Saturday, August 13, 2011

Yap Mann Yin A131467

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia diucapkan kepada pensyarah yang dihormati dan rakan yang disayangi sekalian. Saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi pada hari 10 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas. Kuliah ini merupakan kuliah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan emosi positif dan negative secara lebih mendalam. Justeru,saya berasa diri sendiri dapat meningkatkan "Emotion Quatient" secara berterusan melalui kuliah-kuliah tersebut.

 

Refleksi terhadap tayangan video-video yang berkualiti dalam kuliah

 

Melalui pembelajaran yang menarik di dalam kuliah,iaitu tayangan lagu 'Baby' yang merupakan sebuah lagu remix Justin Bieber,kami telah menghayati jasa-jasa ibu. Lagu ini adalah bertemakan jasa-jasa yang mulia dan pengorbanan ibu terhadap anak-anaknya. Selepas menonton tayangan yang menyentuh hati ini,saya telah diingatkan sekali lagi bahawa saya perlu membalas jasa ibu dan menyayangi ibu saya dari semasa ke semasa.Hal ini disebabkan ibu kita telah berkorban banyak demi menglahirkan dan membesarkan kita.Jika kita tidak melayan ibu kami dengan baik,pastinya kami akan menyesal nanti.

 

Tambahan pula,Dr. Zamri juga menayangkan video yang berkaitan dengan kesan-kesan negatif yang didatangkan melalui peperangan yang begitu zalim sekali terhadap rakyat-rakyat Palestin tanpa mengira umur.Saya berasa begitu sedih kerana banyak orang telah dikorbankan.Semasa menonton tayangan ini,saya turut cuba membayangkan perasaan saya jika saya berada di sekitar tempat peperangan.Saya akan berasa takut kerana saya berada dalam satu situasi yang begitu membahayakan saya sekali.Saya turut akan berasa marah jika orang kesayangan saya meninggal dunia disebabkan peperangan dan ada kemunkinan perasaan membalas dendam akan timbul.Melalui imaginasi saya,saya sedar bahawa semua emosi yang timbul melalui peperangan adalah emosi negatif yang susah diatasi dan dielakkan.

 

Emosi Negatif

 

Emosi malu

Setiap individu yang normal akan menhadapi emosi yang kurang selesa apabila timbulnya kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dalam bentuk sosial atau professional.Adakah konsep malu dan segan adalah konsep yang boleh ditentukan dengan jelas dan tepat?Sebenarnya,tidak.Hal ini kerana konsep malu ini adalah bergantung kepada norma sesebuah masyarakat.

 

Berdasarkan pensyarah kami,terdapat dua bentuk emosi malu, iaitu peribadi (personal) dan profesional.Berdasarkan masyarakat Melayu,malu terdiri daripada malu sebagai perasaan, malu sebagai tanda harga diri,dan malu sebagai fungsi kawalan

Malu yang berjenis peribadi timbul kerana seseorang itu tidak harap mendapat perhatian yang tidak diingini dalam perkara persendirian dan seseorang itu akan berpeluh, cemas, tergagap-gagap dan gelisah. Malu profesional membawa maksud perasaan malu yang timbul daripada bidang pekerjaan dan seseorang itu akan malu sampai tidak dapat berkerja di tempat tersebut lagi. Sebagai contoh, setelah seseorang farmasi yang melakukan kesalahan seperti mencuri ubat-ubat dari hospital didapati,indivudi tersebut tidak dapat bekerja sebagai farmasi dan bekerja di tempat yang sama disebabkan malu professional.

 

Emosi sedih

Perasaan yang akan wujud apabila seseorang telah kerugian atau kehilangan sesuatu yang amat berharga kepadanya.Sehubungan itu,emosi ini adalah emosi yang berlakunya secara semula jadi.Adanya sesetengah orang yang dapat mengawal emosi sedih dan menukarnya kepada emosi yang positif.Sebagai contoh,jika seorang perempuan berpisah dengan orang yang dicintai,dia akan berasa sedih pada permulaannya.Walaubagaimanapun,sekiranya perempuan itu dapat mengelakkan kehidupannya daripada didominasikan oleh kesedihan,perempuan itu akan menjadi orang yang ingin menukarkan imej baru untuk menjadi lebih cantik dan berpengetahuan sebelum bertemu dengan orang yang akan mencintainya pada masa depan. Sekiranya kesediahan mendominasi diri kita,ianya boleh membawa kemurungan dan seterusnya mampu mumukat seseorang itu untuk malakukan perkara yang tidak diterima agama seperti membunuh diri dan juga memerlukan bantuan professional.

 

Emosi marah

Perasaan marah menggambarkan bahawa seseorang itu munkin berada dalam kesakitan, penderitaan, tertekan ,ancama.,atau sebagai cara berjuang demi kebenaran.Secara lebih jelas,kami akan berasa marah apabila menghadapi konflik.

 

Emosi marah seseorang tidak semestinya akan ditunjukkan secara luaran.Terdapat orang yang melepaskan kemarahan secara kasar sehingga akan melukakan orang secara

mentally atau physically dan ini boleh dikategorikan sebagai emosi marah yang aktif.

Emosi marah yang pasif bermaksud seseorang itu tidak menonjolkan emosi itu kepada sesiapa yang memyebabkan \kemarahan itu timbul.Menurut pendapat saya, kedua=dua emosi marah yang aktif dan emosi marah yang pasif adalah kurang bagus.Berdasarkan ilmu yang dipelajari,seseorang itu patut mengamalkan sikap assertive bukan sikap aggressive.Dengan sikap assertive,kami dapat melindungi hak-hak kami dan tidak mengurangkan hak-hak orang lain.

 

Emosi marah ini akan memberikan kesan-kesan yang negatif kepada badan kita,ataupun sebenarnya keadaan badan kami yang kurang bagus menyababkan kemarahan.

 

 

 

 

 

               

Ideologi-ideologi yang dipelajari dalam kuliah

 

Teori Tahap Adaptasi.

Teori ini merupakan teori yang membawa makna setiap individu mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Kami akan cuba menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan yang baru dialami secara semula jadi. Teori ini memang boleh diaplikasikan dalam banyak perkara di sekeliling saya. Contohnya, dalam zaman pembelajaran di matriculation johor ,saya telah menhadapi situasi yang baru dan sunyi,iaitu saya adalah pertama sekali tinggal di luar rumah untuk tujuan melanjutkan pelajaran.Pada masa itu,saya tidak dapat membiasakan diri lansung.Walaubagaimanapun,selepas beberapa bulan,saya mula berasa saya sudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan matriculation dan dapat menghayati bahawa kehidupan matriculation adalah sangat membahagiakan.

 

Teori Solomon

Setiap emosi yang kita alami akan menyebabkan kewujudan emosi yang lain. Secara lebih jelas, ketakutan seseorang terhadap seuatu cabaran akan berkurangan jika seseorang itu telah menghadapi cabaran ataupun kesusahan yang sama secara berulangan dan seseorang itu dapatlah mengawal emosi yang takut ini secara baik.Teori ini juga merupakan teori yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh,selepas kita telah berucap di orang ramai beberapa kali,ketakutan dan kerisauan kami terhadap perkara berucap di depan orang ramai akan berkurangan.Sehubungan itu,kami akan memberikan ucapan dengan lebih professional dan dapat berdepan dengan orang ramai dengan penuh keyakinan.      

 

Secara kesimpulannya, emosi negatif merupakan emosi semulajadi yang tidak dapat dielakkan tetapi adalah penting untuk kami mengawalnya.Hal ini adalah amat penting sekali terhadap kesihatan physical dan mental kami.Saya telah sedar betapa susahnya untuk mengawal emosi negatif.Saya berharap bahawa dengan adanya  pemikiran yang optimistik serta berkeyakinan terhadap diri sendiri , kebanyakkan cabaran dan dugaan akan dapat diatasi dengan baik.

Akhir kata,emosi-emosi yang negatif boleh dikurangkan mengikut cara-cara tersendiri.Untuk diri sendiri,saya berasa mendengar muzik di bawah dapatlah membantu saya.

 

Imagine there's no Heaven

It's easy if you try

No hell below us

Above us only sky

Imagine all the people

Living for today

 

Imagine there's no countries

It isn't hard to do

Nothing to kill or die for

And no religion too

Imagine all the people

Living life in peace

 

You may say that I'm a dreamer

But I'm not the only one

I hope someday you'll join us

And the world will be as one

 

Imagine no possessions

I wonder if you can

No need for greed or hunger

A brotherhood of man

Imagine all the people

Sharing all the world

 

You may say that I'm a dreamer

But I'm not the only one

I hope someday you'll join us

And the world will live as one

 

http://www.lyrics007.com/John%20Lennon%20Lyrics/Imagine%20Lyrics.html

 

 

No comments:

Post a Comment