A131541 FOONG WAI DIC LJ02 EMOSI DAN KEBAHAGIAAN
Selamat sejahtera. Jurnal kedua ini adalah mengenai kuliah ketiga pada 3 ogos yang lalu. Dalam kuliah tersebut, kami telah diperkenalkan kepada teori 'Izard's innate facial expression'. Teori ini mengatakan bahawa emosi seseorang adalah semulajadi manakala pengalaman merupakan proses pembelajaran sahaja. Teori ini boleh ditunjukkan dalam bayi. Bayi dilahirkan dengan emosi dan sebagai contoh, bayi akan meluahkan perasannya dengan senyuman. Tanpa diajar untuk senyum apabila berasa gembira, bayi telah mampu berbuat demikian. Ini merupakan contoh yang terbaik untuk membuktikan bahawa emosi dilahirkan secara semulajadi. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa senyuman ini tidak dapat membuktikan bahawa bayi itu benar-benar berasa gembira. Ini mungkin hanya alat untuk berkomunikasi dengan ibubapa mereka. Bagi saya, emosi mungkin dilahirkan bersama bayi tersebut dan persekitaran alam sekitar juga memainkan peranan yang penting. Bayi akan senyum apabila dia berasa selesa dan mendapat perahatian daripada ibu bapa. Tetapi, melalui pengaruh yang lain, bayi dapat mengetahui apa yang merupakan perkara yang gembira dan apa yang tidak.
Dalam teori Izard juga, terdapat juga teori ekspresi muka yang dapat mengambarkan emosi seseorang itu dalam sesuatu keadaan. Emosi sedih, gembira dan marah dapat digambarkan melalui ekspresi muka. Selain itu, dalam teori emosi ini juga terdapatnya pemangkin. Sebagai contoh, takut kepada tempat tinggi, kepada sesuatu binatang atau benda yang lain. Ini menyumbang kepada terbentuknya perasaan takut dalam seseorang itu. Ini terjadi kerana jika seseorang mengalami sesuate pengalaman yang tidak baik mengenai sesuatu, perassan takut itu akan wujud semasa seseorang itu melakukan perkara yang sama. Ini boleh dikaitkan dengan phobia dalam seseorang.
Terdapat jteori yang lain dimana ia mengatakan bahawa emosi merupakan hasil daripada pembelajaran dan pengalaman seseorang. Salah satu contoh ialah ' Learning & Experience Theories'. Terdapat dua cara yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman dari pandangan pembelajaran. Dalam kaedah pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minima dalam emosi iaitu teori Izard, emosi adalah berlainan dari individu ke individu yang lain. Hal ini disebabkan oleh aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Sebagai contoh, ada yang takut ketinggian tetapi ada juga sesetengah individu yang takut dengan serangga dan bukannya ketingiaan. Sebenarnya emosi itu bergantung pada seseorang individu itu dan proses kognitif akan berlaku dengan berbeza untuk setiap individu yang berlainan. Manakala bagi pengalaman dari pandangan pembelajaran pula, kaedah ini sangatini amat berbeza dengan kaedah yang pertama itu di mana, pembelajaraan merupakan kunci kepada emosi seseorang individu. Jika seseorang itu hamper lemas dalam air semasa bermain air, maka seseorang itu akan mempunyanyi phobia untuk air. Seseorang itu tidak akan berani untuk berenang lagi. Pengalaman seseorang itu akan mempengaruhi emosi seseorang itu.
Itu merupakan sambungan untuk topic minggu sebelumnya. Sebelum penyambungan kepada topic yang baru, kami telah membuat kuiz di mana kami hanya diberi masa tiga puluh saat untuk menyelesaikan seseuatu soalan. Kami memulakan kuiz dengan meneka muka yang berlainan dengan emosi yang mereka tunjukkan. Kuiz tersebut amat senang kerana kami semua selalu melihat emosi seseorang melalui ekspresi muka mereka. Untuk kuiz yang kedua dan ketiga amat mencabar. Kumpulan kami mampu mendapat lima belas betul daripada dua puluh soalan walau dengan merujuk kepada nota- nota untuk soalan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa kami perlu membaca lagi mengenai topic topic berkenaan.
Untuk topic yang seterusnya, kami diperkenalkan dengan topic Emosi Positif, iaitu emosi gembira, bahagian, dan kasih. Kebahagian merupakan perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Banyak teori mengenai topik ini dinyatakan oleh Aristotle dan Plato di mana mereka cuba menjelaskan maksud sebenar kebahagiaan. Untuk seseorang individu yang normal tanpa masalah akal, seseorang itu akan senyum gembira. Untuk membuktikan ini, beberapa research telah dibuat untuk mengkaji hubungan antara kegembiraan dalam manusia. Sebagai contoh penyelidikan yang dilakukan adalah penyelidikan "cross-culture studies" dan "Asian cultures" di mana tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menunjukkan statistik di mana orang yang paling gembira berasal. Hasil daripada kajian itu, keputusan menunjukkan mereka yang paling gembira berasal dari Amerika Utara, Europe dan Australia. Selain daripada itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa orang yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada sesuatu perserkitaraan yang baru ataupun terhadap sesuatu situasi merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan oleh semua orang. Sebagai contoh, sesmasa kita mendaftar untuk kursus perubataan ini, ramai daripada kami yang berasa tidak selesa dengan hostel kami. Perassan ini akan menyebebkan kami berasa tidak gembira ataupun bahagia. Jika seseorang itu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaraan itu, seteruk manapun keadaan perserkitaran, denga adanya emosi positif inilah yang menyebabkan mereka berasa gemibira dan bahagia.
Seterusnya, menurut Kozma kegembiraan mempunyai dua komponen iaitu "long term affective states" dan Short term effective states". Maksud "long term effective states ialah latar belakang diri seseorang yang di mana dalam sesatu jangka masa yang penjang, seseorang itu mempunyai emosi yang stabil. Untuk "short term affective states" pula, maksudnya adalah kegembiraan berdasarkan pengalamaan yang kita dalam hidup. Sebagai contoh, seseorang itu mendapat seorang anak baru yang sihat. Seterusnya, dalam teori Tomkin's Facial Feedback. Dalam teori ini, Tomkin membengtangkan soalan yang berkaitan dengan apa yang akan menyebabkan sesuatu atau 'what cause what'. Sebagai contoh, apa yang membuatkan seseorang itu berasa sedih, atau apakah keaddan yang membuatkan seseorang itu berasa takut. Salah satu persoalan yang timbul daripada teori Tomkin adalah teori yang berkaitan dengan ekspresi muka sebagai alat i sahaja dan langsung tidak mengambarkan emosi sebenar seseorang itu. Seseorang boleh berpura-pura /fake sesuatu perassan. Contoh yang ketara yang saya selalu jumpa adalah apabila seseorang itu datang dan bertanya "berapakah lecture not yang kamu telah siap baca untuk module ini, saya sangat lambat dan tidak dapat menghabiskannya." Apabila saya menjawab bahawa saya hamper siap membaca kesemua lecture notes tersebuat dia pula menjawab "oh, sebenarnya saya telah habis membaca lecture note tersebut, saya hanya tidak mempunyai masa untuk membaca untuk kali ketiga. Saya tidak mengetahui apa tujuan dia menyanya soalan tersebut tetapi saya tahu bahawa ekspresi muka seseorang bolh berubah dan boleh di-fake-kan.
Kesimpulannya, apa yang telah saya pelajari daripada kuliah kali ini adalah saya telah mempelajari beberapa teori seperti emosi positif yang begitu baru dan mencabar untuk saya. Selain itu, kuiz yang telah diadakan semasa kuliah juga telah membantu saya memahami dan mengingati serta mengimbas semula apa yang telah saya dipelajari dalam beberapa kuliah yang lalu. Untuk mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari, saya boleh berkata bahawa saya amat gembira dan bahagia sekarang kerana akhirnya saya telah menyiapkan jurnal kedua saya ini dan muka saya juga menunjukkan ekspresi gembira..
No comments:
Post a Comment