Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat pelajar Perubatan tahun 2. Ini merupakan jurnal kedua saya bagi subjek Pengurusan Masa. Pada kali ini saya akan meneruskan penulisan saya berkaitan kuliah Pengurusan Masa yang telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu. Kuliah yang dijalankan pada kali ini merupakan gabungan antara sambungan kuliah pada minggu iaitu, Struktur Emosi dan tajuk yang baru, iaitu Emosi Positif. Kuliah pada kali ini memang dapat menarik minat saya untuk terus membuka mata dan telinga untuk mendengar kuliah pengurusan Masa pada kali ini. Kuliah kali ini mempunyai banyak informasi yang berguna buat diri saya malah kepada rakan-rakan saya. Pada permulaan kuliah ini, kami telah dipertontonkan dengan satu video musik yang bertajuk "You Came To Me" yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf. Lagu ini memang memberi makna yang besar dalam diri saya. Setiap bait-bait lagu ini membawa maksud yang tersendiri. Saya ingin membuat sedikit ringkasan mengenai lirik lagu ini. Lagu ini menceritakan mengenai kehidupan apabila diri dalam kesunyian dan hilang arah tujuan, Allah swt memberi petunjuk dan ilham mengenai cara yang betul untuk menyelesaikan dilema yang dihadapi. Kekosongan yang ada di dalam hati turut diisi dengan cinta dan kasih sayang. Oleh yang demikian, penyanyi ingin mengabdikan diri kepada Allah swt. Dia berasa amat bersyukur dan gembira kerana semasa dalam kesusahan, Allah swt sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan malah turut mengurniakan petunjuk untuk beliau. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, betapa sunyi dan sedihnya diri ini, sekiranya kita sentiasa ingat pada Pencipta kita iaitu, Allah swt serta rasulullah saw, kita tidak akan berasa sedih dan gusar. Malah mungkin hati ini akan berasa lebih gembira dan tenang.
Ok, seterusnya saya ingin meneruskan penulisan saya dengan menyambung tajuk kuliah pada minggu lepas iaitu, mengenai teori Izard. Dalam teori Izard, ada menyatakan bahawa emosi adalah semulajadi, pembelajaran memnpunyai impak yang sedikit pada pengalaman emosi. Ini dapat dibuktikan dengan "Born To Smile Study" dan "Cross Cultural Study". Yang paling menarik minat saya ialah mengenai "Born To Smile Study. Dalam kajian pembelajaran ini, ianya menyatakan bahawa ekspresi emosi telah wujud semasa dilahirkan. Persaan marah dan terkejut dapat dilihat pada bayi berusi 3-4 bulan, manakala perasaan takut dan malu pula dapat dilihat ketika bayi berusia 5-6 bulan, perasaan berpuas hati pula muncul pada usia 1 tahun dan perasaan bersalah pula dapat dilihat pada awal usia 2 tahun. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa, bayi senyum bukan bermakna bayi tersebut gembira, malah boleh membawa makna tertentu. Bagi "Cross Structural Study" pula, Ekman telah menjalankan kajian di US, Brazil, Chile, Argentina dan Japan. Ekman telah menjalankan kajian dengan menunjukkan gambar supaya subjek dapat boleh memilih jenis emosi yang dikenali. Ekman turut membuat kajian tambahan ke Borneo dan Papua Guinea. Kajian menunjukkan bahawa bukti adalah konsisten untuk rentas budaya bagi corak tindak balas emosi. Wajah gembira adalah lebih dominan, iaitu sebanyak 95-100% dikenalpasti berbanding dengan wajah takut, iaitu sebanyak 54-85%. Scherer dan Wallbott (1994) turut menjalankan kajian, namun kajian mereka adalah lebih meluas, iaitu meliputi 37 negara dan 5 buah benua dan mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang membezakan konsep kesejagatan emosi wajah adalah "BAGAIMANA" emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.
Teori yang terakhir yang saya ingin ringkaskan disini ialah, Teori Pembelajaran & Pengalaman (Learning & Experience Theory). Teori ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu "The biological view of experience" dan "The learning theory view of experience". Melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang sedikit dalam emosi. Plutchik pula menyatakan bahawa emosi merupakan ekspresi secara terus disebabkan potensi genetik bagi sesuatu individu dan pembelajaran hanya bertindak sebagai pengubah. Matsumoto pula menjalankan kajian mengenai ekspresi dan kadar emosi di Caucasian, African Amerika, Asian dan Hispanic menunjukkan bahawa asas emosi adalah sama. Bagi Izard pula, setiap emosi menyebabkan bayi peka atau sensitif kepada kepada keadaan sekeliling dan menjurus kepada pembelajaran. Emosi semulajadi menjadi emosi seseorang itu melalui pengalaman dan pembelajaran. Sesuatu punca menyebabakan seseorang menzahirkan emosinya. Setiap emosi itu boleh disebabkan oleh banyak factor. Contohnya, perasaan gembira. Perasaan ini dapat dizahirkan didalam banyak situasi. Seperti, dapat pulang kerumah untuk berjumpa ibu, abah dan adik beradik. Selain itu, proses kognitif adalah berbeza bagi setiap individu. Contoh yang paling jelas ialah mengenai peperiksaan. Ada sesetengah individu menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang menyiksakan, manakala ada segelintir individu merasakan peperiksaan merupakan satu kayu ukur untuk mengetahui tahap pengetahuan setelah belajar dan mengulangkaji pelajaran.
Selepas kuliah bagi tajuk ini, Dr Zamri telah mengadakan satu kuiz yang amat seronok dan menghiburkan. Kuiz ini adalah berkenaan dengan Pengenalan dan Teori Darwin. Kami dikehendaki untuk membuat kumpulan kecil yang mempunyai 3-4 orang ahli bagi setiap kumpulan. Saya telah berkumpulan dengan Asmidar, Asilah dan Syafiqah. Kami telah berjaya mrnjawab soalan tersebut dengan mendapat markah sebanyak 17/20. Bukan mudah untuk kami semua untuk mengingati segala apa yang telah dipelajari. Namun saya merasa jurnal memang bnayak membantu saya untuk belajar subjek pengurusan masa ini. Walaupun jurnal ini menyusahkan tapi ianya memudahkan saya untuk menginati segala apa yang telah dipelajari dengan cara menulis.
Seterusnya, saya ingin teruskan dengan topik yang paling menarik bagi saya iaitu Emosi Positif. Emosi postif yang boleh lahir dalam diri setiap individu ialah perasaan gembira, bahagia dan kasih. Bagi saya, setiap individu diatas muka bumi ini mengaharapkan untuk mendapat emosi positif sepanjang hidup. Namun, emosi positif ini amat sukar untuk diperolehi, melainkan kita dapat mengawal emosi negative kita. Ini disebabkan, hari-hari kita selalunya dipenuhi dengan emosi negative. Hanya beberapa ketika dan masa sahaja kita dapat perasaan positif ini.
Pertama sekali saya ingin menerangkan mengenai kebahagiaan. Bahagia merupakan satu emosi yang boleh dikategorikan melalui perasaan keseronokkan dan kepuasan hati. Terdapat beberapa pandangan filosofi mengenai bahagia ialah, Aristotle kegembiraan merupakan hasil pencarian kearah keseronokkan, Plato pula menyatakan bahawa gembira adalah punca kebahagiaan kepada kehidupan yang baik dan mulia, kebahagiaan mempunyai maksima keseronokkan dan minima penderitaan dan kesakitan dan Mills pula menyatakan bahawa tingkahlaku kebahagiaan adalah bersesuaian. Menurut saya pula, saya mendefinasikan gembira/bahagia sebagai perasaan yang lahir didalam diri seseorang individu yang dapat mencapai dan memperoleh sesuatu sehinggakan perasaan gembira ini timbul.
Banyak sebab yang boleh menyebabkan diri saya gembira dan bahagia. Antaranya ialah, saya dapat pulang kerumah dalam masa terdekat ini, saya dapat kawan-kawan yang memahami dan sentiasa menceriakan hari-hari saya, memperoleh keputusan yang cemerlang dan tidak dijangkakan dan sebagainya. Selain itu, situasi yang dapat membuatkan saya gembira dan bahagia ialah, situasi dimana saya pergi melancong bersama keluarga dan kawan-kawan saya. Banyak lagi situasi lain yang dapat membuat diri saya bahagia dan gembira. Namun demikian, ianya jarang sekali berlaku.
" Senyuman tanda gembira?". Saya ingin mengupas sedikit mengenai ini. Bagi saya senyuman bukan merupakan tanda gembira. Tetapi boleh juga anda keresahan dan juga kesedihan. Bukan semua individu dapat mengawal emosi. Bagi mereka yang boleh mengawal emosi, mereka dapat menutupi perasaan negative dengan senyuman. Satu kajian mengenai bahagia dan gembira telah dijalankan dan Veehoven, 1995 menyatakan bahawa bahagia/gembira adlah berbeza bagi setiap negara. Budaya yang paling kurang bahagia dan gembira ialah budaya Asia, manakala, orang / budaya paling gembira gembira ialah Amerika Utara, Australia dan lan-lain.
Betapa gembiranya diri kita dapat diukur melalui empat perkara, iaitu orang yang pandai menyesuaikan diri merupakan orang yang bahagia. Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan, individu yang yang mempunyai tahap perubahan mempunyai cara mengatasi masalah dengan betul. Gembira mempunyai 2 major komponen (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Untuk jangka masa yang panjang, bermula daripada kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala, bagi jangka masa pendek pula berdasarkan kejadian yang terkini dalam hidup. Contohnya ialah, dapat bayi dan gagal dalam peperiksaan.
Happiness = short term + long term happiness.
Menurut Freud, hubungan antara keluarga semasa kanak-kanak adalah penting untuk perubahan pada masa depan dan kebahagiaan. Sekiranya kanak-kanak itu lahir dari keluarga yang porak-peranda, mungkin pada masa depan kanak-kanak tersebut akan menjadi seperti itu. Saya amat bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keluarga yang bahagia dan mendapat kasih saying yang secukupnya daripada kedua ibu bapa saya. Keluarga memainkan peranan yang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak kerana melalui keluargalah mereka mengenal erti kehidupan. Mari kita fahami lirik lagu "Keluarga Bahagia" yang dinyanyikan oleh kumpulan Saujana ini;
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insane
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
Lagu ini betul-betul membuatkan saya bahagia apabila menyanyikannnya. Tapi pabila berjauhan dari keluarga, lagu ini turut membuatkan saya sebak. Saya harap lagu ini dapat memberikan gambaran mengenai apa itu keluarga yang bahagia.
Melalui "positive life event" menunjukkan, jatuh cinta mempunyai peratus yang tinggi dan yang menunjukkan peratus yang paling tercorot ialah menperoleh pekerjaan. Menurut kajian menyatakan bahawa, orang yang berkahwin akan bahagia. Satu persoalan telah ditimbulkan oleh Dr Zamri, semasa kuliah ini dijalankan iaitu, samada perkahwinan yang membuatkan kita bahagia ataupun orang yang gembira membuatkan perkahwinan bahagia. Setiap individu mempunyai pandangan masing-masing mengenai persoalan ini. Ada yang menyatakan bahawa perkahwinan yang membuatkan kita bahagia, manakala ada pula yang sebaliknya. Namun begitu, saya lebih bersetuju untuk menyatakan kedua-duanya adalah benar. Ini kerana, perkahwinan memang dapat membuatkan diri kita bahagia disebabkan kita telah dapat mengikat ikatan yang sah bersama orang yang kita sayangi. Selain itu, individu tersebut perlu berasa gembira dengan perkahwinan itu agar perkahwinan yang telah berlangsung akan mencapai kegembiraan berpanjangan. Bukan mudah untuk setiap individu untuk mencapai kedua-duanya. Tetapi dengan usaha, insyaallah kegembiraan dan kebahagiaan itu akan menjadi milik hati kita.
Seterusnya saya ingin menceritakan mengenai agama dan kebahagiaan. Islam merupakan agama yang indah. Saya amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Orang yang berpegang pada agama akan merasakan diri mereka bahagia dan kurang tekanan. Ini kerana, ketika kita dalam kesusahan dan kesedihan kita akan bersujud kepada yang Maha Esa untuk mengadu dan memohon bantuan. Agama Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa beribadah kepada Allah swt. Selain perlu melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Seorang muslim itu akan berasa gembira apabila mengikut suruhan Allah swt. Kita tidak perlu runsing untuk memikirkan perkara-perkara yang diluar batasan pemikiran kita. Apabila seseorang itu berpegang pada agama, mereka tidak akan melakukan perkara yang berlawanan dengan agama, Contohnya seperti membunuh diri kerana tekanan perasaan dan sebagainya. Bila hati seseorang muslim itu dekat pada Penciptanya, insyaallah, dia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, malah kehidupannya akan diberkati oleh Allah swt.
Mari kita salami mengenai perasaan kasih sayang pula. Semua individu inginkan dirinya disayangi. Kasih sayang ini bukan sahaja kepada individu, malah kepada diri, kepada persekitaran, kepada haiwan dan juga kepada semua benda yang berada disekeliling kita. Kasih sayang bukan merupakan perasaan suka, namun dia melibatkan perasaan sentiasa bergantung, penyayang dan juga mempercayai. Ada factor yang melibatkan dengan kasih sayang iaitu, komitmen, kesabaran dan juga keserasian. Semua factor ini adalah penting dalam sesuatu hubungan agar hubungan yang terjalin akan sentiasa dalam keadaan gembira.
Dan yang terakhir saya ingin mengupas sedikit mengenai persoalan samada wang ringgit dapat berikan kita kebahagian. Wang ringgit memang mempunyai banyak kegunaan. Memang ada yang menyatakan bahawa wang ringgit dapat memberi kebahagiaan tetapi perasaan kebahagian itu perlu hadir dalam jiwa seseorang dengan sendiri. Dapat kita lihat, negara yang kaya mempunyai tahap kepuasan yang tinggi berbanding negara yang miskin. Ini kerana mereka mempunyai tahap penjagaan yang baik, mempunyai teknologi yang canggih, serta pendidikan yang elok. Tapi ada juga keburukan apabila mempunyai wang ringgit yang banyak, mereka akan berasa resah dan tidak selamat kerana mereka menjadi tumpuan perompak dan juga pencuri. Selain itu. adakah hubungan kekeluargaan mereka rapat? Adakah dengan wang ringgit mereka dapat memberi kasih sayang dan kegembiraan buat ahli keluarga mereka? Setiap perkara itu pasti ada kelemahan dan kebaikannnya. Di Malaysia, kita dapat lihat masih ada keluarga yang mempunyai masalah status kewangan hidup dalam keadaan gembira berbanding mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Mengapa hal ini boleh berlaku? Jawapannya ialah, orang yang miskin hubungan kekeluargaan mereka amatlah rapat kerana sentiasa bersama-sama untuk menghadapi kehidupan yang berliku itu. Namun begitu masih juga ada kelurga yang kaya hidup dalam keadaan gembira. Oeh yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa kewangan tidak boleh menjadi kayu ukur kepada sesuatu kebahagiaan.
Akhir kata, saya berasa amat gembira dapat menghadirkan diri pada kuliah pada kali ini. Input yang saya dapat amatlah berguna dan memberi saya semangat untuk terus menjadi seorang yang gembira di dunia dan di akhirat kelak. Insyaallah .Saya berharap dengan adanya kelas pengurusan emosi ini, kita semua akan dapat mengawal emosi kita dengan baik dan lebih sempurna. Semoga kita semua akan memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang bergelar pelajar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber rujukan : nota kuliah
No comments:
Post a Comment