Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan untuk semua yang membaca jurnal ini. Alhamdulillah kerana akhirnya saya Berjaya juga untuk meneruskan perjuangan dalam menulis jurnal ini untuk kali kedua. Jurnal ini adalah sebagai refleksi kepada apa yang telah saya pelajari pada hari Rabu 3/8/2011 yang lepas yang merupakan kuliah ketiga kami. Kuliah ini berteraskan kepada Izard's universal facial expression dan juga berkenaan kebahagiaan.
Sebelum mengikuti kelas Pengurusan Emosi ini, saya tidak pernah sedar akan kewujudan teori-teori sebegini rupa. Saya hanya membacanya ketika ingin menulis jurnal pertama saya iaitu seminggu yang lepas.
Saya dapat menangkap beberapa maklumat yang saya faham teutamanya ketika saya berada dalam keadaan segar sepenuhnya. Melalui teori-teori yang diketengahkan, pada hari tersebut, teori Izard's merupakan penerusnya. Melalui teori ini, saya baru sedar bahawa semenjak kita lahir lagi kita telah didedahkan dengan emosi.melalui kajian yang telah dijalankan, dikatakan bahawa wajah gembira adalah lebih mudah untuk dilihat iaitu kira-kira 95-100% berbanding dengan wajah takut. Wajah gembira adalah begitu mudah untuk ditafsir terutama sekali melalui senyumannya dan riak wajahnya. Hal ini memudahkan kita untuk mengenal pasti emosi sebenar seseorang dikala itu namun bukan semua ekspresi yang kita tafsirkan itu betul dan kadang kala, tafsiran yang salah itu akan menambahkan lagi emosi orang tersebut.Selalunya wajah orang yang gembira ini, senyuman yang dehadiahkan dapat kita bezakan dengan senyuman sindiran atau mengejek.
Sejak kecil lagi sebenarnya kita sudah memiliki emosi yang dikluahkan melalui ekspresi muka selalunya. Sebenarnya sejak umur kita 3 hingga 4 bulan kita sudah pandai mengekspresikan perasaan marah dan terperanjat. Ini menunjukkan bahawa sewaktu kita kecil dulu kita sudah beremosi dimana kita sudah pandai untuk menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu perkara yang kita hadapi. Selalunya kita akan beranggapan bahawa apabila seseorang bayi itu tersenyum, itu menynjukkan bahawa bayi itu sedang berasa gembira. Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang menyangkal perkara ini. Persoalan yang terbit difikiran saya ketika di dewan kuliah ialah, sekiranya bayi itu tersenyum bukan hanya disebabkan gembira, lantas apakah perkara sebenar yang menyebabkan bayi itu mempunyai tindak balas sedemikian. Hal ini kerana, saya merasakan bahawa setiap bayi akan mula tersenyum dan ketawa apabila kita mula bermain dengannya seperti "mengacahnya". Hal ini secara logiknya terbukti.
Scherer & Wallbott (1994) telah meneliti pelbagai kajian yang meliputi 37 buah Negara dan terdiri daripada 5 benua berkenaan dengan eksprsi emosi melalui wajah. Hasilnya ialah, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi di Negara-negara terbabit adalah mantap dan stabil secara keseluruhannya cuma yang membezakannya antara satu dengan yang lain ialah melalui cara bagaimana emosi itu dialami dan seterusnya dikawal dan bukannya cara bagaimana emosi itu dizahirkan. Mungkin disetiap Negara ada cara mereka yang tersendiri untuk mengawal emosi yang sedang mereka hadapi dikala itu kerana kadangkala cara mengatasinya lebih terikut-ikut kepada persekitaran yang sedang mereka duduki. Melalui pengalaman saya bersama rakan-rakan seperjuangan, cara pengawalan emosi itu dapat dibezakan melalui umur, jantina , persekitaran dan banyak lagi. Apa yang dapat saya simpulkan berkenaan dengan umur ialah, orang dewasa atau yang lebih tua lebih mampu mengawal emosinya dengan baik berbanding dengan orang muda kerana selalunya orang-orang tua akan mengatakan bahawa orang muda ini masih berdarah panas dan belum mahir lagi selok belok kehidupan jadi kadangkala mereka atau kami gagal untuk mengawal emosi sebaiknya.
Berbalik kepada kuliah, kami juga diketengahkan dengan "Role of Learning and Experience " dimana terbahagi kepada 2 iaitu biological view of experience dan learning theory view of experience. Melaui aspek biologi, apa yang saya faham ialah pembelajaran hanya memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Dari aspek Izard's theory, bayi yang masih kecil lagi mengalami segala emosi melalui pembelajaran dan pengalaman secara tidak langsung. Ini bermakna sekiranya kita dedahkan bayi terbabit dengan satu suasana yang boleh mengakibatkan tindakbalas daripada bayi terbabit, bayi tersebut akan mula menzahirkan emosinya secara tidak langsung sebagai contoh dalam suasan bising dan panas bayi akan mula menangis dan merengek kerana dia mula berasa tidak selesa ataupun sekiranya bayi itu dalam keadaan takut, dia juga akan menangis. Adakah ini menunjukkan emosi yang dizahirkan oleh bayi tersebut? Ini hanyalah daripada aspek pemahaman saya kerana bayi adalah sukar untuk ditafsir kehendaknya kerana dia masih terlalu kecil untuk berkata-kata. Selalunya emosi ini akan dizahirkan disebabkan kerana tercetusnya sesuatu perkara yang selalunya tidak dijangka. Sebagai contoh ialah perasaan takut yang mana setiap orang mempunyai sebab yang tersendiri kenapa dia takut dengan sesuatu perkara itu. Saya sendiri juga mengalaminya iaitu ketakutan dan kegelian saya terhadap binatang yang tidak berkaki seperti ular dan cacing. Apabila saya dihadapkan dengan binatang-binatang ini, saya akan mula menggigil dan seterusnya menangis apabila ia mula mendekat atau didekatkan.
Perkara terakhir yang saya pelajari ialah berkenaan dengan kebahagiaan. Pada saya, kebahagiaan itu telalu subjektif untuk didefinisikan dan setiap orang juga mempunyai idea yang berbeza mengenainya. Aristotle mengatakan bahawa kegembiraan itu ialah hasil kepada pencarian kea rah keseronokan. Plato pula mendefinisikannya sebagai kehidupan yang baik atau mulia adalah punca kepada kebahagiaan. Selain itu, epicurean mengatakan bahawa kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimikan penderitaan. Terdapat sarjanan yang mendefinisikan kebahagiaan sebagai pandangan bahawa hidup adalah memenuhi kepuasan hati dan kewujudan emosi positif yang lebih ketara berbanding dengan emosi negatif.
Pada saya pula, kebahagiaan itu sebenarnya terletak atas diri kita sendiri. Sekiranya kita merasakn bahawa sesuatu yang terjadi itu baik dan menyenangkan hati kita, juga boleh dikatakan kebahagiaan. Kebahagiaan yang utama dan selalu dinanti ialah apabila kita memperoleh kemenangan atas sesuatu. Selalunya itu akan menjadi sesuatu yang sangat membahagiakan diri kita kerana kita dapat membuktikan sesuatau pada diri kita sendiri. Kebahagiaan yang paling penting pada saya ialah sekiranya kita dapat jadi hamba Allah yang beriman dan juga memiliki keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia itu selalunya terdiri daripada ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Saya dapat rasakan kebahagiaan itu sepenuhnya untuk 18 tahun yang lalu namun sekarang ini kebahagiaan itu ada kekurangan sedikit dan ditambah dengan rasa sedih. Bagi saya, sekiranya kita memiliki ibu, kita sudah pasti akan merasakan kebahagiaan yang tulus kerana kasih ibu itu sungguh suci. Apa yang pasti adalah kebanyakan orang akan beralih kea rah ibu mereka apabila kita ditimpa musibah kerana seorang ibu itu pandai untuk menenangkan perasaan anaknya. Seperti yang berlaku pada saya dahulu, saya akan berasa sangat bahagia apabila ibu saya begitu ambil berat tentang diri saya walaupun dikala itu dia sedang berperang dengan penyakit kroniknya, kebahagiaan yang saya rasakan ialah apabila saya pulang dari asrama, ibu saya akan selalu menyuruh saya bercerita mengenai hidup saya di asrama kerana saya sudah semakin jauh dari pandangannya. Saya rasa bahagia apabila ada ibu disisi untuk mendengar celoteh saya. Kasih sayang yang ibu dan ayah berikan itu sudah cukup untuk membahagiakan kita kerana ada insane yang tidak merasakan apa yang kita rasakan sejak kecil lagi. Jadi bagaimana mereka dapat merasakan kasih sayang yang begitu tulus dan ikhlas daripada ibu dan ayah kita. Saya akan lebih rasa bahagia seandainya apa yang saya lakukan itu memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada ibu dan ayah saya kerana keredhaan mereka berdualah yang akan menjamin kebahagiaan saya kelak kerana Allah SWT pasti akan membalas segala apa yang telah kita kerjakan.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (Luqman:14)
Ayat- ayat ini jelas memberi saya kesedaran bahawa betapa pentingnya menyenangkan ibu dan ayah kita keran pada akhirnya diri kita sendiri juga akan turut bahagia.
No comments:
Post a Comment