Saturday, August 13, 2011

TAN LI FEN A 131517 LJ03

TAN LI FEN  A131517 LJ03

 

   Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada 10-8-2011(Rabu), saya telah menghadiri kuliah bagi kursus ZZZT 2253.Pada hari mulia ini, Dr,Zamri seperti biasa menayangkan beberapa video yang menarik.Video pertama  yang ditayangkan agak seronok Lagu ini menggunakan rhythm lagu "Baby" oleh Justin Bieber dan hanya lirik lagunya telah diubah suai kepada tema kemuliaan seorang ibu.Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan kemiskinan, peperangan, kemalangan dan sebagainya.Video- video yang ditayangkan penuh bermakna dan memang memberi iktibar kepada kami.Ia membangkitkan  perasaan sedih , prihatin dan simpati orang ramai di samping menyedarkan kami tentang betapa bahagianya kami berbanding dengan orang lain yang hidup merana.

 

  Kuliah pada hari tersebut berfokus kepada tajuk  emosi negative yang terdiri daripada takut, malu, sedih dan marah.Takut merupakan satu emosi dan reaksi sesorang kepada kebahayaan atau kemalangan.Ia juga berkaitan dengan kebimbingan dan kegelisahan.Takut juga merupakan satu mekanisme semula jadi terhadap sesuatu rangsangan yang negatif.Takut berkaitan biasanya berkaitan dengan beberapa situasi seperti  kebimbingan, kegelisahan, keganasan dan sebagainya.Terdapat beberapa sebab berkaitan dengan perasaan takut.Ketakutan boleh dirangsangkan oleh sesuatu kemalangan yang berlaku.Sebagai contohnya, budak yang berjaya diselamatkan akibat jatuh ke dalam telaga akan mempunyai perasaaan takut terhadap lubang atau ruang tertutup dan juga air.Namun begitu, ketakutan biasa berkaitan dengan situasi fizikal dan  benda-benda  bahaya.Kadang kala, manusia juga akan berasa takut terhadap sesuatu yang diilhamkan oleh konsep yang abstrak.

 

  Ketakutan yang melepasi kawalan merupakan situasi yang biasanya berlaku atas cemuhan dan celaan orang lain.Ketakutan seperti  jenis tersebut akan menyebabkan impak fisiologikal yang lain berbanding dengan sesuatu yang datang serta merta.Semua ini memberi hasil tingkah laku yang sama dan ketakutan yang melepasi kawalan akan mempengaruhi seseorang individu secara jangka masa panjang berbanding dengan sesuatu yang dirangsangkan oleh benda-benda fizikal.Reaksi muka sesorang akan berubah atas ketakutan seperti, mata akan membuka besar, bibir menjadi tinggi, kening ke dalam dan bibir menjadi melintang.Manusia mudah dipengaruhi oleh ketakutan sehingga terbabas daripada apa yang diimpikan pada awalnya.Ketakutan juga mudah menimbulkan keganasan dan kematian.Ini merupakan reaksi naluri yang disebabkan peningkatan adrenaline lebih daripada pemikiran dan perlakuan yang rasional.

 

  Malu  merupakan satu emosi yang tidak menyenangkan semasa berinteraksi dengan orang lain atau akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.Biasanya ,kemaluan melibatkan isu maruah dan penghormatan diri.Ia juga bergantung kepada tahap situasi yang menyebabkan keseganan.Biasanya, kemaluan timbul atas sebab pencanggahan sosial dan bukannya atas sebab kesalahan moral.Contohnya, kami mudah malu hanya kerana silap pakai kasut.Malu dibahagikan kepada dua jenis, iaitu malu peribadi dan malu profesional. Malu peribadi disebabkan oleh  tumpuan yang diberi atas kecacatan atau kemalangan peribadi.Sebab- sebab lain yang menyebabkan malu peribadi termasuklah  malu akibat tertangkap atas pembohongan, kesalahan yang telah dilakukan , kekalahan yang dihadapi dan lain-lain.Seseorang yang megalami kemaluan peribadi akan tersipu-sipu, berpeluh, cemas,tergagap-gagap dan gelisah.Kadang-kadangnya,sesorang yang malu akan menyorokkan perasaannya  dengan senyuman.Malu profesional berlaku apabila melibatkan perkara yang rasmi.Sebagai contohnya,polis yang ditangkap memakan rasuah akan berasa malu apabila dihukum.

 

  Sedih merupakan satu emosi kekecewaan apabila menghadapi sesuatu yang malang atau kehilangan.Kesedihan yang progresif akan menyebabkan kemurungan.Biasanya, seseorang yang berada dalam kesedihan akan menjadi pendiam dan kurang bertenaga.Meraka juga akan menjadi kurang bersosial, tidak aktif dan mudah menjauhi diri daripada khalayak ramai.Tanda-tanda kesedihan termasuklah kepala tertunduk, badan berserong,bibir terperangkap keluar, dan pergerakan yang perlahan.Seseorang yang sedih akan menjadi sayu,murung, muram dan suram.Meurut kajian yang dijalankan oleh Forgas, 1992,1994, seseoran yang gembira didapati mampu memproseskan informasi dengan lebih tepat  dalam masa yang singkat berbanding mereka yang sedih.Menurut Isen,1987,Emosi seseorang akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memproses maklumat.Halo effect menyatakan bahawa sesorang yang sedar bahawa dirinya berada dalam kesedihan akan menyebabkan kesedihannya lebih ternyata.Seorang yang mempunyai emosi yang berbeza akan mempunyai watak yang berbeza.Contohnya, seseorang yang berada dalam kemarahan akan menjadi lebih dominan dan berkuasa.

 

  Marah merupakan satu emosi kepada kesakitan, kesusahan,kesengsaraan, atau ancaman.Ancaman yang dihadapi mungkin merupakan sesuatu fakta, sesuau yang deperbincangkan atau sesuatu yang direkakan.Kemarahan juga merupakan satu respon kepada konflik fizikal, ketidakadilan,pengabaian, penghinaan, atau pengkhianatan.Kemarahan boleh diluahkan secara aktif atau pasif.Kemarahan yang dinyatakan secara aktif akan diluahkan secara lisan atau perbuatan manakala kemarahan pasif meliputi pasif-agresif tingkah laku, permusuhan dan ketegangan.Sebagai contohnya, seseorang akan berasa marah apabila dilayan secara tidak sopan dan tidak adil.Sesorang yang marah memerlukan satu jangka masa untuk reda.Emosi ini memerlukan pemikiran yang rasional dan waras. Dalam Islam,marah merupakan satu kelemahan.Seseorang yang kuat jiwanya akan pandai mengawal emosinya ketika marah. Bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan iaitu:

Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.

Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

 

  Adaption Level Theory menerangkan bahawa kami bertindak balas terhadap rangsangan baru bergantung kepada asas tahap penyesuian diri.Kami akan menubuhkan satu titik neutral  terhadap setiap rangsangan yang dihadapi.Penilaian diri terhadap satu situasi akan menyumbang kepada pengalaman emosi diri sendiri. Menurut Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980, penilaian kognitif diri akan menentukan tahap pengalaman emosi diri. Solomon Opponent Process Theory oleh  Richard Solomon ,1980 merupakan  hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory).Teori ini menyatakan bahawa emosi seimbang pada titk neutral dalam jangka masa panjang dan juga pendek. Teori Solomon menerangkan  bahawa setiap emosi akan menyebabkan berlakunya emosi yang  bertentangan. Apabila sesuatu emosi sedang dialami, emosi yang bertentangan akan ditekan dan dikurangkan.Sebagai contohnya, makin banyak terjun, makin seronok, dan kurang takut.

 

  Sebelum kuliah ini tamat, satu kuiz berkaitan dengan  kuliah yang dikendalikan pada minggu lepas telah dijalankan.Kuiz ini memang memberi faedah kerana ia membantu mengimbas kembali kepada apa yang telah dipelajari  pada kuliah sebelum ini.Kesimpulannya,saya dapat belajar pelbagai maklumat baru berkaitan pengurusan emosi.Saya terang bahawa emosi negative yang ada pada seseorang dan impaknya terhadap diri sendiri.Saya juga jelas terhadap Teori Aras Adaptasi dan juga Teori Solomon.Saya sedar tentang pentingnya mengawal emosi yang negatif.Saya bersyukur terhadap apa yang dimiliki oleh diri.Saya belajar untuk berfikir secara rasional dan waras dalam menghadapi apa-apa halangan atau kekangan hidup supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara mudah selain melahirkan mental yang cerdas.Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment