A13744 AISYATUL NADIAH BT MOKHTAR ALFAKARI-LJ03 EMOSI NEGATIF:TAKUT,MALU,SEDIH DAN MARAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Bertemu kembali kita kepada lanjutan jurnal bagi kursus ZT : Pengurusan Emosi, siri ketiga yang bakal membincangkan topik yang telah disampaikan oleh Dr. Zamri pada Rabu yang lalu bertajuk emosi negatif iaitu terdiri daripada empat element seperti tajuk jurnal saya di atas. Sebelum ini telah dibincangkan tentang emosi positif dengan kata lain emosi yang baik. Ini bermakna lawannya pasti emosi negatif. Betul?.Pasti betul dan kata lainnya juga ialah emosi yang buruk atau tidak baik tetapi adakah emosi negatif ini sentiasa perlu dikatakan tidak baik kepada kita dan apabila dikatakan tidak baik mestinya kita tidak sepatutnya mempunyai emosi tersebut. Adakah benar?.Jawapannya ialah tidak benar. Semua manusia bukannya diciptakan dengan sempurna. Kita ada kelemahan masing-masing. Kita perlu seimbang dalam setiap aspek kehidupan seperti emosi. Tidak boleh terlalu negatif kerana boleh mendatangkan keburukan kepada diri sama ada fizikal mahupun rohani dan juga memberi impak kepada orang lain juga terutama mereka yang amat mengambil berat terhadap diri kita seperti ibu bapa. Kadang-kadang perlunya juga beremosi negatif, sekiranya tidak maka seseorang itu seperti mayat hidup. Takut tidak, sedih tidak pelik sangat orang macam itu. Dalam keempat-empat element pasti kita ada memilikinya walaupun satu.
TAKUT :
Sebenarnya takut merupakan satu emosi yang bertindak balas sekiranya kita menghadapi situasi yang bahaya. Contohnya jika kita diekori oleh orang tidak dikenali, mesti wujudnya perasaan takut, mungkin takut diragut atau diculik. Emosi ini juga dikaitkan dengan kebimbangan. Contohnya jika anak tidak balik rumah pada waktu yang sepatutnya, ibu bapa pasti bimbang akan keselamatan anaknya itu maka lahirnya perasaan takut akan ada perkara yang buruk berlaku pada anak mereka. Takut dan bimbang selalunya berkait rapat. Emosi ini perlu dilihat dari sudut impak positif yang mana membawa kepada 'survival mechanism'. Kita perlu ada emosi takut supaya dapat melonjakkan keinginan kita untuk terus hidup atau lawan dengan perasaan tersebut dan ia selalunya diaktifkan oleh stimulus negatif seperti nampak binatang buas(buaya). Takut dapat ditunjukkan sebagai contoh kita berada dalam situasi yang mana kita jumpa buaya terlepas, mulanya takut kemudian fikiran kita mula memproses tindakan seterusnya dan selalu kita akan mengambil keputusan untuk melarikan diri bagi tujuan hendak hidup. Lain keadaan sekiranya kita mempunyai tahap berani yang maksimum boleh bertarung sekira diserang oleh binatang tersebut. Takut juga boleh dikaitkan dengan emosi-emosi lain seperti cemas, risau, gerun dan lain-lain.
Terdapat banyak sebab kenapa seseorang tercetusnya emosi ini seperti trauma. Trauma pula mungkin melibatkan fizikal atau benda. Banyak situasi yang berlaku disebabkan pengalaman ini. Contohnya kanak-kanak didera semasa kecil oleh ibu bapanya seperti dipukul atau ditampar, berkemungkinan apabila dia dewasa peristiwa itu membayangi kehidupannya menyebabkan emosi dia terjejas seperti akan lahir perasaan takut kepada kesakitan ataupun takut pada benda yang boleh menyakitkan seseorang. Ada juga situasi seseorang itu takut disebabkan oleh sesuatu yang abstrak seperti kritikan dan hinaan. Perkataan yang tidak baik boleh menjadi racun yang amat berbisa dan boleh membunuh manusia. Mungkin orang yang melafazkan itu kadang-kadang tidak menyedarinya. Oleh itu, pelihara percakapan kita agar tidak membawa kepada perkara negatif seperti terputusnya ikatan persahabatan. Kesan trauma disebabkan oleh situasi ini lebih dalam berbanding jika melibatkan fizikal. Sekiranya seseorang itu tidak kuat imannya boleh membawa kepada keputusan untuk membunuh diri. Emosi takut boleh digambarkan dengan ekspresi wajah. Orang yang takut akan menunjukkan ekspresi seperti mata terbeliak, bahagian atas mulut akan naik, kedua-dua bulu mata akan dekat dan ,mulut akan tertarik panjang. Emosi ini mesti dikawal dan berada pada tahap stabil kerana sekiranya mencapai tahap kronik, seseorang itu mungkin tidak akan berfikir panjang dalam membuat keputusan seperti bertidak di luar dugaan.
MALU :
Malu merupakan satu keadaan emosi yang tidak menyenangkan dicetuskan apabila menghadapi situasi yang tidak dijangkakan dan dilihat atau terdedah kepada orang lain. Ia juga melibatkan faktor kehilangan maruah diri dan hormat. Berapa banyak dan jenis berdasarkan situasi yang berlaku tersebut. Sikap malu bagi saya mesti ada tetapi sekiranya berada di tahap yang terlalu dalam kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang lain. Orang seperti ini bagi saya mempunyai kemahiran sosial yang amat lemah. Malu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu personel dan profesional. Sifat malu secara personel selalunya berlaku disebabkan perbuatan kita sendiri seperti orang mengetahui pembohongan kita atau kalah teruk dalam satu pertandingan. Kita jangan terlalu yakin dengan setiap tindakan yang dilakukan bahawa ia kan berpihak kepada kita kadangkala boleh jadi tidak menyebelahi kita contohnya menipu – sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Dalam Islam pentingnya menjaga aurat terutamanya wanita kerana wanita itu amat dititikberatkan soal maruah. Sebagai wanita wajib mempunyai perasaan malu sekiranya memakai pakaian yang mendedahkan aurat kerana melalui itu sudah tercalar maruah dan harga diri kepada pandangan orang lain terutamanya kaum lelaki. Berbalik kepada situasi sebagai contoh jatuh tergolek depan khalayak ramai, boleh bayang tahap malu itu berada maksimum dan kadang-kadang bagi menghilangkan perasaan tersebut mereka akan senyum seolah-olah tidak ada apa yang terjadi. Orang macam ini memang paling lawak. Saya ada seorang kawan, F, dia kalau bercakap memang semangat sangat sampai orang tidak boleh potong line dengan tangan-tangan sekali jadi pada suatu hari ini, lepas habis makmal praktikal sampil jalan pergi bus stop dia semangat cerita padahal dekat belakang ada seorang pensyarah. Dia nak lalu tapi F menghalang laluan, saya perasan tetapi tidak boleh masuk line, lama juga masa diambil sampai pensyarah itu tegur minta laluan dan mengatakan kepada dia betapa semangatnya bercerita, muka si F merah padam sangat dan saya gelak naik pecah perut. Moralnya di sini, jika ingin menyampaikan cerita lihat kepada kawasan sekeliling agar tidak tahan sendiri malu sendiri dan gerak badan pun kena pandai kawal. Kedua ialah jenis malu profesional seperti pecah amanah, kena tangkap rasuah dan seumpamanya. Ia selalunya melibatkan situasi tentang tanggungjawab seseorang dalam pekerjaan.
SEDIH :
Sedih merupakan mood yang menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin dalam keadaan kehilangan atau kurang baik. Sekira sedih itu berlarutan boleh menyebabkan seseorang itu dalam keadaan tertekan. Tertekan boleh memberi tekanan jiwa kepada seseorang dan jika tidak dirawat boleh menjurus kepada gangguan mental dan kurang waras. Dalam situasi sedih, seseorang itu mungkin bercirikan lemah, tidak bermaya, pendiam dan suka menyendiri. Bukan itu sahaja, ada juga kurang suka bersosial dan tidak mahu keluar rumah tetapi ada sesetengah remaja terutama remaja menjadikan medium bersosial atau berhibur sebagai tempat mereka melupakan kesedihan yang dialami. Kita boleh katakan seseorang itu bersedih sekira mempunyai tanda-tanda seperti tunduk, lemah dan perlahan pergerakan, murung, muram dan lain-lain. Bagi saya, ada 2 perkara yang paling membuat saya sedia ialah kehilangan ahli keluarga dan terputus persahabatan. Ada kata jika kena tinggal dengan 'boyfriend' amat sedih tetapi bagi saya sedih itu tidak dapat dibandingkan dengan pedih dan terluka hati apabila dikhianati oleh sahabat terutamanya yang amat dipercayai dan disayangi. Forgas,1992,1994 mengatakan bahawa orang gembira cepat memproses maklumat dan tepat berbanding orang sedih. Rsen,1987 mengatakan bahawa kebolehan seseorang itu memproses maklumat bergantung pada modnya. Secara logiknya memang benar. Orang gembira mempunyai ciri 'affection'. Orang sedih lemah dan banyak kelemahan. Orang pemarah bercirikan dominan dan berkuasa. La Tahzan.
MARAH :
Tindak balas apabila dalam keadaan atau situasi kesakitan, di perkenakan orang, sengsara dan tertekan. Marah boleh diluahkan dalam keadaan passive atau aktif. Aktif bermaksud orang yang merah mungkin melepaskan kemarahannya secara kata-kata atau fizikal kepada mangsanya seperti memberikan tumbukan di muka manakala secara pasif seseorang itu tidak melepaskan kemarahannya, hanya mendiamkan diri dan menunjukkan sikap 'tension'. Kita tidak boleh lari dari perasaan marah kerana setiap orang mempunyai ego tersendiri. Saya mengaku diri ini seorang pemarah pasif. Kadang-kadang kita berasa marah jika terdedah kepada situasi yang menjengkelkan.
No comments:
Post a Comment