Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah kursus Pengurusan Emosi , Dr. Zamri dan kepada rakan rakan Fakulti Perubatan. Ini merupakan jurnal pembelajaran yang ke tiga untuk kursus ini. Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 10 Ogos 2011 yang lepas. Kuliah pada hari tersebut merupakan kesinambungan kuliah mengenai emosi positif dan negatif , dan turut menyentuh mengenai tajuk Teori Aras Adaptasi. Namun di awal kuliah, Dr Zamri telah menunjukkan sebuah video lagu bertajuk Ummi yang dinyanyi berdasarkan rentak lagu Baby nyanyian Justin Bieber. Lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang baik untuk didengari oleh masyarakat pada masa sekarang kerana membawa mesej yang jelas iaitu mengenai kasih sayang serta perasaan hormat terhadap ibu sendiri. Ini mengingatkan saya mengenai kuliah pada minggu sebelumnya iaitu kuliah mengenai perasaan positif iaitu bahagia dan kasih sayang, yang mungkin berkaitan dengan tujuan Dr.Zamri menunjukkan video tersebut pada para pelajar. Kemudiannya , terdapat juga video mengenai peperangan bertajuk Look Into My Eyes nyanyian Outlandish, yang menerbitkan rasa empati serta simpati terhadap mangsa peperangan. Berikut merupakan antara bait bait lagu tersebut yang memberikan makna mendalam dan boleh dijadikan perangsang atau motivasi hidup ,
Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters.
Bait bait lagu ini menunjukkan bahawa dalam setiap kegelapan pasti akan ada cahaya satu hari nanti. Kita hanya perlu bertahan dan bersabar atas kesulitan dan terus berusaha kearah kesenangan.
Selain daripada itu, mengenai topik perasaan negatif , seperti yang kita ketahui,perasaan negatif yang major atau asas terbahagi kepada empat iaitu, takut , malu, sedih dan marah. Perasaan takut adalah perasaan yang mungkin paling senang di stimulasikan iaitu melalui bahaya, trauma, fobia, dan sebagainya. Sebagai contoh seperti yang diterangkan dalam nota kuliah kita, jika seorang anak kecil terjatuh dalam longkang, atau perigi dan berusaha untuk keluar, beliau mungkin akan menjadi takut akan tempat sempit(kalustrofobia) dan juga takut akan air (hidrofobia). Hal ini juga akan menimbulkan trauma kepada kanak kanak tersebut dan juga mungkin akan meniggalkan kesan sepanjang hidup beliau. Selain itu, penyebab akan ketakutan juga didorong oleh perasaan yang abstrak iaitu perasaan takut akan kehilangan dimana ditafsirkan sebagai situasi rujukan , perasaan takut akan cemuhan serta perasaan takut akan kritikan dan perasaan takut akan penolakan.
Perbezaan antara perasaan takut berdasarkan bahaya dan juga perasaan takut daripada situasi rujukan adalah berdasarkan kesannya terhadap fisiologi. Namun kedua duanya mempunyai kesan perlakuan yang sama. Untuk perasaan takut , terdapat beberapa mimik muka yang menunjukkan akan ketakutan iaitu ;
a. One's eyes widen (out of anticipation for what will happen next) –mata terbeliak
b. The pupils dilate (to take in more light)-anak mata membesar
c. The upper lip rises- bibir atas akan menaik
d. The brows draw together -kening ke dalam
e. Lips stretch horizontally- bibir akan memanjang ke sisi
Namun , ketika ketakutan , seseorang itu mampu berdepan dengan beberapa peringkat emosi.Sebagai contoh, seperti yang diterangkan dalam nota kuliah iaitu mengenai seekor tikus yang terperangkap. Tikus yang ketakutan itu akan terus cuba melarikan diri sehingga berjaya walaupun terpaksa melawan terus terusan sehingga cedera ataupun tidak.Perasaan takut juga dapat mwnjadikan seseorang itu bertindak liar dan ganas kerana ingin melindungi diri sendiri.
Perasaan negatif yang ke dua adalah malu. Malu adalah salah satu emosi yang tidak menyenangkan yang mungkin disebabkan oleh perlakuan yang tidak dapat diterima, baik dalam sosial atau pun profesional. Sebagai contoh, kita mungkin akan berasa malu jika diketawakan di hadapan ramai ketika berucap. Ini dikategorikan sebagai malu kategori profesional. Malu kategori persendirian adalah apabila perhatian diberikan dalam hal persendirian. Sebagai contoh , Ahmad tergamam dan kelihatan kemerahan akibat malu apabila ditangkap mencuri oleh ayahnya.
Malu personal seringkali dikaitkan dengan tersipu sipu, tergagap gagap, berpeluh, gelisah dan sebagainya. Kadangkala , malu personal ini juga diselang seli dengan senyum ataupun ketawa yang gementar.
Perasaan negatif yang ketiga ialah sedih. Sedih lawanyna gembira.sedih itu boleh ditutup oleh ekpresi muka namun akan dapat dirasai oleh orang yang terdekat. Perasaan sedih itu adalah perasaan yang menunjukkan rasa kehilangan dan tidak berguna. Perasaan ini adalah perantaraan kepada perasaan tertekan,di mana akan menjadikan seseorang itu menjadi pendiam, kurang bertenaga, tidak mahu makan atau minum dan suka menyendiri. Sebagai contoh, seorang isteri yang telah kehilangan suaminya pasti akan merasa sedih kerana hilang tempat bergantung, dan ini akan mendorong isteri tersebut tidak menjamah sebarang makanan dan hidup dalam keadaan yang kurang semangat.Antara tanda tanda sedih yang dapat dikenalpasti iaitu melalui kepala yang tunduk, badan yang lemah, bibir yang terjuh, serta pergerakan yang lemah serta perlahan.
Emosi negatif yang ke empat adalah marah. Marah ialah respons fisiologi terhadap kesakitan, penderitaan, tekanan dan juga ancaman. Sebagai contoh , jika seorang pelajar perubatan mengalami tekanan terhadap keadaan persekitaran yang di sumbang melalui pembelajaran, sosial dan sebagainya, ini akan menyebabkan perasaan marah lebih senang terekspresi di wajah seseorang itu. Ancaman yang dimaksudkan adalah lebih kepada konflik fizikal, ketidak adilan, ditinggalkan, dicemuh, serta pengkhianatan oleh orang sekeliling kepada kita. Ini akan meningkatkan dam mempercepatkan lagi respons fisiologi dan menjadikan marah sebagai medium mengekspresikannya. Namun, marah dapat diekspresikan kepada dua kategori iaitu pasif dan aktif.kategori pasif merupakan ekpresi yang lebih kepada mimik muka , sama ada silent sulking,passive-hostility behaviour dan sebagainya.manakala bagi kategori aktif, marah dapat dilihat dengan perlakuan yang tanpa diluar dugaan iaitu mengetuk meja, memukul orang dan sebagainya.
Menurut nota kuliah Dr,Zamri, terdapat cara cara untuk mengawal kemarahan iaitu :
· Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
· Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
- Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
- Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
InsyaALLAH dengan .mengikut langkah langkah ini, kita dapat mengawal marah yang sedang mendaki naik.
Bahagian kedua kuliah menceritakan tentang Teori Aras Adaptasi.
Untuk kuliah minggu ini , saya banyak belajar mengenai perkara perkara baru dan semoga saya dapat mengakplikasikan ilmu yang bermanfaat ini. Sekian , terima kasih.
No comments:
Post a Comment