Saturday, August 13, 2011

A131844 Mohd Hafizuddin Bin Mohd Zayadi LJ03 BIARKAN AKU BERBICARA

Assalamualaikum w.b.t
Pada kuliah yang lepas, kami telah didedahkan dengan pelbagai topic yang menarik untuk saya tulis dalam jurnal saya pada kali ini…
Kami didedahkan dengan kuliah yang bertajuk emosi negative, adaption level theory, dan Solomon opponent process theory. Saya akan sentuh tajuk-tajuk kuliah ini dalam jurnal saya pada kali ini. Bagi saya, tajuk-tajuk kali ini amat dekat dengan diri saya.
EMOSI NEGATIF
kami didedahkan dengan beberapa emosi negative contohnya, takut, malu, sedih dan marah.
Pertama sekali adalah TAKUT
Definisi- Fear is an emotional response to impending danger, related to anxiety.
Ada terdapat pelbagai factor yang membolehkan kita merasa takut, antaranya ialah terdedah kepada trauma, keadaan fizikal atau objek dan sesuatu yang abstrak.
Apabila kita terdedah atau mengalami trauma, kita akan merasa takut. Ianya satu emosi yang kita akan alami. Pada pengalaman saya, saya pernah mengalami serangan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Pada waktu itu, saya merasa amat takut. Saya bukan sahaja merasa takut pada waktu itu sahaja, tapi memikirkan hari-hari yang mendatang. Saya terfikir, adakah penyakit saya akan lebih teruk, bagaimana jika saya mati, dan pelbagai persoalan yang bermain di minda saya yang menjurus kepada negative. Perasaan takut ini juga bukan sahaja dialami oleh diri saya seorang sahaj, tetapi turut dirasai oleh orang-orang sekeliling. Contoh terdekat ialah ibu saya sendiri. Saya tidak tahu apa yang berlegar dalam fikirannya tetapi saya tahu dia takut apa-apa terjadi kepada diri saya. Keadaan fizikal atau objek juga dapat menyumbang kepada tercetusnya perasaan takut ini. Contohnya, kita takut melihat binatang buas dan sebagainya. Ia akan membuatkan kita merasa takut terhadapnya. Ini kerana kita berfikiran ia akan member efek yang negative terhadap diri kita. Oleh itu, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelak. Akhir sekali, perasaan takut kepada sesuatu yang abstrak. Contohnya, seseorang yang tidak pernah menjumpai hantu atau makhluk ghaib akan tetap merasa taklut walaupun mereka tidak pernah melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Melaui penceritaan tentang hantu yang kini meluas di media massa, manusia akan lebih cenderung merasa takut terhadap objek yang abstrak ini.
Melaui kuliah ini juga saya didedahkan dengan ekspresi muka ketika kita takut. Mungkin kita tidak sedar tetapi inilah yang berlaku jika kita merasa takut…
 
 
 
 
 
The facial expression of fear includes the following components:
·         One's eyes widen (out of anticipation for what will happen next)
·         The pupils dilate (to take in more light)
·         The upper lip rises
·         The brows draw together [kening ke dalam]
·         Lips stretch horizontally
 
MALU
Definisi- unpleasant emotional state experienced upon having a socially or professionally unacceptable act or condition witnessed by or revealed to others.
Bercakap tentang malu, saya rasa semua pernah merasai kejadian yang memalukan diri sendiri. Tidak kisahlah kita malu melalui gurauan atau kita berbuat salah dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Melalui kuliah ini, saya dapati malu dapat dibahagikan kepada dua iaitu
-PERSONAL
Embarrassment can be personal, caused by unwanted attention to private matters or personal flaws or mishaps.
-PROFESSIONAL
Refers to especially after statements expressing confidence in a stated course of action, or willful disregard for evidence.
SEDIH
Definisi- is a mood that displays feeling of disadvantage and loss.
Bercakap tentang kesedihan, ianya satu emosi yang saya rasa menjadi lumrah dalam hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini. Kesedihan  adalah satu emosi yang menyebabkan kita kadang kadang tak dapat untuk mengawalnya. Kesedihan itu merangkumi pelbagai aspek dan pelbagai sebab. Ada antaranya boleh mnyebabkan semua orang sedih, ada yang menyebabkan sesetengah golongan yang merasa kesedihan tersebut. Contohnya, kematian orang yang tersayan. Kematian orang tersayang menyebabkan orang sekeliling akan merasa sedih, walaupun sedih tak semestinya mengalirkan air mata. Namun, dalam hati mereka tetap rasa kesedihan itu.
Saya ingi berkongsikan lagu yang bagi saya meruntun jiwa saya…
 
Sudirman(Salam Terakhir )

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir
Lagu ini akan menggamit memori tentang orang yang telah pergi meninggalkan kita dan perasaan sedih itu engan sendirinya akan dating dan menyebabkan kita boleh mengalirkan air mata. Kehilangan orang tersayang akan menyebabkan impak emosi sedih yang besar kepada seseorang. L
 
 
MARAH
Definisi- is a psychophysiological response to pain, perceived suffering or distress, or threat.
Perasaan marah merupakan satu perasaan negative yang boleh menjurus kepada pelbagai kesan negative yang lain. Contohnya, kemarahan boleh menyebabkan pembunuhan, pergaduhan dan rusuhan. Ianya akan mengancam keselamatan individu ataupun komuniti. Kemarahan juga adalah satu medium untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap sesuatu. Ketidakpuashatian tidak semestinya sesuatu yang negative. Ia mungkin juga sesuatu pandangan untuk menentang sesuatu yang negative. Sebagai contoh, paparan video yang ditunjukkan oleh pensyarah kami mengenai kekejaman di Gaza. Timbul dalam hati saya satu perasaan ketidakpuashatian dan juga kemarahannyang membuak-buak terhadap kekejaman zionis. Sungguh sadis melihat di era globalisasi ini terdapat juga kekejaman yang sedemikian yang bersandarkan propaganda-propaganda tertentu dalam menjatuhkan satu sama lain. Bagaimana keamanan ini dapat dicapai jika mentality pihak yahudi sungguh cetek dalam mentfsir peperangan. Lebih menimbulkan kemarahan saya ialah melihat nyawa-nyawa yang tidak bertosa tergadai ibarat mati katak ketika peperangan. Saya tidak melihat ini sesuatu emosi yang negative, namun haruslah berpada pada tempat dan situasi. Saya mendoakan suatu hari nanti keamanan dapat dicapai di Gaza. Sama-samalah kita mendoakan….
ADAPTATION LEVEL THEORY
Tidak banyak yang disentuh dalam teori ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah sesuatu keadaan yang kita tidak biasa lama kelamaan kita mencuba adaptasi dengan keadaan tersebut. Lama kelamaan kita akan terbiasa dan menjadikan sesuatu perkara itu sesuatu yang tidak bererti dan biasa bagi kita.
Sebagai contoh, jika kita sudah terbiasa gembira dengan sekadar lulus periksa kita akan merasakn lulus adalah segala-galanya kita tidak akan cuba untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Namun teori ini seterusnya dimodifikasi oleh Solomon.
SOLOMON OPPONENT PROCESS THEORY
-emotions balance toward a neutral point not only in the long run but also in short run.
"Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion"
Kesimpulannya, teori ini menerangkan walaupun kita terbiasa dengan Sesutu dan member respose, terdapat juga respose lain yang terlibat. Dan ianya mengambil jangka masa singkat dan panjang…
Sebagai contoh, makan makanan berkhasiat itu agak boring, tp lama-klamaan kita terbiasa dan member kesan positif kepada kita…
Sekian…

No comments:

Post a Comment