Monday, August 8, 2011

A131370 Amyny Aisha Emosi lagi .




Assalamualamualaikum dan salam sejahtera untuk rakan- rakan serta untuk pensyarah Subjek Pengurusan Emosi , Dr. Zamri .ini merupakan jurnal pembelajaran yang ke dua untuk kuliah yang ke tiga. Kuliah pengurusan emosi pada 3 Ogos 2011 lalu adalah kesinambungan mengenai tajuk kuliah Struktur dan Ekspresi Emosi,iaitu Izard's theory  dan juga mengenai Emosi Yang Positif. Pada minggu ini , secara keseluruhannya, kuliah pada kali ini lebih menarik dan diselangi dengan klip video yang menyentuh emosi iaitu klip video Sami Yusuf dan kuliah ini juga memberikan maklumat yang penting kepada seorang pelajar perubatan dalam mengenalpasti emosi seorang pesakit nanti.

Mengenai teori  Izard yang mengatakan bahawa  mimik muka yang terhasil adalah semula jadi. Hal ini dapat dikaitkan setelah membuat dua kajian iaitu salah satunya ialah  kajian terhadap bayi yang baru lahir adalah dilahirkan dengan senyuman atau  Newborn's 'born to smile' studies. Manakala kajian yang kedua pula mengikut kajian silang budaya atau Cross-cultural studies. Melalui born to smile studies , kita dapat melihat bahawa bayi mempunyai emosi yang semakin berkembang sejak lahir  iaitu marah dan terkejut pada umur tiga hingga empat bulan , malu dan takut pada usia lima atau enam bulan, perasaan berpuas hati pada umur satu tahun dan juga perasaan bersalah pada peringkat umur 2 tahun. Ini menunjukkan bahawa bayi akan mengalami perkembangan emosi sesuai dengan usia dan juga faktor sekeliling. Manakala bagi kajian silang budaya , Paul Ekman telah menjalankan kajian di beberapa buah negara dan benua iaitu di US , Brazil, Chile , Argentina dan Jepun. Kaedah ini telah dijalankan dengan menunjukkan beberapa keping gambar dan meminta supaya subjek iaitu penduduk di negara tersebut untuk mengenalpasti emosi yang ditunjukkan. Kaedah ini telah mencapai persetujuan sama rata dan mengenalpasti emosi yang sama iaitu sedih, gembira, terkejut, marah dan sebagainya. Namun setelah mendapat beberapa kritikan yang mengatakan terdapat perbezaan masyarakat , Paul Ekman meneruskan kajian beliau terhadap di Borneo , dan New Guinea , dan hasilnya mengukuhkan lagi teori ini.

Selain itu , teori pembelajaran dan pengalaman juga mengemukakan dua pandangan iaitu pandangan pengalaman biologi atau dikenali sebagai 'The biological view of experience' serta 'The learning theory view of experience" ataupun pandangan tentang pengalaman belajar. Mengikut pengalaman biologi , para ahli falsafah seperti Plutchnik bersependapat bahawa emosi adalah ekspresi genetik, dimana manusia belajar untuk mengubah dan membaiki emosi tersebut. Manakala bagi learning theory view of experience , ahli falsafah berpendapat bahawa semua emosi boleh dipelajari kerana menurut Miller , perasaan takut bukanlah perasaan asas , kerana dalam salah satu ujikaji yang dilakukannya keatas seekor tikus , apabila tikus itu dikenakan kejutan elektrik, keputusan kajian itu menunjukkan bahawa tikus itu baru sahaja mempelajari emosi ketakutan. Kajian Albert juga menunjukkan manusia juga akan mendapat emosi ketakutan itu melalui proses pembelajaran. Sebagai contoh , jika setiap hari kita disajikan dengan cerita cerita thriller atau hantu atau 'horror' kita juga akan melahirkan perasaan takut serta mewujudkan berlakunya aksi aksi yang ditayangkan di dalam cerita tersebut seperti menjerit , lari ketakutan atau sebagainya. Sesetengah inidividu mungkin akan melahirkan perasaan takut terhadap benda yang berlainan seperti ;

·         Hantu

·         Anjing liar

·         Lipas /cicak

·         ketinggian

ini menunjukkan bahawa perasaan takut itu boleh dipelajari dan juga berkembang dalam diri masing masing.

