Setelah menghadiri kuliah kedua kursus ZT2253 Pengurusan Emosi pada 3/8/2011, saya telah didedahkan tentang teori-teori dalam tajuk "Stuktur dan Expressi Emosi" dan tajuk "Emosi Positive" iaitu Kebahagiaan oleh Dr Zamri. Kuliah ini dijalankan selama dua jam dan telah memberi banyak manfaat kepada saya.
Biological view adalah individu mempunyai pengalaman tentang sesuatu perkara yang akan menakutkan dia atau meninggalkan kenangan yang buruk untuk dia, individual tersebut akan mempunyai reaksi yang sama apabila mengalami perkara yang sama. Sebagai contoh, saya pernah dikejar oleh anjing. Sejak pengalaman tersebut, saya sangat takut anjing. Ini menunjukkan pengalaman tersebut telah meninggalkan bayangan negative saya terhadap anjing. Activator bagi pengalaman tersebut adalah anjing dan emosi yang ditunjukkan oleh saya ialah takut. Emosi akan berubah bagi activator yang berbeza dalam individual yang berlainan.
Ketakutan adalah diperlajari. Manusia lebih bersedia untuk mempelajari takut daripada perasaan lain. Learning theory view of experience. Semua emosi dipelajari daripada pengasuh kita. Contohnya yang dicatatkan dalam Milier's study dan Albert's study. Bagi pengalaman saya sendiri sebagai contoh teori ini. Semasa saya kecil, saya suka menonton televisyen samapai lewat malam. Walaupun ibu pernah marah saya banyak kali tetapi saya tetap keras kepala.Oleh itu, Ibu saya menakutkan saya dengan cerita hantu bahawa hantu akan keluar pada waktu lewat malam dan hantu akan menangkap orang yang belum tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Cerita itu menakutkan saya dan saya tidak berani tidur lewat malam. Sampai sekarang saya akan tidur sebelum 12 tengah malam dan tidak berani menonton filem berkenaan hantu. Cerita itu telah meninggalkan peringatan yang menakutkan dan bayangan yang negative dalam kehidupan saya. Oleh itu, pengalaman saya ini telah disokong oleh "Learning theory view of experience". Ketakutan terhadap sesuatu adalah diperlajar dan menurut learning theory daripada Milier's study, semua emosi manusia adalah dipelajari daripada pengasuh kita.
Di samping itu, emosi adalah dilahirkan secara semula jadi. Semua orang dilahirkan dengan perasaan kemarahan. Tetepi pengawalan dan penunjukkan terhadap perasaan kemarahan bagi setiap individual adalah berbeza. Ada orang akan melepaskan kemarahan dengan menumbuk dinding, memacukan pistol atau perbuatan yang melanggar undang undang. Namun bagi individual mempunyai pengawalan emosi yang baik akan melepaskan kemarahan mereka dengan membuat perkara yang tidak membahayakan orang di sekeliling dia seperti bersenam, menyanyi dan sebagainya. Ini menunjukkan bertapa penting pengawalan emosi dalam kehidupan kita. Sekiranya kita tidak dapat mengawal emosi kita seperti emosi kemarahan, kemungkinan besar kita akan meembuat perkara yang membahayakan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Emosi adalah dilahirkan secara semula jadi tetapi pengawalan emosi adalah sesuatu yang boleh dipelajari
Kebahagiaan adalah satu emosi yang ditunjukkan olah setiap individual dalam keadaan gembira dan aman damai. Kebahagiaan boleh dikategorikan dari beberapa segi, iaitu dari segi kewangan, kekuasaan, keselesaan, kekeluargaan dan sebagainya. Kebahagiaan adalah berkaitan dengan sesuatu kejadian ataupun pencapaian yang tinggi dalam indivual tersebut. Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur dengan sebarang benda atau digambarkan. Kebahagiaan adalah emosi yang komplex dan akan berubah-ubah mengikut keadaan dan tempat.kebahagiaan adalah sesuatu perasaan yang akan memberi kesan positif bagi setiap individual. Tidak semestinya orang yang gembira adalah orang yang bahagia, orang yang sedih adalah orang yang tidak bahagia. Hanya individual tersebut akan merasai sama ada mereka adalah bahagia atau tidak.
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan kegembiraan. Faktor-faktor tersebut boleh dikategorikan kepada dua iaitu kebahagiaan yang jangka masa panjang dan kebahagiaan jangka masa pendek. Bagi kebahagiaan jangka masa panjang iaitu sesuatu yang kekal dan akan meningalkan kenangan yang baik dalam seumur hidup. Contohnya berkahwin, melahirkan anak, memperolehi asset kekal seperti kereta, rumah dan sebagainya. Di sebaliknya kebahagiaan jangka masa pendek adalah kebahagiaan yang tidak kekal dan selalu bertukaran mengikut keinginan dan kehendakan seseorang. Contohnya jatuh cinta, melancong,lulus dalam peperiksaan, memiliki permainan baru dan sebagainya. Berbandingan kebahagiaan janga masa panjang dan kebahagiaan jangka masa pendek, kebahagiaan janga masa panjang meninggalkan kesan yang lebih kekal dan tidak mudah dilupai berbanding dengan kebahagiaan janga masa pendek yang selalu tukat dan meniggalkan kesan yang sementara dan senang ditukari mengikut kehendakan seseorang.
Senyuman ialah tanda gembira dan merupakan satu alat komunikasi. Senyuman dijadikan tanda acknowledgement bukan secara lisan. Contohnya setiap pagi saya menghadiri kuliah pada pukul 8 pagi, saya akan menegur sapa dengan rakan sekursus dengan 'senyuman' dan tanpa mengatakan kata-kata seperti 'Selamat pagi, Apa Khabar?, Hi'. Senyuman di wajah saya dapat acknowledgement daripada rakan-rakan saya dan mendapat balasan yang sama iaitu 'senyuman' di wajah rakan saya. Oleh itu, orang yang sentiasa menunjukkan senyuman di wajahnya akan digemari oleh orang ramai. Orang yang selalu senyum kepada orang lain juga adalah orang yang selalu melihat senyuman di wajah orang lain. Ini kerana ketika orang lain senyum kepada kita, reaksi dan balasan yang pertama dan natural di wajah muka bagi manusia adalah membalas senyuman kepada mereka. Oleh itu, senyuman juga boleh dikatakan sebagai alat menyemburkan kegembiraan kepada orang ramai.
Kebahagiaan bagi setiap individual adalah berbeza. Orang yang dapat sesuaikan diri adalah lebih bahagia. ( eg, di Negara barat, sikap terus terang lebih disukai oleh orang ramai manakala bagi Negara timur, sikap hamba diri lebih diterima oleh masyarakat.) Orang yang bahagia adalah lebih pandai dalam menyesuaikan diri. Orang yang tahap penyesuaiannya lebih tinggi adalah lebih baik dalam mengatasi masalah. Mereka yang mempunyai strategi koping yang efekyif menjadikan mereka lebih gembira. (Rim, 1993) Misalnya, kita sentiasa menghadapi masalah. Sekiranya seseorang itu akan melihatkan masalah tersebut sebagai cabaran. mereka akan merasakan mereka tidak pernah gagal walaupun terdapat banyak dugaan di hadapan mata kerana meraka menganggap mereka belum mencapai kejayaan dan bukan mengalami kegagalan.
Sekarang tahap saya sebagai pelajar perubatan di universiti, kebahagiaan adalah sangat mudah. Perhimpunan semua ahli keluarga saya adalah keutamaan kerana mereka adalah sumber sokongan dari segi mental, fizikal, kewangan dan sebagainya. Bagi pendapat saya, kekeluargaan tersebut adalah sangat penting kerana itu adalah tradisi keluarga saya dimana ini adalah mentaliti yang ditanam dalam kehidupan saya sejak kecil. Maka secara automatiknya kebahagiaan keluarga juga merupakan kebahagiaan utama saya. Selain itu, kelulusan keputusan juga merupakan kebahagiaan saya kerana mereka merupakan langkah langkah ke arah kejayaan dan mencapai cita-cita saya di mana merupakan kebahagiaan yang diingini sebagai seorang yang berprofesional dan dapat menyumbang kepada Negara, masyarakat dan keluarga.
Akhir kata, menurut sebuah jurnal 'is happiness over-rated?' (Shirley S.Wang) kebahagiaan haruslah dicapai dnegan mengurangkan stress dan rasa bimbang, mereka haruslah bergerak dan focus untuk mengurangkan masalah supaya mendekati tahap kebahagiaan tersebut. Maka betullah bahawa kita tidak harus bimbang banyak dan perlakuan positif menentukan kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment