Saturday, August 13, 2011

A132033 Siti Dzulaikha Zulkifli

Wednesday, 10 August, 2011,4.46 PM
 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....
                Hari ini lepas ja balik dari kulaih pengurusan emosi aku terus buka laptop dan mula menulis refleksi  tentang kulaayahlong sebentar tadi.Macam biasalah,kuliah yang menarik dengan contoh yang mudah difahami.Tahniah ayahlong! =)..Ok,aku rasa macam biasa aku nak cerita dulu la pasal perasaan aku ketika dalam kuliah tu sebelum aku mula hurai tentang nota kuliah.Hari ini aku berazam nak siapkan jurnal ni dalam masa yang lebih cepat daripada yang junal yang sebelum ini. Aku  mesti siapkan jugak sebelum pergi  bazar! Kuliah hari ni aku bertenaga sanagt..Aku pun tak tahu kenapa.Aku rasa macam best ja kuliah hari ni,tapi terkejut jugak bila pusing ja belakang ramai ja kawan aku yang tidoq.Mugkin diorang tdow lewat kut semalam.. =)Overall aku bagi 8 markah untuk diri aku sebab  boleh fokes masa kuliah tadi. Syabas awak!!        
                Pada awal kuliah aku tak tahu la sama ada apa yang diajar oleh ayahlong termasuk dalam objektif pembelajaran ke tidak. Masa tu aku ingat ayahlong nak suntik semangat untuk kami semu.Masa lagu Justin tu aku tak dengar sangat.Jadi aku memang tak boleh nak komen apa la.Apa yang aku ingat sampai sekarang ialah factor yang mendorong kejayaan sesebuah Negara.Faktor yang paling utama adalah 'education & attitude'. Aku rasa aku sokong sangat dengan fakta ni sebab hanya dengan ilmulah kita mamapu untuk mara ke hadapan.Hanya dengan ilmu jugalah kita dapat merancang dan menentukan hala tuju negara kita.Ilmu merupakan sesuatu yang tidak akan habis jika digunakan sebaliknya ia akan bertambah.Ini berlainan sekali dengan harta kekayaan.Ini dapat kita lihat berdasarkan kemelut dunia yang berlaku sekarang.Iraq merupakan negara yang mempunyai  telaga minyak terbesar di  dunia.Oleh itu bayak negara luar yang cuba untuk menguasai Iraq.Akhirnya wujudlah peperangan yang mana telah meruntuhkan ekonomi  negara tersebut.Tetapi ini terjadi kepada negara  yang memepunyai  teknologi yang maju seperti Jepun.Jepun bukanlah sebuah negara  yang kaya dengan sumber asli,tetapi Jepun mampu untuk berdiri setaraf dengan negara maju yang lain.Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ilmu sangat penting untuk menjamin pembanggunan dan kesejahteraan negara.Attitude atau sikap merupakan antara elemen yang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan negara,seterusnya negara yang sejahtera pula akan  mudah untuk maju kerana pentabiran  negara akan lebih banyak teetumpu  kepada pembanggunan negara.
                Minggu lepas  kami belajar tentang emosi positif.Minggu ini pula kami didedahkan dengan emosi  negatif.Emosi negative bukan sesuatu yang buruk yang tidak  harus ada dalam setiap individual.Emosi ini perlu ada dalam setiap individu tepati kadar intensity emosi  haruslah tidak berkebihan supaya  kita tidak  terlalu dipengaruhi oleh emosi ini.Jadi kita haruslah bijak mengawal emosi ini.Antara contoh emosi  negatif  adalah takut,malu,sedih dan marah.
                Pada pendapat aku definisi takut ialah perasaan apabila kita berdepan dengan sesuatu yang kita  tidak suka atau dengan sesuatu yang  negative.Setiap orang mempunyai rasa takut.Apa yang berbeza adalah bagaimana rasa takut itu dizahirkan dan apakah ransangan yang menyebabkan perasaan takut berlaku.Sebagai contoh,seseorang mungkin takut kepada hantu manakala individu yang lain pula takut kepada binatang buas.Ransangan takut mereka adalah berbeza.Oleh itu tindakan yang diambil untuk menghilangkan rasa takut juga mungkin berbeza.Perasaan  ini mungkin disebabkan kita trauma ataupun factor sekeliling yang menyebabkan ransangan takut untuk setiap individu itu berbeza. Aku ada seorang kawan yang kata dia takut nak menunggang motosikal.Pada mulanya aku terkejut la jugak kan.Aku ingat dia bergurau sahaja.Tetapi bila aku tanya kat kawan- kawan  yang  lain barulah mereka cerita yang kawan aku tu dulu pernah kemalangan.Jadinya dia takut sangat nak menunggang motosikal.Inilah menunujukkan bahawa kawan aku ni fobia dengan motosikal.
                Contoh emosi yang kedua adalah malu.Perasaan malu selalunya akan dirasai apabila kita melakukan sesuatu perbuatan yang berbeza dengan apa yang selalu dilakukan oleh kebanyakkan orang walaupun pada hakikatya perbuatan itu sememang tidak salah.Kalw sebut pasal malu ni memang banyak contoh la.Contoh yang paling mudah ialah kita akan berasa malu kalau pakai baju terkalih.Padahal perbuatan itu bukannya menyalahi agama atau undang-undang.Tetapi disebabkan semua orang memakai baju dengan betul jadinya kita akan berasa malu kalau pakai baju terkalih=)
                Seterusnya ialah emosi sedih.Semu orang sudah tentunya tidak akan gemar dengan emosi ini.Emosi ini boleh meyebabkan penyakit kemurungan kalau dalam istilah perubatan.Namun sebagai individual yang mempunyai perasaan kita tidak boleh lari daripada emosi ini.Emosi ini selalu dirasai ketika kita kehilangan seseorang atau seseatu benda yang paling kita sayang.Emosi ini juga selalu dirasai apabila kita gagal untuk mendapat sesuatu yang kita idamkan atau dambakan.Sudah menjadi lumrah dalam hidup ini sesuatu yang hidup pasti akan mati,jadi kita haruslah bersedia untuk merasai emosi ini kerana kita pasti akan merasainya.Walaupun emosi  ini emosi  negatif  tapi badi aku kesannya amat positif.Ini disebabkan apabila  akusedih dan  menangis ,aku pasti akan bangkit dengan semangat dan azam baru. Terima kasih perasaan sedih! I love u!=)
                Akhir sekali adalah perasaan marah.Perasaan ini la yang paling aku tak suka.Tapi  emosi  ini juga penting untuk sesetengah keadaan.Contohnya ketika perlulah marah ketika orang cuba mengambil kesempatan atas kebaikkan kita.Kalau kita terus biarkan tanpa marah atau mengur mereka sudah pasti mereka  akan terus mengambil kesempatan terhadap kita.Rasulullah  S.A.W pernah bersabda bahawa orang yang paling kuat antara kamu ialah orang yang mampu mengawal marah.Hadis ini sendiri menunjukkan bahawa perasaan marah adalah sesuatu yang sukar dikawal.Oleh itu kita haruslah cuba janganlah cepat berasa  marah kerana  apabila perasaan marah itu telah hadir maka susahla kita untuk mengawalnya.
                Selepas belajar emosi negative kami didedahkan pula dengan teori asas adaptasi.Aku rasa aku suka dengan teori ni sebab teori  bayak sangat kaintannya dengan hidup aku.Teori ini mengatakan bahawa  emosi akan berubah apabila kita melakukan sesuatu  atau berdepan dengan peristiwa yang sama  berulang kali. Kalau nak kaitkan dengan kehidupan aku memang bayak la contoh yang aku nak bagi.Tetapi aku rasa satu contoh pun dah cukup kut,kalau tak nanti terlebih panjang pulak jurnal aku kali ni nanti..hehe.Masa hari pertama aku tahu aku dapat tawaran belajar medic kat UKM,aku rasa seronok sungguh.Sampai semua orang dalam rumah aku,aku peluk..hehe.Tapi sebulan lepas tu  perasaan aku tak dak la seronok sangat.Sekarang ni aku sampai dah tak rasa apa-apa bila orang puji aku belajaq medic.Sekarang ni aku teringin nak jad specialist pulak.Selalunya macam tu la manusia kan.Manusia memang tak akan pernah puas dengan apa yang diperolehinya.Adakah ini sifat manusia secara semula jadi atau ianyan mampu diubah?Aku pun tak tahu la jawapannya apa.huhu
                Kesimpulannya emosi negative bukan sesuatu yang harus dielakkan tetapi  ianya harus dikawal.Bagaimana?? Mungkin dengan belajar pegurusan emosi =)
 
TAMAT.
Wednesday, 10 August, 2011,6.48
DURASI: 2 JAM 2 MINIT =)

No comments:

Post a Comment