Assalamuailaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Syukur Alhamdullilah untuk kali ini saya telah berpeluang untuk menulis kurnal buat kali yang ketigaberkenaan dengan tajuk kuliah yang ketiga pada 10 Ogos 2011 yang lalu iaitu 'Emosi Negatif','Teori Aras Adaptasi' dan 'Teori Solomon'.Kuliah pada kali ini tidaklah terlalu lama kerana pensyarah kami telah mengizinkan kami pulang awal atas sebab program yang akan dijalanakan pada petang itu.Oleh itu,ia hanya melibatkan tiga aktiviti utama iaitu tayangan video,tajuk kuliah dan kuiz bagi tajuk kuliah yang lepas dan tidak melibatkan sebarang pembentangan.Kuliah ini dimulakan dengan dua tayangan video yang sangat menarik iaitu video nyanyian lagu Justin Bieber yang telah diubahsuai kepada bahasa melayu yang menyampaikan hasrat seorang anak yang ingin meluahkan perasaannya kepada ibuya yang tercinta dan diteruskan lagi dengan tayangan konflik yang berlaku di Timur Tengah,Palestin.Lagu tema disampaikan oleh kumpulan Ireland Outlandish.Begitulah muqaddimah kuliah pada hari tersebut.
Seterusnya,saya ingin mengulas serba sedikit tentang tajuk kuliah 'Emosi Negatif'.Di sini,ingin saya utarakan satu soalan buat semua.Adakah emosi negatif itu penting dalam kehidupan manusia kerana sudah terang lagi bersuluh maksud negatif itu ialah satu yang tidak baik dan boleh memudaratkan?Takut dapat didefinisikan sebagai tindak balas emosi kepada bahaya yang akan berlaku,yang berkaitan dengan kebimbangan dan kerisauan.Antara tanda-tanda takut yang boleh dilihat pada ekspresi muka ialah mata terbeliak menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya,anak mata membesar untuk mengambil lebih banyak cahaya,kening ke dalam dan banyak lagi.Takut juga merupakan salah satu mekanisme survival,dan biasanya akan berlaku sebagai tindakbalas kepada rangsangan negatif yang tertentu.Takut yang berkaitan dengan beberapa jenis emosi termasuk kebimbangan,keganasan,dan kecelaruan.Selain itu,takut juga boleh diperolehi melalui kemalangan trauma.Contohnya jika kanak-kanak pernah terjatuh ke dalam perigi dan perjuangan berusaha untuk keluar dari perigi itu,perasaan takut itu boleh terbentuk sama ada disebabkan kesempitan ruang dalam perigi(claustrophobia) ataupun lemas dalam air (hydrophobia).Sementara rasa takut adalah sering dikaitkan dengan objek fizikal dan ketakutan manusia juga boleh diilhamkan atas konsep yang lebih abstrak.
Berdasarkan pengalaman saya,perkara yang sentiasa menghantui saya sehingga sekarang ialah trauma.Disebabkan trauma ini,saya lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan untuk hari-hari yang mendatang.Trauma ini berlaku ketika saya berumur 7 tahun.Ketika itu adalah zaman kanak-kanak saya.Tidak hairanlah ketika itu saya selalu dimarahi kerana terlalu nakal.Alkisah berlakunya kejadian trauma itu apabila saya diajak oleh rakan sebaya saya untuk memanjat pokok ceri yang rasa-rasanya tidaklah terlalu tinggi.Saya pergi mengikutnya tanpa izin keluarga.Untuk pengetahuan,dahan-dahan pokok ceri tidaklah sekeras dahan-dahan pokok seperti pokok rambutan dan mangga.Dahannya terlalu mudah untuk dilentur dan patah.Buah ceri menjadi tarikan kanak-kanak seperti saya kerana warnanya merah berkilat ketika masak.Malang tidak berbau.Ketika sedang berebut-rebut mencari buah ceri yang telah masak,ada seorang rakan saya dibawah menggoyang pokok tersebut dan saya tergelincir lalu jatuh ke bawah.Oleh sebab itu,tangan kiri saya patah dan segera dibawa ke hospital.Cerita saya bukan tamat disini sahaja kerana tangan saya pernah patah sebanyak empat kali.Sakitnya tidak terkata dan menjadi peringatan buat saya sepanjang hidup supaya lebih berhati-hati.Kesimpulannya,perasaan negatif bukanlah satu perasaan yang membawa kepada kemudaratan semata-mata kerana perasaan seperti ini juga mampu menjadi kaunselor terbaik dalam kehidupan kita dan memandu kita kearah sesuatu yang positif.
Emosi seterusnya adalah malu .Malu adalah satu perasaan ketidakselesaan yang wujud hasil daripada pengalaman melibatkan perbuatan yang mungkin tidak diterima secara sosial dan profesionalnya.Kebiasaanya seseorang akan berasa seperti kehilangan maruah tetapi ia bergantung kepada situasi semasa.Malu boleh diklasifikasikan kepada personal dan professional. Malu personal adalah disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini kepada perkara-perkara persendirianatau kecacatan atau kemalangan peribadi.Beberapa sebabsebab malu daripada tindakan peribadi seperti terperangkap dalam satupembohongan atau membuat kesilapan dan kalah teruk dalam pertandingan. Malu peribadi biasanya disertai oleh beberapa gabungan response yang lain seperti kemalu-maluan(tersipu-sipu), berpeluh, ketakutan,tergagap-gagap,dan gelisah.Kadang-kadang orang yang malu akan cuba untuk menutup rasa malunya dengan senyuman atau ketawa.Malu juga boleh menjadi profesional,terutamanya selepas kenyataan yang melahirkan keyakinan terhadap kursus yang dinyatakan tindakan,atau tidak mengambil kira sengaja untuk keterangan. Malu bertambah besar dalam keadaan yang melibatkan tugas rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan-bahan yang besar, atau kehilangan nyawa manusia dan malu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.Sebagai contoh,seorang pegawai polis ditangkap kerana terlibat dengan rasuah sedangkan adalah menjadi tanggungjawab seorang polis untuk mencegah daripada berlakunya gejala rasuah dengan lebih berleluasa.Ini akan menjatuhkan maruah polis dan integriti pasukan mereka serta nama anggota polis akan turut dimalukan.Inilah yang dinamakan sebagai malu profesional.
Pengalaman saya dalam mengurus perasaan malu ini adalah sangat besar dan memerlukan keyakinan yang tinggi.Masih teringat lagi saya ketika mula-mula memasuki alam sekolah menengah.Ketika itu,saya terpilih untuk memasuki sekolah asrama.kehidupan sekolah amatlah berbeza jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa.Saya perlu membuang rasa malu untuk berkomunikasi dengan semua pelajar tidak kira lelaki mahupun perempuan demi ilmu yang dicari.Tetapi,apa yang paling memalukan bagi saya ketika itu ialah berkomunikasi dengan pelajar perempuan.Ketika itu,semua perkara menjadi tidak kena sedangkan tiada apa-apa pun yang bermasalah sebenarnya.Ketika itu,saya cuba menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara.Salah satunya ialah mengajak rakan sebagai teman dan cara ini paling berkesan supaya rasa janggal dapat dielakkan.Selain itu,malu juga boleh dirasai bersama dengan perasaan suka.Sekiranya seseorang itu menyukai orang lain.dia akan mudah berasa malu untuk berjumpa mahupun bertembung secara tidak sengaja.Hal ini kerana dia mahu menyembunyikan perasaan suka itu supaya orang yang disukainya itu tidak akan mengetahuinya.Sememangnya malu itu fitrah bagi setiap manusia.
Di samping takut dan malu.perasaan sedih juga merupakan elemen dalam emosi negatif.Sedih dapat ditafsirkan sebagai perasaan yang mempamerkan perasaan hilang nilai diri dan kehilangan.Berdasarkan Forgas(1992,1994),orang yang bersedih tidak mampu memproses maklumat dengan lebih tepat dan cepat berbanding dengan orang yang gembira.Berdasarkan Isen (1987),keupayaan seseorang untuk memproses maklumat itu dipengaruhi oleh perasaannya sendiri.Berdasarkan Halo effect pula apabila seseorang mengenalpasti emosi seseorang,mereka akan biasanya menambah ciri-ciri tambahan kepada emosi itu untuk menjadikannya lebih baik.Kita boleh mengenalpasti kesedihan seseorang dengan melihat keadaanya.kebiasaanya,org yang berada dalam kesedihan akan menundukkan kepala,mengeluarkan kata-kata dengan lemah,kurang response dan sebagainya.Kesedihan dianggap sebagai satu perasaan yang bertentangan dengan kebahagiaan.Bagi saya,kesedihan sentiasa membuatkan kita lebih kuat dan tabah untuk meneruskan perjuangan hidup.Sebagai contoh,saya berasa amat sedih apabila mengetahui saya telah gagal dalam ujian akhir modul yang pertama ketika tahun 1.Kesedihan itu membuatkan saya lemah seketika tetapi untuk jangka masa yang lama,kesedihan itu telah menjadi pembakar semangat untuk saya sehingga sekarang untuk terus berusaha menjadi insane cemerlang dunia dan akhirat.
Kesimpulannya,bukan semua emosi negatif akan membawa kepada keburukan dan kemudaratan.Kita perlulah menjadikan emosi negatif sebagai satu kurniaan yang amat bernilai yang terselit berjuta kelebihan darinya.Seperti seekor lebah,sekiranya digigit amatlah pedih tetapi sekiranya lebah itu tidak menggigit tiadalah madunya yang didalamnya terdapat pelbagai khasiat yang dikatakan penawar untuk segala penyakit.Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment