Saturday, August 13, 2011

LIM YINN SHIEN A131719 jurnal 3

LIM YINN SHIEN        A131719

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal saya selepas menghairi kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang telah disampaikan pada 3 Ogos 2011  (Rabu)  bertempat di Dewan Kuliah 1, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Kuliah tersebut disampaikan oleh Dr. Zamri. Kuliah ini tentang  emosi negatif. Antara emosi negative yang telah dibincangkan dalam kuliah tersebut ialah takut, malu, sedih dan marah. Sebelum kuliah tersebut dimulakan, satu video tentang kemulian dan pengorbanana yamg telah dilakukan oleh seorang ibu untuk membesarkan dan mendidik anak-anak mereka telah dipaparkan.

Kuliah dimulakan dengan emosi neegatif, takut.Pada pendapat saya, ketakutan wujud apabila seseorang merasakan keselamatannya diancam ataupun berada dalam keadaan yang berbahayakan atau tidak selamat  serta berada dalam kebimbangan, keganasan dan lain-lain lagi. Ia merupakan salah satu mekanisme kehidupan, iaitu  sebagai tindak balas kepada sesuatu rangsangan yang negatif. Hal ini adalah disebabkan seseorang individu akan hilang kawalan dan sistem "fight and flight" dalam badan boleh diaktifkan akibat daripada penambahan quantiti adrenalin di dalam badan. Sebagai contoh, apabila dikejar oleh seekor anjing liar, saya akan berlari secepat mungkin untuk melarikan diri, menjauhkan diri daripada anjing liar tersebut  tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling. Akan tetapi, perasaan takut dan tahap ketakutan memanglah tidak sama bagi setiap orang. Hal ini adalah disebabkan terdapat banyak factor yang boleh merangsangkan perasaan takut. Tambahan pula, perasaan takut boleh dirasai, muncul atau terhasil dalam seseorang  oleh pengalamannya dalam menghadapi keadaan atau kemalangan berlaku sebelum ini. Contohnya, kalau seseorang individu pernah dipatuk ular sebelum ini, dia akan berasa sangat takut dan phobia terhadap spesies reptilia-reptilia. Selain itu,seseorang juga mempunyai perasaan takut dalam konsep-konsep yang lebih abstrak selain daripada terhadap benda-benda fizikal. Contohnya, perasaan takut dan menyebabkan seseorang  hilang kuasa kawalan terhadap sesuatu benda atau perkara  atau takut pada ejekan dan celaan sosial seperti kritikan dan penolakan. Namun demikian,  perubahan dari segi tingkah laku boleh dijelaskan dalam dua konteks yang berbeza. Bagi faktor abstrak, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi normal balik.

Seterusnya, emosi negatif kedua yang telah diperkenalkan dalam kuliah tersebut ialah perasaan malu. Perasaan malu dihasilkan apabila kita didapati melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Biasanya perkara tersebut boleh menyebabkan kehilangan maruah, tetapi ia juga dipengaruhi mengikut tahap dan jenis peristiwa yang berlaku. Kemaluan itu biasanya hanya dihasilkan dalam diri sendiri..Terdapat dua jenis perasaan malu, iaitu personal dan professional. Contoh malu yang bersifat personal termasuk apabila perhatian orang lain bertumpu pada hal-hal peribadi kita seperti kesilapan yang telah dilakukan dalam kehidupan seharian. Apabila seseorang berasa malu, emosi yang negative itu sering diiringi dengan pelbagai tindak balas seperti tersipu-sipu, berpeluh, gelisah, atau tergagap-gagap dan sebagainya. Yang satu lagi ialah malu profesional. Ia melibatkan urusan yang berkaitan dengan kerja rasmi atau urusan di tempat kerja, hal kewangan, atau sesuatu yang melibatkan nyawa seseorang. Kita malu apabila kita tidak dapat menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna.

 Emosi negative yang seterusnya merupakan kesedihan. Kesedihan adalah sejenis perasaan yang amat berkait rapat dengan kehilangan atau kekurangan sesuatu. Apabila tahap kesedihan seseorang menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan eadaan yang lebih teruk, contohnya kemurungan. Seseorang akan selalu berkelakuan kurang aktif ataupun pasif, senyap dan mengasingkan diri daripada orang lain semasa mereka basa sedih. Antara tanda-tanda kesedihan yang dipaparkan dalam seseorang adalah menundukkan kepala, memuncungkan bibir dan berkelakuan yang kurang aktif. Perasaan ini adalah bertentangan dengan perasaan gembira. Di samping itu, kesedihan juga boleh didapati dalam emosi lain seperti suram, muram, murung dan sayu. Sebanarnya, kesedihan boleh memberi kesan-kesan yang negatif terhadap seseorang manusia. Menurut Forgas 1992, 1994, seseorang individu yang gembira memerlukan masa yang lebih singkat untuk memproseskan maklumat dalam otak berbanding dengan individu yang berada dalam keadaan sedih.

Selain perasaan atau emosi yang telah diperkenalkankan di atas, kuliah disambungkan dengan perasaan atau emosi negative marah. Kemarahan  juga merupakan salah satu emosi yang selalunya dapat dirasai atau dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Pada pendapat saya, perasan marah yang dihasilkan dalam seseorang individu adalah berkait rapat dengan personality atau perwatakan seseorang. Contohnya, seseorang individu yang mudah berasa kecil hati selalunya mudah berbanding dengan seseorang individu yang berhati besar dan tidak mudah berasa marah atau berdendam. Seseorang yang mudah marah biasanya mempunyai  perasaan benci atau dendam dalam hati mereka. Berdendam juga boleh dilahirkan daripada hasrat dengki atau ketidakpuashatian. Semua ajaran agama, contohnya agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya  pun melarang perasaan marah dilahirkan dalam hati walau pun perasaan marah itu kadang kala memang agak susah dikawal. Meskipun kita tidak dapat melarang kelahiran perasaan marah dalam hati kita namun kita tidak patut menyimpan sebarang perasaan marah, benci atau berdendam dalam hati. Hal ini adalah disebabkan, mengikut kajian saintifik yang telah dilakukan, orang yang mudah marah atau suka menyimpan benci dalam hati, jangka hidup mereka adalah lebih pendek. Apabila menghadapi suatu situasi yang menyebabkan kemarahan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan. Yang pertama ialah mengakui hakikat bahawa diri sendiri berada dalam keadaan marah. Seterusnya menilai situasi tersebut, sama ada ia sesuai untuk kita meluahkan kemarahan dalam diri sendiri. Langkah ketiga ialah meluahkan kemarahan tersebut sekiranya rasa situasi itu sesuai atau mengizinkan kita berbuat demikian. Langkah keempat ialah imbas kembali apa yang telah lakukan atau alami serta tindakan kita adalah untuk tujuan membaiki diri sendiri setelah sesuatu peristiwa berlaku.

Akhir sekali, pensyarah juga memperkenalkan teori Solomon kepada  kita. Ia juga dinamakan Solomon Opponent Process Theory, dikeluarkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Berdasarkan teori tersebut, seseorang individu boleh didedahkan ke arah titik neutral dalam jangka masa panjang dan juga dalam jangka masa yang pendek. Teori itu juga menyatakan bahawa setiap emosi manusia boleh menyebabkan emosi yang bertentangan dengannya berlaku. Ia adalah berdasarkan dua peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu akan menghadapi emosi, sama ada positif atau pun negative. Di samping itu, pada peringkat yang kedua pula, emosi yang bertentangan dengan emosi di peringkat pertama berlaku. Contohnya, seseorang individu akan berasa bosan semasa membaca buku teks yang tebal apabila belajar dan individu tersebut akan menghargai segala yang telah  diperlajarinya pada masa depan kerana segala ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

 

Secara kesimpulannya, kuliah minggu ini amat bermanfaat di mana kita diajar untuk mengawalan emosi negatif. Kita dapatlah membuat keputusan dengan rasional dan bertindak secara cermat dan teliti tanpa menyesali jika kita dapat mengawal emosi, bukannya kita sendiri dikawal oleh emosi negatif. Akhir sekali, saya berharap untuk menimba lebih banyak ilmu dalam kuliah yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment