A131822 Chan Pooi Jing LJO3 Emosi Negatif
Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan semua rakan-rakan. Pada hari Rabu yang lepas (8-10-2011), kami telah menghadiri kelas ke-4, iaitu emosi negatif. Empat emosi negatif dibincangkan iaitu termasuklah perasaan takut, malu, sedih, dan marah. Tampaknya, tajuk ini tidak mendatangkan sebarang kemusykilan kerana sudah menjadi lumrah alam bahawa semua orang mengalami perasaan sedemikian.Dr. Zamri telah memulakan kuliah dengan menayangkan video yang berlagu remix Justin Bieber iaitu 'Baby' yang telah ditukar lyric yang berkaitan rapat dengan penghargaan jasa ibu kita. Tambahan pula, juga satu lagi video telah ditayangkan iaitu yang daapt member mesej yang merangkumi impak-impak buruknya peperangan. Pada masa itu, hati rasa bagai dicincang. Video-video tersebut dapat menunjukan sedikit berkenaan dengan emosi negatif.
Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan semua rakan-rakan. Pada hari Rabu yang lepas (8-10-2011), kami telah menghadiri kelas ke-4, iaitu emosi negatif. Empat emosi negatif dibincangkan iaitu termasuklah perasaan takut, malu, sedih, dan marah. Tampaknya, tajuk ini tidak mendatangkan sebarang kemusykilan kerana sudah menjadi lumrah alam bahawa semua orang mengalami perasaan sedemikian.Dr. Zamri telah memulakan kuliah dengan menayangkan video yang berlagu remix Justin Bieber iaitu 'Baby' yang telah ditukar lyric yang berkaitan rapat dengan penghargaan jasa ibu kita. Tambahan pula, juga satu lagi video telah ditayangkan iaitu yang daapt member mesej yang merangkumi impak-impak buruknya peperangan. Pada masa itu, hati rasa bagai dicincang. Video-video tersebut dapat menunjukan sedikit berkenaan dengan emosi negatif.
Ketakutan merupakan tindak balas emosi terhadap situasi yang bahaya. Hal ini juga berkaitan ketat dengan emosi bimbang. Ketakutan juga mempunyai mekanisma untuk kelangsungan hidup, berlaku apabila ada situasi negative atau sebarang rangsangan yang berunsur nagatif. Salah satu punca takut adalah disebabkan kejadian yang memberikan bahaya terhadap kita. Saya berasa takut apabila serangga terbang dan melekat di badan saya sehingga saya tidak berani menghalaunya dari badan saya sebaliknya saya menjerit kuat sebagai responsi yang semula jadi. Kawan atau ahli keluarga yang terdekat menolong saya menghalau serangga tersebut. Bagi saya, serangga yang boleh terbang dan terlekat di badan saya merupakan salah satu rangsangan ketakutan saya. Ramai pelajar akan berasa takut apabila menjelang musim peperiksaaan. Kami berasa takut boleh disebabkan oleh banyak factor. Sebagai contohnya, takut akan gagal, takut dikritik jikalau tidak mendapat keputusan peperiksaaan yang bagus. Takut disebabakan oleh kekurangaan persediaan yang mencukupi, takut kerana tidak mempunyai keyakinan diri yang disebabkan kegagalan pernah berlaku dan sebagainya. Malahan tidak boleh dinafikan bahawa, manusia senang terpengaruh oleh perasaan taku. Perasaaan takut dapat member impak dari segi fisiologi dan mental yang mendalam seperti expresi terbuka luas, anak mata berkedip dan sebagainya. Seseorang yang dalam ketakutan yang kemuncak juga akan mengakibatkan kematian.
Selain itu, emosi yang nagatif seterusnya ialah perasaan malu. Malu disebabkan melakukan sesuatu yang secara sosialnya tidak diterima. Menjatuhkan air muka dan maruah diri seseorang walaupun tidak salah dari sigi moral. Umpamanya, kita memakai baju terbalik. Hal ini juga boleh disebabkan seseorang itu berbohong tetapi didapati bohong secara berdepanan. Dia akan berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Inilah contoh-contoh responsi seseorang itu merasa malu. Perasaan malu ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu personal dan professional. Untuk jenis personal, perasaan malu dialami apabila perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kekurangan diri atau ketidaksempuran dan juga disebabkan perbuatan kita berbohong dan seterusnya.sebagai contohnya,saya pernah berasa amat malu apabila satu isu berlaku. Pada masa itu, nama saya dipanggil untuk menaik atas pentas, saya terkejut apabila nama saya dipanngil keluar. Namun, saya tidak berlengah masa, saya terus berdiri dan jalan menghalai pentas di dewan itu. Apabila saya menyedari adanya satu lagi perempuan juga berjalan ke arah pentas tersebut, baru saya menyedari bukannya saya yang dipanggil keluar, nama saya dan nama perempuan tersebut adalah sama. Saya berasa amat malu sehingga saya berharap sangat adanya tempat sembunyi yang berlokasi di depan saya, muka berasa panas dan kelihatan merah. Kemaluaan tersebut sehinngga saat sekarang masih dapat saya rasai apabila saya berimbas balik kejadiaan tersebut. Jenis yang kedua ialah jenis professional yang berkennaan rapat dengan perkerjaaan. Saya juga pernah memerhati salah satu kawan saya apabila member informasi yang salah tetapi dibetukan di depan orang ramai, dia akan ketawa kuat sebagai satu langkah yang dapat menopengkan perasaaan malunya tersebut. Adanya juga rakan yang menutup mukanya apabila berasa malu.
