Monday, August 8, 2011

Love is all it takes.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, jurnal saya diteruskan untuk kali keduanya. Mengenai kuliah ketiga oleh Dr. Zamri pada hari rabu yang lepas, saya mendapati kuliah tersebut lebih menarik kerana adanya kuiz-kuiz yang membantu saya serta rakan-rakan untuk mengulangkaji topik yang telah dibincangkan pada minggu lepas. Tambahan, kuiz-kuiz tersebut membantu saya untuk lebih fokus dan menghilangkan rasa mengantuk semasa kuliah sekaligus menjadikan kuliah ketiga ini lebih menyeronokkan. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kuliah tersebut juga, bagi saya lebih menarik dan saya memperolehi beberapa panduan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya.

Tajuk pertama yang dikuliahkan menyentuh mengenai Izard's Innate Facial Expression Theory. Menurut Izard atau nama penuhnya Caroll Ellis Izard, emosi adalah besifat semulajadi. Pembelajaran hanya mempunyai impak yang sedikit terhadap pengalaman emosi. Terdapat dua kajian berkenaan teori ini iaitu kajian 'born to smile' dan kajian silangbudaya. Kajian 'born to smile' telah mendapat kritikan di mana, kritikan terbabit menyatakan bahawa seyuman seseorang bayi itu tidak menggambarkan emosi sebenar bayi tersebut. Sebaliknya, senyuman itu hanyalah reaksi bayi kepada persekitarannya. Manakala kajian silangbudaya telah dilakukan oleh Paul Ekman. Namun, terdapat juga kritikan bagi kajian ini di mana kritikan menyatakan bahawa kajian ini bertumpu kepada masyarakat yang terpelajar. Oleh sebab itu, Ekman telah menjalankan kajian yang sama bagi penduduk Borneo dan Papua New Guinea. Diakhirnya, beliau mengkonklusikan bahawa ekspressi emosi tidak bersifat semulajadi keseluruhannya. Ia melalui proses modifikasi oleh pengalaman budaya.

Teori Izard mempunyai dua sudut pandangan iaitu dari segi biologi dan dari segi pembelajaran. Berkenaan teori ini, Plutchik mengatakan bahawa emosi adalah ekspresi genetik secara langsung dan pembelajaran hanya bertindak untuk mengubahsuai emosi tersebut. Namun menurut Izard, emosi adalah satu elemen yang merangsang bayi terhadap persekitarannya dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran. Emosi dirangsang melalui pelbagai stimuli. Sebagai contoh, perasaan takut. Sesetengah individu takut kepada serangga seperti lipas yang tidak ditakuti oleh sesetengah individu yang lain. Setiap individu mempunyai perasaan takut kepada benda atau stimulus yang berlainan. Proses kognitif juga berbeza mengikut individu. Contohnya peperiksaan mengejut. Sesetengah individu akan menganggap peperiksaan mengejut itu adalah sesuatu yang membebankan. Namun, bagi individu lain mungkin mereka menganggap peperiksaan mengejut itu adalah satu peluang untuk mereka memperbaiki kelemahan diri mereka. Dari segi pembelajaran dan pengalaman pula, teori mengatakan semua emosi adalah dipelajari. Masih mengambil perasaan takut sebagai contoh, sesetengah orang takut kepada anjing misalnya, kerana pernah berpengalaman dikejar anjing. Jadi, sekiranya individu tersebut berhadapan dengan anjing untuk kali kedua, pastinya dia menjauhkan diri kerana takut. Berdasarkan pengalaman saya, mungkin ada benarnya teori ini kerana semasa kecil mungkin ada di antara kita pernah diberitahu oleh ibu bapa bahawa jangan bermain sehingga senja, nanti digigit hantu. Ataupun habiskan makan nasi,nanti nasi itu menangis. Sejak kecil lagi kita telah diberitahu tentang perkara-perkara ini jadi, apabila dewasa, kita mengelak daripada melakukan perkara tersebut kerana khuatir. Teori pembelajaran dan pengalaman juga telah diperkukuhkan dengan Miller's dan Albert's study.

Tajuk kedua yang telah dikuliahkan adalah lebih berkisar tentang emosi positif yang dispesifikkan kepada perasaan gembira, bahagia dan kasih sayang. Apakah maksud bahagia? Bagi saya, makna bahagia amat universal dan subjektif kerana ia merangkumi aspek yang sangat luas. Terpulang kepada pendapat masing-masing untuk mendefinisikan bahagia dalam konteks mereka sendiri. Namun secara personal, bahagia pada saya adalah suatu perasaan yang sangat menyenangkan. Ia menjadikan seseorang itu amat positif terhadap persekitarannya. Bahagia juga berkait rapat dengan kegemaran seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang itu suka menghabiskan masa dengan keluarga, apabila dia dapat berbuat demikian, dia akan merasai kebahagiaan. Jika seseorang itu gemar memanjakan tekak dan perutnya, dia akan merasa bahagia apabila dapat menjamu selera dengan makanan yang sedap dan lazat. Jadi dapat kita lihat di sini kepelbagaian definisi kebahagiaan bagi individu.

Akan tetapi, terdapat juga sudut pandangan dari ahli falsafah berkenaan makna bahagia ini. Aristolte mengatakan bahagia adalah hasil kepada pencarian ke arah kebahagiaan. Berbeza pula bagi Plato yang memaksudkan bahagia dengan kehidupan yang baik. Terbukti, skop erti kebahagiaan teramat luas. Saya ingin bercakap lebih lanjut dan spesifik mengenai kebahagiaan dalam kekeluargaan. Jelasnya bagi saya, kebahagiaan dalam keluarga bergantung sepenuhnya kepada nilai-nilai kasih sayang yang dicurahkan kepada ahli keluarga. Sebagai contoh, jika ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga alpa kepada tanggungjawab mereka untuk meluangkan masa dengan anak-anak, anak-anak akan merasa diri mereka tidak disayangi dan tidak diendahkan dalam keluarga dan mula mencari jalan lain untuk merasai bahagia dengan meluangkan masa dengan kawan-kawan. Sekiranya rakan-rakan mereka bukan dalam kalangan yang berkelakuan baik, ia akan menambahkan masalah dalam kebahagiaan kekeluargaan kerana anak-anak mereka mungkin akan terjebak dalam masalah sosial. Jadi boleh kita lihat di sini, asal usul masalah tersebut adalah kekurangan kasih sayang dalam keluarga.

Family Potrait-Pink

Momma please stop cryin, I can't stand the sound 
Your pain is painful and its tearin' me down 
I hear glasses breakin as I sit up in my bed 
I told dad you didn't mean those nasty things you 
said 

You fight about money, bout me and my brother 
And this I come home to, this is my shelter 
It ain't easy growin up in World War III 
Never knowin what love could be, you'll see 
I don't want love to destroy me like it has done 
my family 

Can we work it out? Can we be a family? 
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything 
Can we work it out? Can we be a family? 
I promise I'll be better, Daddy please don't 
leave 

Daddy please stop yellin, I can't stand the sound 
Make mama stop cryin, cuz I need you around 
My mama she loves you, no matter what she says its true 
I know that she hurts you, but remember I love you, too 

I ran away today, ran from the noise, ran away 
Don't wanna go back to that place, but don't have no choice, no way 
It ain't easy growin up in World War III 
Never knowin what love could be, well I've seen 
I don't want love to destroy me like it did my family 

Can we work it out? Can we be a family? 
I promise I'll be better, Mommy I'll do anything 
Can we work it out? Can we be a family? 
I promise I'll be better, Daddy please don't leave 

In our family portrait, we look pretty happy 
Let's play pretend, let's act like it comes naturally 
I don't wanna have to split the holidays 
I don't want two addresses 
I don't want a step-brother anyways 
And I don't want my mom to have to change her last name 

In our family portrait we look pretty happy 
We look pretty normal, let's go back to that 
In our family portrait we look pretty happy 
Let's play pretend, act like it goes naturally 

In our family portrait we look pretty happy 
(Can we work it out? Can we be a family?) 
We look pretty normal, let's go back to that 
(I promise I'll be better, Mommy I'll do 
anything) 
In our family portrait we look pretty happy 
(Can we work it out? Can we be a family?) 
Let's play pretend act and like it comes so 
naturally 
(I promise I'll be better, Daddy please don't 
leave) 
In our family portrait we look pretty happy 
(Can we work it out? Can we be a family?) 
We look pretty normal, let's go back to that 
(I promise I'll be better, Daddy please don't 
leave) 

Daddy don't leave 
Daddy don't leave 
Daddy don't leave 
Turn around please 
Remember that the night you left you took my 
shining star? 
Daddy don't leave 
Daddy don't leave 
Daddy don't leave 
Don't leave us here alone 

Mom will be nicer 
I'll be so much better, I'll tell my brother 
Oh, I won't spill the milk at dinner 
I'll be so much better, I'll do everything right 
I'll be your little girl forever 
I'll go to sleep at night 

Saya amat tertarik dengan senikata lagu ini kerana ia mengilustrasikan seorang anak yang kecewa dengan ibu bapanya yang sering bergaduh dan mahu bercerai. Dia amat sayangkan keluarganya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kebahagiaan keluarganya. Di dalam lirik ini, anak itu mengatakan bahawa "In our family portrait we look pretty happy, let's play pretend act and like it comes so naturally". Ia menunjukkan bahawa keluarga itu pernah bahagia seperti keluarga yang lain satu masa dahulu dan "Remember that the night you left you took my shining star?" menujukkan betapa pentingnya keluarganya kepada dirinya.

Jadi ingin saya katakan disini, kebahagiaan yang paling utama datangnya dari ibu bapa kita sendiri yang menjaga, mendidik dan membesarkan kita. Ibu bapa adalah segala-galanya bagi kita yang tidak akan dapat dicari ganti. Peliharalah kebahagian dalam keluarga kerana ia mungkin merupakan kunci kepada kebahagiaan yang hakiki. InsyaAllah.. :)

No comments:

Post a Comment