Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat bertemu kembali kita dalam penulisan saya yang ketiga bagi jurnal ZT2253, Pengurusan Emosi. Pada penulisan yang lepas, saya telah mencorek serba sedikit berkaitan dengan apa yang dikatakan emosi positif manusia dan kesannya terhadap kehidupan seharian manusia. Jadi kali ini saya tertarik untuk merungkai dengan lebih lanjut berkaitan dengan emosi negative manusia dan impaknya kepada kehidupan manusia terutamanya kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang berjuang di medan perubatan ini. Jurnal saya kali ini saya akan kaitkan dengan pembelajaran saya dalam kuliah yang lepas iaitu "Emosi Negatif : Marah, Malu, Takut, dan Sedih" dan serba sedikit saya akan selitkan berkaitan dengan pengalaman yang dialami saya sendiri. Saya harap semua pembaca dapat mengambil input-input berguna dan pengajaran di dalam jurnal saya kali ini. Setiap individu diantara kita mempunyai pengalaman dan pendedahan berbeza terhadap sesuatu emosi. Sehubungan dengan itu, kita akan memberikan reaksi berbeza terhadap sesuatu ransangan berdasarkan tahap adaptasi kita pada yang ada pada diri. Di dalam Teori Solomon yang merupakan hasil ubahsuai teori aras adaptasi menceritakan bagaimana apabila satu emosi diekspresikan, satu lagi emosi bertentangan akan dikurangkan. Secara ringkasnya apabila emosi negative cuba diekspreskan oleh seseorang individu maka secara lumrah atau semulajadinya emosi positifnya akan cuba dipendamkan secara seketika. Sebagai contoh, apabila saya sangat marahkan adik saya selepas dia merosakan harta benda kesayangan saya, secara semulajadinya sifat kasih sayang saya terhadap adik saya hilang seketika sehingga membuatkan emosi marah mula menjadi dominan. Jika dilihat melalui sudut positifnya, peralihan ini amat penting bagi manusia untuk memudahkannya mengekprestasikan apa yang terbuku dimindanya, jika tidak manusia akan gagal untuk mengawal kedua-dua emosi bertentangan ini.
Emosi pertama yang ingin saya rungkaikan ialah emosi takut (fear). Emosi takut dapat ditakrifkan sebagai emosi yang terpancar akibat ransangan kita terhadap bahaya dan ia sangat berhubung rapat dengan kegelisahan. Takut sebenarnya merupakan salah satu mekanisme untuk menyelamatkan diri kita terhadap sesuatu bahaya yang selalunya berlaku selepas kita diransang oleh sesuatu tindakbalas negatif. Perasaan risau, resah dan gelisah merupakan contoh komponen dalam perasaan takut. Sebagai contoh, trauma mampu membangkitkan rasa takut seseorang. Saya sendiri pernah mendapat kecelakaan patah 2 batang tulang tangan iaitu tulang ulna dan radius saya. Semasa kejadian tersebut, saya banyak memikirkan perkara-perkara negatif seperti memikirkan komplikasi dan nasib saya selepas ini dengan patahnya tulang saya itu kerana ia merupakan pengalaman hitam saya yang pertama dan terburuk setakat itu. Semua pemikiran negatif tersebut telah merangsang tindakbalas otak saya untuk mula membangkitkan emosi takut saya. Selain itu, peristiwa saya lemas semasa kecil telah membuatkan saya sedikit fobia dengan air sehinggakan kini saya masih tidak mampu berenang dan tiada niat untuk belajarnya. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu juga terdapat beberapa ransangan negatif yang mampu membangkitkan rasa takut seseorang. Contohnya, perasaan takut selalu dikaittkan dengan kewujudan dan kepercayaan terhadap kepercayaan-kepercayaan tahyul seperti hantu, jembalang, jin dan sebagainya. Ini merupakan contoh konsep abstrak orang Melayu untuk menakutkan bangsanya sendiri. Sudah menjadi trend masa kini kisah hantu dan genre seram difilemkan semata-mata ingin membangkitkan rasa takut orang terhadap entity sebegini. Bagi saya, ini merupakan salah satu ransangan negatif secara tidak langsung yang kurang disedari oleh masyarakat kita sekarang sehinggakan menjadikan anak-anak muda generasi sekarang seorang pengecut. Emosi takut juga dengan keyakinan diri. Saya percaya higga kini ramai diantara kita takut untuk bercakap di khalayak ramai kerana takut dikritik. Sebenarnya pada pendapat saya, perasaan itu tercetus akibat kita tiada pendedahan dan pengalaman sebelum ini. Jika tidak, pendedahan dan pengalaman dapat mengajar kita lebih berkeyakinan untuk bercakap dihadapan khalayak ramai tanpa rasa takut dan gementar. Apabila seseorang itu berasa takut, wajahnya akan sedikit berubah dan wajah takut mempunyai sedikit persamaan secara keseluruhannya di seluruh dunia. Pertama, matanya akan sedikit terbeliak dan terbuka luas (memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini), anak mata( pupils) mengembang (bagi membenarkan lebih cahaya masuk), bahagian bibir sedkit terangkat keatas, kening kedalam dan bibir tertarik kearah melintang. Menarik bukan?