Emosi negatif yang ketiga ialah kesedihan. Apabila seseorang itu berasa sedih, dia akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka asingkan diri daripada orang ramai. Dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berjumpa dengan sesiapa. Saya merupakan contoh yang tipikal. Apabila saya menghadapi "kesengsaraan hidup" yang berpunca daripada masalah yang sukar diselesaikan, saya cenderung menjauhi kawan-kawan tersayang, tidak bertutur banyak dengan sesiapa, bermuka murung dan menyukai menyembunyi diri dalam bilik. Saya juga suka makan banyak coklat apabila berasa.Terdapat jurnal yang menyatakan tanda-tanda sedih yang lain iaitu muka tunduk, badan condong kedepan, bibir ke dalam, fizikal yang lemah dan pengerakan yang perlahan. Tidak boleh dinafikan bahawa, seseorang yang mengalami kesedihan, dia memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang bergembira. Orang yang sentiasa gembira mempunyai sifat penyayang. Orang yang bersedih lemah dan kurang upaya melakukan sesuatu. Dengan perkataan lain, emosi negative ini member kesan negetif terhadap kita apabila kita kerap berasa murung dan sedih. Justeru, haruslah kita mengawali emosi sedih tersebut dengan cara yang tepat dan betul.
Tambahan pula, emosi negatif yang lain ialah marah. Kemarahan boleh diexpresikan secara aktif atau pasif, secara aktif-serangan verbal atau fizikal. Sebagai contohnya, saya meneguri adik saya dengan suara yang kuat ketika dia berkelakuan nakal sehingga merangsang kemarahan yang tersembunyi dalam hati. Ketika saya sudah bertenang hati, barulah saya kesal memarahinya.Ssaya percaya bahawa saya sebenarnya boleh mengawali emosi tersebut dengan cara yang lebih baik lagi. Malahan, kemarahan juga merupakan hasil daripada rasa simpati. Seumpamanya, ada orang yang naik berang jikalau ternampak orang lain dizalimi atau dihina teruk. Sebenarnya, emosi ini dicetuskan oleh tindakbalas daripada otak kita. Hal ini bererti kemarahan dapat kita kawali dengan cara mengawali pemikiran kita. Lazimnya, kemarahan sering berlaku secara kemuncak tetapi selanjutnya akan menurun balik apabila kita telah menenangi minda kita. Tidak boleh dinafikan bahawa orang yang mengalami kemarahan yang melampau biasanya mempunyai pemikiran atau pendapat yang tidak rasional. Mereka selalu membuat keputusan yang tidak rasional apabila berasa marah. Bak kata pepatah Cina, " membuat keputusan mengikut hati, bukannya mengikuti otak" Sebagai contoh, seseorang itu berasa cemburu sangat sehinngga tercetusnya emosi marah apabila dia ternampak kekasihnya mendekati kawan perempuan. Selanjutnya, dia marah serta membuat keputusan hendak memutuskan hubungan. Perlakuan ini memang tidak rasional serta tidak menimbangrasa kekasihnya. Akhirnya, terputuslah hubungan tersebut sebegini. Malahan, orang yang senang marah lebih dominan. Salah satu kawan saya senang marah apabila adanya rangsangan-rangsangan yang mencetuskan kemarahannya. Pada masa yang sama, dia merupakan orang yang dominan. Dia suka mengawal semua hal. Mukanya masam sangat ketika destinasi atau keputusannya tidak dapat dicapaii yang disebabkan halangan daripada orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila dia bekerjasama dengan kami. Apabila pendapatnya ditolak, dia berasa marah sehingga saya takut akan dia.
Dalam kuliah yang sama,Teori aras adaptasi juga dibincangkan. Aras meningkat apabila gaji meningkat. Sebagai contoh, jika anda gembira dengan apa yang anda ada sekarang, anda tidak akan berterusan gembira sehingga anda dapat yang lebih baik. "Satisfaction" berkekal dengan masa pendek sahaja. Tambahan pula, terdapat teori lain yang berkeanna dengan emosi negative,iaitu Teori proses berlawan Solomon. Teori ini menyatakan bahawa emosi adalah "berpasangan" apabila satu emosi ditunjukankan dan yang berlawan tersebut ditahan. Apabila kita mengulangi sesuatu pengalaman emosi sebanarnya akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan. Sebagai contohnya, pada masa saya baru mendapat lesen kereta, saya amat takut memandu di jalan Bandar. Namun, pada tahun yang lepas, saya telah membuat keputusan untuk melangkah ke depan, beranikan diri untuk memandu kereta di tempat yang sesat dengan kereta. Ketika memandu saya berasa takut namun saya akhirnya juga sampai ke destinasi. Kejayan tersebut dapat memberikan keberanian untuk saya bahkan juga selanjutnya saya berasa "syok" setiap kali saya memandu. bak kata pepatah cina, "fear grow weaker the stronger the pleasure."
Konklusinya, emosi negatif haruslah dikawal kerana emosi negatif ini bukan sahaja sering mencetuskan impak buruk terhadap diri sendiri bahkan juga orang yang tersayang. Jauhilah kemarahan, kesedihan, kemaluan dan ketakutan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment