Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah kali kedua saya menyediakan coretan jurnal untuk tugasan 1. Jadi bagi minggu ini, untuk kuliah kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi, jurnal saya bertajuk Senyum dan Bahagia. Pada minggu ini, tajuk kuliah agak menarik kerana berkaitan dengan senyuman dan kebahagiaan, iaitu ekspresi wajah, dan emosi-emosi positif. Setelah menghadiri kuliah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam mengurus emosi khususnya dari segi nilai-nilai positif yang dapat diterapkan melaluinya. Daripada apa yang saya fahami, secara umumnya, senyum adalah tanda bahagia dan kerana bahagia lah, seseorang itu dapat mengukir sekuntum senyuman di bibirnya, tanda bahagia bertakhta di dasar jiwa.
• Senyum bahagia mengingat rancangan perjalanan Allah yang indah.
• Senyum bahagia penuh asa menatap masa depan.
• Senyum bahagia atas anugerah cinta terindah.
• Senyum bahagia memiliki teman-teman dan sahabat-sahabat terindah.
• Senyum bahagia mengiringi keceriaan teman dan sahabat.
• Senyum bahagia melihat senyum bahagia teman dan sahabat.
Senyuman yang disampaikan dengan ikhlas juga berbeza dengan senyuman kerana terpaksa. Oleh itu, senyuman dapat menggambarkan kebahagiaan seseorang. Namun begitu, sangkaan saya meleset kerana bukan semua senyuman menandakan kebahagiaan. Malah, senyum tidak terjurus kepada kebahagiaan semata-mata. Senyuman tanpa makna, kosong, dan tanpa bahagia.
Daripada kuliah tersebut, ekpresi wajah adalah semulajadi dan ekpresi itu menggambarkan emosi seseorang. Izard' Innate Facial Expression menyatakan bahawa mekanisme neural untuk ekpresi wajah adalah semulajadi dan emosi yang terhasil juga adalah semulajadi. Bermakna, senyuman (ekpresi wajah) adalah semulajadi kerana seseorang itu bahagia (emosi). Tambahan pula, pembelajaran dan pengalaman memberi kesan terhadap emosi yang digambarkan atau dipaparkan. Jadi, emosi bergantung pada seseorang. Dua bukti menerangkan ekspresi wajah adalah semulajadi iaitu : kajian terhadap bayi dan kanak-kanak 'born to smile' dan kajian rentas budaya yang menyatakan bahawa senyum adalah seragam. Namun begitu, kajian 'baby born to smile' tidak disokong oleh penulisan. Hal ini demikian kerana seseorang bayi senyum bukan menandakan bayi itu gembira. Ada yang berpendapat bahawa senyuman bayi itu sebenarnya tidak membawa maksud bayi tersebut gembira. Ada yang berpendapat senyuman bayi merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi. Perkembangan emosi dan ekspresi wajah bayi sejajar dengan perkembangan tumbesaran bayi itu sendiri. Kajian 'born to smile' menjelaskan bahawa ekspresi muka seperti marah, terperanjat mula muncul dalam jangkaan 3 ke 4 bulan kelahiran. Manakala perasaan seperti takut dan malu mula ditunjukkan oleh ekspresi muka bayi pada umur 5 ke 6 bulan. Selebihnya seperti perasaan puas hati dan bertanggungjawab mula ditunjukkan masing-masing pada umur 1 dan 2 tahun
Seterusnya, terdapat teori yang menyokong dan membuktikan pembelajaran dan pengalaman memainkan peranan penting dalam pengekspresian wajah dan emosi seseorang. Dua teori tersebut ialah 'biological' dan 'learning theory'. Perbezaan antara kedua-dua teori ini adalah di mana teori biological lebih kepada perkembangan emosi secara semulajadi mengikut perkembangan manusia dari kecil hingga dewasa. Sebagai contoh, perasaan marah, diperoleh secara asas biologi tetapi bergantung kepada individu bagaimana untuk meluahkan perasaan marah tersebut. Manakala teori learning di mana perkembangan emosi diperoleh secara pengalaman. Sebagai contoh, perasaan takut, diperoleh daripada pengalaman dan dari pengalaman tersebut, kita belajar bagaimana untuk menghadapi situasi yang sama dan seterusnya menentukan tindakan yang perlu dan patut dibuat.
Kuliah seterusnya disambung dengan topik Emosi Positif iaitu bahagia, gembira dan kasih. Kebahagian merupakan sesuatu perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Banyak konsep seperti yang dinyatakan oleh Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills untuk menjelaskan maksud "happiness" ini. Bahagia merupakan satu emosi yang boleh dikategorikan melalui perasaan keseronokkan dan kepuasan hati. Terdapat beberapa pandangan filosofi mengenai bahagia ialah, Aristotle kegembiraan merupakan hasil pencarian kearah keseronokkan, Plato pula menyatakan bahawa gembira adalah punca kebahagiaan kepada kehidupan yang baik dan mulia, kebahagiaan mempunyai maksima keseronokkan dan minima penderitaan dan kesakitan dan Mills pula menyatakan bahawa tingkahlaku kebahagiaan adalah bersesuaian. Satu kajian mengenai bahagia dan gembira telah dijalankan dan Veehoven, 1995 menyatakan bahawa bahagia/gembira adlah berbeza bagi setiap negara. Budaya yang paling kurang bahagia dan gembira ialah budaya Asia, manakala, orang / budaya paling gembira gembira ialah Amerika Utara, Australia dan lan-lain.
Betapa gembiranya diri kita dapat diukur melalui empat perkara, iaitu orang yang pandai menyesuaikan diri merupakan orang yang bahagia. Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan, individu yang yang mempunyai tahap perubahan mempunyai cara mengatasi masalah dengan betul. Gembira mempunyai 2 major komponen (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Contoh kesan jangka panjang ialah dari keadaan dan persekitaran seseorang dilahirkan. Misalnya kanak-kanak yang dilahirkan di keluarga yang sempurna dan status ekonomi yang baik akan mendapat jagaan ibubapa mereka dan menjadi lebih bahagia berbanding dengan kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang porak peranda. Menurut Freud, hubungan kita dengan kedua-dua ibu bapa semasa kanak-kanak adalah penting untuk menentukan penyesuaian dan kebahagiaan pada sesuatu masa . Sumber dari Argyle(1987), jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Bercakap mengenai kebahagiaan dan perkahwinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkahwin adalah lebih bahagia dari orang yang tidak berkahwin. Faktor lain yang dikemukakan olah Argyle selain perkahwinan ialah kesihatan , persahabatan, kerja , rekreasi dan juga penghayatan agama masing-masing. Orang yang beribadat adalah orang yang lebih bahagia dan kurang mengalami depresi. Perkara ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.
Menurut kajian Vanfossen, 1981, lelaki dan wanita mendapat kebahagiaan daripada perkahwinan. Orang yang berkahwin lebih gembira daripada yang tidak berkahwin. Namun, untuk mendapatkan kebahagiaan dalm rumahtangga, mestilah wujudnya kasih sayang yang berpanjangan antara suami dan isteri. Antara kualiti kasih sayang adalah hubungan yang erat, prihatin dan kepercayaan. Sekiranya tiada kualiti-kualiti tersebut maka tidak lengkaplah kasih sayang kita. Kasih sayang (love) adalah lebih dari perasaan suka. Terdapat tiga faktor kasih sayang iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Proses yang membawa dua individu untuk berkasih saying adalah tarikan dalaman (interpersonal attraction). Hubungan romantic adalah individu yang menginginkan hubungan intim, mempunyai hubungan fisikal yang sangat rapat dan mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk memulakan dan mempertahankan sesebuah hubungan. Pengkaji mendefinasikan kebahagiaan dalam dua cara; penilaian bahawa hidup adalah kepuasaan dan dominasi oleh emosi positif berbanding emosi negatif. Untuk menjadi positif, ialah mempunyai ilusi positif tentang diri sendiri. Perbandingan individu yang tidak bahagia, individu yang bahagia adalah individu yang kurang didera, kurang mempunyai masalah kesihatan, suka menolong, kreatif, bertenaga, pemaaf dan boleh dipercayai.
Justeru, apa yang boleh saya simpulkan di sini, gembira, kasih sayang dan bahagia; berkait rapat dengan kehidupan kita dan semua orang menginginkan ketiga-tiga perkara ini. Dan ketiga-tiga perkara ini berkait rapat dengan emosi kita. Justeru, kita perlu mengawal emosi kita agar ketiga-agar emosi positif tersebut dapat dicapai tanpa tersilap konsep. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment