Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. ahmad zamri. Pada kuliah minggu ini, kami telah belajar tentang emosi-emosi negatif. Apabila sebut sahaja mengenai emosi-emosi yang negatif pastinya difikiran kita terbayang perasaan takut, marah, sedih dan malu. Secara umumnya , emosi negatif lebih cenderung untuk membawa keburukan daripada kebaikan. Tetapi sejauh manakah kebenarannya? Bagi saya emosi negatif ialah suatu perasaan yang tidak menyenangkan, mematahkan semangat dan menimbulkan rasa stress dalam diri seseorang. Tetapi, saya tidak menyangkal bahawa adakalanya emosi inilah yang membangkitkan semula kekuatan dalaman dan rohani seseorang.
Emosi pertama yang ingin saya bincangkan ialah sedih. Perasaan ini amat sukar dikawal terutamanya perasaan itu lahir disebabkan oleh perkara yang mendukacitakan. Contoh yang paling mudah diambil ialah apabila seseorang itu ditinggalkan oleh kekasihnya. Hatinya pasti remuk dan tidak bermaya. Hidupnya penuh kekosongan dan mungkin hari-hari yang berlalu bagaikan tiada erti lagi kepadanya. Inilah yang membuatkan kekuatan dan semangat seseorang itu pudar dan akhirnya memakan diri sendiri.Ironinya, sejak dahulu lagi luahan emosi ini telah diterjemahkan didalam pelbagai bentuk penulisan samaada sebagai lagu,puisi pantun dan sebagainya. Berikut merupakan lirik lagu yang ingin saya kongsikan dimana ia mempunyai gambaran seseorang yang meluahkan perasaan dukacitanya.
Untuk apa kita bertemu
Jika hanya penuh derita
Kepedihan di hatiku
Mendayukan bicara asmara
Kering layu bagai daunan
Yang meniti sekilas usia
Jika hanya penuh derita
Kepedihan di hatiku
Mendayukan bicara asmara
Kering layu bagai daunan
Yang meniti sekilas usia
Terkuncilah mimpi bertahun
Dalam suram malam gelita
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi
Keluhuran benih cinta
Merantai ingatan
Kenangan masa silam
Dirimu diriku
Pernah bernama kekasih
Dalam suram malam gelita
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi
Keluhuran benih cinta
Merantai ingatan
Kenangan masa silam
Dirimu diriku
Pernah bernama kekasih
Apa mungkin kau dan aku
Melayarkan bahtera impian
Walau pernah kehilangan
Tanda cinta pedoman setia
Melayarkan bahtera impian
Walau pernah kehilangan
Tanda cinta pedoman setia
Bicaramu, sentuhanmu kasih
Menghangatkan kenangan
Namun hati yang terluka ini
Mengunci perasaan hati
Untuk aku bercinta lagi
Denganmu..
Menghangatkan kenangan
Namun hati yang terluka ini
Mengunci perasaan hati
Untuk aku bercinta lagi
Denganmu..
SALAM SEJAHTERA
Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajah mu itu menjadi rindu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajah mu itu menjadi rindu
Andainya bulan retak seribu
Bayang mu ada di mana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa
Bayang mu ada di mana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata… bersama mu
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata… bersama mu
Pertama dan kaulah selamanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista membakar kita
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista membakar kita
Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku di hati mu
Demi cinta sebelum mati
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku di hati mu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh mana pun berpisah
Kau di hati ku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera
Kau di hati ku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera
Melalui lirik daripada kumpulan samudera ini , kita dapat menggambarkan bahawa betapa pilunya perasaan sedih yang menyelubungi seseorang yang berpisah dengan kekasihnya. Namun, banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan perasaan itu timbul. contohnya, dalam situasi saya sebagai seorang pelajar peperiksaan merupakan tonggak utama yang membuatkan saya berasa sedih. Pepatah ada menyebut " leart from the failure is the greatest achievement of all". Namun tidak semudah itu untuk kita bangkit semula daripada kegagalan. Namun begitulah fitrah hidup manusia yang penuh dengan ujian dan dugaan. Jadi kita sebagai manusia harus bermuhasabah dalam mengembalikan dan menguatkatkan semula kekuatan emosi dalam diri kita.
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mrah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."
Sesungguhnya ada diantara kamu orang yang lekas marah tetapi juga lekas reda, maka ini seimbang dan ada yang lambat marah dan lambat sembuh (reda), ini juga seimbang, dan sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat re;a. dan sejahat-jahat kamu yang cepat marah dan lambat sembuhnya."
Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, makaAllah s.w.t. mengisi hatinya dengan keridhoan pada hari kiamat."
Tercantum dalam Injil: "Hai anak Adam,ingatlah kepadaKu ketika kau marah, nescaya Aku ingat kepadamu diwaktu Aku marah (Yakni akan dirahmati olehAllah s.w.t.) Dan relakan hatimu dengan pembelaanKu kepadamu, sebab pembelaanKu kepadamu lebih baik dari pembelaanmu terhadap dirimu sendiri."
Oleh itu sedarlah bahawa islam amat menitikberatkan perasaan marah sehingga ia telah tersurat didalam riwayat-riwayat agung. Jadi kita harus melepaskan kemarahan kita sesuai dengan caranya.
Apakah perkara yang paling kita takuti? Adakah kita takut kepada mati? Ataupun kita takut untuk ke tandas pada malam hari? Ataupun mungkin persoalan yang lebih besar yang harus kita tanyakan kepada diri takutkah kita kepada pencipta kita yang agung?maka, seharusnya jawapan yang ketiga menjadi pilihan. Mana mungkin kita melupakan perasaan takut kepada pencipta yang memastikan setiap detik jantung kita berdegup sejak azali kita dilahirkan didunia ini. Namun, kita lebih cenderung untuk takut kepada perkara lain yang hanya dikawal oleh akal cetek kita.
Bagaimana mengawal marah..
MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).
Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.
Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.
Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.
Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah )." (Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api."(Riwayat Abu Daud).
Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.
Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).
sedamaihati.blogspot.com
Emosi yang terakhir yang ingin saya bincangkan ialah perasaan malu. Selalunya perasaan ini sering dikaitkan dengan kaum perempuan kerana secara fitrahnya mereka lebih bersifat sopan santun dan lemah lembut. Namun, semua orang tidak dapat mengelak daripada perasaan daripada tidak terjadi. Sebagai contohnya, saya sendiri berasa sangat malu apabila terjatuh dikhalayk ramai. Owh ,perasaan pada masa iu hanyalah tuhan yang tahu tambah-tambah jika jatuh didalam keadaan yang ekstream. Memang memalukan! Namun, memang perkara-perkara sebegitu tidak dapat dijangka jadi kita haruslah redha dan tabah mengadapi perasaan malu itu=).
Natijahnya, emosi-emosi inilah yang mencorakkan warna-warni dalam kehidupan kita. Biarpun ia negatif, namun sekurang-kurangnya kita mempunyai pengalaman merasai nikmat-nikmat kehidupan yang hanya sementara ini. Tanpa perasaan ini hidup kita ibarat patung yang tidak bernyawa. oleh itu, kawallah perasaan pada tempat yang sepatutnya biarpun ia pahit untuk dilalui…..
No comments:
Post a Comment