Saturday, August 13, 2011

Noor Asmidar Anuar A131751 LJ03:Emosi Negatif,negatifkah emosi itu?


Assalamualaikum.

            Bersyukur kita kepada Allah kerana pada 10 Ogos 2011 lepas kita sekali lagi diberi peluang untuk  mengikuti kuliah Dr Zamri.Bercakap mengenai 10 Ogos,ini  bermakna genaplah 10 hari kita melalui bulan ramadhan untuk tahun ini.dan seperti yang kita tahu, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "Inilah bulan yang pada permulaannya membawa rahmat Allah, pertengahannya memperoleh keampunan (maghrifah) dan penghujungnya mendapat kebebasan dari api neraka" (H.R Ibn Khuzaimah).Bermakna tinggal pertengahan dan penghujung bulan ramadhan sahaja untuk sama-sama kita rebut kelebihan dan kebaikan daripada bulan ini.

            Pergi kepada topik kita,pada minggu lepas,kita telah belajar tentang Emosi Positif dan Negatif,Teori Asas Adaptasi dan juga Teori Solomon.Tetapi sebelum itu,Dr Zamri telah menayangkan kepada semua pelajar 1 music video yang rentaknya sama dengan lagu "Baby,nyanyian Justin Bieber".Tetapi yang membezakannya ialah liriknya telah diubah untuk ditujukan kepada seorang ibu daripada kepada seorang kekasih.Pada mulanya,saya merasa janggal mendengar lagu tersebut kerana ini pertama kalinya saya mendengar lagu nyanyian Justin Bieber itu diubah liriknya.Namun setelah beberapa ketika mendengar lagu ini,saya rasa sebenarnya lagu ini agak sayu tambahan lagi apabila saya mengenangkan kesalahan saya selama ini terhadap ibu saya.Bercakap mengenai ibu,saya ingin berkongsi sebuah artikel yang telah say abaca baru-baru ini di laman sesawang I LUV ISLAM yang bertajuk "Abang,tunggu mak di syurga" .Artikel ini adalah kisah benar yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berunur 4 tahun, adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.Melalui artikel ini,saya dapat melihat betapa tinggi dan agungnya kasih saying seorang ibu itu menjaga anaknya sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.Untuk bacaan lanjut, http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/3387-qabang-tunggu-mak-di-syurga-yaq.html.
           
Baiklah.Pada minggu yang lalu kita telah belajar tentang Emosi Positif dan Negatif.Melalui tajuk ini kita dapat lihat emosi negatif menurut kajian adalah sikap-sikap seperti malu,sedih,takut dan juga marah.Namun begitu,walaupun menurut kajian mereka mengklasifikasikannya sebagai emosi negative,tetapi pada pendapat saya emosi-emosi seperti ini tidaklah selalunya negatif.Padahal kita semua mempunyai hak untuk mengekspreskan perasaan masing-masing tetapi biarlah kena pada tempat dan waktunya.Bagi saya,tidak salah untuk kita merasa sedih sekali-sekala dalam hidup ini kerana tidak mungkin tidak ada langsung perkara-perkara sedih yang terjadi dalam hidup kita.Sesekali kita masih boleh tersenyum walaupun pahit,namun kadangkala pula kita sudah tidak mampu lagi menahan perasaan sedih,begitu juga lah emosi yang lain-lain.Sementara itu,saya tidak menafikan yang perasaan-perasaan ataupun emosi seperti ini boleh membawa kepada keburukan terutamanya apabila ia terus menerus dilayan.Contohnya,seperti yang selalu kita ketahui,kes bunuh diri kini semakin meningkat dan kebanyakannya terjadi apabila seseorang itu terlalu sedih lalu memikir-mikirkan hal tersebut hingga membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
Bagi emosi seperti marah pula,bagi saya lebih baik kita keluarkannya dari diri kita dengan cara belajar memaafkan orang lain.Seperti yang kita tahu,kebanyakan kes pembunuhan yang terjadi adalah disebabkan perasaan dendam yang ditahan-tahan sehingga membinasakan diri sendiri serta orang lain juga.Seperti dalam islam,
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :

1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Namun begitu,menurut islam juga,ada juga kemarahan yang dikategorikan dalam kategori yang terpuji iaitu kemarahan yang timbul kerana menurut perintah Allah dan juga kerana untuk membela islam seta umatnya.Bagi seorang muslim,kemarahan dalam jiwanya itu adalah kerana marah akan ganguan orang lain terhadap kehormatan dirinya,keluarganya serta umat islam serta memarahi mereka yang mengerjakan maksiat.Dan sesungguhnya membenci di dalam hati itu adalah selemah-lemahnya iman.
Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15).
Secara kesimpulannya,emosi marah seperti ini tidak salah tetapi biarlah ia disalurkan kepada tempat yang betul dan jangan sesekali membiarkan akal kita dikawal oleh perasaan marah tetapi akallah yang sepatutnya mempertahankan diri kita daripada membinasakan.Tambahan lagi,hanya akallah yang membezakan kita daripada binatang dan haiwan di luar sana.Jadi sewajarnya kita berusaha menahan dan mengenepikan perasaan marah ini.Sesungguhnya orang yang mulia adalah apabila dikerjakan kejahatan terhadapnya,dia membalasnya dengan kebaikan sedangkan dia mampu untuk membalas dengan kejahatan juga.Renung-renungkanlah…
           
 Melalui topik emosi negative yang kita belajar pada hari rabu yang lalu juga memberitahu kita bahawa emosi malu itu terbahagi kepada dua,iaitu malu dalam kategori professional dan juga satu lagi dalam kategori personal.Malu personal contohnya seperti tiba-tiba diri kita menjadi perhatian ornag lain yang disebabkan oleh hal-hal peribadi,contohnya seseorang itu ditangkap mencuri atau sebagainya.Bercakap mengenai perasaan malu,ingin saya berkongsi sedikit pandangan islam terhadap malu ini.Allah memberikan sifat malu kepada manusia salah satunya agar manusia merasa malu dan tidak bertindak sesuka hati seperti binatang.Tetapi perasaan malu itu biarlah bertempat dan bukanlah sehingga boleh membinaskan diri sendiri bak kata satu pepatah, "malu bertanya sesat jalan".Dalam islam juga,malu itu adalah sebahagian daripada iman dan rasa malu kepada Allah juga adalah salah satu kompenen yang diperlukan untuk kita sebagai umat islam untuk khusyuk di dalam solat.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,
 "Iman itu memiliki tujuh puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan laa ilaaha illallah (tiada illah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan rasa malu termasuk salah satu cabang iman."
Bagi pendapat saya sendiri,rasa malu itu perlu,sekiranya manusia tidak langsung merasa malu,sudah tentunya manusia bertindak seperti binatang,berjalan dengan tidak berpakaian pun tidak rasa apa-apa.Tetapi bagi saya juga,sama seperti emosi marah dan sedih,emosi malu juga perlu disalurkan kepada tempat yang betul,dan tidak seharusnya seseorang itu malu dalam menuntut ilmu,contohnya malu akan ditertawakan apabila bertanyakan sesuatu yang mungkin orang lain telah fahami tetapi kita masih belum.Mungkin sesetengah daripada kita merasa perkara ini remeh,namun inilah yang benar-benar berlaku dalam realitinya.
           
Saya rasa setakat ini sahaja lah kot apa yang dapat saya refleks tentang emosi negatif,yang kita telah belajar pada hari rabu lepasSehingga betemu lagi di minggu hadapan,ditempat dan waktu yang sama..hahahahaha…Saya pun sekadar berkongsi pendapat,apa yang baik itu datangnya dari Allah,dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Sekian.:-D
           


 


No comments:

Post a Comment