Monday, August 8, 2011

PHUAH JOU NING A131725 LJO2

PHUAH JOU NING  A131725-  EMOSI DAN PERASAAN BAHAGIA  LJ02

Salam sejahtera kepada semua. Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian tentang idea dan ilmu pengetahuan yang telah saya pelajari dalam kuliah ketiga pengurusan emosi. Dalam kuliah ketiga ini, kita telah diberi kuliah tentang dua tajuk. Tajuk pertama ialah sambungan daripada kuliah kedua iaitu struktur  dan ekspresi emosi. Kuliah kita bermula dengan Izard's innate facial expression teori. Selepas itu, kita diberi beberapa minit untuk berehat.  Pensyarah turut memberi beberapa kuiz dan soalan tentang  pengenalan emosi dan juga struktur emosi yang telah kami pelajari pada minggu sebelumnya. Kuiz ini telah membantu kita untuk memahami tajuk –tajuk tersebut secara lebih mendalam. Selain itu, daya peringatan kita juga ditingkatkan melalui kuiz spontaneous pada kuliah hari itu. Secara tidak langsung, kuiz ini telah memberi dorongan kepada kita untuk membuat ulang kaji terhadap tajuk-tajuk yang telah dipelajari dalam kuliah. Selepas sesi kuiz tersebut, pensyarah meneruskan kuliah tentang topic kebahagiaan.

Pertama sekali dalam jurnal ini, saya ingin membuat ringkasan tentang Izard's innate facial expression teori. Teori ini mememperkenalkan satu konsep yang amat bermakna iaitu emosi adalah sesuatu yang semula jadi. Konsep ini disokong oleh dua kajian iaitu new born 'borned to smile' studies dan cross cultural studies. Kajian ini dilakukan pada bayi yang baru dilahir. Menurut kajian newborn 'borned to smile' studies, bayi mampu mengukir senyuman dan mempunyai emosi sebaik sahaja dilahirkan. Bayi akan mempunyai perasaan marah dan terkejut setelah mereka mengecapi tiga atau empat bulan selepas dilahirkan. Dalam lima atau enam bulan, bayi akan mempunyai perasaan malu atau takut apabila ditinggalkan oleh ibu bapa. Pada usia setahun, bayi mengerti apa itu kepausan. Apabila mereka berumur dua tahun, bayi akan mempunyai perasaaan bersalah apabila mereka berbuat salah. Teori newborn 'borned to smile' ini amat mengagumkan saya kerana sebelum ini, saya berpendapat bahawa emosi-emosi ini dipelajari menerusi ikutan orang dewasa sejak kita dilahirkan. Namun begitu, teori ini mendapat kritikan kerana senyuman seorang bayi i tidak semestinya menunjukkan emosi yang gembira, senyunman bayi mungkin disebabkan bayi masih tidak mampu menunjukkan ekspresi muka yang lain.

Bagi kajian 'cross cultural studies' pula, menurut Ekman, dia telah membuat kajian di US, Brazil, Chile, Argentina dan Japan.  Dalam kajian ini, gambar  yang mempunyai pelbagai ekspresi muka ditunjukan  kepada subjek untuk mengenali emosi yang telah dipaparkan dalam setiap gambar. Namun begitu, kajian ini juga mendapat kritikan yang mengatakan bahawa kelima-lima negara yang dipilih untuk menjalani kajian tersebut merupakan Negara yang  maju dan kebanyakkan rakyatnya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai lebih banyak pengetahuan dan mereka mampu menjawab soalan dengan lebih mudah. Oleh itu, Ekman meneruskan kajiannya di negara-negara yang lain iaitu New Guinea dan Borneo. Oleh itu, keputusan kajian telah menyokong apa yang dipercayai oleh pengkajinya.

Selepas itu, pensyarah meneruskan kuliah pada hari itu dengan tajuk learning and experience theory.  Terdapat dua komponen dalam teori ini iaitu 'biological view of experiece' dan 'learning theory view of experince'. Dari segi biologikal bermaksud pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Kosnsep biological berbeza dengan learning yang  menyatakan bahawa semua emosi adalah dipelajari. Dalam aspek biological, aktivator adalah situasi yang akan menyebabkan seseorang menujukkan emosinya. Emosi dapat dirasakan melalui aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Contohnya, perasaan yang takut disebabkan activator yang berbeza bagi setiap orang. Sesetengah orang takut pada hantu tetapi ada juga sesetengah orang yang takut dengan anjing. Emosi itu sebenarnya bergantung bagi setiap individu dan proses kognitif yang berlaku juga berbeza dalam setiap individu. Atau dengan kata lainnya, setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza bagi sesetengah perkara. Selain itu, emosi dalam kaedah ini juga digambarkan sebagai sesuatu yang semulajadi dan emosi yang dirasai adalah berdasarkan persekitaran seseorang. Manakala bagi teori 'learning theory view of experience' pula iaitu melalui pengalaman dari pandangan pembelajaran, kaedah ini sangat berbeza dengan kaedah yang pertama di mana melalui kaedah ini, semua emosi dipelajari melalui kaedah pembelajaran. Contohnya kanak-kanak telah diajar untuk takut pada air panas dan api oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Dalam contoh yang lain pula, kita diajar untuk menjadi lebih berani apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar kerana ia boleh meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang

Seterusnya, kuliah pada hari tersebut diteruskan dengan topik yang kedua, iaitu emosi positif. Emosi positif terdiri daripada kasih, gembira dan kebahagiaan. Kuliah pada hari itu lebih focus kepada kebahagiaan. Sebenarnya, apakah bahagia? Apa yang menyebabkan anda bahagia & gembira? Situasi yang bagaimana yang menyebabkan anda gembira & bahagia? Bagi saya, bahagia merupakan perasaan gembira yang lahir secara semula jadi. Bahagia merupakan perasaan yang amat suci dan tidak mungkin dapat dipura-purakan oleh seseorang. Apabila seorang berasa bahagia, secara tidak langsung, senyuman akan terukir pada wajahnya. Melalui ekspresi muka seseorang, kita akan mengetahui sama ada seseorang itu bahagia ke tidak. Pada pandangan saya, saya akan berasa bahagia apabila saya berada di sisi ahli keluarga saya dan meluangkan masa dengan mereka. Walaupun saya dapat balik ke rumah sekali-kala, perasaan bahagia ini tidak dapat digantikan dengan benda lain spereti hadiah yang melambak banyak. Menurut Dr.ZAmbri,perkhawinan boleh menyebabkan seseorang berasa gembira dan bahagia tetapi terdapat juga sesetengah individu berasa sedih dan tidak bahagia. Bagaimanakah hal ini berlaku? Hal ini disebabkan apabila seseorang dicintai dan dikasihi oleh pasangannya, dia mempunyai tempat untuk bergantung dan mengkongsi perasaannya. Namun begitu, sesebuah perkhawinan tanpa perasaan cinta seperti perkhawinan paksaan daripada ibu bapa disebabkan urus niaga akan menyebabkan pasangan tersebut terseksa dalam perkhawinan mereka. Pasangan suami isteri yang saling tidak mencintai satu sama lain juga akan melibatkan ketidakbahagiaan bagi anak-anak mereka. Sesebuah keluarga yang tanpa senyuman akan jelas dilihat. Keluarga tersebut akan menjadi porak-preranda disebabkan tiada kasih sayang antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan anak-anak mereka lari daripada rumah kerana mereka tidak berasa bahagia.

 

Akhir sekali, saya ingin mengupas sedikit tentang wang ringgit dengan kebahagiaan. Sesetengah individu berpendapat bahawa wang ringgit dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka. Asalkan mereka kaya, itulah definisi kebahagiaan mereka. Namun begitu,apabila wang ringgit dapat memenuhi keperluan seharian, wang ringgit tidak manpu untuk memberi kebahagiaan lagi. Hal ini disebabkan bahawa terdapat banyak benda dalam dunia ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Contoh yang paling ketara ialah kesihatan badan kita. Jika kita menghidap penyakit kronik seperti kancer, kita tidak dapat berasa bahagia lagi kerana wang ringgit tidak dapat membeli kesihatan.

No comments:

Post a Comment