Biological view adalah suatu emosi yang diaktifkan setelah seseorang dikaitkan dengan suatu situasi serta terlibat dalam suatu aktivator. Suatu pengalaman turut menjadi sumber kepada biological view. Misalnya, jika seseorang pernah ditakuti oleh sesuatu, maka, biologicalnya adalah akan bereaksi menurut pengalaman pertamanya ketika bertemu dengan pengalaman yang sama. Contoh, Ahmad pernah dikejar oleh anjing seketika dahulu waktu dia menuju ke sekolah awal pagi, sehinggalah dia dikejar sampai terpaksa lari balik ke rumah. Pengalaman tersebut amat menakutkan dan menyayat hatinya walaupun dia tidak mengalami kecederaan. Namun, aktivator itu, iaitu dikejar anjing telah membubuhkan suatu reaksi yang semula jadi apabila Ahmad menemui anjing walaupun berjarak sangat jauh. Reaksi pertama Ahmad adalah lari. Maka, activator tersebut adalah suatu biological activator kepada Ahmad dan akan bersemai dalam dirinya selamanya.
Selain itu, emosi adalah dilahirkan semula jadi, di mana semua orang dilahirkan dengan perasaan marah tetapi expresinya adalah berbeza bergantung kepada indivudial. Contohnya, seseorang akan menpendampan kemarahannya dengan sabar, seseorang akan memarahi dengan kata-kata kesat, seseorang akan berterus-terang menyatakan sebab dia marah. Begitulah terbukti bahawa emosi adalah dikawal bergantung dengan cara menangani mereka. Emosi adalah dilahirkan semula jadi dan hanya akan dikelihatan dengan cara expressi mereka.
Dalam Learning teori, saya mengetahui bahawa ketakutan adalah dipelajari. Dan menurut Miller's study dan Albert's study, manusia adalah lebih bersedia untuk mempelajari perasaan takut daripada apa-apa perasaan lain. Hal ini amat betul pada diri saya kerana ketakutan amat menyayat hati dan akan berterusan dengan lama berbanding dengan perasaan lain, contohnya kegembiraan, sedih, terperanjat dan sebagainya. Contoh ketakutan yang biasa menghantui saya adalah seperti pengalaman mengenai pantang larangan yang akan mendatangkan masalah, cerita hantu dan juga kemalangan.
Dari pengalaman diri di mana waktu kecil, saya suka sangat mengigit kuku jari dan sering melukakan jari hingga berdarah. Ibu saya selalu tegur dan menasihatkan saya supaya tidak mengigit lagi. Maka, suatu hari, ibu menakutkan saya bahawa kanak-kanak yang mengigit kuku jari akan ditangkap oleh sejenis hantu yang sukakan darah. Begitu juga saya akan kehilangan segala-galanya dan akan sakit tenat. Selepas mendengarnya, saya amat takut sehingga membalutkan luka jari saya. Sejak itu, saya tidak lagi berani mengigit kuku jari kerana takut akan ditangkap oleh hantu dan mungkin sakit tenat. Melalui ini, saya ketahui bahawa ini hanya untuk menakutkan saya dan terbukti juga saya tidak lagi berani mengigit kuku kerana ketakutan tersebut telah ditamankan dalam hati diri saya dan sering mengingatkan saya apabila ada keinginan untuk mengigit kuku jari. Berbanding dengan kesakitan yang saya alami ketika berdarah disebabkan kuku terluka dengan ketakutan akan kata-kata ibu, kesakitan dan kesedihan tersebut hanyalah buat seketika masa. Namun, ketakutan itu berlanjutan.
Jesteru, tamatlah lecture berterusan mengenai biological view dan learning teori dan diteruskan dengan pandangan positif: kebahagian.
Kebahagiaan boleh dikategorikan kepada kebahagiaan dari segi kewangan, kekuasaan, kekeluargaan, selesa dan sebagainya. Senyuman adalah tanda kegembiraan yang paling mudah dikenali oleh semua orang dan senyuman juga merupakan tanda komunikasi (acknowledgement) bukan secara lisan. Contohnya, kawan-kawan sekursus kadang-kala hanya akan bertegur sapa dengan senyuman. Walaupun tidak menyatakan perkataan teguran biasa seperti 'hi', 'apa khabar', 'what's up', 'hey' dan sebagainya, senyuman tetap dapat mennggantikan kata-kata tersebut malah dapat melahirkan impressi baik kepada rakan bahawa seseorang tersebut adalah seorang yang riang ria tetapi tidak muram. Namun, saya percayai bahawa orang yang suka senyum adalah orang yang sangat jelita. Senyuman, tidak sahaja menunjukkan kebahagian, cara komunikasi tidak lisan dan juga menonjolkan lagi kejelitaan seseorang tersebut.
No comments:
Post a Comment