Saturday, August 13, 2011

A131550 Esther Ling Huey Ring LJ03

     Pada hari Rabu yang lalu, saya telah mengahadiri kuliah ZT. Kuliah tersebut dimulakan dengan lagu yang mengisahkan betapanya bahagia jika mempunyai Ibu dan ini merupakan sambungan daripada kuliah minggu lepas. Saya amat berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi saya Ibu yang begitu menyayangi saya.

     Kuliah pada minggu ini berkaitan dengan emosi negatif. Contoh emosi negatif ialah takut, malu, sedih dan marah.  Emosi negatif tersebut boleh menghalang kita untuk berjaya atau sebaliknya membantu kita untuk berjaya bergantung kepada seseorang itu. Sesetengah orang dapat memenangi emosi tersebut tetapi terdapat orang yang dikalahkan oleh emosi tersebut. Oleh itu, kita perlu memahami apa sebernanya emosi negatif tersebut dan impaknya terhadap kita.

       Sebenarnya, perasaan takut dapat dikesan melalui perubahan mimic muka manusia dan ekspresi wajah seseorang individu. Antara perubahannya melibatkan mata terbeliak, pupil seseorang juga akan membesar bagi membolehkan lebih cahaya masuk. Kening seseorang yang berada dalam ketakutan juga akan ke dalam. Bibirnya juga akan terhulur mendatar. Manusia boleh menjadi sangat tertekan dengan perasaan takut sehingga mereka mengikut keinginan orang lain begitu sahaja tanpa mengambil berat terhadap input dirinya sendiri. Mereka juga mungkin akan menjadi ganas sehingga mungkin akan membawa kemudaratan dan maut kepada seseorang. Bagi saya, saya akan berasa sangat takut apabila saya dikehendak untuk menyampaikan ucapan di depan orang ramai. Saya akan berdebar-debar dan tidak dapat berfokus. Saya tidak dapat menyampaikan apa yang difikirkan kerana saya telah cemas. Saya sangat takut untuk membuat kesilapan. Saya memang tahu ini merupakan kelemahan saya, dan saya berusaha untuk mengubah kelemahan saya ini.

      Manakala, perasaan malu adalah satu tahap emosi tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang apabila perbuatan sosial atau profesional yang tidak mendapat persetujuan, telah didedahkan kepada orang lain. Pada kebiasaannya, terdapat unsur kehilangan kehormatan atau maruah yang terlibat, tetapi tahap dan jenis kemaluan ini memang bergantung kepada situasi tertentu. Selain itu, perassan malu biasanya boleh membawa konotasi yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan yang semata-mata tidak boleh diterima dari segi sosialnya, dan bukannya salah dari segi moral. Rasa malu ini juga sangat subjektif, iaitu, sesuatu keadaan yang dikatakan memalukan oleh seseorang individu tidak semestinya akan menjadi memalukan bagi individu yang lain.

Emosi negatif ketiga merupakan kesedihan. Kesedihan adalah perasaan yang berkait rapat dengan kekurangan dan kehilangan. Apabila kesedihan seseorang mencapai tahap yang tinggi, ia akan menyumbang kepada kemurungan. Seseorang akan berkelakuan senyap, kurang aktif dan mengasingkan diri daripada orang lain ketika berada dalam keadaan sedih. Antara tanda-tanda kesedihan adalah menundukkan kepala, memuncungkan bibir dan kurang aktif. Perasaan ini bertentangan dengan perasaan gembira. Tambahan itu, kesedihan boleh didapati dalam emosi lain seperti sayu, murung, muram dan suram. Kesedihan sebenarnya akan memberi kesan yang negatif terhadap seseorang individu. Menurut Forgas 1992, 1994, individu yang gembira memerlukan masa yang singkat untuk memproseskan maklumat dalam otak berbanding kepada individu dalam keadaan sedih.  Emosi kesedihan ini banyak mempengaruhi seseorang. Emosi ini dapat memusnahkan seseorang tersebut jika dia gagal untuk mengalahkanya. Kesedihan dilahirkan semula jadi tetapi kita boleh mengurangkan tahap kesedihan dan sebagai stimulasi untuk hidup dengan lebih gembira.

 

Marah merupakan satu emosi yang biasa ditunjukkan ketika seseorang itu mempunyai ketidakpusan hati terhadap sesuatu atau benda yang diingini tidak dapat dicapai. Ini merupakan satu respons psikofisiologi yang ditunjukkan selepas individu tersebut mengalami situasi yang mencabarkan sama ada berbentuk ugutan seperti sikap tidak adil pada seseorang, memalukan diri seseorang itu serta perasaan pengkhianatan ataupun mengalami kesakitan. Sesungguhnya, perasaan marah dapat ditunjukkan dalam segi aktif dan pasif. Secara aktif, orang yang marah akan mengeluarkan kata-kata yang kasar ataupun cuba melakukan serangan fizikal terhadap musuhnya. Secara pasif pula, orang tersebut akan berkeadaan senyap dan kelihatan stress dan mengurungkan diri daripada sosial luar. Saya merupakan seseorang yang akan menunjukkan marah secara pasif. Saya tidak akan bertentang dengan orang yang menaikkan kemarahan saya kerana saya cuba mengelakkan konflik yang mungkin berlaku.

 

          Seterusnya, kami diperkenalkan dengan Theori Tahap Adaptasi. Theori ini mengatakan bahawa setiap orang mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Saya amat menyetujuhi dengan theory ini, kerana kami hidup dalam persekitaran yang tidak sama dan mempunyai pengalaman yang tidak sama. Pengetahuan dan pendidikan yang diterima juga akan mempengaruhi tindak balas terhadap sesuatu perkara. Manusia bertindak terhadap sesuatu rangsangan atau insiden yang baru dengan menggunakan peringkat adaptasi yang sedia ada dalam diri mereka. 

       Di samping itu , theory Solomon juga memaparkan bahawa setiap emosi yang kita dialami akan menyebabkan kewujudan emosi yang lain. Dengan erti kata lain, semakin banyak anda menghadapi cabaran dan dugaan yang sama, semakin kurang tahap ketakutan anda dan seterusnya dapat mengawal emosi dengan baik.

        Kuliah ini banyak menceritakan emosi negatif, emosi bukan sahaja memberi pengaruh yang negatif kepada diri sendiri tetapi juga memberi impak yang tidak baik kepada orang-orang di sekeliling. Oleh itu, kita haruslah mengawal emosi negatif kita dan jangan membiarkan emosi tersebut untuk mengawal kita. Biarlah berkawan dengan emosi positif.

No comments:

Post a Comment