Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca jurnal saya. Pada minggu ini iaitu bersamaan dengan 10 ogos 2011 saya telah mempelajari 3 tajuk berkenaan dengan pengurusan emosi. Kuliah yang disampaikan oleh Dr.zamri amat membantu kepada saya dalam mengenalpasti emosi-emosi negative dan apakan penyebab emosi ini boleh ditunjukkan. Pada jurnal kali ini, ingin saya membuat ringkasan kepada 3 tajuk yang saya belajar dalam pengurusan emosi kali ini. Antaranya tajuk adalah emosi negatif , teori aras adaptasi dan juga teori Solomon. Selain dari mempelajari tajuk – tajuk diatas , pada minggu tersebut juga kami telah membuat 2 kuiz berkenaan tajuk yang lepas iaitu teori plutchik dan juga teoro tomkin.
Bermula dengan tajuk pertama iaitu emosi negative. Emosi negative yang saya pelajari ini terdiri daripada empat perkara iaitu malu, marah,takut dan juga sedih. Dalam emosi takut, takut didefinisikan sebagai emosi yang dipamerkan apabila kita berada dalamm keadaan bahaya. Ianya juga merupakan respon yang dihasilkan oleh rangsangan emosi negative yang juga terdiri daripada emosi risau , keletihan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai sebab emosi ini terjadi antaranya adalah yang disebabkan oleh trauma, takut terhadap sesuatu objek, dan banyal lagi. Terdapat pelbagai ekspresi muka yang akan dapat kita lihat jika seseorang itu berada dalam keadaan takut iaitu mata akan terbuka luas,kening akan ke dalam, biji mata akan terbuka luas untuk mengambil cahaya dan banyak lagi.
Emosi negative yang kedua adalah emosi malu. Emosi ini adalah merupakan pengalaman yang terjadi kepada diri kita yang boleh menyebabkan perasaan malu apabila dilihat oleh orang lain. Ianya juga melibatkan maruah seseorang namun seberapa banyak ia mempengaruhi maruah seseorang ianya bergantung kepada sesuatu keadaan itu. Terdapat 2 jenis malu iaitu dari segi peribadi dan juga professional. Dalam malu dari segi peribadi ianya adalah kerana terdapat masalah peribadi yang boleh menyebabkan terjadinya perkara ini seperti kalah dalam pertandingan atau telah tertangkap apabila melakukan kesalahan. Selain itu, seperti emosi takut perasaan malu juga dapat dilihat apabila seseorang itu tersipu – sipu,tergagap – gagap dan juga gelisah. Lalu untuk menutup perasaan malu itu mereka akan cuba untuk tersenyum atau ketawa. Emosi secara profesinal pula adalah sering berlaku ditempat kerja apabila salah dalam membuat sesuatu kesalahan.
Emosi yang ketiga adalah sedih. Emosi ini didefinisikan sebagai sesuatu yang kurang berfaedah dan juga kita sering kali dikaitkan dengan perasaan kehilangan. Selalunya orang – orang yang dilandakan kesedihan, mereka hanya akan duduk diam tanpa berkata apa – apa. Murum dan murung merupakan tanda untuk mengetahui apabila seseorang itu dilanda kesedihan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Forgas 1992,1994, beliau menyatakan bahawa orang yang gembira dapat memproses informasi dalam masa yang singkat berbanding dengan orang yang berada dalam keadaan sedih. Selain itu menurut Isen 1987 keupayaan seseorang itu untuk memproses maklumat adalah bersangkut paut dengan emosi. Orang yang sedih juga selalu digambarkan dengan lemah dan lembik. Manakala orang yang marah menurut Keltner 1997 digambarkan sebagai seorang yang hebat dan berkuasa.
Marah pula didefinisikan sebagai satu perasaan yang mempunyai respon kesakitan, menderita, tertekan dan juga ugutan. Kemarahan juga dapat ditunjukkan dalam keadaan aktif atau pasif. Dalam aktif, orang yang sedang marah selalunya akan menghamburkan kemarahannya secara terus kepada orang yang terbabit namun begitu dalam kategori pasif pula mereka lebih suka berdiam diri dan juga merajuk untuk menunjukkan yang mereka sedang marah ketika itu. Terdapat beberapa langkah yang dapat kita ambil apabila kemarahn menguasai diri iaitu langkah pertama adalah mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah, langkah kedua adalah menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak, langkah ketiga adalah sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung dan terakhir sekali langkah keempat iaitu setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
Tajuk yang kedua adalah teori aras adaptasi. Dalam teori ini dinyatakan bahawa emosi akan bertindak melalui rangsangan adaptasi yang ada. Keadaan sesuatu tempat itu juga dapat mempengaruhi pengalaman emosi kita. Ianya dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980 dan juga penjelasan. Teori ini juga disifatkan sebagai neutral ini adalah kerana kita yang mencorakkan emosi kita tersebut. Sebagai contoh apabila kita gembira titik neutral ini akan sentiasa diatas berbanding dengan apabila kita mengalami kesedihan. Tajuk ketiga pula adalah teori berlawanan Solomon yang merupakan hasil ubahsuai dari teori aras adaptasi. Menurut teori ini emosi seimbang bukan sahaja dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang juga. Ianya juga dikaitkan dengan 'addictive behaviours'.
Terdapat 2 tahap dalam teori ini iaitu tahap pertama berlaku secara semulajadi dan tidak dipelajari. Tahap kedua pula iaitu tahap berlawanan kepada tahap pertama dan juga lebih kekal lama dan juga seringkali berlakunya pengulangan dalam tahap ini. Selain itu, ianya juga dapat dikaitkan dengan apabila kita sering kali melalui emosi tersebut berulanh kali kita akan lebih kuat untuk menghadapinya. Jika dapat kita lihat tajuk – tajuk yang dipelajari sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita. Oleh kerana faktor – faktor yang terdapat pada masa kini salah satunya adalah berkait rapat dengan alam sekeliling emosi negative ini sering kali diguna pakai oleh manusia. Ini dapat dilihat apabila keadaan yang terlalu panas dirasai oleh badan kita, kita akan mula berasa tidak selesa dan juga boleh mempengaruhi emosi kita pada masa terbabit. Kita juga akan cepat marah kerana keadaan yang tidak selesa dan lebih buruk lagi apabila kita tanpa semena – mena menghamburkan ketidak selesaan kita kepada orng yang tidak bersalah.
Selain daripada itu, perasaan malu juga sering kali terjadi dalam kehidupan saya. Ini adalah kerana apabila saya mengalami satu keadaan yang memalukan saya lebih senang tidak mengambil peduli atau akan menyibukkan diri agar orang lain tidak perasaan perkara memalukan yang telah saya lakukan. Emosi takut juga sering dikaitkan dengan hantu. Namun begitu bagi sesetengah orang perasaan takut yang ada mungkun disebabkan pengalaman masa lampau. Sebagai contoh apabila kita digigit binatang pada masa lampau ianya menimbulkan rasa takut kepada kita untuk mendekati binatang tersebut lagi. Oleh itu, sebagai kesimpulannya kita haruslah bijak dalam mengenai emosi negative yang terdapat dalam diri kita dan juga harus bijak dalam menangani emosi tersebut. Selain dari itu, jika kita tidak dapat mengawal emosi – emosi tersebut haruslah kita berfikir panjang sebelum bertindak sesuka hati.
No comments:
Post a Comment