Saturday, August 13, 2011

Syazwani Azwa Sulaiman A131368 LJ03

Time for the bad one, adaptation and the opposite.It's about your emotion       
                Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini merupakan penulisan jurnal saya yang ketiga berdasarkan kuliah ZT2253 pada 10 Ogos 2011 yang lalu. Kuliah tersebut merupakan kesinambungan daripada 3 topik iaitu emosi negatif, teori aras adaptasi, teori Solomon. Pada permulaan kuliah ini, kami telah dipertontonkan dengan satu video lagu yang bertajuk Ummi adaptasi dari lagu baby oleh Justin Bieber. Video ini benar-benar mengusik emosi saya memandangkan saya daripada naik sem tiga ini tidak lagi pulang ke rumah. Hal ini menunjukkan factor persekitaran boleh mempengaruhi emosi kita. Seperti lagu yang sedih boleh membuatkan seseorang itu mengeluarkan air mata. Selepas itu, kami dipertontonkan dengan satu slide show berkaitan dengan factor yang membawa kepada kebahagiaan dan kedukaan. Pelbagai cerita mengenai Negara seluruh dunia dipersembahkan dan saya tertarik dengan satu slide show yang diperkatakan oleh Doktor Zamri iaitu Switzerland bukanlah pengeluar koko yang terbesar tetapi menghasilkn coklat dia antara yang tersedap dan terkenal di mata dunia. Slide show ini menekankan bahawa 'attitude' seseorang itulah yang akan menjadi factor penentu kebahagiaan dan kedukaannya. Bukannya harta benda, kaya dengan sumber alam atau kepakaran tetapi attitude atau sikap itu sendiri yang akan mempengaruhi nilai hidup seseorang. Hal ini berkait rapat dengan jurnal saya yang kedua iaitu pemikiran positif melahirkan emosi positif seperti gembira dan bahagia. Begitu juga dengan attitude,having positive attitude is what drive you to positive mind and eventually to positive emotion. "Ability is what you're capable of doing. Motivation determines what you do. Attitude determines how well you do it." 
Everyone have burdens, i'ts not what happens to you that determines how far you will go in life ,it is how you handle what happens to you. Jadi, jika kita hebat dalam mengurus sikap kita, insyAllah hal ini secara tidak langsung akan menjadikan kita tahu mengurus emosi negatif dan mengecapi kebahagiaan. It's not about the triumph but the struggle we have gone trough and attitude it's all take.
Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day
Lagu ini membuka kuliah yang pertama iaitu emosi negatif. Mungkin kerana lagu ini boleh menunjukkan emosi-emosi negatif seperti takut,malu,marah dan sedih. Sememangnya peperangan bisa  membawa pelbagai emosi negatif kepada manusia.
                Pertama sekali saya akan menghuraikan emosi takut. Takut tindak balas emosi kepada bahaya yang akan berlaku, yang berkaitan untukkebimbangan.Takut adalah satu mekanisme survival, dan biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada rangsangan negatif yang tertentu.Takut yang berkaitan dengan beberapa negeri emosi termasuk bimbang,kebimbangan, keganasan, dan sebagainya.  Sebab-sebab takut termasuklah   oleh kemalangan trauma.Contohnya jika kanak-kanak jatuh ke dalam perigi dan perjuangan untuk keluar, dia boleh membangunkan takut sama ada ruang tertutup (claustrophobia) atau air (penyakit anjing gila).
Sementara rasa takut adalah paling sering dikaitkan dengan syarat-syarat atau objek fizikal, manusia takut juga boleh diilhamkan oleh konsep yang lebih abstrak. Takut kehilangan kawalan, sebagai contoh, adalah satu keadaan yang biasa dirujuk,sebagaimana yang takut kepada ejekan atau celaan sosial (kritikan, penolakan)
Takut jenis ini cenderung untuk tidak mempunyai kesan yang sama fisiologi sebagai kebimbangan dunia fizikal yang lebih serta-merta,Mereka mempunyai hasil tingkah laku yang sama, dan boleh menjejaskan seseorang individu dari segi skala
masa daripada biasanya jika takut pada objek fizikal. Saya juga belajar tentang ekspresi wajah seseorang apabila tengah takut seperti bibir bahagian atas akan naik,kening ke dalam dan sebagainya. Dalam ketakutan juga, seseorang individu bolah mengalami pelbagai peringkat emosi . Selain daripada itu, perasaan takut juga boleh menyebabkan seseorang individu itu bertindak agresif. Mereka yang dalam keadaan takut tidak akan boleh berfikir secara waras. Saya berkata demikian kerana, kita boleh lihat apabila kita berada dalam keadaan bahaya yang melibatkan nyawa, individu tersebut akan bertindakbalas dengan berlawan balik secara ganas dan keadaan ini turut boleh menyebabkan kematian kepada seseuatu pihak.
                Emosi negatif yang kedua ialah malu. Perasaan malu ini boleh dirasai bila kita melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak diterima dalam pekerjaan mahupun masyarakat. Perasaan malu ini melibatkan air muka dan juga maruah sesuatu individu itu. Perasaan malu ini juga boleh timbul apabila kita melakukan sesuatu yang tidak diterima secara social seperti, silap memakai kasut, pakai kasut terbalik, pakai baju terbalik, terlupa memakai seluar, silap kod pakaian, terjatuh dikhalayak ramai dan banyak lagi. Malu boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu malu secara personal dan juga professional. Malu secara personal ialah malu yang disebabkan oleh bila perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi kita seperti kesilapan diri kita, iaitu seperti berbohong, menipu dan sebagainya. Perasaan malu ini akan diikuti dengan senyum tersipu-sipu, berpeluh, gementar dan gelisah. Kadangkala, perasaan malu ini akan disembunyikan oleh seseorang individu dengan ketawa dan gelak. Emosi malu secara professional pula dapat dilihat dalam urusan yang melibatkan pekerjaan. Contohnya, malu bertambah besar dalam keadaan yang melibatkan tugas rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan-bahan yang besar, atau kehilangan nyawa manusia ataupun malu tak dapat menjalankan tugas.
Contoh sebab-sebab termasuk dasar gagal awam kerajaan, pendedahan amalan rasuah atau kelakuan yang tidak beretika, selebriti yang  menerima penelitian awam atau berhadapan dengan tindakan undang-undang, atau pegawai-pegawai yang terperangkap dalam situasi yang peribadi yang memalukan.
                    Emosi negatif yang ketiga ialah, sedih. Emosi sedih ini boleh berlaku apabila individu itu berasa kerugian, kehilangan serta kegagalan.  Apabila seseorang itu berasa sedih, ini akan membawa kepada kemurungan yang berpanjangan sekiranya kesedihan itu amat teruk. Contonhya, apabila kita kehilangan seseorang yang kita amat sayangi ataupun kita tidak lulus dalam peperiksaan. Emosi negatif yang keempat aialh marah. Marah adalah psikologikal respon kepada kesakitan, kesengsaraan, tekanan atau ancaman. Marah juga boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Aktif, contohnya, kemarahan dilemparkan secara fizikal atau percakapan kepada target manakala pasif pula dicirikan sebagai merajuk, sifat agresif dan tekanan perasaan. Saya juga belajar tentnag fisiologi yang membawa kepada marah dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya marah.
                Tajuk kuliah yang kedua berkisar tentang teori aras adaptasi. Aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut  yang bergantung kepada situasi rangsangan yang khusus. Kita secara automatiknya menetukan titik neutral atau titik adaptasi utuk setiap satu dari simulasi yang pelbagai dan apabila ada rangsangan luar yang masuk kita akan membandingkannya dengan titik adaptasi sama ada ianya lebih tinggi nilinya atau rendah. Emosi juga beroperasi sperti ini,anda tidak akan rasa gembira sehingga keadaan anda menjadi baik dan hanya sesuatu yang lebih tinggi dari titik neutral anda sahaja akan membuatkan anda gembira. It's seems unfair but that's LIFE is.
                Tajuk kuliah yang terakhir ialah teori proses berlawanan Solomon. Teori Solomon menyatakan bahawa keseimbangan emosi kearah tahap semulajadi bukan berlaku secara berpanjangan tetapi turut berlaku secara singkat. Setiap emosi yang wujud akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Sekiranya emosi itu berpasangan, semua satu sahaja yang akan kita alami, selebihnya akan dipendamkan atau disimpan. Kronologi emosi pertamanya akan mendekati peringkat primer. Peringkat primer ini peringkat dimana kita tidak mempelajari dan berlaku secara automatik. Di dalam peringkat kedua pula iaitu peringkat berlawanan. Di dalam peringkat ini, emosi yang wujud akan bertentangan dengan emosi di peringkat primer. Peringkat ini lebih lama serta lebih kuat dengan berlakunya pengulangan. Ini menyebabkan peringkat primer menjadi lemah.  Contohnya, pertama kali membuat terjunan dari tempat yang tinggi, kita akan merasa takut. Tetapi apabila kita sering terjun, lama kelamaan kita akan berasa berani dan seronok untuk melakukannya.
                Akhir sekali saya berasa gembira dan amat tertarik dengan kuliah kali ini kerana saya lebih mengetahui tentang emosi itu sendiri kerana bagi saya adalah penting untuk mengenali emosi negatif dan cara mengurusnya daripada mengenali emosi positif. Hanya orang yang mampu mengawal dan mengurus emosi negatifnyalah yang akan mendapat emosi positif.
 

No comments:

Post a Comment