Baik atau Buruk Emosi Negatif??
Assalamualaikum dan salam jurnal Pengurusan Masa… ini merupakan jurnal saya yang ketiga. Dari dalam keadaan yang terpaksa melaksanakannya sebelum ini, kini menyiapkan jurnal ini menjadi sesuatu yang saya senangi. Pengajarannya, saya perlu bijak menguruskan masa dengan baik bagi dapat menyeimbangi semua subjek yang perlu saya pelajari. Bak kata Ayah Long, Aalah bias kerana terpaksa.
Setiap minggu kami akan diperkenalkan dengan ilmu-ilmu baru terutamanya yang berkaitan dengan emosi. Tetapi minggu ini, pensyarah menekankan tentang dua tajuk yang penting iaitu emosi negative yang mempunyai tiga elemen penting iaitu emosi takut, malu, sedih dan marah. Syarahan yang kedua pula menyentuh tentang Teori Aras Adaptasi.
Kelas syarahan hari ini dimulakan dengan sebuah lagu yang amat menyentuh hati pelajar-pelajar medic dengan tayangan lagu ummi dan juga persoalan yang diutarakan oleh pensyarah iaitu bagaimana Negara Jepun yang penduduknya tidak tahu bermain bola tapi dapat menyertai Pasukan bola Antarabangsa dan menjadi pemain handalan yang dikagumo oleh semua orang di dunia. Juga, sebuah Negara yang menjadi pengeluar cokelat terbesar di dunia tetapi kurang penanaman koko. Apa yang saya dapat daripada klu-klu yang diberikan adalah erti kejayaan bukan letaknya asal usul seseorang atau kemewahan Negara yang dia tinggal tetapi kejayaan bergantung kepada 'attitude' individu seseorang. 'Attitude' penentu kejayaan dan kegagalan seseorang itu. Bagi pendapat saya, keazaman dan kesedaran menjadi penentu masa hadapan seseorang. Individu yang selalu bermuhasabah diri dan matang mampu berfikir secara bernas bagi menentukan masa depan mereka sendiri. Individu yang sentiasa positif dan mempunyai misi dan visi yang jelas mampu memupuk keazaman yang tinggi.
Emosi negative yang pertama merupakan emosi takut. Takut merupakan cara rangsangan emosi apabila beada keadaan yang bahaya. Emosi takut ini mungkin berpunca daripda pengalaman trauma atau fobia yang teruk. Takut lebih dipengaruhi dari factor abstrak. Berdasarkan kefahaman saya, perasaan takut setiap manusia itu berbeza. Takut dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman hidup yang mengerikan atau pernah menyaksikan kejadian menakutkan yang tidak boleh dilupakan yang memberi kesan negative dalam pemikiran seseorang itu. Respon terhadap emosi takut tidak dapat dikawal oleh fisiologi badan. Antara-antara perubahannya ialah menigkatkan denyutan jantung dan mimic wajah. Perubahan mimic wajah yang jelas ditonjolkan oleh individu adalah mata dan mulutnya terbuka dan kerutan kening jelas kelihatan. Perasaan takut ini kadang-kadang memberi impak yang negative, tambahan lagi jka seseorang itu mempunyai masalah jantung berkemungkinan besar meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung. Bak kata Ronald Reagan, "Don't be afraid to see what you see."
Emosi negative yang kedua pula ialah emosi malu." I have reason to be shy. I've been hurt plenty",
Ethel Waters. Malu merupakan rasa kurang selesa apabila berada dalam keadaan situasi yang tertentu. Ini sebab kurangnya rasa keyakinan diri. Sebagai contoh, seorang gadis berasa malu apabila melintas kaum adam atau contoh situasi lain adalah pelajar yang malu untuk bertanya pada gurunya dan apabilamelakukan kesilapan yang dirasakan tidak diterima oleh orang-orang disekelilingnya seperti memakai seluar yang koyak atau sedu dengan kuat. Malu boleh diklasifikasikan sebagai personal atau professional. Malu yang personal adalah rasa tidak meninginkan perhatian dari orang sekelilingnya disebabkan hal-hal sulit yang menjatuhkan maruah seseoran. Sebagai contoh. Tersilap menuduh orang mencuri atau dikesan menipu. Antara reaksi emosi malu adalah tersipu-sipu, berpeluh, berdebar, tergagap dan gelisah ( rasa ingin meniggalkan tempat itu secepat mungkin). Kadang-kadang ada sesetengah individu yang menutup rasa gugup dan malu itu dengan senyuman yang tidak lebar dan ketawa dalam nada yang pelik. Emosi malu professional atau rasmi adalah maklumat yang tidak sahih daripada penyataan yang dipercaya berdasarkan bukti lain yang lebih kukuh. Malu rasmi ini banyak melibatkan perkejaan rasmi atau tempat kerja sebagai contoh, pemimpin besar malu kerana tersalah membuat sesuatu keputusan atau malu tidak menjalankan tugas dengan baik.

Emosi negative yang ketiga adalah emosi sedih. Kesedihan merupakan persaan kerana merasa kehilangan atau rasa yang sia-sia. Perasaan sedih ini boleh menyebabkan rasa terteken dan stress kerana tidak mampu untuk mengubat hati yang luka.
We enjoy warmth because we have been cold.
We appreciate light because we have been in darkness.
By the same token, we can experience joy because we have known sadness.
-David Weatherford
We appreciate light because we have been in darkness.
By the same token, we can experience joy because we have known sadness.
-David Weatherford
Sebagai manusia, kita tidak lari dari rasa kecewa dengan masalah-masalah yang melanda dalam kehidupan. Kebiasaanya, dalam keadaan yang sedih, individu itu akan kelihatan pendiam, tidak bergaul dengan kenalan-kenalanya dan tidak berminat untuk keluar ke mana-mana. Emosi sedih ini bergantung kepada jenis-jenis individu, individu yang sentiasa gembira akan berada dalam situasi sedih dalam tempoh masa yang pendek sahaja.
Emosi negative yang keempat adalah emosi marah. "One should not lose one's temper unless one is certain of getting more and more angry to the end", William Butler Yeats. Marah disebabkan oleh kesakitan atau dalam keadaan yang tertekan. Timbulnya perasaan marah apabila merasa konflik, ketidakadilan, diabaikan, dimalukan atau dikhianati. Ada individu yang mampu menutup rasa marah tanpa disedari orang-orang sekelilingnya dan ada yang tidak mampu menahan marah hingga dapat dikesan.
Berdasarkan dengan apa yang saya faham dari kelas hari ini, Teori aras adaptasi merukan konsep asas tentang bagaimana seseorang individu itu respond an mengadaptasi kepada perubahan yang berlaku disekeliling mereka. Proses adaptasi ini bergantung kepada jenis-jenis ransangan yang mendatang. Tubuh badan terutamanya otak kita, berubah terus tanpa kita sedar. Cara kita hadapinya berkait rapat dengan pengalaman-pengalaman emosi yang kita pernah lalui. Lazaru, Kanner, dan Folkman 1980 mengatakan cara kita mengendali situasi berdasarkan kekuatan emosi seseorang itu. Sebagai contoh, Sahabat A yang pindah ke rumah barunya, menjadi sangat tertekan dengan keadaan sekelilingnya yang sangat bising kerana berdekatan dengan lapangan terbang, berbeza dengan jirannya Sahabat B, tidak terganggu dengan bunyi bising itu kerana telah terbiasa. Berbeza orang mempunyai cara yang berbeza proses adaptasi, bergantung kepada cara mereka menghadapinya.
Datanglah manusia itu dari ceruk dan pelosok mana pun, kita tidak akan lari daripda masalah. Bergantung pada diri untuk menyelesaikan masalah itu secara baik dan mampu memuaskan hati sendiri. Individu yang matang, akan berani berhadapan dengan masalah yang melanda. Bukan melarikan diri. Masalah diibaratkan dengan baying-bayang. Berhadapanlah dengan baying-bayanng sendiri itu, jikalau lari sekalipun. Baying-bayang itu tak akan beerhenti mengekori kita. Selesaikan masalah dengan berhemah, dan solusi yang teerbaik, mohonlah keampunan dan pertongan dari Ilahi bagi merinagankan bebanan masalah yang melanda. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta untuk mendapatkan ketengan yang mutlak dunia dan akhirat. Jiwa yang tenang membuahkan hasil yang efektif. Jadi, tukarkan emosi negative dalam diri kepada emosi positif. Perbanyakkan muhasabah diri dan terima kritikan diri.
No comments:
Post a Comment