Saturday, August 13, 2011

FW: A131878 Fong Shi Ying LJ03 Emosi Negatif




From: yingfs_19@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A131878 Fong Shi Ying LJ03 Emosi Negatif
Date: Sat, 13 Aug 2011 00:55:46 +0800

Selamat sejahtera.Jurnal ini merupakan ulasan terhadap kuliah pengurusan emosi yang bertarikh 10 Ogos 2011.Pada permulaan kuliah, kami telah ditunjukkan video yang amat menarik.Salah satu daripadanya ialah video yang berkaitan dengan kasih saying ibu.lagu itu berasal daripada lagu Bahasa Inggeris yang amat terkenal iaitu 'Baby' oleh Justin Bieber. Penyanyi tersebut telah mengubah lirik lagu itu menjadi lagu yang menghayati jasa ibu yang mulia.Selain itu, kita juga telah ditunjukkan dengan video yang berkaitan dengan peperangan. Peperangan memang akan membawa banyak kesan negative. Saya berasa amat sedih dan sakit hati apabila melihat rakyat-rakyat yang hidup derita akibat peperangan.Mereka hidup dalam ketakutan dan kesedihan sepanjang hayat mereka.Saya berasa amat sedih terhadap ini.


Seterusnya,  Dr.zamri telah memulakan kuliah yang bertajuk emosi negative.  Emosi negatif merangkumi pelbagai perasan iaitu marah,malu,sedih, takut dan sebagainya. Pertama, kami didedahkan dengan perasaan takut. Ketakutan merupakan salah satu tindak balas emosi kepada perkara bahaya yang akan berlaku.Sebenarnya, ketakutan membawa manfaat kepada kita semua. Ketakutan merupakan satu mekanisma untuk menyelamatkan diri dalam satu pengaruh negative dan ja boleh membantu seseorang individu terus hidup dalam keadaan selamat dan mengelakkan kemudaratan dan kematian. Perasaan ketakutan juga sering dihubungkaitkan dengan perasaan lain seperti  risau, gelisah,takut yang teramat sangat, khuatir dan lain-lain. Simptom-simptom emosi takut boleh dibahagikan kepada fisiologikal atau emosional.Ketegangan otot, tekanan darah meningkat, bernafas dengan cepat, jantung berdebar-debar,berpeluh dan bergetar adalah contoh bagi symptom secara fisiologikal manakala contoh bagi simptom emosional pula merangkumi ketakutan, gelisah, bimbang dan lain-lain lagi.Ketakutan boleh disebabkan oleh pengalaman yang tidak baik, seperti kemalangan trauma.Sebagai contoh, saya pernah dikejar oleh anjing dan nyaris digigit oleh anjing itu semasa saya berumur 7 tahun.Sejak peristiwa tersebut, saya amat takut pada anjing tanpa mengira saiznya. Setiap kali saya ternampak anjing, saya akan berpeluh, bernafas dengan cepat dan jantung saya berdebar-debar. Di samping itu, selain daripada benda-benda fizikal, perasaan takut juga akan menimbul terhadap konsep-konsep yang lebih abstrak. Contohnya adalah seperti ketakutan terhadap ejekan daripada orang lain atau celaan social seperti penolakan.


Emosi negative yang seterusnya ialah perasaan malu. Perasaan malu sering dirasai apabila kami tidak mempunyai keyakinan diri dan juga semasa kami sedar bahawa diri sendiri melakukan sesuatu yang kurang baik, atau bertentangan dengan orang ramai, terutamanya apabila perlakuan itu didedahkan kepada orang lain. Secara umumnya, perasaan malu dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk, iaitu personal dan professional.Bagi katerogi personal, kami berasa malu terhadap tindakan diri sendiri, apabila hal-hal peribadi kami ditumpukan perhatian oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang itu terlupa memasang zipnya.Dia akan diketawakan oleh orang ramai sebelum dia dapat mengenalpasti zipnya sendiri. Hal ini menyebabkan perasaan malu yang lahir dalam dirinya sendiri.Kebanyakan masa, perasaan malu ini akan diikuti dengan tanda-tanda seperti berpeluh, tersipu-sipu, gementar, gelisah dan tergagap.Perasaan malu secara professional atau official pula merupakan kesilapan pihak kerajaan dalam melakukan sesuatu. Perasaan malu melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan.Contohnya termasuklah pelaksanaan dasar keajaan yang telah gagal atau pendedahan amalan rasuah yang tidak dapat diterima oleh orang ramai.


Seterusnya, kami didedahkan dengan perasaan sedih.Kesedihan ialah perasaan yang akan wujud apabila seseorang mengalami kerugian atau kehilangan sesuatu yang amat berharga kepadanya. Jika tidak dikawal dengan baik, perasaan ini selalu menyebabkan seseorang itu tertekan, kemurungan dan seterusnya penyakit mental yang memerlukan bantuan pakar.Biasanya, seseorang itu akan menjadi diam, muram malah menangis disebabkan oleh perasaan sedih. Secara umumnya, perasaan sedih ini amat biasa bagi orang ramai.Namun, kita semua harus sentiasa ingat bahawa kesedihan itu hanyalah lumrah kehiduan kita.Kita haruslah selalu bersikap positif dan bertabah hati apabila kita mengharungi segala dugaan dan cabaran.

 

Selepas itu, kami didedahkan dengan emosi marah.Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang bersikap negative.Marah boleh bersifat darisedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat kerana ia amatlah umum dalam kalangan masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal. Sebenarnya, kemarahan merupakan satu tindakan psikofisiologikal yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif.Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan dan tidak baik. Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa kekuatan itu bukan keupayaan untuk menguasai orang lain, tetapi menguasai emosi sendiri apabila berasa marah. Antara tanda-tanda kemarahan melibatkan degupan jantung meningkat, tekanan darah meningkat, pernafasan menjadi cepat dan pendek, dan seseorang itu mengalami ketegangan otot-otot.Secara umumnya, perasaan marah dapat ditunjukkan dalam segi aktif dan pasif. Secara aktif, seseorang yang tengah marah ituakan mengeluarkan kata-kata yang kasar ataupun cuba melakukan serangan fizikal terhadap musuhnya. Secara pasif pula, orang tersebut akan berada dalam keadaan yang senyap dan kelihatan stress dan mengurungkan dirinya, tidak bergaul dengan orang lain.

 

Seterusnya, pensyarah juga mendedahkan kita kepada teori Solomon yang dinamakan Solomon Opponent Process Theory yang dikeluarkan olehRichard Solomon pada tahun 1980.Teori Solomon adalah pengubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi.Berdasarkan teori Solomon, seseorang itu dapat didedahkan ke arah titik neutral bukan sahaja dalam jangka masa panjang tetapi juga dalam jangka masa yang pendek.Proses lawanan yang terdapat dalam Teori Solomon menghuraikan bahawa setiap emosi menyebabkan berlakunya emosi bertentangan. Apabila salah satu emosi sedang dialami, emosi yang bertentangan akan ditekan dan dikurangkan. Teori Solomon mempunyai 2 peringkat. Peringkat pertama ialah secara automatik dan tidak dipelajari,seseorang itu akan menghadapi emosi sama ada emosi positif atau emosi negatif manakala peringkat kedua ialah peringkat lawanan yang melibatkan emosi yang bertentangan dengan peringkat pertama dan ia menjadi lebih kuat dengan pengulangan. Dengan erti kata lain, semakin banyak seseorang itu menghadapi cabaran dan dugaan yang sama, semakin kurang tahap ketakutannya dan seterusnya dia dapat mengawal emosi dengan baik dan efektif.

 

Secara kesimpulannya, dalam kuliah ini,saya telah dapat mempelajari banyak benda yang memanfaatkan bagi sepanjang umur saya.Saya dapat mempelajari pelbagai emosi negatif dalam diri kita. Saya dapat mengetahui tentang keburukan emosi-emosi negative ini dan pentingnya mengawal emosi-emosi ini dengan baik supaya kita tidak akan menjadi terlalu stress dan seterusnya kesihatan kita kena terjejas.  Kita haruslahsentiasa berfikiran positif dan optimistik serta berkeyakinan terhadap diri sendiri agar kita dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup dengan bail. Dengan ini, haraplah semua pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kuliah ini dalam kehidupan kita. Sekian, terima kasih.

 

 

 

No comments:

Post a Comment