraan? Kegembiraan diberikan definisi sesuatu keadaan emosi dengan cirri-ciri keseronokan dan kepuasan. Menurut Aristotle, kegembiraan itu merupakan kejayaan dalam mencapai keseronokan.  Menurut kajian daripada kultur yang berbeza, kegembiraan itu berbeza dari satu Negara dengan Negara yang lain. Contohnya, kajian kultur Asia menunjukkan rendah dalam kegembiraan sendiri seseorang individu berbanding dengan yang lain. Selain daripada itu, orang yang paling gembira dalam dunia ini merupakan orang dari Amerika Utara, Australia dan Eropah. Bagi saya, statistik ini sangat menarik dan sangat masuk akal juga berbanding dengan apa yang saya memerhati dalam dunia sehari sekarang. Kegembiraan kita sebenarnya bergantung kepada diri kita. Individu yang mempunyai tahap pelarasan diri yang lebih tinggi merupakan orang yang lebih gembira dalam kehidupan sehariannya. Hal ini disebabkan orang yang mempunyai tahap pelarasan yang lebih tinggi dapat mengatasi rintangan yang dihadapinya dengan cara yang lebih baik. Menurut Kozma et al, kegembiraan merangkumi 2 komponent iaitu keadaan afektif untuk jangka masa yang panjang serta jangka masa yang singkat. Keadaan afektif untuk jangka masa yang panjang merupakan sesuatu emosi yang berterusan untuk bulan ataupun tahun. Contohnya, emosi yang kita membesar dengan sejak dari zaman kanak-kanak lagi.  Manakala, untuk keadaan afektif untuk jangka masa yang singkat adalah mengenai isu semasa yang berlaku yang kehidupan  kita. Contohnya, kegagalan dalam peperiksaan. Menurut Frued pula, hubungan kita dengan ibubapa kita adalah faktor yang penting untuk menentukan kegembiraan kita dalam kehidupan. Selain itu, contoh untuk kejadian positif dalam kehidupan seharian ialah perkahwinan, kejatuhan dalam cinta, kelulusan dalam peperiksaan, permulaan cuti-cuti, ditawarkan peluang perkerjaan dan sebagainya.

Meurut Vanfossen, lelaki dan perempuan akan mencapai kegembiraan dengan perkahwinan bersama. Menurut beliau, orang yang telah menpunyai teman kehidupan adalah lebih bahagia berbanding dengan bujang. Argyle pula menyatakan bahawa kegembiraan turut dipengaruhi dengan kesihatan, sahabat, kerja, rekreasi dan penghayatan agama.

Tambahan pula, orang yang menganuti agama akan berasa lebih gembira dalam kehidupan dan mengalami tekanan yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mempunyai agama sendiri. Terdapat enam bukti untuk membuktikan teori ini. Contohnya teori yang pertama merupakan kajian yang dijalankan oleh Gallup, the National Opinion Research Centre dan the Pew Organisation. Mereka merumuskan bahawa orang yang berjiwa semangat ( spiritual ) adalah dua kali lebih gembira berbanding dengan orang yang tidak begitu berjiwa agama. Akhirnya, dalam bukti yang keenam, berdasarkan kajian sistemik daripada 850 kertas kajian baru-baru ini, penganutan agama adalah bercirikan dengan kesejahteraan minda dan psikologi dengan kadar kemurungan, fikiran untuk membunuh diri serta kelakuan yang buruk seperti mengambil dadah. Sebenarnya, hubungan di antara kegembiraan dengan agama masih tidak jelas dibentangkan lagi. Tetapi ahli-ahli sosialogi rela mempercayai dengan teori ini kerana mereka mendapati teori ini dapat membantu untuk melahirkan danmembentuk masyarakat yang lebih sihat, dari jasmani dan rohani. Namun begitu, apabila kita berbanding kadar kegembiraan di antara negara yang paling mematuhi dengan penganutan agama dengan negara yang paling tidak mempercayai dalam keagamaan menunjukkan tiada hubungan dalam kadar.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, hubungan agama atau faktor-faktor yang lain seperti keluarga, perkahwinan dan sebagainya amat bergantung kepada individu itu sendiri. Ianya dipengaruhi dengan banyak faktor dalam kehidupan kita seperti latar belakang keluarga, faktor kewangan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment