Saturday, August 13, 2011

A131551 Kek Xin Yi J03- Emosi Negatif

Kek Xin Yi (A131551) J03- Emosi negatif

Selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal ketiga saya dalam kursus ZT2253,  pengurusan emosi. Pada 10 Ogos 2011, saya telah didedahkan kepada kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh DR Ahmad Zamri Mansor.  Beberapa teori yang menarik telah disampaikan dalam kuliah ini yang membantu saya lebih memahami subjek pengurusan emosi ini. Hari ini, saya dikejutkan lagi dengan pengetahuan emosi kerana saya tidak sangka emosi itu boleh dilihat dan dikaji daripada banyak aspek yang berbeza. Perasaan ingin tahu muncul dalam diri saya kerana saya ingin tahu lebih banyak tentang pengurusan emosi. Tajuk utama kami pada hari tersebut ialah emosi negatif dan teori Solomon.

 Dr Zamri memulakan kuliah ini dengan menayangkan sebuah video yang berkisahkan kasih sayang yang dalam penyanyi kepada uminya, iaitu ibu. Video ini berkaitan dengan emosi positif yang dibincang pada kuliah lepas. Hal ini kerana ibu memainkan peranan yang besar dalam menentukan kebahagiaan dan kegembiraan seseorang. Individu yang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga akan berasa lebih bahagia.

Selain itu, kami juga didedah dengan slide mengenai berbeza antara Negara yang kaya dan juga miskin. Perbezaan antara Negara kaya dan miskin bukan bergantung kepada usia atau kekayaan semula jadi Negara tersebut tapi bergantung kepada nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat Negara tersebut. Dr Zamri juga menayangkan slide mengenai peperangan. Saya berasa amat sedih melihat peperangan yang diadakan itu telah mengorbankan banyak nyawa manusia yang berharga dan memusnahkan harta benda yang dimiliki. Pada pandangan saya, peperangan tidak patut dijalankan dalam apa jua keadaan kerana membawa banyak akibat yang serius. Mereka yang berkuasa harus memikirkan langkah untuk mengatasi masalah tanpa menglibatkan peperangan.

Seterusnya, kuliah diteruskan dengan topic yang berkaitan dengan emosi negative. Antara emosi negative yang dibincangkan ialah takut, malu, sedih dan marah. Emosi takut boleh dijelaskan sebagai tindak balas emosi terhadap situasi bahaya berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi takut sering dikaitkan dengan situasi fizikal ataupun objek. Dalam hal ini, manusia sering diinspirasikan oleh konsep yang abstract. Sebagai contoh, kami sering takut kepada hantu yang merupakan sesuatu konsep abstract kerana sejak kecil lagi kami sering ditakut dengan konsep tersebut. Pada pendapat saya, emsi ini dapat berubah gaya hidup kita. Hal ini terbukti apabila orang yang takut kepada air(hydrophobia) takut untuk berenang di dalam sungai malah akan cuba untuk mengelak air yang dalam. Emosi negaif dapat dilihat daripada aksi muka. Ekpresi muka yang menunjukkan ketakutan termasuklah perubahan secara fizikal seperti matanya bertambah luas, bahagian atas bibir akan naik dan bertambah lebar dan kening mata akan bergerak ke dalam. Dengan perhatian yang teliti, kita dapat mendapati perubahan aksi muka yanb berbeza semasa seseorang dalam ketakutan. Di samping itu, seseorang akan bersikap berlainan disebabkan oleh emosi ketakutan. Hal ini terbukti apabila mereka akan mengikut apa keinginan orang lain tanpa memikirakan tentang diri sendiri ketika ketekutan. Contohnya, saya takut kepada lipas dan akan berjerit kuat apabila terserempak dengan lipas.

Emosi yang dibincang seterusnya ialah perasaan malu. Seseorang akan  berasa malu jika bertindak tidak senonoh dan didapati oleh orang lain. Dalam pencarian saya dalam internet, saya dapati bahawa setiap orang mempunyai perasaan malu tetapi setiap masyarakat mempunyai pendapat yang berbeza mengenai malu. Hal ini berkait rapat dengan kebudayaan dan adat resam yan dialamkan oleh masyarakat tersebut. Dalam masyarakat Melayu, malu itu boleh dibahagikan kepada malu sebagai perasaan, malu sebagai tanda harga diri dan malu sebagai fungsi kawalan sosial.  Emosi malu itu sering dikaitkan dengan ekspresi muka yang menunjukan tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin berasa malu apabila terkentut dalam kalayak ramai. Kadang-kala, individu yang berasa malu itu akan semyum ataupun senyum dengan gelisah untuk menutup kemaluannya itu.

Di samping itu, emosi sedih juga telah dibincang. Sedih ialah emosi yang ditunjuk apabila mengalami kekurangan atau kerugian. Kesedihan yang terlalu mendalam terpaksa meminta bantuan daripada pihak professional kerana akam mengalami depresi. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan oleh orang yang sedih ialah mendiamkan diri, tidak mahu keluar rumah atau bersosial dengan oran lain. Dalam kajian Forgas 1992, orang yang gembira akan memprocesskan informasi dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan orang yang sedih. Orang yang sedih akan memerlukan lebih banyak kognitif untuk memproseskan sesuatu perkara. Dalam kajian Keltner 1997 pula berkisahkan bahawa orang yang sedih akan dianggap sebagai lemah dan orang yang marah akan dilihat sebagai orang yang berkuasa.

Kami juga telah didedahkan dengan emosi marah. Dalam konteks ini marah boleh dibahagikan kepada dua iaitu aktif dan pasif. Dalam jenis marah aktif, orang akan bertindak untuk meluahkan perasaan marahnya. Sebagai contoh, individu itu mungkin mengambil keputusan untuk membalas dendam kepada orang lain. Bagi jenis marah pasif pula, seseorang itu akan menyimpan perasaan marahnya. Perubahan yang dapat dilihat ialah seseorang itu bertukar menjadi seorang yang pendiam. Tanda-tanda seseorang yang marah ialah kelajuan jantung meningkat, ketekanan darah juga meningkat dan muka mungkin menjadi merah. Bagi saya, seseorang itu perlu menangani perasaan marah dengan baik agar tidak merosakkan hubungan antara kawan. Saya akan berundur daripada situasi tersebut dan patah balik semula apabila saya sudah bertenang dan cuba menyelesaikan masalah yang timbul tersebut.  

Selain itu, pensyarah juga telah mendedahkan kami kepada Solomon Opponent Process Theory yang dikeluarkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Teori ini kebanyakkannya bercerita bahawa setiap emosi mempunyai emosi yang bertantangan dimana dalam fasa pertama, individu tersebut akan mengalami emosi positif ataupun negative dan seterusnya pada fasa kedua, emoi yang bertentangan dengan emosi pertama itu akan terjadi. Sebagai contoh, saya mungkin berasa akan gembira kerana dapat balik ke kampung apabila cuti bermula, tetapi, akhirnya saya mungkin berasa sedih kerana ketinggalan dalam nota kuliah yang tidak sempat dibaca apabila berada dalam rumah kampung.

Sebelum kuliah ini berakhir, pensyarah telah member kuiz kepada kami bagi menguji tahap pemahaman kami kepada konsep-konsep yang diajar di kuliah. Akibatnya, saya terperanjat dengan soalan-soalan yang dikemukakan kerana banyak yang tidak dapat dijawab dengan baik. Walaupun saya rasa bahawa saya telah faham apa yang telah diajar, namum aplikasi pengetahuan tersebut dalam kuiz-kuiz adalah tidak mudah. Ini menunjukan bahawa saya perlu membaca lebih banyak lagi mengenai tajuk-tajuk yang diajarkan itu.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini membangkitkan keingin-tahuan saya tentang emosi negative dan cara untuk menangani emosi negative dengan lebih baik. Oleh itu, saya berhasrat untuk menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai topic ini. Jika kami dapat mengawal emosi kami dengan baik, secara tidak langsungnya akan mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Kami perlu menuahkan perasaan dan fikiran kami dan  mengurusnya dengan baik dan bukan membiarkan emosi menguruskan saya agar tidak mendatangkan sebarang keburukan yang tidak diingini.

 

No comments:

Post a Comment