Alhamdulillah, sekali lagi pada hari ini, 10/8/2011, saya dan rakan menghadiri kuliah pengurusan emosi bersama dr. Zamri dan kami belajar mengenai pengurusan emosi yang kedua iaitu emosi negatif. dr menyatakan bahawa emosi negatif merupakan satu tahap yang ada dalam emosi. Kita tidak semestinya perlu beremosi positif sentiasa tetapi kita kadang kala juga perlu beremosi negatif. misalnya, kalau kita berjumpa dengan singa, maka kita perlu berasa takut. saya juga pernah takut ketika saya berjumpa dengan binatang-binatang seperti lipas, kerana memikirkan akan kotor dan bahayanya lipas kerana boleh membawa kepada banyak penyakit yang merbahaya. Takut merupakan satu bentuk emosi negatif yang perlu ada dalam diri kerana takut yang terurus akan terarah kepada taat, contohnya takut kita dengan Tuhan Yang Menciptakan . Namun begitu kadang kala takut juga akan menyebabkan sesorang melakukan sesuatu diluar dugaan manusia dan dia akan cenderung untuk terpengaruh dengan respon yang diberikan oleh orang lain. Saya berpengelaman bersama-sama rakan-rakan pada suatu masa melihat cerita seram yang tiyangkan di televisyen kedai. Sesudah kami selesai, sesudah balik ke hostel dan bersedia untuk tidur, ada antara rakan-rakan saya yang tidak dapat tidur kerana memikirkan akan babak-babak yang diperhatikan dalam cerita itu tadi. Inilah mengapa pada zaman kini, orang lebih takut kepada hantu yang dicipta-cipta oleh orang lain. Juga, mereka kadang-kala lebih cenderung untuk takut kepada hantu lebih daripada Tuhan yang menciptakan manusia, yang Maha Perkasa lebih hebat daripada makhluk.
kemudian kami diterangkan pula tentang malu. Malu juga sama seperti takut, perlu ada pada setiap manusia untuk sesetengah keadaan walaupun ia termasuk dalam emosi yang negative. Malu mempunyai dua kategori, iaitu personal dan professional. personal merujuk kepada apabila kita melakukan sesuatu yang memalukan kita secara peribadi seperti saya pernah terjatuh ketika hendak berjalan di hadapan orang ramai. Perasaan bercampur-baur ketika itu kerana memikirkan pandangan orang yang melihat, dan ada juga terdengar gelak tawa kecil daripada mereka yang lihat saya itu. Bukan sahaja malu, disebabkan saya jatuh, maka saya juga mendapat rasa sakit. Sakit yang dirasa ketika kejadian itu terjadi, tidak terasa sangat kerana dalam minda kita hanya memikirkan akan pandangan orang kepada diri kita. Namun sejurus sahaja saya pergi dari situ, ketika orang lain tidak lagi lihat, maka sakit-sakit tersebut mula muncul. Inilah yang ada satu peribahasa menyebut, "sudah jatuh ditimpa tangga".bohong juga menyebabkan kita berasa malu jika kebohongan kita itu diketahui orang. Seperti yang kita tahu, apabila kira beremosi, pasti ada perubahan-perubahan yang berlaku pada diri. Jadi,reaksi apabila kita berasa malu adalah kita akan cuba tersenyum tersipu-sipu dan kadang-kala menyebabkan badan kita terketar-ketar. Peluh juga mula merembes dari kepala, bahagian ketiak, dan sebagainya. Yang kedua, malu dari sudut professional pula terjadi pada orang-orang yang selalu keluar media.mereka yang bergelar selebriti,pemimpin-pemempin kerajaan apabila mendapat bukti mereka bermain rasuah, dan sebagainya. Cerita-cerita tersebut akan diketahui orang ramai melalui media prima yang banyak bohong dan juga media alternative. Kami juga didengarkan dengan lagu-lagu emosi. Rasulullah juga pernah menyatakan tentang malu dimana ada satu hadis yang ekstrak yang dapat daripada hadis tersebut, dimana baginda menyatakan bahawa jika kita tidak malu maka buatlah apa sahaja yang kita suka. malu juga perlu bertempat dan dan ada masa orang tersalah anggap tentang malu itu. Ada yang bersandarkan pada hakikat di mana malu Rasulullah lebih daripada seorang gadis, jadi dengan ini mereka tidak mahu tampil kehadapan jika ditanyakan soalan, padahal itu bukanlah malu yang digalakkan. Malu yang disuruh kita lakukan adalah malu melakukan maksiat dan kemungkaran kerana kita tahu ada mata yang melihat. sedih terhadap keputusan yang dilakukan. ada yang menzahirkan sedih dan ada juga yang kadang-kadang menyimpan kesedihan mereka dan tidak diberitahu pada orang lain. Forgas menyatakan orang yg sedih lebih lambat memproses maklumat berbanding orang yang gembira. mereka yang sedih perlu mengenakan usaha yang lebih untuk memproses data. la tahzan sebuah buku ada memberikan suatu penukaran emosi bagi pembaca2. penulisnya dr. aidh abdullah alqarni.
marah terhadap kesakitan ada external dan internal. ada juga marah bila orang lain disakiti. marah secara fisiologi. keputusan yang dibuat ketika marah selalunya jangan di buat kerana keputusan yang dibuat ketika itu selalunya terdorong atas dasar marah itu sendiri. islam juga menjalankan cara untuk kita mengawal marah, dengan mengambil air wudhu'. marah hakikatnya adalah sesuatu masalah yang besar kerana kemarahan selalunya mengundang kepada banyak kesan negatif daripada postif. islam juga menyatakan bahawa orang yang perkasa adalah mereka yang dapat. mengawal kemarahan. la tahzan juga memberikan panduan untuk para pemimpin kita perlulah kuatkan jiwa untuk mengahadapi kritikan. jadi sebenarnya sabarlah yang perlu ada pada diri agar kemarahan tidak akan diluahkan lebih-lebih lagi pada orang yang kita sayangi. keruntuhan keluarga, penceraian antara suami dan isteri juga terdorong dari sifat marah yang tidak dapat dikawal dengan betul. mengikut dr aidh juga, kritikan merupakan suatu penghormatan dan selalunya kritikan dapat menjadikan kita sedar akan perkara yang kita tidak nampak sebelum ni.
teori atas adaptasi yang diberikan menyatakan tentang emosi yang kita lalui selalunya berdasarkan perkara-perkara yang kita alami. contoh, kita sudah gembira dengan apa yang kita ada, tetapi secara hakikatnya kita akan rasa tidak gembira selagi kita tidak memperoleh sesuatu yang lebih baik daripada perkara yang kita dalat itu. aras adaptasi kita akan berada di aras neutral atau tengah-tengah dan perkara yang gembira shaja akan menjadikan kita gembira. teori proses berlawanan solomon menyatakan bahawa bila kita ada emosi, maka akan wujud mosi yang beralawan denga. emosi yang wujud tadi pada sesorang yang lain. keadaan awal dan keadaan seterusnya. macam contoh saya pernah rasa suka dengan keputusan yang diperoleh, kemudian saya sedih kerana keputusan merudum daripada sebelumnya. ada juga yang pada mulanya emosi negatif dan kemudian akan timbul emosi positif seperti saya pada mulanya takut untuk memandu ketika pada mula-mula mendapat lesen namun semakin hari berpengalaman membawa kereta maka ketakutan terus hilang dan akhirnya saya rasa makin seronok membawa kereta. begitu juga saya apabila mendapat hadiah daripada ayah ketika kecil, hadiah kereta kecil dari ayah, apabila diri makin membesar, maka keseronokan saya terhadap kereta itu makin berkurang.
Pada akhir kuliah kami diberikan sedikit penerangan daripada dr zamri berkenaan dengan kerja berkumpulan yang kami akan lakukan nanti. Saya agak memahami tetapi perlu lagi memahaminya kerana kami akan dikumpulkan dalam hanya 4-5 orang satu kumpulan. Jadi tugas yagn akan dilakukan akan bertambah-tambah, tidak dikira lagi dengan jurnal yang perlu dibuat dan sebagainya. Namun apa yang baik harap diteruskan, dan apa yang kurang baik, moga terus tidak dilakukan lagi. wallahualam
No comments:
Post a Comment