Saturday, August 13, 2011

GHANESHINEE A/P SATHIYASEELAN A131598
LJ03 PENGURUSAN EMOSI
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pada 10 ogos 2011 yanag lalu, saya telah menghadiri kuliah ZT 2253 yang  ketiga dan ini adalah jurnal saya yang ketiga. Sebagai permulaan Dr.Zambri telah menayangkan beberapa  video klip antaranya ialah lagu Justin Bieber  dalam bahasa Malaysia. Video ini mempunyai banyak  isi yang tersirat dan salah satunya  ialah kasih sayang. Perkataan "ummi" dalam video ini membawa maksud kepada mama. Video ini berkaitan dengan kuliah yang kedua iaitu emosi positif seperti gembira. Video klip seterusnya bertajuk "look into my eyes".  Video ini menceritakan kisah negara-negara yang berperang dan nasib penduduk Negara itu. Maksud atau pesanan yang dibawa dalam video tersebut adalah emosi-emosi negative yang dialami oleh penduduk-penduduk Negara itu dan tiada sebarangan kebaikan yang diperolehi daripada perang. Kesedihan dan kedukaan mereka boleh dilihat melalui mata mereka. Emosi-emosi negative yang dialami oleh penduduk ialah sedih, takut, kepatihan, kedukaan dan kemarahan. Kesedihan mereka muncul apabila mereka kehilangan atau kematian ahli keluaga mereka  dan kehilangan tempat tinggal mereka .
Sekarang saya akan beralih kepada tajuk pertama kuliah yang ketiga iaitu emosi-emosi negative seperti marah, takut, malu,risau,sedih dan sebagainya. Takut boleh didefinasikan sebagai satu mekanisma untuk hidup dan selalunya berkaitan dengan emosi-emosi yang lain seperti  kerisuan dan sedih. Terdapat situasi-situasi tertentu yang menyebabkan muncul  ketakutan dalam diri seorang. Sebagai contohnya  apabila seseorang itu menonton gambar atau filem-filem hantu, dan juga dalam situasi diancam oleh orang lain. Ketakutan seseorang itu boleh menyebabkan seseorang itu bertukar menjadi agresif.  Contohnya  dalam situasi yang takut , seseorang itu boleh bertukar menjadi ganas dan boleh menyebabkan kematian. Ketakutan seseorang boleh dieksperasikan dalam air muka seseorang. Terdapat empat ciri-ciri ketakutan iaitu mata akan menjadi besar,"pupil " yang terdapat dalam mata akan menjadi besar untuk membenarkan kemasukan cahaya yang maksimum kedalam mata, bibir bahagian atas akan menjadi lebih lebar,kening ke dalam, bibir akan ditarik "horizontally".
Emosi negative yang seterusnya ialah malu. Kemaluan boleh didefinasikan sebagai  satu emosi yang tidak disenangi apabila seseorang itu tidak dapat menyesuaikan dirinya kepada situasi  yang menyebabkan maruah atau identitinya  tergugat.  Contohnya  pemakaian pakaian yang tidak sesuai, silap memakai kasut, seluarnya terkoyah , zip seluarnya tertanggal dan selainnya.  Emosi malu ini dapat dikategorikan kepada dua iaitu personal dan professional. Personal adalah isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal peribadi seperti kalah atau berbohong. Semasa seseorang itu berbohong terdapat cara-caranya untuk mengenal pasti  seseorang iti berbohong atau tidak, antaranya ialah muka individu tersebut akan bertukar menjadi merah, mereka berasa gatal pada bahagian mukanya, telinga mereka akan menjadi merah dan pertuturan mereka tidak selari  dan mereka akan selalu menukar info-infonya. Terdapat cara-cara yang tersendiri untuk menyembunyikan perasaan malu mereka . contohnya mereka akan senyum atau ketawa seseorang. Dari segi professional pula berkaitan dengan perkerjaan mereka.
Selain daripada itu, emosi negatif yang lain adalah sedih. Emosi sedih adalah emosi  yang paling senang dikenalpasti oleh orang ramai sebanyak 50 peratus selepas emosi gembira iaitu 90 peratus. Terdapat banyak irama-irama sedih dalam lagu dan budaya kita. Ciri-ciri sedih ialah seseorang itu akan menjadi pendiam, tidak atau kurang bersemangat, suka mengasingkan diri mereka daripada semua orang dan yang paling kritikal adalah sanggup membunuh diri atau boleh mengancam keselamatan orang lain. Terdapat tanda-tanda yang tersendiri untuk emosi negative ini iaitu muka tunduk, tidak senyum , kelihatan seperti dirinya kehilangan sesuatu yang berharga. Orang sedih lebih perlahan, kurang perhatian , tidak boleh memproseskan maklumat, tidak boleh menumpukan perhatian.presepsi orang gembira dengan orang sedih adalah berbeza kerana mereka mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
Sekarang mari kita beralih kepada emosi negative yang lain, iaitu marah. Marah adalah tindak balas emosi terhadap kesakitan. Kemarahan juga diekspresikan secara aktif atau pasif.  Aktif adalah serangan verbal atau fizikal manakala pasif adalah muka masam, dingin dan tidak bertegur sapa. Hasil rasa empati bertambah jika tahu tindakan yang menyebabkan kemarahan adalah sengaja dilakukan. Seterusnya , fisiologi marah adalah dihasilkan oleh amygdale iaitu mengenal pasti ancaman dan tindak balas. Tugas cortex dalam otak manusia adalah untuk mengawal emosi marah,warna dan sebagainya. Mengawal adalah mengembalikan emosi atau badan kembali kepada yang normal atau biasa. Sebagai penyelesaian,pakar-pakar menyatakan bahawa penangguhan kemarahan adalah yang terbaik untuk dirinya sendiri dan orang ramai.ini disebabkan orang yang marah tidak mempunyai pendapat yang rasional pada ketika itu, sebagai contonnya mereka boleh bertindak  agresif untuk membunuh dirinya ataupun orang di sekelilingnya. Juga diberitahu bahawa ketika seseorang itu marah, jangan menbuat keputusan , ini disebabkan kewajaran mereka tidak begitu stabil. Mereka dinasihati untuk menenangkan diri mereka sebelum membuat atau mengambil sebarangan tindakan atau langkah yang terbaik. Dalam persepsi Islam kemarahan adalah tanda kelemahan dan dari aspek Buddha terdapat empat langkah. Antaranya ialah:
 langkah pertama: mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
Langkah kedua: menilaikan samaada situasi untuk meluahkan kemarahan atau tidak
Langkah ketiga: sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, meluahkan kemarahan dengan pendekatan langsung atau tidak langsung
Langkah keempat: setelah bertindak, imbas kembali akan tindakan diri untuk membaiki diri.
Sebagai konklusinya, jangan terus kepada kesimpulan. Menurut  La Tahzan, kita seharusnya perlu menguatkan jiwa untuk mendengar kritikan orang itu kerana kritikan adalah satu jenis penghormatan atau salah satu sumber untuk menambah baikan diri sendiri.
Kuliah yang seterusnya , ialah teori aras adaptasi. Konsep asas adalah penilaian kognitif. Kita tindak balas terhadap sesuatu peransang berdasarkan penyesuaian diri. Sebagai contohnya aras adaptasi meningkat apabila gajinya meningkat dan aras yang diletakkan oleh diri sendiri seperti markah kelulusan  adalah 50% tetapi untuk dirinya sendiri ditetapkan kepada 90%. Teori proses berlawanan soloman 1980 menyatakan bahawa emosi adalah berpasangan. Sebagai contohnya penagih dadah pada permulaannya dimulakan kerana berasa seronok dan gembira , lama kelamaan keseronokan itu akan bertukar kepada penagihan iaitu walaupun mereka tidak berasa keseronokannya ,mereka terus mengambilnya kerana mereka berasa mereka tidak boleh hidup tanpa dadah. Contoh ini menunjukkan penukaran emosi positif iaitu gembira kepada emosi negatif. Sebelum mengakhirkan kuliah yang ketiga Dr.Zambri telah emnayangkan lagi satu video klip yang bertajuk " don't be sad". Video ini menbawa pesanan bahawa kesedihan tidak membawa sebarang kebaikan kepada diri sendiri dan orang di sekelilingnya. Jadi kenapa membenarkan  emosi negative itu mempengaruhi diri anda?  Akhir katanya emosi negative ataupun positiff menpuunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Sekiranya kita tidak memperolehi sebarang kebaikan daripadanya kenapa hendak berterusan dengan emosi itu. Kita boleh mengawal emosi kita, melalui kuliah ini saya dapat merealisikan bahawa mengawalan emosi terletak dalam tangan seseorang. Jadi saya berharp dalam kuliah yang seterusnya saya dapat mempelajari lagi cara-cara untuk mengawal emosi dan info-info yang berkaitan dengan emosi.
Sekian ,terima kasih.

No comments:

Post a Comment