Saturday, August 13, 2011

A 131877 Eyu Hui Ting LJ03 Emosi Negatif

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Kuliah ketiga secara khususnya bertajuk emosi negatif yang boleh dibahagikan kepada empat komponen iaitu takut, malu, sedih dan marah.  Sebelum kuliah bermula, kami telah disajikan dengan dua klip musik video yang agak menarik. Muzik video yang pertama ialah lagu "Ummi" yang telah ditukarkan liriknya dan dinyanyi dalam bahasa Melayu berdasarkan lagu yang dipopulari oleh Justin Bieber iaitu "Baby". Lagu itu sangat mencuit hati dan ia sememangnya berkaitan dengan tajuk emosi positif berkaitan dengan kebahagiaan pada minggu yang lepas. Lirik ditulis sebagai satu penghargaan kepada ibu-ibu yang dicintai yang telah mendidik dan membesarkan kita. Saya berasa rindu yang teramat sangat terhadap ibu di rumah kerana sudah dua bulan tidak balik rumah. Selepas itu, kami disajikan oula dengan video yang bertemakan kekejaman peperangan. Saya berasa amat sedih dan kecewa menonton video tersebut. Sejak dari zaman persekolahan lagi saya teringat bahawa berita harian dan dada-dada akhbar acap kali memaparkan berita tentang peperangan yang berlaku terutamanya di Timur Tengah. Saya tidak faham  mengapa perlu ada peperangan dan apakah tujuan peperangan? Adakah mereka ini tidak berhati perut langsung dan tidak mempunyai perasaan dan emosi dalam diri dengan membinasakan kehidupan orang lain dan membunuh tanpa belas kasihan. 


Kemudian, pensyarah telah memulakan kuliah secara rasmi. Pertamanya, penjelasan tentang perasaan takut. Takut didefinisikan sebagai satu respon kepada situasi yang merbahaya dan kecemasan. Perasaan takut juga merupakan satu reaksi badan kita untuk tujuan keselamatan dan menyelamatkan diri dalam situasi yang tertentu contohnya apabila bertembung dengan ular. Apabila kita berasa takut, kita akan cuba melarikan diri. Sekiranya seseorang itu langsung tiadak memberi reaksi dan tiada emosi takut, dia kemungkinan akan mati dipatuk ular tersebut.  Selain itu, perasaan takut itu berkemungkinan timbul daripada trauma yang dialami semasa kecil. Contohnya bagi mereka yang pernah terjatuh ke dalam perigi dan menyebabkan merasa menjadi "hydrophobia", takut kepada air dan "claustrophobia", takut untuk berada di dalam ruang yang sempit. Saya juga pernah dengar bahawa ada orang yang takut untuk menaiki lif, takut dengan lipas dan lelabah dan sebagainya. Walaupun ia merupakan benda dan perkara yang biasa bagi saya, tetapi bagi sesetengah orang, ia merupakan satu phobia kepada mereka berkemungkinan akaibat pengalaman lepas yang memeritkan. Antara ekpresi muka yang boleh dilihat apabila seseorang itu berasa takut termasuklah sebelah mata yang kelihatan besar  dan anak mata yang berkembang. Seterusnya, bibir atas akan kelihatan naik, dahi yang dikerutkan yang membawa kening mata ke dalam. Seseorang yang berada di dalam keadaan takut juga akan bertukar agresif kerana peningkatan hormon adrenaline dalam badan yang menyebabakan seseorang itu berkelakuan agresig dan berang. 


Seterusnya, perasaan malu boleh didefnisikan sebagai satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Kebiasaannya perasaan malu ini juga dikaitkan dengan rasa hilangnya penghormatan dan maruah. Melalui web Wikipedia, perasaan malu boleh dibahagi kepada beberapa jenis. Antaranya termasuklah segan dan aib.  Perasaan segan ialah perasaan malu yang timbul akibat perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri yang dianggap agak janggal. Perasaan aib pula ialah apabila seseorang itu telah melakukan kejahatan dan berdosa. Malu juga boleh diklassifikasi kepada Personal Embarassment, malu akibat diri sendiri ataupun Professional Embarassment, malu profesional. Personal Embarassment ialah malu yang berkait rapat dengan perbuatan diri sendiri contohnya menipu, melakukan kesilapan ataupun kalah dalam perlawanan. Seseorang yang berasa malu biasanya akan berasa gelisah, cemas, tersipu-sipu dan berpeluh. Seseorang itu juga akan cuba untuk memendamkan kemaluannya dengan bersenyum, untuk mengalihkan perhatian. Malu profesional pula ialah perasaan malu yang berkaian dengan profesional seseorang itu. Seseorang itu mungkin berasa malu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya juga kerap kali berasa malu dalam kelas PBL apabila tidak dapat menyampaikan jawapan saya secara tepat dan teratur. Saya berasa malu kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan tugas saya sebagai seorang pelajar dan juga sebagai salah seorang ahli kumpulan 7 untuk membuat pembentangan yang lebih baik supaya rakan-rakan dapat manfaat daripada pembentangan saya. Saya akan berusaha untuk memperbaiki diri dan melakukan yang lebih baik supaya tidak berasa malu apabila ditegur.  


Perasaan sedih pula boleh didefinasikan sebagai satu keadaan yang dialami akibat kehilangan atau kerugian sama ada dari segi benda, masa atau sebagainya. Perasaan sedih yang berlarutan juga akan membawa kepada kemurungan. Seseorang yang bersedih akan menjadi lebih senyap dan kurang bercakap seperti biasa dan kelihatan lesu. Dia akan menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Kebelakangan ini, saya perasan bahawa salah seorang kawan saya yang kelihatan sedih dan kurang bercakap seperi biasa. Saya tahu bahawa dia sedang bersedih dan dibelenggu masalah. Selepas berbual dengannya, dia mengakui bahawa dia berasa kecewa dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita haruslah lebih sensitif dan prihatin kepada perkara yang berlaku di sekeliling kita maka kita akan dapat melihat dengan lebih jelas tentang perkara yang berlaku. Kita boleh juga lihat perubahan yang berlaku seperti tanda-tandanya yang termasuk tunduk, aktiviti fizikal yang perlahan dan lemah, posisi badan yang tidak stabil. Satu kajian oleh Forgas,1992, 1994 telah merumuskan bahawa orang yang berasa gembira lebih mudah memproseskan maklumat dalam masa yang singkat. Oleh itu, sebagai pelajar, kita haruslah kelihatan sentiasa ceria dan riang terutamanya pelajar perubatan. janganlah kita selalu stress dan berada dalam keadaan tertekan kerana ini akan lebih menyukarkan pembelajaran kita apabila maklumat yang diterima tidak boleh diproses dan diaplikasi dengan baik. Walaubagaimanapun, sebagai manusia yang penuh dengan emosi, kita tidak boleh melarikan diri daripada perasaan sedih. 

Perasaan marah pula ialah satu respon psikofisiological terhadap kesakitan, kesusahan ataupun stress dan ancaman. Perasaan marah pula diekpreskan secara aktif atau pasif. Perasaan marah yang aktif disebabakan seseorang itu akan mengelurkan kata-kata kesat dan mungkin berlaku pergaduhan.  Apabila marah itu digolongkan sebagai pasif, seseorang itu lebih kurang menunjukkan emosinya. Sebaliknya, dia akan cuba menyembunyikannya dengan merajuk, tension dan tidak peramah. Perasaan marah itu juga mudah dikesan melalui nada suara dan percakapan seseorang itu. Seseorang yang sedang marah juga susah untuk mengawal emosi dan kemarahannya kerana kandungan adrenaline dalam badan yang tinggi yang dikeluarkan apabila marah. Dalam perspektif Islam, kemarahan itu dilihat sebagai satu kelemahan manusia. Muhammad s.a.w. ada meyebut bahawa orang yang kuat itu adalah mereka yang boleh dan pandai mengawal kemarahan. Petua yang penting yang telah saya belajar untuk kuliah ini ialah apabila saya menghadapi situasi yang menyebabkan saya menjadi marah, langkah pertama yang harus saya ambil ialah mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah. Langkah kedua ialah menilai samada situasi ini sesuai untuk saya meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah ketiga pula ialah sekiranya saya rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, saya haruslah menilai sama ada saya perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Langkah terakhir ialah setelah saya bertindak, imbas kembali apa yang telah saya alami dan tindakan saya untuk tujuan membaiki diri. Oleh itu, apabila saya berasa marah kelak, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengawal kemarahan tersebut dengan mengikut petua yang telah diberikan. 


Kuiz telah dijalankan selepas sesi kuliah. Saya berpendapat bahawa kuiz tersebut dapat mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Ini amat penting untuk persediaan menghadapi peperiksaan dan menguji kefahaman pelajar semasa kuliah. Saya berasa amat seronok menghadari kuliah Pengurusan Emosi kerana dapat menambah ilmu pengetahuan. Sebagai konklusi, emosi negatif itu haruslah dikawal dengan baik supaya tidak memudaratkan kita dan menyusahkan hidup. 


No comments:

Post a Comment