Monday, August 8, 2011

A131585 Chu Pei Shan LJ02

Salam sejahtera. Dalam kuliah kedua, saya telah mempelajari teori ' Izard's Innate Facial Expression' dalam menerangkan struktur dan ekspresi emosi. Carroll Ellis Izard merupakan seorang pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan teorinya Differential Emotion Theory (DET) dan Maximally Discriminative Affect Coding System (MAX). Secara keseluruhannya, Carroll Ellis Izard telah menyatakan bahawa emosi dan ekspresi adalah semula jadi, pembelajaran dan usaha tidak dapat membawa kesan yang besar kepadanya. Ini bermaksud kita tidak dapat mengawal emosi kita dan seterusnya kesan emosi terhadap ekspresi kita. Terdapat dua bukti terhadap teori berikut iaitu Newborn's 'born-to-smile' studies dan Cross-cultural studies. Dalam Nerborn's 'born-to-smile' studies, beliau telah membuktikan bahawa bayi mengeluarkan ekspresinya sejak lahir, mengeluarkan emosi marah dan terkejut apabila umur 3 atau 4 bulan, rasa malu dan rasa ketakutan apabila umur 5 atau 6 bulan, merasa kepuashatian sejak umur satu dan rasa bersalah sejak tahun dua. Walaubagaimanapun, teori ini mendapat kritik dari sebahagian pihak kerana manusia meskipun tidak mampu meguasai perasaan atau emosi mereka namun mereka masih mampu meguasai ekspresi pada muka mereka. Kebolehan ini bukan sahaja terdapat dalam orang dewasa tetapi juga terdapat dalam kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak atau bayi yang senyum tidak semestinya mereka dalah gembira. Pada pendapat saya, saya amat bersetuju dengan kritik ini kerana dalam kehidupan seharian, manusia selalu cuba menyembunyikan emosi sebenar mereka dan seterusnya menyembunyikan ekspresi mereka daripada diketahui oleh orang lain. Mereka berbuat demikian mungkin adalah dalam keadaan yang terpaksa ataupun mereka ingin memdapatkan sesuatu kebaikan sebaliknya. Sebagai contoh, apabila kita dimarahi oleh seseorang seperti ibu-bapa, majikan kita, kita akan cuba menyembunyikan ekspresi sedih dan ketidakpuashatian kita untuk tidak menyinggung perasaan mereka. Dalam teori Cross-cultural studies, Ekman telah mengadakan banyak perbelajaran di Borneo dan New Guinea. Scherer dan Walbott juga mengadakan perbelajaran mereka di antara 37 negara. Perbelajaran-perbelajaran tersebut telah membukatikan bahawa emosi dan ekspresi bukan sahaja disebabkan oleh faktor semula-jadi tetapi juga boleh dijejaskan oleh faktor pengalaman budaya yang dialami. Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam kajian-kajian dan kajian-kajian tersebut telah membuktikan bahawa wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%), cross culturally. Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.

        Terdapat teori yang lain dimana ia mengatakan bahawa emosi merupakan hasil daripada pembelajaran dan pengalaman seseorang. Antaranya ialah "Learning Theory Views of Experience". Berdasarkan kajian ini, Izard menyatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang dipelajari dalam kehidupan manusia. Teori ini disokong dengan kajian oleh Miller, "Miller Study" dimana beliau cuba membuktikan bahawa ketakutan tidak wujud melalui asas biologi. Dalam kaedah pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minima dalam emosi iaitu teori  Izard, emosi adalah berlainan dari individu ke individu yang lain. Hal ini disebabkan oleh  aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Sebenarnya emosi itu bergantung pada seseorang  individu itu dan proses kognitif akan berlaku dengan berbeza untuk setiap individu yang berlainan. Manakala bagi pengalaman dari pandangan pembelajaran pula, kaedah ini sangat ini amat berbeza dengan kaedah yang pertama itu di mana, pembelajaraan merupakan kunci kepada emosi seseorang individu. Tetapi, ini tidak bermakna manusia tidak mempunyai sifat takut semula jadi kerana berdasarkan fakta lain manusia juga lebih bersedia dalam berhadapan sifat takut terhadap sesuatu perkara. Pengalaman seseorang itu akan mempengaruhi emosi seseorang itu.