 Memasuki tajuk kuliah kita yang kedua iaitu mengenai emosi yang positif iaitu gembira, bahagia dan kasih sayang. Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai bahgaia ataupun bahagia , kita definisikan dulu mengenai bahagia. Sesetengah orang mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai bahagia , ada yang berpendapat bahawa bahagia itu merupakan saat bila tiada masalah yang perlu difikirkan , ada juga yang berpendapat bahawa gembira itu adalah ketika bersama sama dengan orang tersayang menjalani hidup dengan aman damai , manakala ada juga yang masih tidak dapat mencari apakah erti bahagia itu sendiri seperti saya.namun setelah menghadiri kuliah pengurusan emosi , saya akhirnya dapat mengetahui makna gembira dari sudut falasafah , iaitu mengikut Aristotle, kegembiraan itu merupakan perasaan senang hati.Perasaan senang hati apabila dapat menyiapkan jurnal yang panjang dan terus menghantarnya dapat memberikan kegembiraan seterusnya mendapat tidur yang nyenyak tanpa perlu memikirkan kerja yang masih belum disiapkan.Manakala bagi Plato pula, punca kebahagiaan itu berpunca dari kehidupan yang seimbang dari segi moral dan standard. Keluarga. yang bahagia dan tinggi agama serta moralnya akan melahirkan keluarga yang sempurna, bahagia serta dipandang tinggi oleh masyarakat lain , sesuai dengan konsep Rumahku Syurgaku .Epicurean pula berkata bahawa kebahagiaan itu dengan memaksimakan kesenangan hati dan meminimakan perasaan kesakitan atau kekecewaan.Sebagai contoh , walaupun kita bersedih kerana gagal mendapat apa yang dihajati seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun jika semua orang di sekeliling kita gembira kerana mendapat apa yang dihajati , kita hendaklah berlapang dada serta turut gembira di atas kejayaan rakan rakan kita. Mills pula berpendapat bahawa kegembiraan adalah kata kunci  bagi semua sikap. Orang yang sering berada dalam kemurungan serta dalam keadaan marah akan mengakibatkan suasana ataupun sikap yang ditunjukkan akan turut terjejas.

 Memetik sedikit seni kata atau lirik lagu yang dipaparkan atau sebagai selingan oleh Dr. Zamri ketika kuliah , iaitu klip video Sami Yusuf , You came To Me :

'You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you .'

Dengan kasih sayang , kita mungkin dapat mengubah seseorang itu. Kasih sayang memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seseorang. Seringkali kita lihat dalam akhlak remaja masa kini yang rosak ataupun teruk adalah berpunca daripada kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga khususnya ibu bapa. Sesuai dengan pendapat Plato , iaitu kehidupan yang seimbang moralnya dapat memberikan kebahagian , jadi kasih sayang itu penting dalam konteks ini. Selain itu , dengan kasih sayang, kita mungkin memberikan sinar kehidupan baru kepada orang yang hampir terkandas dalam hidupnya ( merujuk lirik lagu).

Selain itu , saya juga berpendapat bahawa orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam apa jua keadaan dan tempat sekalipun adalah orang yang bahagia. Hal ini kerana beliau akan senang mendapat ramai kawan dan kurang mendapat lawan . Selain itu , orang yang dapat mengawal diri daripada melakukan sebarang masalah juga dianggap orang yang bahagia.

Namun begitu , secara keseluruhannya , saya berpendapat bahawa erti kebahagiaan itu sangat abstrak. Hal ini jika kita dapat lihat , sebagai contoh , orang miskin akan mengatakan bahawa dia akan lebih bahagia jika dia mempunyai banyak wang , namun orang kaya akan merasakan kebahagiaan itu jika dia dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan. Hanya orang yang selalu rasa bersyukur akan merasakan  dia bahagia walau apa jua keadaan yang terpaksa dihadapi.

 

 

No comments:

Post a Comment