Pada 3 Ogos yang lepas, saya telah mempelajari beberapa lagi input mengenai emosi. Memandangkan pada jurnal yang lepas saya telah mengupas serba sedikit mengenai Izard's Innate Face Expression. Kali ini saya sangat berminat untuk mengupas mengenai tajuk Emosi Positif dan Negatif. Pada pendapat saya, emosi positif adalah emosi yang membuatkan seseorang itu berasa gembira akhirnya menunjukkan ekspresi yang ceria diwajah.
"HAPPINESS AND JOY
Satisfaction is one of the positive emotions humans experience. Joy and elation, excitement and interest, and contentment and comfort are other positive emotional states experienced by adults. Happiness and joy are not just the absence of unhappiness. Positive emotions are associated with pleasures. Some pleasures deal with satisfying human needs and wants, and changing or decreasing unpleasant physical states, such as the needs for food, drink, warmth, and rest. Some pleasures involve the stimulation of pleasure centres of the brain, releasing pleasurable experiences, such as with sex and exercise (known to release endorphins). Others' pleasures are more of a social nature, affiliation, recognition, etc. Less easy to explain are the positive emotions associated with music, reading, personal achievement, and aesthetic experiences, which do not seem to reflect appetiterelated nor social needs."
Perenggan ini saya petik dari buku 'Robb O. Stanley and Graham D. Burrows' Buku ini mengaitkan kepuasan adalah salah satu cabang emosi positif. Hal ini kerana ia berpendapat bahawa emosi yang positif berkaitan dengan perasaan yang menyenangkan dan yang memberi kepuasan. Ini menunjukkan bahawa emosi positif dan membahagiakan seseorang bebeza pada setiap orang kerana setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkara yang menyenagkan mereka.
Terdapat 2 komponen utama iaitu 'long term affective states' dan 'short term affective states'. Pertama, Long Term Affective States bermakna kegembiraan yang dirasai stabil dari beberapa bulan ke bulan atau tahun ke tahun. Contonya, walaupun ada ketikanya kita mengalami kesulitan pada satu hari, namun untuk tahun itu, 'mood' kita masih lagi boleh dikategorikan sebagai baik dan gembira. Mungkin pengalaman yang mengembiraan itu masih dan sangat dirasai untuk sepanjang tahun tersebut, berbanding rasa emosi yang negative. 'Short term affective states' pula bermaksud emosi gembira yang hanya dirasai seketika. Contohnya, mendapat nombor satu dalam peperiksaan. Melalui kuliah kali ini juga saya mendapat pengetahuan mengenai kajian daripada Argyle (1987) iaitu jatuh cinta adalah perkara positif sekali iaitu merangkumi 78%, diikuti lulus peperikaan sebanyak 72.0% dan sembuh daripada penyakit yang serius sebanyak 72.1%. hal ini telah dikaji pada tahun 1987 yang dulu. Dengan pelbagai perubahan yang berlaku seiring dengan perubahan zaman, saya terfikir adakah keputusan ini boleh diterima pakai lagi?
Dalam kuliah ini juga ada mengatakan bahawa orang yang beragama lebih gembira daripada stres. Saya amat bersetuju kerana agama islam yang saya anuti sendiri yang menjadi panduan banyak mengajar untuk mengawal emosi dari pelbagai aspek. Namun, setiap keputusan terletak pada tangan seseorang itu sendiri untuk menyelesaikan masalah, sama ada berlandaskan agama atau tidak. Selain itu, terdapat juga bukti-bukti yang menyokong bahawa orang yang beragama kurang stress seperti analysis of over 200 social studies mengatakan bahawa keagamaan yang inggi meramalkan risiko yang agak rendah kemurungan dan penyalahgunaan dadah dan cubaan bunuh diri yang lebih sedikit, dan lebih banyak laporan berpuas hati dengan kehidupan dan rasa kesejahteraan. Kemudian saya membuat pembacaan mengenai stress.
''Stress'' itself is a process and not strictly an emotion. The various contributors to the individual's stress response include environmental and lifestyle factors; the individual factors, including emotional reactivity, subjective thinking about problem situations, coping strategies available, self-esteem, learned responses, and the availability of social supports."
Perenggan ini juga saya petik dari buku 'Robb O. Stanley and Graham D. Burrows'. Penyataan diatas mengatakan bahawa secara ringkasnya stress boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Oleh itu, bersesuainya dengan agama islam yang merangkumi semua aspek yang pastinya mampu memberi panduan untuk mengurangkan stress itu sendiri. Contoh tafsir ayat 173, surah ali 'Imran,
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu,
oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman
mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (3: 173)
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata
bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s.
sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan
menyerang Nabi s.a.w.
Mereka yang mempelajari ilmu-ilmu agama islam sedikit demi sedikit akan menyedari dimana harus diletakkan emosi negative itu. Seperti ayat diatas, Ketika kita dalam kesusahan mengingati Allah dan Tawakal adalah salah satu jalan yang terbaik.
Seterusnya saya tertarik dengan 'slide' mengenai kasih sayang. Saya bersetuju sekiranya dikaitkan mengenai kasih sayang boleh member emosi yang positif kita. Contohnya, mengenai kebahagian keluarga. Saya yakin dengan keluarga yang bahagia mampu menghasilkan produk yang positif daripada segi emosi. Jika kita mempunyai keluarga yang bahagia, kita ke sekolah pun dengan 'mood' yang gembira kerana kita berasa kita mempunyai sokongan dari segi mental dan fisikal. Jika keluarga kita tidak bahagia, masalah ini akan menjadi igauan tidak kira dimana kita berada, tidak kira di tempat kerja, sekolah mahupun dalam tidur. Jika hal ini berlaku bagaimana kebahagian dapat dikecapi. Bukan sahaja keluarga kita mengalami keretakkan, malah, menggangu emosi yang akan dipamerkan melalui tingkah laku.
Namun ada juga yang beranggapan bahawa dapat hidup mewah adalah satu cara yang utama untuk mencapai kebahagiaan. Sepertimana yang saya terangkan sebentar tadi, 'satisfaction' merupakan salah satu kepentingan untuk mendapat kebahagiaan. Jika seseorang itu menganggap bahawa mempunyai kemewahan itu boleh menjadikan mereka bahagia, itu tidak menjadi masalah. Tetapi saya beranggapan bahawa mempunyai kemewahan itu hanya satu cara untuk mendapat kebahagian namun tidak menyeluruh. Mungkin kita dapat pergi melancong dan bersiar-siar yang menimbulkan perasaan bahagia namun pada satu ketika jiwa kita akan merasa kekurangan dan kita mula mencari kebahagiaan yang sebenar.
Akhir kata, kebahagian itu bukan senang dikecapi kalau tidak dicari. Namun jika dah di cari, bukan senang untuk di ketemukan dengan kebahagiaan yang asli. Untuk kuliah kali ini saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan input yang saya dapat. Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment