Saturday, August 13, 2011

A131621 TAN YUET YANG LJ03

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.  Dalam kuliah ketiga ini yang diadakan pada 10 Ogos 2011,bermula pada 2 hingga5 petang yang diadakan di dewan kuliah 1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur saya telah didedahkan dan diajarakan topik yang bertajuk " Emosi Negatif". Tetapi sebelum memasuki topik yang terbaru ini, pensyarah kami, iaitu Dr. Zamri memulakan sesi kuliah tersebut dengan menayangkan satu kilp video di mana seorang penyanyi menyanyikan lagu yang berkisahkan emak ataupun ummi ataupun mama dalam versi lagu "Baby" dalam edisi Melayu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda yang sangat termashyur pada dekad ini iaitu Justin Bieber. Kenapa lagu yang bertemakan mama ini dimainkan? Ini adalah kerana ibu kita merupakan satu sumber yang membawa kebahagiaan yang tidak ternilai ke dalam hidupan kita, disebabkan oleh itu, saya berasa video ini teramat sangat bermakna dan sangat sesuai dan menepati kuliah yang diberikan pada minggu depan, iaitu kuliah yang bertemakan Kebahagiaan.

Selain itu, Dr.Zamri juga menyambungkan kuliah minggu lepas tentang kebahagiaan dengan menerangkan salah satu konsep kebahagiaan ,iaitu kebahahagiaan Negara.  Untuk mecapai kebahagiaan, sumber tenaga manusia adalah faktor yang paling penting untuk mecapainya. Apabila sifat-sifat seperti menepati masa, semangat tidak berputus asa dan lain-lain lagi diterapkan ke dalam jiwa rakyat tersebut, Negara itu akan berjaya dan bahagia. Contohnya, di negera Jepun, tanahnya kurang dan landskapnya yang bergunung-ganang tidak mengalakkan penanaman untuk dieksport. Walau bagaimanapun, Negara Jepun tetap mempunyai status ekonomi kedua tertinggi di dunia. Di Negara tersbut juga, walaupun rakyat di sana kurang minat dalam permainan bola sepak, tetapi  segelintir mereka yang berminat telah menjadi pemain bintang bola sepak yang hebat dan telah dijemput untuk menyertai kelab-kelba gergasi di dunia seprti Manchester United. Di Negara Switzerland, walaupun tidak mempunyai penanaman pokok koko di Negara tesebut, tetapi Negara tersebut tetap mampu menghasilkan coklat yang terbaik dan paling berkualiti di persada antarabangsa. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Ini adalah kerana semangat dan sifat-sifat yang dipupuk dan ditunjukkan oleh rakyat Negara-negara tersebut masing-masing yang membolehkan Negara itu berjaya dan rakyat dapat hidup dengan bahagia.

Selepas itu, kami menyambung kuliah kami dengan topicyang terbaru. Pertama, kami dieperkenalkan dengan emosi negatif. Emosi negative yang pertama merupakan ketakutan. Takut merupakan satu emosi ataupun tindakbalas terhadap sesuatu situasi yang berbahaya. Ia juga merupakan satu mekanisma untuk kelangsungan hidup. Contohnya apabila kita menghadapi situasi yang menbahaya contohnya seekor singa sedang terlepas dari sangkar, kami melarikan diri dalam kerana kami takut. Kita melarikan diri untuk menyelamatakan diri kita untuk terus hidup. Salah satu faktor utama yang menyebabkan seseorang itu ialah kemalangan ataupun pengalaman yang pahit terhadap sesuatu situasi. Contohnya, pada umur 19 , saya telah terlanggar sebuah kereta di sisinya kerana jalan yang terlalu sempit, oleh sebab itu, saya mempunyai perasaan takut untuk memandu di tempat yang sempit. Selain itu, ketakutan juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang abstrak, contohnya takut diejek masyarakat ataupun dikritik oleh orang. Semasa seseorang itu takut , cirri-ciri yang akan dipaparkan oleh seseorang itu adalah seperti kening masuk ke dalam, bibir dipanjangkan, mata dibesarkan dan lain-lain lagi.

Emosi negatif yang kedua ialah perasaan malu. Pada pengetahuan saya, perasaan malu berlaku apabila seseorang itu terbuat sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat social contohnya, terpakai baju tidur ke pejabat, seluar terkoyak, zip seluar tidak ditutup , pakai baju terbalik dan sebagainya.Perasaan malu ini kerap dikaitkan dengan kehilangan maruah. Malu boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu malu personal ataupun professional. Perasaan malu bersifat personal merupakan perasaan malu yang dialami seseorang hasil daripada kesilapan individu tersebut contohnya malu apabila didapati berbohong. Apabila seseorang itu mengalami perasaan malu yang bersifatkan personal ,dia akan memaparkan cirri-ciri seperti berpeluh, tersipu-sipu, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Untuk malu bersifat professional, perasaan ini timbul apabila kesilapan berlaku berkaitan dengan pekerjaan, contohnya kempen ataupun dasar kerajaan yang gagal, ataupun celebrity yang langgar undang-undang dan mengundang perasaan malu terhahap diri celebriti itu sendiri, contohnya, Lindsay Lohan yang telah menlanggar undang-undang seperti mencuri dan mengambil dadah telah dimalukan apabila berita ini disebarkan di media.

Seterusnya, emosi negatif yang telah saya pelajari ialah emosi sedih. Perasaan ini dikaitkan apabila kita mengalami kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun sesuatu yang berharga. Perasaan sedih juga boleh membawa tekanan apabila tidak dikawal dengan baik. Contohnya, perasaan sedih ini banyak dialami oleh pelajar yang masih menuntut pelajaran dan berusaha untuk mencapai keputusan yang didamkan oleh ibu bapa atupun sendiri. Situasi ini kerap dilihat pada pelajar perubatan. Contohnya, saya selalu cuba sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang baik tetapi keputusan yang selalu didapat adalah lebih buruk daripada yang disangka Namun, perasaan sedih ini seringkali tidak dikawal, maka ini akan menyebabkan pelajar mengalami tekanan perasaan yang akhirnya membawa kepada stress yang boleh memyebabkan seseorang itu tidak rational untuk membuat keputusan, contohnya keputusan untuk bunuh diri selepas mendapat keputusan yang tidak diingini.. Menurut Forgas (1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, sertan proses informasi yang lebih tepat.

Selepas itu, kuliah ini diteruskan dengan emosi negatif keempat, iaitu marah. Marah merupakan satu tindakbalas ketika seseorang itu mempunyai ketidakpusan hati terhadap sesuatu atau tidak menerima sesuatu benda yang dingini. Ini merupakan satu respons psikofisiologi yang ditunjukkan selepas individu tersebut mengalami situasi yang mencabar halnya sama ada berbentuk ugutan seperti sikap yang berat sebelah, memalukan diri seseorang itu serta perasaan yang mengkhianati individu tersebut ataupun mengalami kesakitan. Sebenarnya, perasaan marah dapat dibahagikan ataupun dintunjukkan oleh seseorang individu dalam segi aktif ataupun pasif. Sekiranya seseorang itu ingin meluahkan perasaan marahnya secara aktif, orang yang marah itu akan mengeluarkan kata-kata yang kasar and kesat ataupun cuba melakukan serangan fizikal terhadap musuhnya. Kalau secara pasif, individu tersebut akan mensenyapkan diri sepanjang masa dan munujukkan emosi yang tertekan ataupun mengurungkan diri daripada bergaul dengan masyarakat luar.

Seterusnya, kuliah kami diteruskan dengan topik kuliah "Teori Tahap Adaptasi".Teori ini mengatakan bahawa setiap orang mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Contohnya, seseorang yang tinggal berdekatan ke  lapangan terbang akan membiasakan diri mengadaptkan diri sendiri dengan bunyi bising kapal terbang, tetapi sekiranya mereka yang tinggal jauh dari lapangan terbang datang ke temapt tinggal yang dekat, mereka akan beranggapan tempat itu bising kerana mereka tidak mengadpatasikan diri mereka lagi. Tambahan pula, teori Solomon juga menerangakan bahawa setiap emosi yang dialami akan menyebabkan kewujudan emosi yang lain yang berlawanan. Dengan erti kata lain, semakin banyak anda menghadapi cabaran dan dugaan yang sama, semakin berani kita melakukannya dan tahap ketakutan kita akan menurun.

Sebagai kesimpulannya, adalah amat penting untuk kita mengwal emosi-emosi negatif ini supaya aktitiviti harian kita tidak terjejas terutamanya pelajat perubatan UKM supaya mereka boleh menjadi seorang doktor yang berjaya pada masa depan.

No comments:

Post a Comment