Monday, August 8, 2011

A131577 Heng Miao Ching LJ02

 

              Salam sejahtera. Jurnal saya pada kali ini adalah tentang kuliah kursus ZT2253 pada 3 Ogos yang lalu di DK 1. Kuliah pada kali ini bermula dengan sambungan pelajaran minggu lepas yang berkaitan dengan konsep 'Izard's Innate Facial Expression' (teori Izard) dan 'Learning & Experience Theories' serta tajuk baru, iaitu emosi positif. Sebenarnya, saya mendapati kuliah tersebut lebih menarik kerana adanya kuiz-kuiz yang membantu saya serta rakan-rakan untuk mengulangkaji topik-topik yang telah dibincangkan pada kuliah minggu lepas. Kandungan tajuk pada kali ini amat menarik dan saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan panduan untuk mengaplikasikan kemahiran pengurusan emosi dalam kehidupan seharian saya.

 

             Tajuk pertama dalam kuliah adalah tentang Izard's Innate Facial Expression Theory. Menurut Izard, emosi adalah besifat semulajadi. Terdapat dua kajian yang berkenaan teori ini merangkumi kajian 'born to smile' dan kajian silangbudaya yang pembelajaran hanya memberikan impak yang minima dalam pengalaman emosi. Dalam konsep"Born to smile study", ada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa semua bayi memiliki ekspresi emosi selepas dilahirkan dan mosi tersebut akan berkembang dari semasa ke semasa sejajar dengan peningkatan umur mereka. Sebagai contohnya, perasaan marah dan terperanjat wujud ketika usia 3-4 bulan, malu dan takut pada usia 5-6 bulan, ekspresi kepuasan pada usia 1 tahun dan perasaan bersalah pada usia 2 tahun. Sebelum ini, saya memang tidak pernah sedar tentang pelbagai emosi yang akan muncul di wajah bayi dengan peningkatan usia bayi. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapat kritikan bahawa senyuman bayi itu tidak semestinya melambangkan kegembiraan bayi tersebut memandangkan bayi menjadikan senyuman sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sekelilingnya.

 

              Di samping itu, teori Izard juga memaparkan dua teori, iaitu "biological view of experience" dan "learning theory view of experience". Menurut pandangan biologikal, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik berpendapat bahawa emosi merupakan ekspresi genetik seseorang secara langsung dan dimodifikasi oleh proses pembelajaran. Izard pula menyatakan emosi muncul pada bulan-bulan pertama kelahiran untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi adalah satu elemen yang merangsangkan respon bayi terhadap persekitarannya dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran. Emosi boleh dirangsangkan melalui pelbagai stimuli dari persekitaran. Contohnya, setiap individu mempunyai perasaan takut kepada stimulus yang berlainan. Melalui pemerhatian saya, sesetengah individu akan menganggap peperiksaan End Of Module atau Final Exam itu sebagai satu beban yang berat dalam kehidupan dan mereka takut untuk menghadapi sebarang cabaran semasa menjawab soalan dalam peperiksaan. Namun, bagi individu yang lain, mungkin mereka menganggap peperiksaan itu adalah satu proses untuk mereka mempelajari dan memperbaiki kelemahan diri mereka melalui kesalahan yang dilakukan. Dari segi pembelajaran dan pengalaman pula, teori mengatakan semua emosi adalah dipelajari. Berdasarkan pengalaman saya, saya memang takut kepada ular kerana saya nyaris dipatuk ular semasa kecil lagi di kawasan lapangan kebun rumah datuk saya. Jadi, sekiranya saya berhadapan dengan ular untuk kali kedua, sudah pasti saya akan menjauhkan diri kerana takut dan sampai sekarang, saya tidak akan melawat zoo yang terdapat kurungan pelbagai species ular.

 

              Seterusnya, kajian silangbudaya pula telah dilakukan oleh Paul Ekman. Ekman telah membuat satu kajian menarik di beberapa buah Negara antaranya ialah Amerika, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Beliau telah membuat soal selidik dengan bertanya kepada para responden untuk mengenali emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai gambar. Namun, terdapat juga kritikan bagi kajian ini menyatakan bahawa kajian ini hanya bertumpu kepada masyarakat yang terpelajar. Oleh itu, Ekman telah mengulangkan kajian yang sama bagi penduduk Borneo dan Papua New.  Ekman telah menyatakan ekspresi emosi bukan sepenuhnya semula jadi tetapi berubah mengikut pengalaman budaya. Paul Ekman (1994) menyokong kenyataan bahawa kesejagatan mimik muka dengan emosi. Beliau juga menyatakan ekspresi itu bukanlah seratus peratus semula jadi kerana ia boleh dipengaruhi oleh pengalaman. Beliau turut mendapat tahu bahawa wajah gembira adalah lebih dominan dan mudah dikenalpasti berbanding wajah-wajah lain Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Ekman  turut mendapat sokongan daripada kajian yang dilakukan oleh Scherer dan Wallbott(1994) yang meneliti kajian meliputi 37 buah Negara dan 5 buah benua di seluruh dunia. Mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.

 

             Topik kedua yang telah dibincangkan dalam kuliah adalah lebih berfokus tentang emosi positif yang berkaitan dengan perasaan gembira, bahagia dan kasih sayang. Kuliah ini juga telah member banyak input baru kepada saya tentang falsafah-falsafah serta pandangan-pandangan dari pelbagai perspektif mengenai kegembiraan dan kasih sayang. Bagi saya, makna tersirat bahagia amat universal dan subjektif kerana ia merangkumi aspek yang sangat luas dan berlainan mengikut individu masing-masing. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan, kegembiraan serta kepuasan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebahagiaan itu adalah suatu perasaan yang sangat menyenangkan dan memenuhi kepuasan seseorang individu.

 

               Seterusnya, menurut Kozma, kegembiraan mempunyai  dua komponen iaitu "long term affective states" dan Short term effective states". Kegembiraan yang berpanjangan ialah latar belakang diri yang selalunya mempunyai emosi yang stabil dalam satu jangka masa yang panjang(bulan atau tahun manakala kegembiraan dalam jangka masa pendek  pula menunjukkan kegembiraan berdasarkan peristiwa yang kebelakangan dalam hidup. Kewujudan kegembiraan berhasil daripada gabungan kedua-dua jenis kegembiraan ini dalam kehidupan kita.

           

           Terdapat pelbagai sudut pandangan dari ahli-ahli falsafah berkenaan dengan makna bahagia ini. Beberapa ahli falsafah seperti Aristottle, Plato, Argyle dan Mills telah mengemukakan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil satu kepuasan. Pertama sekali, Aristolte mengatakan bahagia adalah hasil kepada pencarian ke arah kebahagiaan. Bagi Plato pula, bahagia mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan yang baik. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap negara adalah berlainan. Menurut Freud pula, hubungan kekeluargaan yang kukuh sejak kecil lagi adalah penting untuk menentukan kebahagiaan pada masa akan datang (sumber dari Argyle).Peristiwa jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Berbincang tentang kebahagiaan dan perkahwinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkahwin adalah lebih bahagia dari orang yang tidak berkahwin. Selain itu. individu yang beribadat adalah orang yang lebih bahagia dan kurang mengalami depresi berbanding orng lain. Perkara ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.

 

           Sebagai konklusi, saya telah dapat mengetahui elemen-elemen kebahagiaan dan seperti mana yang sedia maklum, emosi positif yang terdapat dalam sanubari diri kita wujud hasil daripada pelbagai situasi yang meberikan kita perasaan kepuasan dan kegembiraan. Kebahagiaan dalam keluarga, persahabatan dan perkahwinan bergantung sepenuhnya kepada nilai-nilai kasih saying dan prihatin yang dicurahkan antara satu sama lain.

 

No comments:

Post a Comment