       Dalam tajuk "Emosi Positi dan Negatif", kami telah membelajari tentang erti "kebahagian". Kami juga belajar tentang faktor-faktor yang dapat membawakan atau menjejaskan kebahagian dalam hidup kita. Menurut Wikipedia, kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Menurut definasi daripada Aristotle, kebahagian adalah kejayaan dalam mengejar kegembiraan. Plato pula menyatakan bahawa kemulian dalam hidup merupakan salah satu faktor yang membolehkan kita mendapat kebahagiaan. Menurut Epicurean, kebahagiaan boleh didapati dengan memaksimumkan kegembiraan dan dalam masa yang sama, meminimakan kesedihan atau kesengsaraan. Mills pula berpendapat bahawa kebahagiaan didapati hanya dengan kita mengamalkan sikap rasional dalam kehidupan seharian. Secara kesimpulannya, tahap kegembiran dan kebahagiaan yang dapat seseorang rasai adalah berdasarkan kepuashatian atau kebolehan seseorang mengawal keinginan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai kepuashatian yang tinggi akan membolehkan mereka mendapat kebahagiaan dan kegembiraan lebih mudah ; seseorang yang selalu tidak puas hati dengan apa yang mereka memiliki atau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik mendapat kabahagiaan dan kegembiraan lebih mudah. Namun, pada pendapat saya, perkara ini adalah amatlah subjektif kerana keinginan berbeza-beza dari satu sama lain. Sebagai contoh, seseorang yang selalu menghadapi kehidupan yang kacau-bilau seperti peperangan, bencana alam dan lain-lain berasa bahawa kehidupan yang aman adalah satu kebahagian yang besar. Namun, kepada seseorang yang hidup aman-damai tanpa mengalami sebarang kehidupan yang hura-hara akan berpendapat pula bahawa kehidupan dengan kekayaan dan kemewahan adalah kebahagiaan yang terbesar kepada manusia. Kebahagiaan mempunyai dua komponen iaitu afektif jangka masa panjang ( long term effective states) dan afektif jangka masa singkat (short term affective states). Kebahagiaan yang sebenar mestilah mengandungi kedua-dua komponen ini.

          Terdapat pelbagai faktor yang boleh membawa kebahagiaan ke dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, seseorang yang berumah tangga adalah lebih berasa bahagia berbanding dengan seseorang yang bujang tidak mengira sama ada lelaki atau wanita. Pada pendapat saya, seseorang yang berumah tangga akan mempunyai sikap lebih bertanggungjawab berbanding dengan seseorang yang bujang. Oleh itu, seseorang tersebut akan lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu keputusan dan lebih berdisiplin, bersungguh-sungguh dalam melakuakan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka mudah mendapat kegembiraan dan kebahagiaan. Selain itu, apabila sesorang mempunyai teman hidup, hubungan yang erat dengan teman atau mempunyai anak, mereka tidak mudah berasa sunyi dan apabila menghadapi masalah, mereka pun mempunyai seseorang yang boleh mendengar suara hati mereka. Selain itu, kepercayaan atau agama juga berkait rapat dengan kebahagiaan dalam hidup. Ini adalah kerana sesuatu agama akan mengajar penganutnya untuk mengejar kehidupan yang lebih mulia seperti menghindari diri daripada dadah, selalu mengamalkan sikap serderhana dan rasional dalam hidup dan nilai lain-lain. Selain daraipada faktor tersebut, faktor kesihatan, persahabatan, kerja, dan rekreasi juga mampu menjejaskan kebahagiaan hidup.

 

            Kesimpulannya, setiap manusia mempunyai hak mengejar kebahagiaan tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur, kewarganegaraan, tahap kekayaan dan tahap pengetahuan. Oleh itu, kita haruslah berusaha mengejar kebahagiaan dalam seumur hidup kita.

No comments:

Post a Comment