Monday, August 8, 2011

A131764 Chen Cai Ling LJ02

Selamat sejahtera. Seperti kebanyakan rakan-rakan lain, inilah kali kedua saya menulis jurnal selepas menghadiri kuliah ZT2253 iaitu modul pengurusan emosi di Dewan Kuliah 1 Kampus KL, UKM pada hari 3 Ogos 2011 (Rabu). Kali ini, saya berasa lebih beryakin untuk menulis jurnal kerana sudah ada pengalaman untuk menulis jurnal. Selepas membaca jurnal-jurnal kawan lain, saya juga mendapati kelemahan saya dalam menulis jurnal dan mendapat lebih banyak pengetahuan tentang 'emosi'. Sebagaimana yang pensyarah cakap hari ini, tugasan menulis jurnal adalah sangat memanfaatkan para pelajar kerana kami akan berusaha membaca bukan sahaja nota kuliah tetapi juga bacaan lain yang berkaitan untuk melahirkan jurnal yang sebaik mungkin.
                Pada kuliah ini, saya telah belajar tentang 'Emosi Positif', iaitu kebahagian. Dalam nota kuliah, , kebahagian didefinisikan sebagai ' an emotional or affective state that is characterized by feelings of enjoyment, pleasure, and satisfaction.' Maksudnya ialah kebahagian adalah satu emosi ataupun keadaan yang berkaitan dengan gembira, keseronokan dan kepuasan hati. Sebenarnya, saya percaya bahawa definisi 'kebahagian' adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana sesuatu perkara mungkin membuatkan seseorang berasa bahagia, tetapi juga membawa emosi yang sebaliknya kepada orang lain. Sebagai contohnya, saya berasa bahawa boleh bercuti di rumah sendiri adalah perkara yang amat bahagia kerana saya berasa gembira dan puas hati semasa semua ahli keluarga boleh berhidup sama sekali. Namun, sesetengah orang berasa bosan jika bercuti di rumah kerana tidak dapat keluar sama kawan-kawan dan tiada kerja boleh buat.
                Tambahan lagi, sesetengah orang percaya bahawa senyuman tanda bahagia. Pada hakikatnya, senyuman tidak semestinya menunjukkan emosi bahagia atau gembira seseorang. Kebanyakan orang bersenyum semasa bersalam dengan orang lain, inilah sebenarnya menunjukkan kesopanan sahaja tetapi bukan semestinya gembira. Sesetengah orang memaksakan diri sendiri untuk bersenyum walaupun berasa sedih ataupun tidak sihat kerana mereka tidak mahu kawan-kawan dan ahli keluarga risau akan mereka. Walaubagaimanapun, kadangkala, senyuman tetap menunjukkan kebahagian seseorang. Sebagai contohnya, guru-guru bersenyum semasa mengetahui bahawa pelajar-pelajar belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa juga bersenyum kerana berasa bahagia semasa anak-anak sendiri mengambil berat terhadap mereka dan mematuhi nasihat  serta menghormati mereka.
                Selepas saya menghadiri kuliah ini, saya baru mengetahui bahawa seseorang yang lebih pandai menyesuaikan diri sendiri dalam keadaaan akan lebih bahagia. Seseorang yang lebih bahagia juga lebih mudah untuk menyesuaikan diri sendiri dalam apa-apa keadaan . Tambahan lagi, seseorang yang lebih pandai menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan akan sanggup menghadapi serta menyelesaikan semua masalah yang timbul. Sesiapa yang mempunyai teknik penyelesaian masalah yang efektif lebih senang membutakan mereka sendiri berasa bahagia. Sebagai contohnya, pelajar yang berfikiran optimistik sentiasa percaya bahawa berusaha tanpa berputus asa dapat menjdaikan mereka mencapai kejayaan. Oleh itu, mereka tidak kn berputus asa walaupun berasa stress semasa peperiksaan menjelang kerana mereka menyesuiakan diri dengan baik. Namun, pelajar yang sentiasa berasa diri tidak bahagia akan berputus asa semasa menghadapi masalah. Mereka tidak akan berusaha menyesuaikan diri sendiri kerana mereka tidak tahu cara menyelesaikan kesusahan dan masalah mereka. Kekalahan akan seterusnya menjadikan mereka berasa lebih tidak bahagia.
                Selain itu, selepas pensyarah memberi kuliah, saya memahami bahawa seseorang yang beragama akan hidup dengan lebih bahagia. Beberapa bukti telah diberikan, antaranya termasuklah: Surveys by Gallup, the National Opinion Research Centre and the Pew Organisation conclude that spiritually committed people are twice as likely to report being "very happy" than the least religiously committed people. Jika seseorang beragama, dia akan lebih beryakin semasa menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan kerana mempunyai kepercayaan sendiri. Seseorang itu akan berasa lebih gembira kerana mudah berpuas hati dengan apa-apa yang dia ada. Sebagai contoh, mereka yang beragama akan mengelakkan diri daripada menyalahguna dadah dan membunuh diri jika mengalami kekalahan dalam kehidupan harian. Tambahan lagi, mereka juga dapat mengawal kemarahan dan emosi negatif. Kebolehan untuk mengawal emosi adalah penting supaya emosi negetif tidak akan mempengaruhi kehidupan kami. Di samping itu, pensyarah juga memberitahu kami bahawa menbahagiakan orang lain jugalah tanggungjawab kami mengikut pengajaran agama. Oleh itu, seseorang yang beragama bukan sahaja akan menguruskan emosi sendiri dengan baik, tetapi juga sentiasa menjaga perasaan orang lain supaya orang lain juga berasa bahagia.
                Tambahan pula, sebelum saya menghadiri kuliah ini, saya tidak berapa memahami maksud sebenar perkataan 'cinta'. Selepas kuliah ini, saya telah mengetahui 'love' terdiri daripada tiga factor, iaitu 'passion', 'intimacy' dan 'commitment'. Semasa seseorang jatuh cinta, dia mudah mengalami perubahan emosi yang besar. Jatuh cinta boleh menyebabkan seseorang berasa sangat bahagia dan gembira. Namun begitu, pertengkaran atau perselisihan faham yang tidak dapat dielakkan juga sanggup menyebabkan seseorang berasa kecewa, sedih dan marah. Sebagai contoh, seseorang akan menjadi lebih sensitif semasa jatuh cinta, jadi lebih mudah menyalahfahamkan kekasih jika kekasihnya tidak menelefonkan atau mengajakkan dia keluar. Oleh itu, semua orang tanpa mengira kaum ataupun jantina, haruslah belajar cara menguruskan emosi sendiri supaya perkahwinan yang bahagia dapat dijamin. Perkahwinan yang bahagia juga menjaminkan kebahagian dan kesihatan mental anak-anak mereka.
                 Topik lain yang amat menarik saya ialah sama ada kekayaan boleh menjadikan seseorang berasa bahagia. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kemiskinan dapat menyusahkan kehidupan seseorang. Sebagai contohnya, ahli keluarga mudah bertengkar apabila menghadapi keadaan tidak cukup wang untuk membayar bil elektrik dan bil lain. Oleh itu, perasaan kebahagian akan menurun. Anak-anak mereka juga akan terpengaruhi semasa melihat ibu bapa mereka bergaduh. Mereka juga akan berasa tidak bahagia jika ibu bapa mereka tidak sanggup membiayai yuran pembelajaran dan yuran kelas tambahan mereka. Namun demikian, semasa status ekonomi sesebuah keluarga meningkat sampai memuaskan tetapi tidak semestinya sangat kaya, kebahagian keluarga ini memang akan meningkat. Walaubagaimanapun, kekayaan tidak sanggup membeli kebahagian. Sebagai contohnya, ibu bapa zaman ini sentiasa bekerja sampai larut malam sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Dalam keadaan ini, walaupun mereka mendapat banyak wang, tetapi hubungan antara ahli keluarga telah dijurangkan. Prihatin dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak adalah sangat penting supaya anak-anak boleh membesar dalam keadaan yang bahagia. Jika anak-anak berasa ibu bapa merek tidak prihatin terhadap mereka sendiri, mereka mungkin akan melakukan sesuatu negatif untuk menarik hati ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk bekerja juga akan berasa kecewa dan tidak bahagia jika anak-anak mereka berbuat demikian. Oleh itu, kekayaan tidak semestinya boleh membahagiakan seseorang, tetapi ekonomi sesebuah keluarga biasanya sanggup menjejaskan kebahagiaan seseorang.
                Secara kesimpulannya, semua orang harusnya sentiasa bersyukur dan berpuas hati dengan apa-apa yang sudah ada supaya berasa bahagia serta berfikiran positif semasa menghadapi sebarang halangan dalam kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment