Pada 3 Ogos yang lalu, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang ketiga, bertajuk - Emosi Positif - Gembira, Bahagia dan Kasih. Seperti kuliah yang dijalankan sebelum ini, Dr Zamri telah menayangkan video yang berkaitan dengan pembelajaran, Kali ini, beliau telah menayangkan video – Try not to cry dari sami Yusuf. Lyric itu telah megingatkan saya betapa bahagia dan bernasib baik atas dapat hidup dalam Negara Malaysia yang bebas dari peperangan dan selamat. Tujuan atas tayangan video ini dadalah membolehkan kita mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan BAHAGIA.
Kuliah ini diteruskan dengan sambungan apa yang belum dihabiskan minggu lepas. Dr Zamri telah memperkenalkan kita dengan konsep 'Izzard Innate facial expression' yang menerangkan bahawa emosi merupakan sesuatu yang dilahirkan secara semula jadi. Semua manusia mempunyai emosi, biarlah dari bayi, pemuda, ataupun orang tua. Pembelajaran tentang emosi tidak akan membawa kesan kepda expresi emosi kita, sebaliknya, kita akan mendapat faedah- faedah yang dibawa dari pengurusan emosi yang baik. Selain itu, pensyarah juga mengenalkan teori "born to smile studies", yang menerangkan emosi yang kita tunjukan semasa bayi. Emosi pada masa itu merupkan refleksi perassan kita masa itu. Iaitu pada masa yang banyak bergantung pada orang lain untuk memenuhi permintaan kita. Sebagai contoh: bayi akan berasa gembira apabila permintaannya dipenuhi, apabila dia mendapat perhatian. Apabila kita besar nanti, permintaan kita berubah dan juga jenis emosi terhadap sesutu perkara juga akan berubah. Oleh itu, dengan ini dapat ditunjukan bahawa pembelajaraan emosi tidak akan member kesan kepada emosi tetapi emosi bergantung kepada perubahan sekeliling kita.
Seterusnya, kuliah ini diteruskan dengan konsep gembira, bahagia, dan kasih. Dalam konteks saya, perassan gembira saya beasal dari kepuasan dalam sesuatu perkara. Gembira merupakan respond positif terhadap sesuatu yang baik. Setiap hari kita mempunyai bermacam-macam kekangan dan masalah yang perlu kita tempuhi, oleh yang demikian pelbagai perasaan akan timbul seperti marah, gelisah dan lain-lain emosi. Oleh itu, gembira adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula perasaan yang normal pada setiap orang it. Perasaan gembira dapat dicapai melaui beberapa cara seperti : melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yangberfaedah, memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik, nenjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga, melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan, sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. Perasaan gembira mambawa kesan-kesan baik dalam konteks mental dan juga fizikal.
Dalam konteks bahagia, kebahagiaan ialah satu tahap dimana kita dapat mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup. Setiap orang mempunyai kebahagiaannya yang unik. Kebahagiaan dapat dicapai secara fizikal dan mental dan dibagikan kepda long term dan short term. Contohnya, kebahagiaan decapai apabila dia mendapt brang barang yang dikehendaki, seperti rumah, kereta dan sebagainya. Akan tetapi, sesetengah orang lebij=h menumpuan kepda kebahagiaan mental dan adalah berbeza bagi setiap orang. Seperti contoh: Ada orang yang akan merasa bahagia apabila dia menolong orang, tetapi ada orang akan merasa bahagia apabola dia mendapat bantuan orang lain.memang tidak dapat dinafikan bahawa kebahagiaan juga dapat dicapai dengan pegangan agama yang kuat. Hal ini kerana agama yang baik akan membawa kita kea rah yang betul dan mencapai keamanan dalam kehidupan kita. Selain itu, bahagia juga dapat diwujudkan melalui kasih antara satu sama lain.
Apa itu kasih? Kasih merupakan perasaan iaitu satu rasa di dalam hati yang mendalam, terasa teramat sayang terhadap seseorang. Rasa murah hati, rela memberi, mahu memahami, rela memaafkan juga mahu ambil tahu. Rasa itu adalah rasa peduli terhadap seseorang,menjaga, menghargai, menghormati dan melindung. Kasih dimiliki oleh sesiapa sahaja dan bergantung kepada tahap seseorang mengexpresinya. Pada pendapat saya, kasih saying adalah penting dalam kehidupan, dunia akan menjadi lebih baik, aman dan damai dengan kasih saying. Keadaan tanpa kasih adalh dunia yang membosankan kerana tiada perhubungan antara orang. Kasih merupakan elemen pentng dalam perhubungan antara orang.
Kesemua inilah yang dapat saya faham melalui ini. Haraplah maaf jika tidak dapat faham engan lebih dlam lagi atas ketidak selesaan saya pada masa itu.
Selepas kuliah ini, Dr Zamli telal memberikan kita kuiz yang berkaitan dengan topic yang telah diajar agar kita dapat memahami topic itu dengan lebih dalam.
Secara izharnya, kegembiraan, kekasihan dan ke bahagiaan adalah komponen-komponen yang penting dalam kehidupan kita. Kebahagiaan sebenarnya adalah senang dan mudah dicapai apabila permintaan kita dikurangkan. Saya yang sentiasa berniat untuak mendapat dan mencapai lebih banyak telah menjadikan saya mengendahkan segala perkara yang patut dihargaii dalam kehidupan saya. Kesibukan telah menjadikan saya melepaskan peluang yang banyak dalam menghargai kehidupan dan orang-orang yang saya kasihi sekalian. Selepas kuliah ini, saya telah memahami bahawa kehidupan saya tidak akan bermakna jika hanyalah akademik saya yang cerah, kerana dalam hati saya, banyaklah perkara dan orang yang saya kasihi dan sayang. Oleh itu, saya patutlah lebih menghargai kesemua perkara yang berlaku dalam kehidupan saya yang akan menjadi keingatan baik saya nanti.
Banyak berterima kasih atas kuliah ini. =)
No comments:
Post a Comment