Sekarang kita beralih kepada emosi Malu. Malu pula merupakan keadaan emosi yang tidak menyenangkan yang dialami apabila sesuatu perbuatan sosial atau professional yang tidak boleh diterima telah didedahkan kepada orang lain. Malu boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu peribadi dan profesional. Bagi kategori peribadi, perasaan malu terjadi disebabkan perhatian yang tidak diingini berlaku kerana kesalahan diri sendiri. Sebagai contoh apabila seseorang itu memakai silap kasut akan berasa malu apabila orang lain di sekeliling memerhatikannya dan bercakap mengenai kesilapannya itu. Hal ini pernah terjadi kepada diri saya. Bagi kategori profesional pula, malu berlaku apabila kita tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita dengan baik. Contoh yang paling senang yang semakin kerap berlaku ialah sikap sesetengah artis yang mengambil dadah dan termasuk dimasukkan ke pusat pemulihan. Sikap mereka ini amat memalukan kerana mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain, tetapi perkara yang sebaliknya yang berlaku. Sebagai pelajar perubatan, saya akan berasa malu jika saya melakukan kesilapan dihadapan pesakit saya walaupun pesakit itu cuma merupakan pesakit stimulasi. Ini kerana sifat malu itu sendiri saling berkait rapat dengan maruah seseorang. Apabila individu merasakan maruahnya sedikit terpalit, dia akan berasa malu di hadapan khalayak ramai. Malu ini sebenarnya merupakan sesuatu yang positif selagi mana ia tidak mendatang mudarat kepada diri sendiri namun ia akan menjadi negatif apabila emosi ini mampu mengganggu gugat kestabilan emosi yang lain. Apabila seseorang itu berasa malu dia akan kelihatan berpeluh, gementar,gagap, gelisah dan kadang-kadang sedikit tersipu-sipu dalam gerak tubuhnya.
Seterusnya kita beralih kepada emosi Sedih. Saya percaya semua diantara kita pernah mengalami situasi sedih bukan? Tambahan pula, musim perayaan hampir menjelang, pelbagai jenis lagu raya dimainkan dicorong-corong radio yang mampu membangkitkan perasaan sedih dan sayu dalam diri kita terutamanya bagi yang diperantauan seperti saya. Emosi Sedih merupakan perasaan atau mood yang memaparkan perasaan kehilangan dan kedukaan. Kesedihan yang melampau mampu membuatkan seseorang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan mampu mengganggu kualiti hidup seseorang itu sebagai seorang yang professional. Contohnya sebagai seorang doktor, seseorang itu haruslah mampu mengawal perasaan sedih dan simpatinya terhadap keadaan pesakit yang kronik dan tidak bernasib baik. Ini kerana jika minda kita diselaputi rasa sedih minda tidak dapat menjana tindakan kreatif dan berkesan untuk merawat pesakit. Jika seseorang doktor itu berasa sangat sedih terhadap pesakit kanak-kanak yang mengidap sakit jantung, dia akan berasa sangat simpati dan tidak sanggup untuk melakukan pembedahan terhadap anak kecil tersebut. Ini seterusnya menjejaskan profesionalismenya dan niatnya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Selalunya apabila seseorang itu berasa sedih dia akan menjadi lebih pendiam, tidak aktif dan mengasingkan diri. Keadaan ini jelas kelihatan apabila seseorang itu kehilangan individu yang tersayang seperti kematian ahli keluarga. Kesedihan selalu dikaitkan dengan keadaan suram, sayu, murung dan muram. Semua komponen bergerak sejajar dalam membentuk sifat sedih manusia. Terdapat teori seperti (Forgas,1992, 1994) yang mengatakan bahawa orang yang gembira akan lebih mudah dan cepat dalam memproses maklumat berbanding orang yang sedang bersedih. Tambahan pula, maklumat yang diproses oleh orang yang sedang gembira lebih tepat berbanding mereka yang sedang bersedih yang tidak mampu berfikir secara logik apabila emosi mula terganggu.
Saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut berkaitan emosi Marah kerana bagi saya ramai yang faham berkaitan perasaan ini kerana ia sangat sinonim dengan generasi sekarang yang mudah marah dan jurnal saya sebelum ini pun banyak mengupas berkait perasaan negatif ini. Akhir kata, saya berharap para pembaca dapat sedikit info berkaitkan emosi negatif ini dan berharap selepas ini kita akan lebih dapat mengawal emosi ini dengan baik. Selamat bertemu lagi dalam jurnal saya yang akan datang. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment