Learning journal 2
Pada hari ini, iaitu 3th Ogos, kami
meneruskan dengan kuliah yang belum habis minggu lepas dengan topik
Izard's innate facial expression. Teori ini berkisar tentang ekspresi
emosi seperti gembira, sedih, malu dan takut yang memang dizahirkan
secara semula jadi. Mengikut teori ini, kajian yang dijalankan
membuktikan bahawa bayi yang baru dilahirkan dan berusia 2 sehingga 6
bulan adalah berupaya untuk menunjukkan perasaan gembira atau takut
walaupun bayi masih tidak dapat melalui proses pembelajaran yang
signifikan. Pada pendapat saya, teori ini ada logiknya dari segi yang
tertentu kerana bayi memang merupakan simbol yang sangat sangat
nirmala dan suci dan karakter ini membawa kepada sifat semula jadi
manusia. Teori ini juga menyatakan bahawa ekspresi emosi adalah
sejagat dalam pelbagai negara dan benua yang berbeza. Seperti contoh
yang saya berikan dalam learning journal 01, orang Malaysia tetap
dapat merasai kegembiraan seorang orang Arab yang tersenyan manis.
Dari sudut yang lain, orang Arab yang disambut dengan hangat oleh
orang Malaysia yang tersenyum lebar dapat merasakan bahawa mereka
adalah dialu-alukan, tetapi cara ekspresi selain daripada riak wajah
mungkin berbeza. Contohnya orang Arab tersebut akan memeluk orang
Malaysia untuk menyatakan perasaan kesyukuran mereka. Cara ekspresi
adalah sama untuk individu yang berpendidikan tinggi atau mereka yang
tidak berpeluang untuk menuntut pelajaran di sekolah dalam sebuah
negara. Dapatan kajian ini menyokong yang emosi adalah semula jadi
sebab budaya boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran seseorang
tetapi kita masih mendapati yang subjek daripada pelbagai budaya
mempunyai emosi yang semula jadi dan ini membolehkan kita memahami
emosi bangsa lain.
Dari learning and experience theory,
kita dapat lihat bahawa sebenarnya the biological view of experience
and learning theory view of experience adalah berhubung kait. Emosi
adalah dalam genetik seseorang dan activators yang tidak sama untuk
setiap individu akan menyebabkan emosi tersebut muncul dalam situasi
yang tidak sama. Emosi tersebut akan wujud selagi ia adalah ciri
dalaman seseorang yang ditentukan oleh gene tetapi mungkin akan
timbul dalam situasi yang lain dan menyebabkan kita mengabaikan
perasaan yang timbul pada masa itu. Dari pengalaman saya, terdapat
kawan saya yang memang amat takut akan serangga. Dia akan mempunyai
perubahan fisiologi seperti pertambahan kelajuan denyutan jantung
apabila ternampak lipan. Apabila ditanya kawan saya tidak dapat
mengkaitkan keadaannya dengan sebarang pengalaman lepas dan sebab
yang diberi yang dapat menjelaskan fobia dia adalah dia memang takut
apabila ternampak benda hidup bentuk lipan. Manakala seorang lagi
kawan saya yang mempunyai fobia terhadap lipan menberi sebab yang
dia pernah digigit oleh lipan sejak masa kecil lagi dan itu sangat
menyakitkan. Dalam keadaan ini dia jelas belajar perasaan takut
melalui pengalaman lepasnya tetapi learning theory view of experience
juga bersetuju bahawa genetik memainkan peranan yang lebih penting
dalam apa benda yang lebih ditakuti oleh seseorang itu berbanding
dengan activator yang lain, seperti dalam contoh pertama yang diberi.
Dalam kuliah yang kedua untuk hari
tersebut, kita belajat tentang emosi positif seperti gembira, bahagia
dan kasih. Orang yang lebih mudah menyesuaikan diri adalah individu
yang lebih bahagia. Bahagia yang didefinisikan ini adalah perasaan
yang positif yang akan menceriahkan hari kita. Apabila kita dapat menyesuaikan diri, kita dapat
menjalani kehidupan harian dengan lancar dan interaksi antara
individu juga dapat ditingkatkan. Segala masalah dalam kehidupan kita
akan dapat kita tafsirkan sebagai cabaran positif yang membantu dalam
peningkatan nilai diri. Interaksi antara individu memainkan peranan
yang penting dalam emosi kita. Apabila seseorang dapat mengekalkan
hubungan yang baik dengan orang sekeliling, segala perkara akan
menjadi lebih senang sebab manusia merupakan haiwan bijak yang hidup
dalam kumpulan. Kita tidak dapat melakukan banyak benda-benda kecil
tanpa melibatkan orang lain kerana semua orang hidup di dalam bulatan
sosial yang kecil ini iaitu masyarakat. Apabila kita dapat menempuhi
kehidupan harian kita dengan sabar dan juga dengan bantuan daripada
orang sekeliling, perasaan negatif seperti putus asa dan kemusykilan
tentang nilai diri akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung
individu tersebut akan berada dalam mood yang lebih positif pada
kebanyakan masa sepertimana yang diceritakan dalam teori Epicurean.
Salah satu isu yang paling menarik minat saya dan menyebabakan otak
saya giat berligat adalah hakikat bahawa adakah perkahwinan dapat
membawa kepada perasaan positif seseorang ataupun individu yang
gembira akan mengekalkan perkahwinan yang bahagia. Sebenarnya tidak ada
salah atau betul dalam soal ini sebab semua orang mengalami situasi
yang berbeza. Dalam dunia ini ada sektor kelabu kerana banyak garam
banyak ragam. Pengekalan sebuah hubungan perkahwinan yang mantap
disumbangkan oleh banyak-banyak faktor .Emosi bukan adalah
satu-satunya kunci kepada perkahwinan yang dapat dikekal untuk jangka
umur yang panjang. Perkahwinan adalah sesuatu isi yang sangat
kompleks dan praktikal dan cuma dapat dibuktikan dengan kes-kes yang
benar. Sebenarnya ini bergantung kepada keadaan setiap individu.
Perkahwinan pasti akan membawa kegembiraan pada tahap awal kerana
pasangan ideal yang akan kita hidup dengan untuk hayat ini telah
dapat kita cari tetapi sekiranya kita tidak bersyukur atas
kebahagiaan tersebut dan asyik bertelingkah untuk benda-benda yang
kecil, perkahwinan ini tidak dapat menjamin kebahagiaan. Orang yang
gembira belum tentu akan mengekalkan perkahwinan yang bahagia kerana
segala masalah yang timbul akan diambil ringan kerana dia sangat
'care-free' dan ini akan menyebabkan masalah yang akan merekahkan
hubungan perkahwinan tersebut dilepas pandang dan akhirnya berakhir
dengan penceraian. Lagipun bagaimana gembira seseorang itu, ini tidak
bermakna dia tidak akan bercurang. Saya berpendapat bahawa keagamaan
dapat membawa perasaan positif kepada kita kerana agama mengajar kita
supaya berbuat baik dan juga tidak melahirkan perasaan-perasaan
negatif yang akan menyebabkan kita berasa rungsing dan tidak tenang.
Seseorang yang alim juga dapat mengawal perasaan mereka yang negatif.
Oleh itu, apa jua agama seseorang itu, semua agama menggalakkan
manusia supaya banyak menolong insan lain dan ini dapat membawa
kepada perasaan yang positif.
Untuk isu yang membincangkan hubungan
antara wang dengan kebahagiaan, ini adalah sangat ketara bahawa wang
akan membawa kepada kebahagiaan, tetapi bukan sesuatu yang pasti.
Seseorang jutawan berasa gembira kerana dia dapat menggunakan wangnya
untuk mendapatkan segala yang disukai. Perasaan gembira sebegini
adalah untuk tempoh masa pendek dan sementara sahaja kerana bukan
semua benda boleh dibeli seperti kesihatan dan wang akan habis jua
satu hari nanti. Kita akan berasa susah dan ini akan melahirkan
perasaan-perasan negatif apabila kesihatan kita terjejas oleh
penyakit-penyakit. Oleh itu, kita patut membina perasaan gembira kita
atas sesuatu yang lebih organik dan kurang materialistik seperti
hubungan kekeluargaan yang mantap kerana atas sebab yang pertama,
ahli keluarga akan menyokong kita dalam apa jua yang kita lakukan dan
juga hubungan tersebut adalah unik dan akan berkekal untuk masa yang
panjang, walaupun tanpa duit pun. Cerita tersebut adalah sangat
menyayat hati dan menggambarkan kehidupan masyarakat ini. Memang pun
kita dapat membeli katil tetapi kita tidak dapat membeli perasaan
ingin tidur dan kualiti tidur yang bagus.
No comments:
Post a Comment