Saturday, August 13, 2011

A131504 Ng Kim Khim Lj03 Emosi negatif dan Teori adaptasi


Pada 10/8/2011, saya telah menghadiri  kursus ZT2253 Pengurusan Emosi bagi kuliah ketiga. Tajuk pada hari ini adalah tajuk 'Emosi Negatif' dan tajuk 'Teori Adaptasi'. Kuliah ini dijalankan selama dua jam dan memberi banyak manfaat kepada saya.

Sebelum kuliah bermula, kami telah dipaparkan satu slide yang berkenaan dengan sikap masyarakat terhadap kekayaan dan kemiskinan.  Slide itu telah menerangkan bahawa 'kekeyaan dan kemiskinan tidak disebabkan oleh kekayaan alam sumber tetapi disebabkan oleh sikap individual dan sesebuah masyarakat dalam mengusahakan sebuah industry.' Ini boleh dijelaskan dengan contoh di India. India merupakan Negara India mempunyai alam sumber yang kaya seperti tenaga kerja yang ramai, tanah yang luas tetapi mereka tidak sekuat dengan Negara-negara yang lebih kecil seperti Jepun dan Singapore. Ini menunjukkan kekayaan dan kemiskinan bergantung kepada sikap individual dalam masyarakat tersebut.

Kuliah ini mengutarakan empat emosi negative iaitu takut, malu, sedih dan marah. Bagi emosi negative pertama iaitu takut. Takut adalah tindak balas terhadap situasi yang bahaya dan berkaitan dengan emosi bimbang. Apabila kita berasa takut, reaksi seterunya mesti diikuti dengan perasaan bimbang dan risau. Mekanisme ketakutan adalah untuk kelangsungan hidup apabila berlakunya situasi negative.Sebabnya kejadian yang memberikan kesan trauma. Contohnya sekiranya seseorang jatuh ke dalam perigi yang gelap, sempit serta nyaris tenggelam di dalam perigi tersebut, kemungkinan besar dia akan menjadi clautrophobobia dan hydrophobia. Oleh itu, ketakuatan itu adalah sesuartu emosi yang abstrak. . Ketakutan ialah reaksi instinctive, bukannya yang dirancang secara sedar.  Selain itu, manusia mudah terpengaruh dengan perasaan takut, menyebabkan mereka menurut kata-kata orang lain sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri.

Bagi emosi negative kedua iaitu kemaluan. Kemaluan adalah ketika seseorang melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh diri sendiri dan masyarakat,melibatkan maruah dan air muka sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu yang secara social tidak dapat diterima tetapi adlah betul dari segi moral.   Contoh, silap pakai kasut, seluar koyak, zip seluar rosak, pakai baju terbalik akan menyebabkan seseorang itu berasa malu. Malu dikatergorikan kepada dua jenis iaitu malu personal dan malu professional. Malu personal adalah apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri kita. Sebagia contoh, jika seseorang bohong, muka dan telinga dia akan menjadi merah. Otak akan berfungsi secara keras sehingga bercakap salah dan melakukan kesilapan dalam perbualan dia. Oleh itu, kesilapan dia akan menjadi tumpuan perhatian orang lain dan menunjukkan 'malu personal'. Bagi jenis kedua iaitu malu professional. Malu professional melibatkan urusan yang berkaitan dengan perkerjaan contohnya kemudahan, perbelanjaan. Contohnya, seseorang yang menyalah guna kuasa beliau.

Bagi emosi negative ketiga iaitu sedih. Sedih merupakan reaksi yang natural serta menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan. Orang yang salah akan menjadi murung dan jika keadaan dia bertambah teruk, mungkin orang itu perlu diintervensi oleh pakar doctor untuk mengubati dia. Orang yang sedih selalunya orang yang pendiam dan suka asingkan diri dan tidak bersemangat. Bagi pengalaman saya, sekiranya saya berasa sedih, saya akan mengurungkan diri sendiri dalam bilik. Saya  tidak ingin berjumpa dengan orang lain disebabkan oleh kesedihan. Pada pendapat saya, orang yang berasa sedih mesti mempunyai tanda-tanda sedih. Jika seseorang itu muka tunduk, badan condong hedepan, bibir ke dalam, fizikal yang lemah dan pergerakan yang lambat, segala tanda ini menunjukkan dia berasa sedih. Orang yang sedih perlu process maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan (forgas, 1992,1994). Mereka memerlukan sumber cognitive yang lebih untuk memproseskan maklumat dengan tepat berbandingan dengan orang yang gembira.

Sad kitten » other » picblow • funny pictures, humor | http://picblow.com/en/img/1925

Bagi emosi negative terakhir iaitu marah. Marah boleh diekspresikan secara aktif,pasif. Marah secara aktif ialah serangan verbal atau fizikal. Marah secara pasif ialah menunjukkan muka masam dan tidak mempedulikan orang lain. Marah adalah hasil daripada rasa empati. Tindakan yang sengaja dilakukan menyebabkan kita bertambah marah. Sebagai contoh dalam pengalaman saya, sekiranya saya berasa marah, saya selalu akan melakukan perkara yang tidak rasional. Nada saya akan menjadi tinggi dan selalu menggunakan perangai yang buruk terhadap orang lain. Dalam segi fisiologi : tugas cortex untuk mengawal emosi marah dan berfikir. Kemarahan yang semakin menuncuk akan sampai satu titik dan sukar untuk bertenang dan perlukan masa yang panjang untuk berfikir. Biasanya pemikrtan dan keputusan tidak akan rasional. Orang yang marah tidak sesuai melakukan keputusan untuk mengelakkan membuat perkara yang salah contohnya bunuh diri . Untuk mengawal kemarahan, terdapat  empat langkah yang dijelaskan oleh pensyarah pada hari ini,

Langkah 1: Megaku hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2: Menilai samada situasi sesuai untuk kemarahan atau tidak.

Langkah 3: Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan,  nilaikan adakah anda perlu mengunakan pendekatan scr langsung atau tiidak langsung

Langkah 4: Setelah bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Langkah-langkah ini amat berguna untuk mengawal emosi kita semasa berasa marah.

Angry-face-1 | http://angrybits.com/

Bagi tajuk kedua iaitu 'Teori Adaptasi'. Kita bertindakbalas terhadap stimulasi . Contoh jika rumah kita dekat dengan stesen kereta api, dia akan menyesuaikan dan adaptasi dengan bunyi tersebut, tetapi bagi orang yang tinggal di tempat yang jauh dari stesen kereta api akan menganggap bunyi itu sangat bising. Bagi bontoh yang lain iaitu gaji. Aaras adaptasi meningkat apabila gaji meningkat. Tetapi mereka tidak akan berterusan berasa gembira sehingga mereka dapat gaji yang lebih baik.

Namun, Teori proses berlawanan Solomon, adalah hasil ubahsuaian teori asas adaptasi . Emosi adalah berpasangan, bila satu dialami, pasangannya akan di'tahan' . Pertama emosi awal dihasilkan, kemudian diikuti emosi yang berlawanan. Contohnya seseorang menang hadiah RM500, pada awalnya dia berasa gembira, kemudian baru berasa menyesal. Ini kerana dia akan berbelanja wang sampai habis duit. Segala wang akan hilang dalam sekelip mata sehingga dia berasa sesal.

Bagi pengalaman saya, semasa saya dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Pada mula masa saya berasa marah dan sedih kerana menganggap segala aktiviti itu tidak seronok, lama kemudian saya pula berasa seronok kerana dapat benefit seperti badan menjadi lebih sihat dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan dalam PLKN. Pengalaman itu membawa Teori proses berlawanan Solomon.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, orang yang gembira mempunyai sifat penyayang, orang yang sedih akan kelihatan lemah dan kurang upaya untuk melakukan sesuatu, orang yang marah akan menunjukkkan dia berkuasa dan dominant.(Keltner,1997) Menurut buku How To Conquer Negative emotion oleh Roy Masters, Mel Tappan, tahap kefahaman manusia terhadap konflit adalah minimal maka kita haruslah selalu mengelakkan perubahan emosi dari segi marah, sedih, malu dan takut. Dalam pembacaan buku ini, saya telah memahami kepentingan mengawal emosi dalam pengawalan emosi.

 


 

 

 

           

 

No comments:

Post a Comment